You are on page 1of 6

http://anishumairacute.blogspot.com/2008/11/ciri-n-hadith-palsu-y-famous-di.

html PENGERTIAN HADITH PALSU Bahasa ( ) berasal daripada perkataan yang mempunyai beberapa pengertian, antaranya menggaris, mereka, menganggur dan melekat2; atau menjatuhkannya kerana tergugur kedudukannya3. Istilah ialah Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w." (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut) Menurut istilah lagi berita yang dibuat-buat terhadap Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda3; atau hadis yang direka atau diada-adakan terhadap Rasulullah s.a.w4. Ulama hadith mendefinisikannya sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau memperdaya. SEJARAH KEMUNCULAN HADITH PALSU Pembuatan Hadith palsu ini bermula setelah Rasulullah saw. meninggal dunia dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus politik, ashabiah, fanatik mazhab dan lain-lain. Ia dilakukan oleh orang-orang Islam sendiri yang lemah imannya dan juga oleh orang-orang munafiqin dan kafir zindik. HUKUM HADITH PALSU Para ulama bersepakat haram hukumnya meriwayatkan hadis palsu kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan tahu ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata dia telah terlibat dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w Maksudnya, Sesiapa yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam neraka. (Riwayat Muslim) FAKTOR BERLAKU HADITH PALSU 1] Politik Setelah Rasulullah wafat timbullah perpecahan di kalangan umat Islam kerana perbezaan pendapat mengenai jabatan Khilafah. CONTOH HADITH PALSU (a) Barangsiapa ingin melihat Adam tentang ketinggian ilmunya, ingin melihat Nuh tentang taqwanya, ingin melihat Ibrahim tentang kebaikan hatinya, ingin melihat Musa tentang kehebatannya dan ingin melihat Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah Ia melihat kepada Ali. 2] Ashabiah Setelah wafat Rasul, maka penyakit Ashabiah jahiliah itu timbul kembali. Mula-mula antara golongan Anshar dan Muhajirin, kemudian antara qabilah Amawiah dan Hasyimiah dan Abbasiah, kemudian antara bangsa Arab dan bangsa Farsi.

CONTOH HADITH PALSU (a) Orang-orang yang kepercayaan itu ada tiga orang; Aku (Muhammad), Jibril dan Muawiah. (fanatik qabilah Umayyah) (b) Akulah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. (fanatik kepada golongan Hasyimiah dan Abbasiah) 3. Fanatik Mazhab Perbezaan pendapat mengenai hukum-hukum fiqh akhirnya menimbulkan fanatik mazhab yang memkhinzir buta sehingga mereka sanggup membuat hadith-hadith palsu. CONTOH HADITH PALSU (a) Akan ada seorang laki-laki di dalam umatku yang dipanggil Abu Hanifah anNuman bin Thabit, dia adalah suluh, umatku. (fanatik kepada mazhab Hanafi) (b) Aku (Muhammad) berimam kepada Jibril di sisi Ka bah, maka Ia mengeraskan bacaan (Bismillah) (fanatik kepada mazhab asy-Syafie) 4.Golongan Zindiq dan Munafiq: Peluk Islam secara pura-pura, kerana takut, mengikut orang ramai atau sesuatu kepentingan duniawi. Para zindiq dan munafiq memusuhi Islam secara senyap-senyap dari dalam, dan berusaha merosakkan Islam dari dalam dengan membuat banyak hadith palsu. Abdul-Karim bin al-Auja sahaja telah mengaku membuat empat ribu Hadith mengenai halal dan haram. CONTOH HADITH PALSU (a) Aku (Muhammad) adalah penyudah segala Nabi tiada Nabi lagi sesudahku, kecuali jika dikehendaki Allah swt) 5. Ahli-ahli Bidah Ada golongan sesat yang berpendapat, bahawa Hadith-hadith boleh dibuat untuk menarik orang ke arah ibadat. Menurut mereka dusta kerana kebaikan adalah boleh. Golongan al-Karamiah (Pengikut Muhammad bin Karram as-Sajistani) membuat Hadith-hadith mengenai targhib dan tarhib dan Fadhail al Amal. Dengan demikian, maka banyaklah tersebar dalam masyarakat Islam Hadith-hadith mengenai keutamaan amal dan lahirlah banyak amalan-amalan yang bidah, CONTOH HADITH PALSU (Tiada seorangpun yang berpuasa pada hari Khamis awal bulan Rajab (solat Raghaaib) di antara Isya dan 1/3 awal malam dua belas rakaat, ia memisahkan antara tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam, ia membaca Fatihah sekali pada tiap-tiap rakaat: Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadr tiga kali dan Qul Huwallahu Ahad 12 kali, maka demi Allah subhanahu wa ta'aala yang diriku ini di dalam tangannya, tiada seorangpun yang mengerjakan solat ini melainkan Allah subhanahu wa ta'aala mengampuni semua dosanya walaupun sebanyak buih di laut, walaupun sebilangan pasir, walaupun seberat timbangan gunung-ganang dan dedaun pokok, dan ia akan memberi syafaat pada hari Qiamat kepada 700 ahli rumahnya yang telah diwajibkan masuk Neraka) 6.Golongan Sufi Yang Keliru/Sesat: Golongan sufi ini banyak terlibat dengan pembuatan dan mengamalkan Hadith-hadith palsu,

antara lain ialah: Hadith-hadith mengenai keutamaan surah-surah Al-Quran satu persatu yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab. 7. Ulama As-Su: ialah ulama duniawi yang menjual agama dengan dunia dengan harga yang murah, suka menjilat penguasa lalu memutarbelitkan kebenaran dengan membuat Hadith-hadith kerana kepentingan dunia, untuk mendekatkan diri dengan para penguasa. CONTOH HADITH PALSU Ghiath bin Ibrahim An-Nakhaie berkunjung ke istana Al-Mahdi. Di kala itu Al-Mahdi sedang bermain burung dara (merpati) kerana beliau sangat suka dengan burung-burung merpati itu. Maka berkatalah Ghiath: Rasulullah s.a.w. bersabda: (Tidak ada pertaruhan melainkan pada anak panah, unta atau kuda, atau burung) 8.Tukang-tukang Cerita: Pendongeng-pendongeng atau penglipur lara banyak mencipta Hadith-hadith palsu yang mengandungi kisah-kisah yang aneh ajaib untuk menarik perhatian orang. CONTOH HADITH PALSU Diriwayatkan, bahawa Imam Ahmad dan Ibnu Main bersolat di masjid Rasafah. Setelah selesai solat bangunlah seorang tukang cerita di tengah-tengah orang ramai lalu bercerita: Kami diberitakan oleh Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main yang berkata: Kami diberitakan oleh Abdur-Razaq dari Mamar dari Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah nescaya Allah subhanahu wa ta'aala menjadikan dari tiap-tiap kalimah seekor burung. Paruhnya dari emas dan bulunya dari marjan (bunga batu karang). Kemudian orang itu terus bercerita kira-kira dua puluh halaman kertas. Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main saling berpandangan. Ahmad bertanya Ibnu Main: Engkaukah yang menceritakan Hadith itu kepadanya? Ibnu Main menjawab: Demi Allah subhanahu wa ta'aala, baru sekarang inilah saya mendengarnya. Setelah selesai orang itu bercerita, maka Ibnu Main memberi isyarat kepadanya lalu ia datang kepada Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Main. Berkata Ibnu Main: Siapakah yang memberitakan Hadith itu kepadamu? Orang itu menjawab: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main. Ibnu Main berkata: Sayalah Ibnu Main dan ini adalah Ahmad bin Hanbal. Kami tidak pernah mendengar sama sekali Hadith itu dari Rasulullah s.a.w. Orang itu menjawab: Saya selalu dengar bahawa Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main adalah orang bebal, baru sekarang inilah saya dapat mempastikannya. Yahya bertanya: Mengapa demikian? Ia menjawab: Seakan-akan di dunia ini tidak ada Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main selain kamu berdua. Sesungguhnya Hadith ini telah ditulis dari tujuh belas orang yang bernama Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main (Al-Maudhu'at, 1, hal. 46) 9. Orang-orang Yang Mencari Rezeki Bagi melariskan barang-barang jualan atau menarik orang kepada sumber rezekinya banyaklah

pula Hadith-hadith palsu yang dibuat orang. Antaranya ialah: Saya mengadu kepada Jibril kerana tidak kuat bersetubuh, maka ia menyuruhku supaya memakan bubur Harisah. Muaz bin Jabal berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. adakah anda didatangi makanan dan syurga? Beliau bersabda: Ya, aku didatangkan harisah dari syurga lalu aku memakannya maka Ia menambahkan kekuatanku bagaikan kekuatan empat puluh orang dan menambahkan jimak-ku seperti jimak empat puluh orang. Misalnya di Malaysia didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadith: "Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar alMunif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

CIRI-CIRI HADITH PALSU Hadis-hadis tersebut dapat dikenali pada sanadnya dan juga matannya. Di antara ciri-ciri26 utamanya:1]Pengakuan yang dibuat oleh pembuatnya seperti yang diakui oleh Ibn Auja. 2]Perawinya terkenal pembohong sedangkan hadis yang diriwayatkannya tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang kepercayaan. 3]Ia bertentangan dengan fakta sejarah seperti ia meriwayatkan hadis dari guru yang tidak pernah dijumpainya atau pun perawi tersebut dilahirkan setelah gurunya meninggal dunia. 4]Makna hadis tidak bertepatan dengan usul Islam. 5]Hadis tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab yang muktabar. 6]Hadis yang berlawanan dengan kaedah Islam. 7]Hadis yang bertentangan dengan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis. 8]Matannya mengandungi perkataan dan ayat-ayat yang jelik dan janggal di samping maknanya yang rosak.

CONTOH HADITH PALSU YANG POPULAR a) Azan dan qamat Ertinya: Barang siapa yang dilahirkan baginya seorang anak lalu ia mengazankan telinga kanannya dan qamat pada telinga kirinya, maka anak ini tidak akan terkena gangguan syaitan. Hadis ini adalah mauduk, diriwayatkan oleh Ibn Sunni dalam kitab Amalul Yaumi wa Lailah halaman 200. Juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari jalan Abi Yaala dan Ibn Musran dan lainlainnya. Muhammad Nashruddin al-Bani mengatakan sanad hadis ini mauduk b) Menuntut Ilmu Ertinya: Tuntutlah ilmu walau di negeri China. Hadis ini juga terkenal dan menjadi hujah mengenai kepentingan ilmu. Hadis ini dikategorikan

sebagai batil ( ) dan bukan ucapan Rasulullah. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Adi dalam kitabnya juz kedua, halaman 207; dan oleh Ibn Nuaim dalam kitab Akhbaru Asbahan juzuk kedua, halaman 106, juga oleh al-Khatib dalam kitab Tarikhul Baghdadi. Kesemua riwayat melalui al-Hasan bin Athiyyah tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Abu Atikah dan dia termasuk dalam rawi yang matruk (ditolak). Rawi inilah yang meriwayatkan dengan ada tambahan ( walau di negeri China). Imam Bukhari mengatakan: Abu Atikah yang tersebut dalam sanad ini adalah yang suka meriwayatkan Mungkar, manakala Iman Nawawi pula mengatakan rawi ini adalah yang tidak kepercayaan ( ) c)Tauhid Ertinya: Barang siapa yang mengenal dirinya, maka sesungguhnya dia kenal pada Tuhannya. Hadis ini juga masyhur dalam pengajian-pengajian ilmu tauhid. Ulama hadis meletakkan hadis ini sebagai tidak ada asalnya ( ) . Al-Hafiz as-Sakhawi memasukkan hadis ini dalam kitab alMaqosidul Hasanah, halaman 198. Al-Muzaffar bin al-Samani mengatakan yang hadisini tidak pernah dikenal sebagai hadis marfu tetapi ia merupakan ucapan Yahya bin Muaz al-Razi. Ibn Taimiyyah mengatakan hadis ini mauduk (palsu). AlAlamah al-Fairuz menyebut perkataan ini bukan sabda Nabi tetapi masyhur di merata tempat dan sebahagian orang telah menjadikannya dalil dan hujah, dan anehnya mereka mengatakannya sebagai sabda Nabi29 d) Asabiah Ertinya: Cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman. Hadis ini banyak digunakan oleh golongan yang ingin mempertahankan fahaman asabiah. Ulama hadis meletakkan hadis ini di taraf palsu (mauduk). Imam al-Saghghani dan lain-lainnya mengatakan hadis ini hadis mauduk. Makna hadis ini tidak benar kerana sesungguhnya cintakan tanah air setaraf dengan cintakan harta, diri sendiri, anak-anak dan sebagainya. Semua yang disebut itu adalah termasuk dalam perkara naluri atau gharizah yang tidak akan ada pujian bagi yang mencintainya, dan yang demikian itu bukan termasuk daripada bahagian iman kerana ia dipunyai oleh semua manusia sama ada Islam atau kafir e) Doa Ertinya: Doa adalah senjata orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi. Hadis ini cukup popular bertujuan untuk menggembirakan orang Islam yang putus harapan dengan hanya berdoa, sedangkan kita disuruh berusaha kemudian barulah bertawakal kepada Allah. Ulama hadis menyifatkan hadis ini sebagai mauduk atau palsu. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Adi, Hakim dan al-Qudlai daripada jalan al-Hassan bin Hammad az-Zlibi daripada Muhammad bin Hasan al-Zubair alHamdani daripada Jaafar bin Muhammad bin Ali bin al-Husain daripada ayahnya daripada datuknya, daripada Ali r.a. Kemudian Imam Hakim mengatakan hadis ini hadis sahih tetapi Imam Muhammad Nashruddin al-Bani menolaknya berdasarkan beberapa alasan berikut:a. Hadis ini terdapat sanadnya ada yang putus, sebagaimana kata a-Zahabi sendiri dalam kitabnya Mizan al-Itidal iaitu antara rawi yang bernama Ali al-Husain dengan datuknya Ali bin Abi Talib. b. Ada rawi yang bernama Muhammad Hasan al-Hamdani. Rawi ini bukan yang dimaksudkan sebagai kepercayaan sebagaimana pendapat Imam Hakim tetapi rawi ini ialah Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid al-Hamdani seorang pendusta berdasarkan alasan iaitu; Al-Zahabi sendiri

telah menjelaskan hadis dengan mengutip pendapat dari Ibn Main dan lain-lainnya yang mengatakan rawi tersebut adalah pendusta, begitu juga pendapat Ibn Adi; dan Hadis ini disebut dalam kitab al-Haitsami al-Majma, kemudian beliau berkata: Diriwayatkan oleh Abu Yala tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid seorang rawi yang matruk (ditolak). Ada hadis lain yang darjatnya sahih iaitu, Doa itu adalah otaknya ibadah. Oleh itu jika benar hadis di atas itu palsu, cukuplah kita beramal dengan hadis ini dan juga ayat-ayat Quran yang menggalakkan kita berdoa31. f) Solat Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah. HADITH MUTAWATIR Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

erm begitu banyak hadith palsu yang muncul dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.. bahkan ramai penceramah bebas tetap menggunakan hadith2 ini sebagai hujah mereka...

You might also like