BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIASULTAN ABDUL SAMAD
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenaplapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadiikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru,Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongannegara.Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B.Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.
Leave a Comment