You are on page 1of 2

TAJUK 2

KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

Objektif Berikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia: Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Membentuk sahsiah dan disiplin diri Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Hubungkait Falsafah Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha di atas adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti Pendidikan Jasmani ialah meningkat dan membangunkan keupayaan murid dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui aktiviti Pendidikan Jasmani secara amnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui: Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, bertolak ansur, sabar, saling hormat-menghormati dan sebagainya. Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran, Kefahaman, pertambahan pengetahuan dan pengalaman dan sebagainya i

Mengembang dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti yakin kepada diri, taat setia, bertanggungjawab, memiliki nilai tentang kemasyarakatan dan sebagainya.(Teng Bon Tong, 2001)

Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah adalah: Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid. Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid. Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengahruhi gaya hidup. Semua ini mempunyai pertalian rapat dan Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai agen pemangkin ke arah memenuhi hasrat PPK yang bertumpu kepada pembangunan insan yang seimbang dari aspek JERI.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah rendah menekankan aspek-apek penggabungjalinan, pengayaan dan penilaian.

Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan kemahiran berfikir.

ii

You might also like