You are on page 1of 109

. .

H HP PD DK KLLU UD DQ Q % %H HU UIILLN NLLU U

3HQJDMDUDQGDQ 3HPEHODMDUDQ

GDODP

 .HPDKLUDQ           % H U IL N L U 
3HQJDMDUDQGDQ 3HPEHODMDUDQ
GDODP

JU@ Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Persiaran Duta 50604 Kuala Lumpur

APRIL 2002

Cetakan Pertama 2001 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bibliografi: ms. 85 ISBN 983-222340-28-4 1. Creative thinking-Study and teaching. 2. Critical thinkingStudy and teaching. 3. Cognitive learning. I. Judul. 370.152

KATA PENGANTAR
Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan.

Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum. Modul pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan.

Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.

Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN

HALAMAN

UNIT 1 Pengenalan UNIT 2 Apakah Berfikir ? UNIT 3 Kemahiran Berfikir Kritis UNIT 4 Kemahiran Berfikir Kreatif UNIT 5 Strategi Berfikir UNIT 6 Kemahiran Menaakul UNIT 7 Alat Berfikir UNIT 8 Petunjuk Kemahiran Berfikir UNIT 9 Metakognisi UNIT 10 Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran UNIT 11 Pengoperasian Kemahiran Berfikir Mata Pelajaran Sains Mata Pelajaran Bahasa Mata Pelajaran Kajian Tempatan Mata Pelajaran Sejarah Mata Pelajaran Pendidikan Seni BACAAN LANJUTAN

18

28

37

41

46

53

56

60 60 87 91 95 99 102

UNIT 1

PENGENALAN

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan (JNSP, 1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran. Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. MATLAMAT Modul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran. OBJEKTIF Selepas mengikuti modul ini pendidik: 1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir; 2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran; 3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran; 4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain; dan 5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian.

UNIT 2

APAKAH BERFIKIR?
%HUILNLU 

... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. (Mayer, 1977)

merupakan pembentukan idea, pembentukan semula penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

pengalaman dan
(Fraenkel, 1980)

ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan . (Beyer, 1991)

Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. PROSES BERFIKIR Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah :1. Apakah objek itu? 2. Apakah kegunaannya? 3. Bagaimanakah menggunakannya? 4. Adakah ia memberi manfaat? Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut: Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu) Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu) Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1 Proses Berfikir MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.1 Model Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR

KREATIF
Menjanakan idea Menghubung kaitkan Membuat inferens Meramalkan Membuat hipotesis Mensintesiskan Mengitlak Membuat gambaran mental Menganalogikan Mereka cipta

KRITIS MENAAKUL
Logik Rasional Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpul dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan

STRATEGI BERFIKIR
Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan

KB dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, KB perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks. Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, KB yang akan dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas.

UNIT 3 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS


Berikut ialah penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kritis. 1. Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Kemahiran ini digunakan untuk: a) Mendefinisikan konsep atau item. b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Langkah Penggunaan:
a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh. b) Kenal pasti ciri. Contoh : Lihat gambar yang diberikan dalam Rajah 3.1. Tuliskan cirri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut.

Rajah 3.1 Gambar seekor haiwan Kita boleh gunakan rajah pancaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 untuk membantu kita mencirikan.

EHUPLVDL Bermisai Bermisai

EHUHNRU Berekor
Haiwan +DLZDQ

Berbulu HPSDW

EHUNDNL

EHUEXOX

Berkaki empat

Rajah 3.2

Rajah pancaran ciri haiwan

a) Lukiskan satu bulatan. b) Tuliskan tajuk bagi konsep atau item dalam bulatan. c) Lukiskan satu garisan yang memancar keluar daripada bulatan. d) Tuliskan satu ciri yang ada pada konsep atau item pada hujung garisan. e) Ulangi dengan melukis garisan lain untuk ciri yang lain. 2. Membandingkan dan Membezakan Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila : a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan. b) Membuat pilihan atau keputusan.

Langkah penggunaan:
a) b) c) d) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek. Kenal pasti satu daripada ciri objek itu. Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama. Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Contoh : Perhatikan dua helai daun dalam Rajah 3.3 yang diambil dari pohon yang berlainan. Cari persamaan dan perbezaan antara dua helai daun ini.

Daun A /,:3 

Daun /,:3 B

Rajah 3.3 Gambar daun Kita boleh gunakan rajah Venn seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4 untuk membandingkan dan membezakan.

kasar keras licin

hijau leper

kesat lembut panjang

Rajah 3.4 Rajah Venn perbandingan dan perbezaan ciri daun a) b) c) d) Lukis dua bulatan yang bertindih. Rekodkan ciri daun A dalam bulatan A Rekodkan ciri daun B dalam bulatan B. Jika ciri daun A sama dengan daun B, rekod ciri dalam kawasan bertindih antara dua bulatan.

3. Mengumpulkan dan Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masingmasing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat : a) Banyak item atau maklumat. b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.

Langkah penggunaan:
a) b) c) d) e) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item. Beri nama kepada kumpulan item itu. Kenal pasti ciri lain. Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil. Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan.

Contoh : Diberikan item-item yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin, baju hujan, pen dan pensil. Kita boleh gunakan carta organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5 untuk mengelas item-item tersebut. a) Tuliskan nama kepada sekumpulan item di bahagian paling atas. b) Bahagikan item-item tersebut kepada kumpulan yang lebih kecil. Namakan kumpulan-kumpulan ini. c) Bahagikan lagi item-item tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.

Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item

Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item 4. Membuat Urutan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya: 1. Mudah difahami. 2. Item tertentu mudah dikesan.

Langkah penggunaan:
a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai, abjad, kronologi, corak atau masa. b) Ambil satu item sebagai asas. c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan. d) Semak semula susunan.

Contoh : Yang berikut ialah satu senarai kerja untuk membuat teh tarik. rentetan kerja yang munasabah daripada senarai ini. Binakan satu

Pasang api dapur, isi air dalam cerek, letak cerek di atas dapur, selepas mendidih padamkan api, masukkan teh dalam penapis, masuk air dalam kole, masukkan penapis dalam koleh berisi air, masuk susu dalam koleh, kacau ramuan dalam kolah, tarik............
Kita boleh menggunakan rantai urutan seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6 untuk menyusun langkah-langkah kerja bagi menyediakan teh tarik supaya menjadi satu urutan yang logik. a) b) c) d) e) f) Imbas kembali semua langkah. Pilih satu langkah sebagai permulaan. Imbas kembali langkah yang seterusnya. Pilih satu langkah yang lain. Bandingkan langkah yang dipilih dengan langkah pertama. Letakkan langkah itu di hadapan jika langkah itu lebih awal atau di belakang jika ia langkah yang terkemudian. g) Ulangi aktiviti di atas sehingga semua langkah telah disusun. Isikan air ke dalam cerek Letak cerek di atas dapur Pasang api dapur Selepas mendidih padamkan api Masukkan teh ke dalam penapis

Tarik

Kacau ramuan Dalam kole

Masukkan susu

Masukkan penapis ke dalam kole..

Masukkan air ke dalam kole

Rajah 3.6 Rantai urutan menyediakan teh tarik 5. Menyusun Mengikut Keutamaan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

10

Kemahiran ini digunakan untuk: a) Menonjolkan perkara yang mustahak. b) Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.

Langkah penggunaan:
a) Tentukan matlamat anda. b) Ambil satu item sebagai asas. c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau lebih jauh kepada matlamat. d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di bawah. e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu. Contoh : Anda diberikan senarai beberapa item: cerek, seterika, radio, perakam video, lampu berpendafluor dan televisyen. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaan alat elektrik di rumah anda dan terangkan mengapa . Kita boleh gunakan tangga hierarki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 untuk menyusun item mengikut keutamaan. a) b) c) d) Lukiskan beberapa anak tangga. Tuliskan item yang paling penting pada anak tangga paling atas Tuliskan item lain yang kurang penting pada anak tangga di bawahnya. Ulangi sehingga item yang paling tidak penting pada anak tangga yang paling bawah. Lampu berpendaflour Televisyen Perakam video Radio Seterika Cerek

Rajah 3.7 Tangga hierarki keutamaan penggunaan alat elektrik

11

6. Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir. Langkah penggunaan: a) b) c) d) Tentukan pendapat atau kenyataan. Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci. Renung semula pendapat atau andaian. Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.

Contoh : Buat analisis bagi kenyataan yang berikut: "Televisyen adalah penting kepada kehidupan". Untuk menganalisis kita perlu: a) Menentukan pendapat atau kenyataan: kehidupan. Televisyen adalah penting kepada

b) Huraikan andaian yang tersirat "penting kepada kehidupan" dari segi televisyen: i. ii. iii. iv. Menyampaikan maklumat. Berunsurkan pendidikan. Boleh mengisi masa lapang. Memberi hiburan.

c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepada kehidupan kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yang berunsurkan pendidikan, boleh mengisi masa lapang dan memberi hiburan . 7. Mengesan Kecondongan Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu.

12

Kemahiran ini digunakan apabila : a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang, b. menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atau c. mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang. Langkah penggunaan: a) b) Nyatakan matlamat. Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan. i. ii. iii. iv. v. c) d) e) Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat. Pengitlakan yang keterlaluan. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan bermuslihat). Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah. Menyatakan pendapat sebagai fakta.

Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk. Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis petunjuk. Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.

Prasyarat: Pengetahuan tentang: a) b) Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan. Isi kandungan pernyataan yang dianalisis.

Contoh: Anda dikehendaki mengesan kecondongan dalam petikan iklan dalam Rajah 3.8. Kami ada cara Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh anda sekalian. Anda pasti telah mencuba pelbagai penawar untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang atau tidak berkesan langsung, atau kelebihan berat badan datang semula selepas berhenti memakan ubat berkenaan. Nah!, anda sekarang berpeluang mencuba Cetusan. Sejenis ramuan herba asli yang boleh mengurangkan berat badan anda, tanpa perlu berlapar atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau kalau-kalau berat badan datang semula selepas berhenti memakan Cetusan. Kajian telah membuktikannya. Ikut sahaja panduan kami dan jadilah ahli Kelab Cetusan untuk badan yang langsing sepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hendak selalu.

Rajah 3.8 Petikan iklan 13

Untuk mengesan kecondongan, langkah dalam Jadual 3.2 diikuti. Langkah 1. Nyatakan matlamat 2. Kenalpasti petunjuk kecondongan Penerangan Mengesan sama ada petikan iklan di atas mempunyai unsur kecondongan 1. Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat 2. Pengitlakan yang keterlaluan 3. Soalan retorik( bersifat mempengaruhi) 4. Penyampaian yang berat sebelah 5. Menyatakan pendapat sebagai fakta Membaca petikan iklan untuk mengesan pernyataan yang berunsur kecondongan. Pernyataan Berunsur Kecondongan Dalam Petikan Iklan

3. Analisis maklumat 4. Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis petunjuk

Jenis-Jenis Petunjuk

Mengambil cetusan boleh mengurangkan berat badan Tanpa berlapar dan melakukan senaman Mengambil cetusan

Pengiklanan yang keterlaluan

5. Nilai sejauh mana kecondongan tersebut

Keterlaluan menyatakan pendapat sebagai fakta Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat Boleh Pengiklanan yang keterlaluan Mengurangkan berat badan Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah Tanpa berlapar Tanpa senaman Setelah menilai, hampir seluruh petikan iklan itu mempunyai unsur kecondongan terutama sekali jenis kecondongan "menyatakan pendapat sebagai fakta".

Jadual 3.2 Langkah mengesan kecondongan petikan iklan 8. Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

14

Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi: a) Memilih sesuatu. b) Menerima atau menolak sesuatu idea. Langkah penggunaan: a) b) c) d) e) Perhatikan idea atau pilihan. Senaraikan ciri positif (kebaikan). Senaraikan ciri negatif (kelemahan). Beri wajaran kepada setiap ciri. Bandingkan wajaran secara keseluruhan.

Contoh: Anak anda meminta supaya dihantar ke kelas bimbingan (tuition) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Adakah anda akan menerima atau menolak permintaan tersebut? Kita boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnya membuat keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Positif Pencapaian BI penting Kepentingan BI Pergaulan Masa lapang dipenuhi Memudahkan buat rujukan Mengurangkan pergantungan kepada ibu bapa Jumlah wajaran (+) Wajaran (+) (1) Negatif Kos tuisyen Waktu Pergaulan bebas Penghantaran Wajaran (-)

Jumlah wajaran (-)

Jadual 3.3 Ciri-ciri positif dan negatif kelas bimbingan Bahasa Inggeris 9. Membuat Kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

15

Langkah penggunaan: a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian). b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik. c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak perhubungan. d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada. Contoh: Ahmad telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap cahaya. Dia telah menyediakan dua buah kotak besar yang masing-masing mempunyai satu lubang kecil di dindingnya. Dalam kedua-dua kotak ini diletakkan anak-anak benih kacang. Kotak yang pertama diletakkan di luar bilik darjah. Kotak yang kedua diletak dalam almari. Pemerhatian dibuat selepas beberapa hari. Rajah 3.9 menunjukkan keadaan sebenar selepas beberapa hari. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada pemerhatian ini? Untuk membuat kesimpulan kita perlu: a) Susun maklumat dalam urutan yang logik : Setiap kali pemerhatian dibuat didapati batang dan pucuk tumbuhan bertumbuh semakin dekat dengan lubang kotak . b) Menganalisis maklumat dan mendapatkan corak perhubungan : Cahaya masuk melalui lubang kotak tersebut, batang dan pucuk tumbuhan tumbuh ke arah sumber cahaya. c) Membuat pernyataan kesimpulan : Anak benih kacang tumbuh ke arah sumber cahaya.

16

'L OXDU Di luar ELOLN GDUMDK bilik

darjah
+DUL 3HUWDPD +DUL .HHPSDW +DUL .HODSDQ

'L GDODP DOPDUL Di dalam WHUWXWXS bilik darjah

Rajah 3.9 Eksperimen gerak balas anak benih terhadap cahaya

17

UNIT 4 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF


Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif. 1. Menjanakan Idea Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila: a) Mencari idea baru. b) Mencari alternatif. Langkah penggunaan: a) Tetapkan tajuk perbincangan. b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan. c) Renung kembali idea yang dikemukakan. d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan. e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan. Contoh : Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendaki menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah. a) Tetapkan tajuk perbincangan :

Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.


b) Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak :

i. Menjual ii. Mengumpul mengikut kelas iii. Guna semula iv. Bakar v. Kambus vi. Kitar semula

18

vii. Murid bawa balik ke rumah viii. Bakar untuk guna semula ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makanan
c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, ideaidea itu bolehlah dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan. d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan. 2. Membuat Inferens Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila : a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan. b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan. Langkah penggunaan: a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan. b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi. c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian. d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada situasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan. Contoh : Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai baju berwarna yang sama kelihatan sedang berjalan seiringan . Di suatu persimpangan jalan mereka berpisah menuju ke arah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut? Untuk membuat inferens kita perlu : a) Buat pemerhatian : Dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan memakai baju dengan warna sama dan berjalan seiring. Di satu persimpangan mereka berpisah. b) Beri alasan : Berpisah di persimpangan jalan.

19

c) Inferens : Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringan tetapi ini tidak membawa sebarang makna atau prasangka. 3. Menghubung kaitkan Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak. Langkah penggunaan: a) b) c) d) Kenal pasti masalah. Buat analisis tentang keadaan. Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan Buat pernyataan tentang perkaitan.

Contoh : Satu projek perumahan sedang dijalankan berhampiran Kg. Sentosa. Kg. Sentosa merupakan sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula bersungut sebab sungai yang terdapat di situ tidak lagi boleh digunakan seperti dulu. Di samping itu keadaan persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin disebabkan banyak pokok-pokok telah ditebang. Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir dan ini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku ? Kita boleh gunakan Pohon Fikiran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 untuk menghubung kait. a) b) c) d) e) Kenal pasti masalah. Tuliskan masalah di bawah sekali. Kenal pasti kemungkinan sebab. Tuliskan inferens sebab mengikut urutan. Ulangi untuk sebab-sebab yang lain.

20

A ir s u ng ai tidak m eng alir den gan laju

S u ng ai m en jad i c etek

H ak is an tan ah b erlak u

P ec em aran S u ng ai S is tem p erparitan k uran g baik P em b ang un an P es at P okok d iteb ang

P enyerapan tan ah kuran g baik

% D Q MLU

Rajah 4.1 4. Meramal

Pohon Fikiran.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan. Langkah penggunaan : a) b) c) Perhati atau kumpul maklumat. Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat. Buat jangkaan yang paling sesuai.

Contoh : Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua Jabatan Kerajaan berpindah ke Putra Jaya. a) Kumpulkan maklumat i. Semakin hari semakin sesak di jalan raya ii. Manusia semakin ramai setiap hari

21

iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesat iv. Kadar kemalangan meningkat v. Bilangan pelancong bertambah
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat :

Keadaan di Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan berkembang


c) Buat jangkaan yang paling sesuai :

Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurang sibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaan asal.
5. Membuat Hipotesis Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan. Langkah penggunaan : a) b) c) d) Perhatikan suatu situasi atau keadaan. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis. Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.

Contoh : Dalam sebuah ladang ternakan lembu, terdapat kawasan rumput yang mencukupi dan sebuah bangsal untuk lembu berteduh. Didapati hasil pengeluaran susu dari ladang ternakan ini pada hari biasa secara purata ialah 1.5 liter, manakala pada hari hujan hasilnya ialah 20 liter. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini. Untuk membuat hipotesis kita perlu : a) Situasi : pengeluaran susu pada hari hujan lebih banyak daripada hari biasa . b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal):

22

i. ii. iii.

Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal. Lembu kurang bergerak pada hari hujan, tenaga lembu digunakan untuk menghasilkan susu. Lebih banyak lembu berada di bangsal pada hari hujan untuk diambil susu.

c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia tidak boleh dijadikan hipotesis. 6. Mensintesis Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak. Kemahiran ini digunakan untuk: a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan. Langkah penggunaan: a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek. b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan. c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek. d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk. Contoh 1: Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah tanah air sebelum kemerdekaan: a) b) c) d) Minta murid senaraikan beberapa peristiwa penting. Hubung kaitkan antara peristiwa. Susun atur peristiwa mengikut garisan masa. Gabungkan peristiwa-peristiwa mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang membawa kepada kemerdekaan negara.

7 Mengitlak Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

23

Kemahiran ini digunakan untuk: a) Mencari pola b) Menyusun maklumat c) Meramal Langkah penggunaan: a) b) c) d) Kumpulkan data. Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan. Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat. Buat kenyataan.

Contoh : Buat pengitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di Malaysia pada hari Isnin. Rancangan Berita Filem Dokumentari Komedi Agama Pendidikan Sukan Jadual 4.1 . TV 1

TV 2

TV 3

Rancangan TV pada hari Isnin :

Untuk mengitlak kita perlu : a) Mengumpul data: Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1. b) Mencari pola yang sama: Rancangan TV yang disiarkan pada hari Isnin. d) Buat pengitlakan: Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan rancangan berita dan dokumentari pada hari Isnin.

24

8. Menganalogi Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui. Langkah penggunaan: a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama. b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan. c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora. Contoh : Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan. Untuk menganalogi kita perlu : a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam. b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair. c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam. 9. Membuat Gambaran Mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. Kemahiran ini digunakan untuk: c) Memahami konsep yang mujarad d) Mengingat konsep yang kompleks. Langkah penggunaan : a) Bayangkan matlamat tertentu. b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental. c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat. d) Lihat keseluruhan gambaran.

25

Contoh : Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumi secara tiba-tiba. Untuk membuat gambaran mental kita perlu : a) Bayangkan matlamat:

Keadaan apabila berlaku gempa bumi.


b) Menetapkan titik permulaan:

Keadaan sebelum berlaku gempa bumi.


c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat:

Apakah yang terjadi kepada bangunan, lif, bekalan elektrik, jalan raya? Bagaimanakah keadaan manusia dan seterusnya?
d) Bina satu senario keseluruhan . 10. Mereka Cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad. Langkah penggunaan : a) b) c) d) e) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan. Janakan idea. Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan. Mencuba dan menguji idea. Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.

Contoh 1 : (maujud) Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan. Contoh 2 : (mujarad) Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme. Contoh 3 : (mujarad) Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran Bahasa Melayu. 26

Untuk mereka cipta kita perlu : a) Kenal pasti cabaran.

Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang.


b) Menjanakan idea

Membuat perhiasan rumah Membuat pakaian Membuat kapur Membuat makanan Membuat simen
c) Menjanakan idea khusus

Membuat tabung
d) Pilih satu reka bentuk e) Membina, mencuba dan menguji. f) Ulangi langkah-langkah.

27

UNIT 5 STRATEGI BERFIKIR


Unit ini memberikan penjelasan dan contoh setiap strategi berfikir.

1. Mengkonsepsi Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Langkah penggunaan : a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan. b) Kenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh. c) Kelaskan ciri-ciri. d) Hubung kaitkan kelas untuk membina konsep awal. e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubah suai konsep awal. f) Bina konsep sebenar. Jadual 5.1 menunjukkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah mengkonsepsi. Contoh : Berdasarkan tayangan video yang bertajuk BUKIT KEPONG dan LEFTENAN ADNAN, murid diminta mengkonsepsikan patriotisme dalam konteks Malaysia. Untuk mengkonsepsi : a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan. Maklumat: jalan cerita, tema, plot, watak dan dialog filem b) Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh.

i.
ii.

Cerita berkisar tentang perjuangan orang-orang tempatan mempertahankan negara dari serangan musuh dalaman dan luaran.

dalam

Filem bertemakan perjuangan orang-orang tempatan dalam menegakkan maruah bangsa dan dan negara.

28

Langkah mengkonsepsi a) Mengenal pasti maklumat atau contohcontoh yang berkaitan b) Mengenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh. c) Mengelaskan ciri-ciri tersebut.

KBKK Utama menjana idea membanding dan membeza mencirikan menghubungkait menghubung kait mengumpul dan mengelas menghubungkait mensintesis menjana idea menghubungkait mensintesis mensintesis mengitlak

d) Menghubung kaitkan kelas-kelas ciri itu untuk membina konsep awal. e) Memberi maklumat atau contoh-contoh lain untuk menguji atau mengubah suai konsep awal yang telah dibina. f) Membina konsep sebenar

Rajah 5.1 : Langkah dan KBKK Utama iii.

Watak-watak dalam filem menggambarkan budi pekerti yang tinggi dan tabah menghadapi cabaran Terdapat juga watak-watak yang menggambarkan musuh dalam selimut Negara kita, kita mesti pertahankan (dialog) Prinsip perjuangan ialah :
S S S S S S

iv. v. vi.

cinta akan bangsa dan negara sedia berkorban untuk mempertahankan negara berjuang hingga ke titisan darah terakhir bersatu padu mematuhi prinsip berusaha ke arah perkembangan negara

29

c) Kelaskan ciri tersebut. i. ii. iii. iv. v.

Berbangga sebagai rakyat Malaysia Bersemangat setia negara Bersemangat kekitaan Berdisiplin Berusaha dan produktif

d) Hubung kaitkan kelas itu untuk membina konsep awal:

Menghubung kaikan pengelasan ciri-ciri dengan ciri-ciri sepunya. Contoh : sedia berkorban untuk mempertahankan negara dengan bersemangat setia negara.
e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubah suai konsep awal yang telah dibina i. Contoh-contoh lain : Sambutan Hari Pahlawan dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Ulasan :

Kedua-dua contoh mempunyai unsur-unsur patriotisme


S S S

Cinta akan bangsa dan negara bersyukur sebagai warganegara Malaysia taat dan setia kepada raja dan pemimpinnya

ii.

Bukan contoh : Sambutan Hari Valentine Ulasan: Contoh tersebut tidak mempunyai unsur-unsur patriotisme

f) Membina konsep sebenar.

Satu konsep yang mantap dibina : Unsur-unsur patriotisme adalah berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.
Catatan : Sekiranya guru mendapati konsep yang dibina oleh murid tidak selari dengan konsep yang diterima umum, guru mesti membimbing murid untuk mendapatkan konsep yang betul dengan mengulangi langkah kedua.

30

2. Menyelesaikan Masalah Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti, mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan. Strategi ini digunakan apabila diketahui a) tiada jawapan yang betul, b) ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku. Langkah penggunaan: a) b) c) d) e) Kenal pasti dan fahami masalah. Jelaskan masalah. Cari alternatif penyelesaian masalah. Lakukan operasi penyelesaian. Nilaikan penyelesaian. Langkah menyelesaikan masalah a) Mengenal pasti dan memahami masalah KBKK utama mencirikan membanding dan membeza mengumpul dan mengelas membuat inferens menghubung kait menjana idea meramal mengesan kocondongan menilai membuat gambaran mental mensintesis mensintesis menyusun mengikut keutamaan menganalisis mereka cipta menganalisis mengesan kecondongan menilai membuat kesimpulan mengitlak

b) Menjelaskan masalah c) Mencari alternatif penyelesaian masalah

d) Melakukan operasi

e) Menilai penyelesaian

Rajah 5.2: Menunjukkan langkah penyelesaian masalah serta kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah.

31

Contoh :

Berpandukan gambar yang diberikan yang menunjukkan situasi dua orang lelaki menghadapi masalah untuk menyelamatkan kanak-kanak kerana arus sungai deras dan pokok tempat di mana tali diikat hampir tumbang.
Untuk menyelesaikan masalah : a) Kenal pasti dan memahami masalah :

Dua orang lelaki sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada dihanyutkan oleh arus deras sedangkan mereka sendiri menghadapi masalah dihanyut oleh arus.
b) Jelaskan masalah :

Menyelamatkan ketiga-tiganya daripada dibawa arus sungai yang deras.


c) Cari alternatif penyelesaian masalah: i. ii. iii. iv. d)

Ikat tali ke pokok lain yang teguh. Terjun ke sungai untuk membantu. Gunakan kayu untuk menarik mereka bertiga. Dapatkan bantuan orang lain.

Lakukan operasi penyelesaian masalah dengan meninjau kesan dan akibat alternatif yang dipilih Contoh alternatif : Ikat tali ke pokok lain yang teguh.

e)

Nilaikan penyelesaian : i. ii. Alternatif yang terbaik sebagai penyelesaian ialah alternatif yang banyak kesan positif atau yang disokong berdasarkan Rajah 5.3. Sekiranya alternatif penyelesaian itu mempunyai kesan negatif ubah suai cara penyelesaian yang perlu untuk mengelakkan masalah lain.

32

Kesan (Apakah akan berlaku jika pilihan ini diambil?) a) Ambil masa untuk buka dan ikat semula tali b) Arus deras lebih cepat menghanyutkan mereka c) Orang yang beri bantuan mungkin terjatuh ke dalam sungai

Sokong atau tidak

Nilai (Penting atau tidak kesan itu, mengapa?) keadaan cemas perlu tindakan cepat mangsa perlu diselamatkan

Tidak

Tidak

Tidak

keselamatan diri perlu dijaga.

Rajah 5.3 : Kesan daripada alternatif yang dipilih 3. Membuat Keputusan Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Strategi ini digunakan untuk : a) Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian. b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih. Langkah penggunaan : a) b) c) d) e) f) Kenal pasti matlamat untuk dicapai Kenal pasti semua alternatif bagi mencapai matlamat Analisis semua alternatif mengikut criteria umum. Susun alternatif mengikut keutamaan. Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik. Nilaikan secara terperinci alternatif yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti risiko, strategi dan nilai. g) Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.

Jadual 5.4 menunjukkan langkah membuat keputusan serta ciri kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang utama dalam setiap langkah.

33

Rajah 5.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan dan KBKK Utama Langkah membuat keputusan a) Mengenal pasti matlamat KBKK utama mencirikan membanding dan membezakan mengumpul dan mengelaskan menganalisis menjanakan idea membuat inferens menghubung kaitkan meramal membuat hipotesis meramal membuat gambaran mental mengesan kecondongan menilai mensintesis membuat urutan menyusun mengikut keutamaan menganalisis menganalisis menilai mengitlak membuat kesimpulan Membuat kesimpulan

b) Mengenal pasti alternatif

c) Menganalisis alternatif

d) Menyusun alternatif

e) Memilih sekurang-kurangnya dua alternatif terbaik

f) Membuat keputusan

Contoh: Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Hujan turun dengan lebat dan kilat sabung menyabung. Tiba-tiba anda menerima panggilan kecemasan yang menyatakan ibu anda sakit tenat dan berada dalam keadaan nazak. Walaupun keadaan cuaca kurang baik anda terus memandu kereta menuju ke rumah ibu anda yang mengambil masa 60 minit untuk sampai. Dalam perjalanan, kereta anda mengalami kerosakan enjin. Anda tidak dapat meneruskan perjalanan, sedangkan anda harus sampai di rumah ibu anda secepat mungkin. Jarak perjalanan tinggal kira-kira 20 km lagi. Apa yang harus anda lakukan?

34

Untuk membuat keputusan: a) Kenal pasti matlamat yang hendak dicapai.

Matlamat: saya mesti sampai ke rumah ibu saya secepat mungkin untuk bersama ibu yang sedang nazak.
b) Kenal pasti alternatif bagi mencapai matlamat. Alternatif 1: Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain Alternatif 2: Cari formen/mekanik. Alternatif 3: Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah Alternatif 4: Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan c) Analisis alternatif Alternatif 1: Alternatif 2: Alternatif 3: Pengangkutan awam tiada di waktu sedemikian. Susah mencari bengkel yang beroperasi 24 jam. Sekurang kurangnya alternatif ini mendekatkan kepada destinasi tetapi menakutkan. Pertolongan lebih senang didapati di siang hari, tetapi mungkin terlewat untuk bersama ibu nanti di saat-saat akhir.

Alternatif 4: d)

Susun alternatif mengikut keutamaan dengan mendahulukan yang paling utama. i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain Cari formen/mekanik.

ii. iii. iv.

35

e) Pilih dua alternatif yang paling baik i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan f) Nilaikan kedua-dua alternatif menggunakan carta T-Rujuk seperti Jadual 5.5 Jadual 5.5 Menilai Alternatif Pilihan a. Menilai Alternatif (i) Kebaikan Semakin dekat ke destinasi Masa tidak terbuang Wajaran 10 9 19 b. Menilai Alternatif (ii) Kebaikan Kereta lebih selamat Saya lebih selamat Wajaran 4 8 Keburukan Masa terbuang Mungkin tidak sempat jumpa ibu Wajaran 5 7 Keburukan Meletihkan Kereta mungkin dicuri orang Wajaran 2 4 6

12

12

g) Buat keputusan dengan memilih alternatif yang terbaik Alternatif (i) dipilih kerana wajaran kebaikan lebih besar dari wajaran kebaikan untuk alternatif (ii), dan wajaran keburukannya lebih kecil berbanding dengan wajaran keburukan untuk alternatif (ii).

36

UNIT 6 KEMAHIRAN MENAAKUL


Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran menaakul. Kemahiran ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan : a) b) Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan. Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

1.

Penaakulan Secara Induktif pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untuk

Membuat

membuat satu kesimpulan atau pengitlakan.

Langkah penggunaan: a) b) c) Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Perhatikan ciri atau pola yang sepunya. Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.

P 8 Q 3 8 R 8 10

8 B 4

N T 6

6 6

M U

C 5

A 6.1 : Rajah Berbentuk Segitiga

37

Contoh : Rajah 6.1 menunjukkan rajah berbentuk segitiga. Kumpulkan dan buat kesimpulan berasaskan ciri atau pola sepunya bagi setiap segitiga tersebut. Untuk membuat penaakulan secara induktif kita perlu : a) Teliti beberapa contoh dan situasi yang spesifik. Senaraikan ciri atau pola sepunya bagi setiap rajah segitiga tersebut, seperti

rajah berbentuk segitiga, mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi , mempunyai tiga sisi yang sama panjang, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai satu sudut pedalaman ialah 90 , nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60 dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180.
b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya. Segitiga Ciri/Pola Mempunyai tiga bucu Mempunyai tiga sisi Mempunyai tiga sisi yang sama panjang Nilai satu sudut pedalaman ialah 90 Nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60 Jumlah sudut-sudut pedalaman bagi setiap segitiga ialah 180 Jadual 6.1 Segitiga LMN Segitiga PQR Segitiga STU Segitiga ABC

Ciri atau pola yang sepunya bagi setiap segitiga.

38

c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan. i. Semua segitiga sama sisi mempunyai ketiga-tiga sudut pedalaman yang bernilai 60 dan ketiga-tiga sisi sama panjang. ii. Semua segitiga bersudut tegak mempunyai satu sudut pedalaman bernilai 90 dan ketiga-tiga sisi yang tidak sama panjang. 2. Penaakulan Secara Deduktif Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Langkah penggunaan : b) Teliti situasi umum. c) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.

Contoh : Jadual 6.2 menyenaraikan ciri-ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak. Berdasarkan ciri yang dinyatakan, padankan segitiga dalam Rajah 6.1 kepada kelas masing-masing. Segitiga sama sisi Segitiga bersudut tegak

Nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60 Mempunyai sisi-sisi yang sama panjang

Nilai satu sudut pedalaman ialah 90 Mempunyai sisi-sisi yang tidak sama panjang

Jadual 6.2 Ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak .

39

Untuk membuat penaakulan secara deduktif kita perlu : a) Teliti situasi umum i. Segitiga sama sisi mempunyai ciri tiga sisi yang sama panjang, dan nilai sudutsudut pedalaman ialah 60. Segitiga bersudut tegak mempunyai ciri sisi yang tidak sama panjang, dan nilai satu sudut pedalaman ialah 90 b) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik. Segitiga Ciri/Pola Mempunyai tiga bucu Mempunyai tiga sisi Mempunyai tiga sisi yang sama panjang Nilai satu sudut pedalaman 90 Nilai sudut-sudut pedalaman 60 Jumlah sudut-sudut pedalaman bagi setiap segitiga 180 Segitiga LMN Segitiga PQR Segitiga STU Segitiga ABC

ii.

Rajah 6.3 : Contoh spesifik segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak

Segitiga PQR dan STU adalah segitiga sama sisi kerana mempunyai ciri berikut : mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi sama panjang, nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60 dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180. Segitiga ABC dan LMN adalah segitiga bersudut tegak kerana mempunyai ciri yang berikut: mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai satu sudut pedalaman ialah 90 dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180.

40

UNIT 7 ALAT BERFIKIR


Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda. 1 PENYUSUN GRAFIK Penggunaan penyusun grafik yang sesuai dengan KB tertentu semasa melaksanakan tugasan berfikir akan meningkatkan penguasaan murid terhadap KB tersebut. Adakah penyusun grafik sesuai digunakan untuk satu kemahiran berfikir atau pelbagai kemahiran berfikir? Pemilihan penyusun grafik yang sesuai dengan sesuatu KB dan strategi berfikir ada diberikan pada Jadual 7.1. Jadual 7.1 Pemilihan penyusun grafik kemahiran berfikir
1 2 3 4 Penyusun Grafik** 5 6 7 8 9 10 11 12

Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir Mencirikan Membanding dan membezakan Mengumpul dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan Menjanakan idea Menghubungkaitkan Membuat inferens Meramal Mengitlak Membuat gambaran mental Mensintesiskan Membuat hipotesis Menganalogikan Mereka cipta Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan

x x x x

x x x

x x x x x

x x

x x

x x x

x x x x x x x x

x x x x x

x x

x x x x

x x x x

41

**Nota: (Penyusun Grafik) 1 Carta Maklumat 2 Carta T 3 Carta Selari Masa 4 Carta Tulang Ikan 2 SOALAN DAN PENYOALAN

5 6 7 8

Carta Edaran Rantai Urutan Rajah Pancaran Jadual Mantik

9 Pohon Fikiran 10 Tangga Hierarki 11 Rajah Venn 12 Carta Alir

Soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjanakan idea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, menguji kebolehan serta menilai pencapaian. Antara tujuan menggunakan soalan dan penyoalan ialah: a) Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. b) Meningkatkan metakognisi. c) Merangsang penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. d) Menggalakkan pertimbangan idea baru dan penggunaan idea sedia ada. e) Menggalakkan suasana untuk perkongsian idea di antara guru dengan murid. f) Menguji kebolehan berfikir. g) Menilai tahap penguasaan kemahiran berfikir. h) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Soalan berkualiti terdapat dalam bentuk soalan bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan. a) Soalan Bertumpu dan Bercapah Soalan jenis ini memberi tumpuan kepada sama ada suatu soalan itu memerlukan jawapan yang lebih objektif atau subjektif. Rajah 7.2 menunjukkan perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah.
Soalan bertu Soalan berca

Soalan Bertumpu mpu Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan.

Soalan Bercapah
pah

Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran murid yang kritis, kreatif dan rasional sebelum memberi jawapan. Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid daripada satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas. Skop - luas dan terbuka

Skop - terhad dan spesifik

42

Jawapan terdapat secara langsung daripada teks bacaan. Berbentuk penaakulan dan tafsiran yang mana jawapannya tidak perlu diolah. Jawapan bersifat objektif dan spesifik. Contoh : i. Huraikan peringkat perkembangan kupu-kupu. ii. Terangkan punca-punca pencemaran air. iii. Berikan tiga keburukan perkembangan teknologi dalam sektor pertanian.

Jawapan tidak terdapat secara langsung daripada teks bacaan. Berbentuk penaakulan dan tafsiran di mana jawapan memerlukan olahan. Jawapan yang bersifat subjektif. Contoh : i. Bincangkan apa yang akan terjadi jika satu daripada peringkat kitaran hidup kupu-kupu diganggu. ii. Mengapakah ramai orang tidak mengambil berat tentang masalah pencemaran? iii. Pada pendapat anda, apakah kesan sampingan perkembangan teknologi kepada peradaban manusia?

Jadual 7.2 Perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah b) Lingkaran Soalan Lingkaran soalan ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skop tertentu iaitu skop perkara, individu dan persekitaran seperti dalam Rajah 7.1.

Individu

perkara

persekitaran

Rajah 7.1

Skop lingkaran soalan

43

Contoh soalan lingkaran ialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 : Jadual 7.3 Skop Perkara Soalan Tajuk AIDS Soalan Apakah maksud AIDS? Apakah punca penyakit AIDS? Bagaimanakah aid berkembang?

Individu

Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap penyakit AIDS? Apakah tindakan anda untuk mencegah bahaya AIDS? Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap penyakit AIDS? Ada pendapat menyatakan ancaman AIDS adalah balasan kepada manusia yang mengingkari perintah Tuhan. Nyatakan pendapat anda. Selain Malaysia, negara manakah yang mengalami masalah peningkatan jumlah pesakit AIDS? Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara lain untuk mencegah bahaya AIDS? Jumlah pengidap AIDS semakin bertambah. Cadangkan aktiviti yang boleh dijalankan untuk mendidik murid tentang bahaya AIDS?

Persekitaran

3 PETA MINDA Peta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat. Peranan peta minda dalam merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat suatu persembahan adalah suatu yang penting. Garis panduan membina peta minda adalah seperti yang berikut : a) b) c) d) e) f) g) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea. Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk. Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu. Gunakan kata kunci, gambar , imej tiga matra atau simbol. Tuliskan kata penghubung di atas garisan. Jadikan corak yang menarik. Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.

44

h) i)

Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan. Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda lebih asli.

Satu contoh peta minda adalah ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2 Contoh peta minda tentang pengelasan tumbuhan

45

UNIT 8

PETUNJUK KEMAHIRAN BERFIKIR

Dalam model KB, perkataan tertentu digunakan untuk setiap kemahiran berfikir . Selain perkataan tersebut, terdapat frasa atau perkataan lain yang memberi makna yang sama. Perkataan atau frasa ini amatlah membantu guru dan murid untuk memahami dan menguasai KB tersebut. 1 Petunjuk Pemikiran Kritis Rajah 8.1 Perkataan atau frasa yang memberikan makna sama dengan KB kritis. Pemikiran Kritis
SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS

a. Mencirikan .

Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama Menyatakan ciri-ciri unsur. Memperlihatkan sifat. Menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur. Mengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsur. Menyebut ciri-ciri, sifat dan unsur. Mencari persamaan dan perbezaan. Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan. Menentukan ciri sepadan dan tak sepadan. Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa. Menyatakan persamaan dan perbezaan. Menyusun ciri-ciri yang sama dan berbeza. Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya. Mengumpulkan mengikut sesuatu kategori. Mengumpulkan mengikut ciri-ciri yang boleh dibandingkan. Menyenaraikan ciri-ciri yang boleh dibandingkan. Mengkategorikan ciri. Menyusun mengikut kriteria. Menyusun mengikut kumpulan.

b. Membanding dan membeza

c. Mengumpul dan mengelas

SS Menyusun mengikut sesuatu tertib berasaskan nilai, abjad,

d. Membuat urutan

kronologi, saiz, corak, masa dan lain-lain. SS Menyusun secara menaik atau menurun SS Menyusun secara rantai urutan
SS Mengatur mengikut sesuatu kriteria daripada yang paling

e. Menyusun mengikut keutamaan

penting kepada yang kurang penting atau menyenaraikan idea mengikut kepentingan. SS Menyusun berdasarkan segera kepada kurang segera SS Menyenarai mengikut hierarki berdasarkan matlamat

46

SS Mengatur mengikut paling hadapan kepada paling belakang SS Menyusun mengikut paling atas kepada paling bawah SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS

f. Menganalisis

Mencerakin maklumat Mengolah idea Mengesan penyebab Menghuraikan faktor-faktor penyebab Membuat andaian berasaskan maklumat Menghurai mengikut ciri-ciri Menghuraikan kepada bahagian Mencerakin komponen yang terlibat Mencari bukti-bukti yang menyokong Mengimbas kembali idea Mengkaji kesan baik dan buruk Mengkaji keputusan berasaskan fakta

g.Mengesan kecondongan

SS Menentukan pendirian berat sebelah SS Menentukan pemberatan kepada satu pihak SS Menentukan pendirian ke satu pihak SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS

h. Menilai

Menaksir maklumat Mempertimbangkan pendapat dan pandangan Mempertimbangkan cadangan Menyatakan rasional Membahaskan isu atau pernyataan Membuat pertimbangan Memberi alasan untuk menerima atau menolak Membuat wajaran Mempertimbangkan kesan dan akibat Membuat pilihan Mengimbas kembali pilihan Menentukan nilai Merumuskan isu Menyatakan hasil selepas analisis Menyusun alasan Membuat resolusi Membuat persetujuan Membuat keputusan bijaksana yang muktamad Menggulung hujah

i. Membuat kesimpulan

47

PETUNJUK PEMIKIRAN KREATIF

Rajah 8.2 Perkataan atau frasa yang memberi makna sama dengan KB kreatif Pemikiran Kreatif
SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS

a. Menjana idea

Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama mengemukakan idea mencadangkan alternatif mencadangkan sebab menyenaraikan idea menyatakan cara lain menyumbangkan pendapat menyatakan kemungkinan menghasilkan idea mencetuskan idea melahirkan idea membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian membuat rumusan awal daripada data membuat kesimpulan awal daripada maklumat membuat tanggapan awal membuat penyataan awal membuat pendirian awal menyatakan ketetapan awal menerangkan sebab dan akibat menyatakan perkaitan menyatakan sebab-musabab menyatakan implikasi mengkaji perkaitan mencari perkaitan mengaitkan idea menyatakan pertalian membuat perhubungan menyatakan apa yang akan berlaku membuat jangkaan menganggarkan apa yang akan berlaku membuat perlunjuran menyatakan kemungkinan yang akan berlaku menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya membuat pernyataan yang perlu diuji ketepatannya menyatakan pandangan yang perlu diuji kejituannya

b. membuat inferens

c.

Men ghubung kait

d. Meramal

e. Membuat hipotesis

48

h. Mensintesis

SS SS SS SS

mengabungkan idea menggubal semula menyatukan idea-idea menyepadukan idea-idea

i. Mengitlak

SS membuat pernyataan umum berdasarkan pola SS membuat generalisasi SS membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea SS SS SS SS SS SS

i. Menganalogi

memetafora membuat sindiran membuat kiasan membuat perlambangan membuat simulasi membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan

SS mengimaginasi j. Membuat SS menggambarkan dalam bentuk lain gambaran mental SS membayangkan dalam minda SS melakarkan peta minda SS membuat khayalan SS cuba fikirkan suatu peristiwa SS SS SS SS SS SS SS

k. Mereka cipta .

cadangan idea asli menghasilkan gubahan asli mereka bentuk mencipta sesuatu membuat inovasi menghasilkan idea yang kreatif membuat pengubahsuaian

49

3 PETUNJUK STRATEGI BERFIKIR


Rajah 8.3 Petunjuk langkah dalam strategi mengkonsepsi, menyelesai masalah dan membuat keputusan Langkah Strategi Berfikir a. Mengkonsepsikan Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama SS menghasilkan konsep SS membentukkan konsep SS membina konsep
SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS

i. Mengenal pasti contoh atau maklumat

menentukan contoh memberikan contoh mendapatkan contoh menyatakan contoh menyenaraikan contoh menyenaraikan ciri menentukan ciri sepunya memberikan ciri mendapatkan ciri menyatakan ciri mengumpul ciri mengikut kategori membuat pengelasan berasaskan ciri sepunya menyenarai ciri yang boleh dibandingkan mengkategorikan ciri menyusun mengikut kumpulan membahagikan ciri yang sama ke dalam kumpulan kecil

ii.

Mengenal pasti ciri sepunya

iii. Mengelaskan ciri- ciri

iv. Menghubung kaitkan SS mencari perkaitan antara ciri kelas untuk membina SS mengkaji perkaitan antara ciri konsep awal SS menyatakan perkaitan ciri SS menyatakan pertalian ciri v. Memberikan contohcontoh lain untuk menguji atau mengubah konsep awal
SS SS SS SS SS SS

mencari contoh-contoh tambahan mencari bukan contoh mendapatkan contoh menyatakan contoh menyenaraikan contoh menentukan contoh

vi. Membina konsep

SS bentukkan konsep SS hasilkan konsep

50

b. Menyelesai Masalah

SS SS SS SS SS SS SS SS

cari penyelesaian selesaikan carikan cara penyelesaian selesaikan persoalan menentukan masalah menyatakan masalah memerihalkan masalah menyenaraikan masalah

i.

Mengenal pasti masalah

ii.

Menjelaskan masalah

SS menerangkan masalah SS menghuraikan masalah SS SS SS SS

iii. Mencari alternatif penyelesaian masalah iv. Melakukan operasi

mendapatkan alternatif mendapatkan penyelesaian lain mencari cara lain menentukan kaedah berbeza

SS menjalankan operasi SS melaksanakan operasi SS menjalankan langkah-langkah SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS SS

v.

Menilai penyelesaian

mentaksir penyelesaian mempertimbangkan penyelesaian membuat wajaran membuat pilihan membuat kata putus membuat cadangan yang terbaik memilih alternatif yang terbaik membuat ketetapan membuat ketentuan menentukan matlamat memberikan matlamat mendapatkan matlamat menyatakan matlamat menyenaraikan matlamat menentukan alternatif memberikan alternatif mendapatkan alternatif menyatakan alternatif menyenaraikan alternatif

c. Membuat Keputusan

i. Mengenal pasti matlamat

ii. Mengenal pasti alternatif

51

iii. Menganalisis alternatif SS mencerakin alternatif SS menghurai pilihan SS mengkaji kesan baik dan buruk SS membuat kajian mendalam terhadap alternatif iv. Menyusun alternatif
SS SS SS SS

mengatur alternatif mengikut keutamaan menyusun pilihan mengikut hierarki menyenaraikan alternatif yang terbaik menyusun pilihan terbaik

v.

Memilih sekurangkurangnya dua alternatif terbaik

SS menentukan dua alternatif terbaik SS mendapatkan dua pilihan terbaik SS menyenaraikan dua alternatif terbaik

vi. Menilai alternatif yang SS mentaksir alternatif yang dipilih telah dipilih SS mempertimbangkan pilihan SS mengkaji alternatif yang telah dipilih SS membuat wajaran terhadap pilihan vii. Membuat keputusan
SS SS SS SS SS

membuat kata putus membuat cadangan yang terbaik memilih alternatif yang terbaik membuat ketetapan membuat ketentuan

52

UNIT 9 METAKOGNISI
Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diri demi menghasilkan sesuatu yang maujud. OPERASI METAKOGNISI Operasi metakognisi melibatkan strategi merancang, memantau dan menilai proses berfikir. a) Merancang adalah proses mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir serta bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. b) Memantau adalah proses mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar. c) Menilai adalah proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang telah dilalui. Ketiga-tiga strategi metakognisi ini, membantu kita mengawal dan menjalankan proses berfikir dengan berkesan. MENGEMBANGKAN METAKOGNISI Metakognisi boleh dikembangkan melalui tiga cara iaitu: a) Guru membimbing murid: i.Merancang operasi berfikir dalam tugasan yang diberikan. ii.Membuat pemantauan semasa melaksanakan operasi berfikir. iii.Menilai sejauh mana operasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. b) Guru bersama murid merancang, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan memberikan tugasan untuk mengukuhkan proses metakognisi murid. c) Murid saling menilai dan memberi penjelasan tentang strategi dan proses berfikir antara satu sama lain.

53

Ketiga-tiga langkah tersebut adalah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses metakognisi perlu dirangsang dalam mengembangkannya. Pernyataan, pendapat atau pandangan yang diberikan oleh guru yang bermula dengan frasa awalan yang tertentu boleh digunakan untuk merangsang metakognisi murid. Yang berikut adalah contoh frasa awalan: a) Saya fikir atau berpendapat ...

Saya berpendapat bahawa fenomena El-Nino bukan penyebab utama jerebu.


b) Saya kurang pasti bahawa ...

Saya kurang pasti bahawa manusia boleh tinggal di planet Marikh.


c) Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa ...

Pengalaman dan pengetahuan saya menunjukkan bahawa teknologi maklumat kurang memberi faedah kepada pembangunan negara.
d) Saya yakin bahawa ...

Saya yakin bahawa pengklonan manusia akan memberikan banyak faedah kepada manusia sejagat.
Dengan mengemukakan pernyataan, pandangan atau pendapat yang menggunakan frasa awalan tertentu, fikiran murid terangsang dan murid akan memberi respons. Berdasarkan respons daripada murid, soalan selanjutnya boleh dikemukakan untuk menggalakkan perbincangan berkaitan dengan tugasan dan mengembangkan proses metakognisi. Seterusnya dalam mengembangkan metakognisi, murid perlu mengemukakan soalan kendiri yang meliputi strategi merancang, memantau dan menilai. Dengan mengemukakan soalan kendiri ini, pemikiran murid akan terkawal dan terarah kepada pencapaian matlamat tugasan berfikir. PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISI DAN SOALAN KOGNISI Soalan metakognisi bertujuan untuk merangsang dan mengesan perkembangan metakognisi. Soalan kognisi bertujuan untuk menguji penguasaan isi kandungan dan KBSB. Soalan metakognisi berbeza dengan soalan kognisi. Perbezaan ini adalah dari segi tujuan soalan itu dikemukakan. Yang berikut adalah contoh soalan metakognisi dan kognisi dalam satu topik pengajaran dan pembelajaran.

54

Contoh Soalan: Anda diberikan dua daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya. Jadual 9.1 Perbezaan antara soalan metakognisi dan soalan kognisi

Soalan Metakognisi

Soalan Kognisi

(a) Apakah langkah yang anda fikirkan a) sesuai untuk mencari persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B? (b) Bagaimanakah anda membezakan daun A dan daun B? (a) Mengapakah anda menggunakan kaedah itu? (d) Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda perolehi?

Senaraikan ciri persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B.

(b) Bandingkan corak umum urat daun A dan daun B. (c) Daun manakah yang lebih: (i) lebar? (ii) panjang?

55

UNIT 10 STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Satu strategi yang difikirkan dapat membantu guru mengembangkan minda murid ialah melalui penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi ini KB dipelajari bersama isi kandungan mata pelajaran. Walau bagaimanapun dalam menerapkan KB bersama isi kandungan, pengubahsuaian perlu dibuat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar pembelaja ran yang dihasilkan adalah pembelajaran yang berfikrah.

PEMBELAJARAN BERFIKRAH Apakah perkaitan antara penerapan KB dengan pembelajaran berfikrah?. Bandingkan dua situasi pengajaran dan pembelajaran yang berikut: Situasi 1 Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata mengikut langkah berikut: a) Memberikan kepada pelajar pengelasan haiwan yang sedia ada. b) Memberi contoh yang berkaitan. c) Memberi ciri yang dipunyai oleh setiap kelas haiwan. Situasi 2 Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata dengan menjalankan aktiviti berikut: a) Murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan berdasarkan ciri sepunya. b) Guru membimbing murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan kepada kumpulan sedia ada. c) Murid membuat kesimpulan tentang ciri tertentu bagi setiap kumpulan haiwan. Jika dibandingkan antara kedua situasi, dalam situasi 1 murid lebih berfungsi sebagai penerima maklumat yang diberikan oleh guru. Manakala dalam situasi 2, murid mengalami proses berfikir. Dalam situasi 2 murid terlibat secara langsung dalam proses memerhati, membanding, membezakan, dan mengelaskan haiwan kepada kumpulan tertentu. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang ciri am bagi setiap kelas haiwan. Situasi 2 menggambarkan satu episod pembelajaran berfikrah. Murid terlibat secara langsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat. Apakah peranan guru dalam situasi tersebut?

56

Penerangan Maksud Pembelajaran Berfikrah Pembelajaran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatan utama. Perkara yang ada dalam kandungan adalah konsep, prinsip, pengitlakan, masalah, fakta dan definisi. Proses pula adalah kemahiran berfikir, strategi berfikir, metakognisi dan kemahiran sosial ( Resnick, 1989). Penerapan KB, kemahiran proses serta sikap dan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran sains adalah strategi utama ke arah pembelajaran berfikrah. Kebolehan untuk mengawal dan mengurus pemikiran atau metakognisi amat membantu ke arah pembelajaran berfikrah. Strategi penerapan perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran KB iaitu: a) Mengajar cara berfikir (murid mempelajari tentang perincian KB). b) Mengajar untuk berfikir ( murid mengalami proses berfikir). c) Mengajar tentang berfikir (murid mengawal serta mengurus proses berfikir). Penggabungan ketiga-tiga pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan penerapan KB lebih berkesan dan dapat mengembangkan minda murid. Ketiga-tiga pendekatan tersebut perlu menjadi asas dalam rangka kerja yang digunakan dalam program penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. RANGKA KERJA PENERAPAN KB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat lima peringkat rangka kerja khusus untuk menerapkan KB dalam pengajaran dan pembelajaran . Rangka kerja ini adalah sesuai untuk pendekatan pembelajaran seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran koperatif, konstruktivisme dll. a) b) c) d) e) KB diperkenalkan. KB dipraktikkan dengan bimbingan guru. KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru. KB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru. KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir.

57

Langkah 1: Memperkenalkan KB a) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yang baru. b) Guru memberikan atau menyebut perkataan KB yang telah dipilih. Perkataan atau frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan KB tersebut juga diperkenalkan kepada murid. c) Guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan KB dengan merujuk kepada perincian kemahiran dan strategi berfikir. d) Guru menjelaskan pada murid penggunaan penyusun grafik yang boleh digunakan bagi membantu proses berfikir dan cara menggunakannya. e) Guru membantu murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah diberi. Langkah 2: Mempraktikkan KB dengan bimbingan guru a) Guru memberitahu murid KB yang akan digunakan. b) Guru berbincang dengan murid bagaimana melaksanakan KB berkenaan. c) Murid diberikan beberapa set data berkaitan dengan isi kandungan atau situasi yang setara dengan isi kandungan mata pelajaran dan mengaplikasikan KB terhadap data atau situasi tersebut. d) Murid membuat refleksi bagaimana mereka melaksanakan KB. (Pada peringkat ini guru perlu membuat penilaian untuk menentukan sama ada murid boleh ke peringkat seterusnya). Langkah 3: Mempraktikkan KB tanpa bimbingan guru a) Murid melaksanakan tugasan menggunakan KB yang telah ditetapkan untuk menjawab soalan ujian, kerja rumah dan lain-lain. b) Murid menggunakan KB yang telah dipelajari untuk memudahkannya mempelajari KB selanjutnya yang lebih kompleks. (Pada peringkat ini guru boleh menilai penguasaan murid terhadap KB yang telah dipelajari. Sekiranya didapati murid masih belum menguasai KB berkenaan, mereka perlu dibimbing semula).

58

Langkah 4: Mengaplikasikan KB dalam situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru a) Memberitahu murid KB yang perlu diaplikasikan. b) Berbincang bersama murid tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan. c) Berbincang bersama murid bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakan dalam situasi baru itu. d) Membantu murid membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui. Langkah 5: KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir Pada peringkat ini murid perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai untuk membuat tugasan tertentu. Tugasan yang diberikan perlu melibatkan kemahiran lain seperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Tugasan berfikir dalam bentuk projek, soalan latihan, ujian, peperiksaan dan aktiviti penyelesaian masalah sangat sesuai diberikan kepada murid pada peringkat ini. Jika murid berjaya menjalankan tugasan pada tahap ini, murid boleh dianggap telah mencapai tahap penguasaan.

59

11 PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dalam Bab 1, lima peringkat dalam rangka kerja penerapan kemahiran berfikir dan strategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah dibincangkan. Setiap peringkat rangka kerja tersebut boleh dilaksanakan terus ke dalam strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada seperti eksperimen, kajian lapangan dan simulasi. Dalam bab ini, contoh pengoperasian peringkat-peringkat rangka kerja dengan KBSB yang tertentu diberikan untuk menggambarkan situasi sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran.

MATA PELAJARAN SAINS


PERINGKAT 1 : MEMPERKENALKAN KBSB Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan haiwan mengikut sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah sumbang saran semasa langkah set induksi dan pemerolehan pengetahuan. KBSB yang hendak dikuasai ialah membanding dan membezakan. KBSB yang telah dipelajari dan perlu digunakan ialah mencirikan. Lokasi : Dalam Makmal/Bilik Sains. Gambar pelbagai jenis haiwan, bola sepak, bola takraw, bola tampar.

Bahan Bantu : Mengajar

(Cikgu Murni menghadap pelajar sambil memegang sebiji bola sepak)


Cikgu Murni Hashim Cikgu Murni Hashim Rani Sabri Tham : : : : : : : Apakah objek yang saya pegang ini? Bola sepak cikgu! Mengapakah kamu katakan objek ini ialah bola sepak? Kerana objek itu berbentuk sfera. Ada corak petak hitam putih, cikgu. Ada tulisan FIFA, cikgu. Kerana saya pernah main bola sepak dengan bola seperti itu.

60

Kallang Cikgu Murni

: :

Cikgu, kerana saya biasa melihat orang bermain bola sepak dengan bola seperti itu. Bagus. Terima kasih, kamu sudah pandai mencirikan dan menghubungkaitkan ciri dengan objek. Sekarang saya hendak kamu mencirikan objek lain pula. Siew Leng, sila catatkan jawapan yang akan diberikan oleh rakanrakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran di papan hitam.

(Cikgu Murni bersedia dengan dua jenis bola iaitu bola takraw dan bola tampar)
Cikgu Murni : Cuba perhatikan bola yang saya pegang ini, kita panggilnya bola A. Apakah ciri bola ini?.

(Cikgu Murni mempamerkan bola takraw)


Zaidah Abidin Ganesan Rafeal Chiew Yen Cikgu Murni Cikgu Murni : : : : : : : Berbentuk sfera, cikgu. Kuning-perang. Cikgu, bola itu berlubang-lubang. Bola itu kasar dan diperbuat daripada rotan, cikgu. Saiznya kecil, cikgu. Bagus murid-murid. Terima kasih Siew Leng kerana mencatat. Salim sila tampil ke hadapan untuk mencatat jawapan yang akan diberikan oleh rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran di papan hitam. Apakah pula ciri bola B yang saya pegang ini?

Cikgu Murni

(Cikgu Murni menunjukkan bola tampar) Mamat Siew Leng Anand Dayang : : : : Berbentuk sfera dan licin, cikgu. Cikgu, bola itu berwarna putih. Diperbuat daripada kulit dan tidak berlubang-lubang, cikgu. Saiznya besar, cikgu.

61

Cikgu Murni

Bagus murid-murid dan terima kasih Salim kerana mencatat. Murid-murid sila rujuk penyusun grafik di papan hitam.

(Rajah 11.1 menunjukkan Penyusun Grafik Rajah Pancaran yang dicatatkan oleh Salim)

Cikgu Murni

Daripada kedua-dua penyusun grafik Rajah Pancaran ini, adakah terdapat ciri sepunya? Ada, cikgu. Apakah ciri itu? Kedua-dua bola itu berbentuk sfera, cikgu. Adakah lagi ciri sepunya yang lain? Tidak ada lagi, cikgu.

Anand Cikgu Murni Anand Cikgu Murni Dayang

: : : : :

(Guru perlu memperkenalkan penyusun grafik baru iaitu Rajah Venn yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa)
Cikgu Murni : Baiklah murid-murid. Ciri sepunya ditulis di ruangan yang bertindih dalam rajah penyusun grafik di papan hitam. Ciri bola A dan bola B ditulis dalam ruangan masing-masing yang tidak bertindih. Rajah penyusun grafik ini dikenali sebagai Rajah Venn.

62

Bola A

Bola B

sfera

Cikgu Murni

Suratman, sila lengkapkan penyusun grafik Rajah Venn di papan hitam. Bola A Bola B

Berlubang Kecil Rotan sfera Kasar Kuning-perang

Tidak berlubang Putih licin

Cikgu Murni

Berdasarkan Rajah Venn yang telah dilengkapkan oleh Suratman, apakah aspek yang kamu ambil kira untuk membezakan bola A dan B? Rupa bentuk, cikgu. Satu berlubang-lubang dan satu lagi tidak . Warna. Bola A berwarna kuning dan bola B pula berwarna putih. Saiz. Satu kecil dan satu lagi besar. Bahan, cikgu. Satu diperbuat daripada rotan dan satu lagi daripada kulit.

Abidin Hassan Khashim Ulap

: : : :

(Guru memperkenalkan kemahiran berfikir membandingkan dan membezakan)


Cikgu Murni : Murid-murid .... sebenarnya apa yang kamu buat tadi adalah mencirikan bola A dan bola B serta mengenal pasti ciri yang sama dan yang berbeza antara kedua-duanya.

63

Kemahiran ini dikenali sebagai membandingkan dan membezakan. Kemahiran ini digunakan untuk mencari persamaan dan perbezaan objek yang diperhatikan. Berikan perkataan atau frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan membandingkan dan membezakan. Hassan Zaidah Siew Leng Ulap : : : : Mencari persamaan dan perbezaan, cikgu. Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan. Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa. Mencari ciri sepunya dan tak sepunya.

(Tiada jawapan lagi dari murid)


Cikgu Murni Abidin Cikgu Murni : : : Adakah lagi perkataan yang lain? Tiada lagi, cikgu ... Ada lagi! ... iaitu ... menentukan ciri sepadan dan tak sepadan. ... menyusun ciri yang sama dan berbeza. ... menyatakan persamaan dan perbezaan.

(Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah dilalui)
Cikgu Murni Khashim Kallang Rani : : : : Semasa kamu membandingkan dan membezakan, apakah langkah yang telah kamu lakukan? Memerhati objek, cikgu! Mengenal pasti ciri setiap objek dan menyenaraikannya, cikgu. Membanding ciri setiap objek untuk mengenal pasti ciri sepunya dan ciri berbeza, cikgu.

(Guru menjelaskan langkah penggunaan kemahiran membandingkan dan membeza)


Cikgu Murni : Untuk kemahiran membandingkan dan membezakan kita boleh mengikuti langkah-langkah berikut : Pertama Kedua : : Perhatikan satu, dua atau lebih objek. Kenal pasti ciri bagi satu daripada aspek objek itu

64

Ketiga Keempat

: :

Tentukan sama ada objek lain mempunyai cirri yang sama. Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Ulangi langkah di atas bagi ciri yang lain bagi setiap objek.

(Setiap kumpulan pelajar dibekalkan dengan gambar kucing, ikan emas, siput babi, ular sawa dan burung hantu. Guru perlu memperkenalkan penggunaan penyusun grafik baru yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa)
Cikgu Murni : Apabila membandingkan dan membezakan lebih daripada dua objek, kita boleh menggunakan penyusun grafik Jadual Matriks.

(Guru mengedarkan penyusun grafik Rajah Pancaran, dan penyusun grafik Jadual Matriks. Murid mengisi penyusun grafik Rajah Pancaran)
Cikgu Murni : Murid-murid, sudahkah kamu melengkapkan penyusun grafik Rajah Pancaran bagi setiap haiwan dalam gambar yang diberikan? Sudah, cikgu. Bagus, sekarang kita akan mengisi penyusun grafik Jadual Matriks pula. Bagaimanakah hendak mengisi penyusun grafik Jadual Matriks ini, cikgu? Terima kasih, Rani. Soalan kamu sangat baik.

Semua murid : Cikgu Murni :

Rani

Cikgu Murni

(Guru menayangkan transparensi penyusun grafik Jadual Matriks seperti yang diedarkan kepada murid menggunakan projektor overhed)
Cikgu Murni : Baris pertama dalam kotak pertama diisikan aspek , diikuti dengan ciri dan senarai nama haiwan. Kemudian, tandakan di ruangan yang bersesuaian antara ciri dan nama haiwan bagi semua haiwan yang diberikan.

(Pada akhir pelajaran, guru mempamerkan semua hasil kerja murid. Contoh hasil kerja murid adalah seperti dalam Rajah 11.1 dan Jadual 11.1)

65

dua pasang kaki sepasang mata Berbulu rambut kucing

kuku tajam

telinga

gigi ekor Warna merah kekuningan bersirip bersisik Ikan emas bergigi

bermisai

Sepasang mata dua pasang bertekal


Siput babi Siput

bercengkerang

berinsang

berekor

babi

mulut

bergigi Berwarna warni

sepasang mata Berkuku-tajam bersisik berparuh Burung hantu Bulu pelepah sepasang mata ekor berkepak

Badan panjang

Ular sawa

kaki bersisik

berekor Sepasang mata

Sepasang kaki

Rajah 11.1 Penyusun Grafik Rajah Pancaran 66

Jadual 11.1 Penyusun Grafik Jadual Matriks

Aspek

Ciri Tiada kaki Sepasang kaki Dua pasang kaki Berbulu rambut Berbulu pelepah Bersisik Tentekal Sepasang mata Berkepak Berkuku tajam Kaki bersisik Berekor Badan panjang Berwarna warni

Kucing

Ikan emas

Siput babi

Ular sawa

Burung hantu

Bilangan kaki

Selaput badan

Aspek anggota lain

Rupa bentuk

PERINGKAT 2 : MEMPRAKTIKKAN KBSB DENGAN BIMBINGAN GURU Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan tumbuhan mengikut sifat-sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah kerja lapangan pada langkah perkembangan pengajaran dan pembelajaran. KBSB yang hendak dikuasai ialah membandingkan dan membezakan manakala KBSB yang perlu digunakan ialah mencirikan. Lokasi : Taman Sumber Sains

67

Pada langkah ini set induksi dan pembahagian kumpulan telah dilakukan. Pelajar 4 Berlian telah dibawa oleh Cikgu Hakim ke Taman Sumber Sains untuk memerhatikan pokok serai dan pokok puding. Cikgu Hakim : Sebentar tadi murid-murid telah memerhatikan tumbuhan di Taman Sumber Sains. Arifah, nyatakan bahagian tumbuhan manakah kumpulan kamu perhatikan? Kami membuat pemerhatian pada bahagian daun dan akar, Cikgu. Bagus! Arifah. Kumpulan Basir dan Rajoo, adakah kamu memerhatikan bahagian yang sama? : Ya, Cikgu.

Arifah Cikgu Hakim

: :

Rajoo dan Basir Cikgu Hakim Rajoo : :

Rajoo, bagaimanakah hasil perbincangan kamu mengenai sifat daun tumbuhan tersebut? Cikgu, kami dapati daun puding kasar permukaannya dan berwarna hijau. Bagaimanakah dengan urat pada daun itu? Uratnya macam bercabang-cabang, Cikgu. Cikgu, semalam saya telah membaca bahawa, bentuk urat begitu disebut urat daun jejala. Bagus Razak. Urat daun itu dikenali sebagai urat daun jejala. Murid-murid, cuba bandingkan antara daun serai dan daun puding ini.

Cikgu Hakim Rajoo Razak

: : :

Cikgu Hakim Cikgu Hakim

: :

(Murid-murid membuat perbincangan)


Cikgu Hakim Swee Lan : : Swee Lan, apakah yang kamu dapati? Cikgu, saya dapati daun puding lebar dan kasar permukaannya manakala daun serai panjang dan kasar juga. Urat daun puding adalah urat daun jejala, Cikgu. Tetapi urat daun serai kelihatan lurus.

Jamaluddin

68

Cikgu Hakim

Ya, Jamaluddin. Razak, jika urat daun begini apakah yang dinyatakan dalam buku itu? Urat daun selari, Cikgu. Bagus. Murid-murid urat daun itu dikenali sebagai urat daun selari. Kalau kamu bersedia seperti Razak, kamu akan faham lebih jelas. Sekarang teruskan pemerhatian kamu terhadap kedua-dua tumbuhan itu. Gunakan penyusun grafik Carta T untuk mencatat pemerhatian.

Razak Cikgu Hakim

: :

(Guru mengedarkan penyusun grafik Carta T untuk digunakan oleh murid bagi membandingkan dan membezakan.)

POKOK PUDING

POKOK SERAI

(Murid-murid membuat pemerhatian )


Cikgu Hakim Razali Rajoo : : : Razali, apakah bentuk akar pokok puding? Akar pokok puding besar. Ada satu akar yang besar Cikgu, dikelilingi oleh akar kecil. Pada akar kecil itu pula ada lagi akar yang lebih halus. Betul tu Rajoo. Akar ini dinamakan akar tunjang. Bagaimana dengan akar pokok serai? Aminah! Cikgu, akar pokok serai banyak tetapi tidak ada akar besar. Kalau akar begini, kita hendak namakan apa pula Cikgu? Akar itu kita namakan sebagai akar serabut.

Cikgu Hakim

Aminah Swee Lan Cikgu Hakim

: : :

69

Cikgu Hakim Razali Cikgu Hakim Arifah

: : : :

Bagaimanakah kamu membandingkan dan membezakan kedua tumbuhan itu? Saya memerhati daun dan akar, Cikgu. Bagus, Razali. Kita mesti mencirikan objek yang hendak dibandingkan dan dibezakan Cikgu. Bagus, Arifah. Apabila kita hendak membandingkan dan membezakan, kita perlu memerhatikan ciri-cirinya. Sekarang cuba cari persamaan dan perbezaan tumbuhan tersebut dan catatkan dalam penyusun grafik Jadual Matriks.

Cikgu Hakim

(Guru mengedarkan penyusun grafik Jadual Matriks kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti)
Aspek Ciri Pokok Serai Puding

Daun

Akar

PERINGKAT 3 : MEMPRAKTIKKAN KBSB TANPA BIMBINGAN GURU Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus mengelas tumbuhan mengikut sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Hidupan dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah kajian lapangan semasa langkah set induksi, pengembangan pembelajaran dan refleksi. KBSB yang hendak dikuasai ialah mengelas, KBSB yang telah dipelajari dan perlu digunakan ialah mencirikan serta membandingkan dan membezakan. Lokasi : Taman Sumber Sains

Bahan Bantu : Penyusun grafik Rajah Pancaran,

70

Mengajar

Rajah Venn, Carta Maklumat, gambar tumbuhan dan buku rujukan tentang tumbuhan

Pelajar kelas Tahun 4 Melati dibawa oleh Cikgu Ali ke Taman Sumber Sains untuk memerhatikan daun pokok bunga raya dan daun lalang. Cikgu Ali mengarahkan pelajar supaya berkumpul di dalam kumpulan masing-masing. Seorang ketua dikehendaki mengendalikan aktiviti KBSB iaitu mencirikan serta membandingkan dan membezakan sifat fizikal daun tumbuh-tumbuhan tanpa bimbingan guru. Pada masa murid menjalankan aktiviti, Cikgu Ali membuat pemantauan. Ahmad (ketua : kumpulan) Salmah Sudirman Ahmad Soo Chuen : : : : Mari kita perhatikan daun bunga raya dan daun lalang. Apa yang kamu perhatikan? Daun bunga raya nipis, Mad. Daun lalang nipis juga. Ciri apa pula yang kamu perhatikan, Soo Chuen? Daun bunga raya mempunyai urat daun yang berjala tetapi daun lalang berurat selari. Apakah ciri lain pada daun tersebut. Saya dapati kedua-dua daun berwarna hijau. Eh.. Mad, permukaan daun lalang kasar. Kita telah dapat mencirikan daun-daun yang kita kumpulkan. Sekarang kita akan membandingkan dan membezakan ciri daun pokok bunga raya dan daun lalang. Kita gunakan penyusun grafik Rajah Venn.

Ahmad Arumugam Dolmat Ahmad

: : : :

(Ahmad mengedarkan penyusun grafik Rajah Venn kepada setiap ahli kumpulannya)
Sudirman Dolmat Arumugam Ahmad : : : : Ahmad, saya cadangkan dalam bulatan A kita senaraikan ciri daun pokok bunga raya. Kalau begitu, ciri daun lalang kita senaraikan dalam bulatan B. Lepas itu kita nak buat apa? Macam ini Arumugam, kita kenal pasti ciri sepunya daun pokok bunga raya dan daun lalang. Kemudian kita pindahkan dan tuliskan ciri itu dalam ruangan yang bertindih pada rajah Venn ini.

71

(Setelah setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan, Cikgu Ali bersama dengan semua murid membuat rumusan)
Cikgu Ali : Semua kumpulan dikehendaki mempamerkan hasil kerja dari aktiviti tadi.

(Murid mempamerkan hasil kerja mereka seperti contoh berikut)

(Cikgu Ali memeriksa hasil kerja setiap kumpulan dan membuat rumusan)
Cikgu Ali : Saya dapati hasil kerja kamu sangat memuaskan. Ini menunjukkan kamu telah dapat menguasai kemahiran berfikir mencirikan serta membandingkan dan membezakan dengan baik.

(Setelah membuat rumusan guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran untuk KBSB mengelas. Cikgu Ali meminta setiap kumpulan mengumpulkan daun dari pelbagai jenis pokok)
Cikgu Ali : Sila aturkan daun-daun itu di atas kertas surat khabar. Sekarang kita akan mengelaskan daun itu mengikut ciri-ciri sepunya.

72

Dolmat Cikgu Ali Ahmad Cikgu Ali

: : : :

Cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan mengelaskan itu? Mengelaskan ialah mengumpul item atau maklumat kepada kumpulan berasaskan kepada ciri sepunya. Cikgu, bagaimana kita hendak mengelaskan? Mengumpulkan dan mengelaskan adalah kemahiran berfikir di mana kamu perlu menggunakan kemahiran mencirikan, membandingkan dan membezakan seperti yang telah kamu lakukan tadi. Kita boleh mengumpul dan mengelas menggunakan penyusun grafik berikut. Kita perlu mengisikan petak pada penyusun grafik berdasarkan ciri item yang tertentu. Kita mulakan dengan mengisi petak A iaitu nama bagi item yang hendak dikumpulkan dan kelaskan.

Sekarang cuba kita fikirkan apakah nama item yang sesuai. Eng Tuan Cikgu Ali Eng Tuan Cikgu Ali : : : : Daun, cikgu. Kenapa kamu kata daun paling sesuai? Sebab sekarang kita sedang mengumpulkan dan mengelaskan daun, cikgu. Betul. Untuk mengumpulkan dan mengelas, namakan item yang umum di petak A. Sekarang kita tulis perkataan 'daun' di petak A ini.

(Murid menulis di penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan).

73

Seterusnya berdasarkan ciri item yang tertentu, bahagikan daun ini kepada dua kumpulan. Apakah ciri yang boleh kita gunakan untuk membahagikan daun ini kepada dua untuk diisikan ke dalam petak B1 dan B2? Suresh : Cikgu, boleh kita pilih ciri urat daun? Urat daun selari dan urat daun jejala?

(Murid mencirikan serta membandingkan dan membezakan)


Cikgu Ali : Ya boleh, mari kita isikan petak B1 dengan urat daun selari dan petak B2 dengan urat daun jejala. Seterusnya apakah ciri lain yang diperhatikan yang boleh kita gunakan untuk membahagikan urat daun selari dan jejala kepada dua kumpulan untuk mengisi petak C? Dolmat Cikgu Ali : : Daun licin dan daun kasar, Cikgu. Betul. Sekarang isikan petak C1 dan C3 dengan daun licin manakala petak C2 dan C4 dengan daun kasar. Sekarang, namakan tumbuhan yang mempunyai ciri berdasarkan pengelasan yang kita telah buat iaitu : Daun berurat selari dengan permukaan licin, daun berurat selari dengan permukaan kasar, daun berurat jejala dengan permukaan licin, daun berurat jejala dengan permukaan kasar. A Daun

B1 Urat selari

B2 Urat jejala

C1 Licin Contoh: daun pandan

C2 Kasar Contoh: daun serai

C3 Licin Contoh: daun bunga raya

C4 Kasar Contoh: daun pokok had-had

74

Cikgu Ali:

Murid-murid, apa yang kita telah lakukan tadi adalah mengasingkan daun pelbagai jenis tumbuhan berdasarkan ciri-ciri sepunya. Kemahiran ini dikenali sebagai mengumpulkan dan mengelaskan. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak tersusun. Cuba berikan perkataan atau frasa lain yang memberikan maksud yang sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan. Mengumpulkan mengikut ciri yang boleh dibandingkan, Cikgu. Betul. Ada cadangan lain? Menyusun mengikut kumpulan. Cadangan itu pun boleh diterima, terima kasih. Sebenarnya, ada banyak lagi frasa lain yang membawa maksud sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan.

Roslan: Cikgu Ali: Suhaimi: Cikgu Ali:

(Guru mengedarkan senarai frasa lain yang membawa maksud sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan bagi membincangkannya) (Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah dipelajari)
Cikgu Ali: Semasa kita mengumpulkan dan mengelaskan daun tadi, apakah langkah-langkah yang telah kita ikuti? Cikgu, kami mengenal pasti ciri sekumpulan item iaitu daun. Betul cikgu, lepas itu kita kenal pasti beberapa ciri lain. Kemudian kita masukkan item yang sama cirinya ke dalam kumpulan yang lebih kecil. Bagus, nampaknya murid-murid sudah dapat idea bagaimana hendak mengumpul dan mengelas. Sekarang cikgu rumuskan langkah yang boleh diikuti untuk melaksanakan kemahiran mengumpulkan dan mengelaskan : Pertama, kenal pasti ciri umum kumpulan item. Kedua, berikan nama kepada kumpulan item itu. Ketiga, kenal pasti ciri lain. Keempat, masukkan item yang sama ciri ke dalam kumpulan lebih kecil. Kelima, ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan. Cikgu Ali: Sekarang berdasarkan pengetahuan yang kamu perolehi tentang langkah mengumpulkan dan mengelaskan, mari kita kelaskan tumbuhan

Salmah: Soo Chuen: Cikgu Ali:

75

yang ada di Taman Sains ini dengan membuat pemerhatian serta berdasarkan bahan rujukan yang cikgu bekalkan.

(Guru mengedarkan Carta Maklumat kepada murid)


Cikgu Ali: Dengan menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan, kumpulkan dan kelaskan tumbuhan mengikut cirinya. Apakah ciri yang akan digunakan? Urat daun, Cikgu. Akar, Cikgu. Berbunga dan tak berbunga, Cikgu. Bagus, seterusnya sila bincang dalam kumpulan masing-masing untuk melengkapkan penyusun grafik yang diedarkan, dan sebentar nanti kita adakan sesi pembentangan hasil kerja setiap kumpulan.

Leela: Azie: Husin: Cikgu Ali:

Rajah 11.2 adalah satu contoh hasil kerja murid.


Alam tumbuhan

Daun berbunga

Daun berbunga

Daun sfora: rumpai

Hasilkan sfora: cendawan

Hasilkan biji: ru

Sistem akar serabut

Sistem akar tunjang

Urat daun selari: lalang

Urat daun jejala: keembung

Urat daun jejala: mangga

Rajah 11.2 Carta Maklumat pengelasan alam tumbuhan

76

PERINGKAT 4 :

MENGAPLIKASIKAN KBSB DALAM SITUASI BARU DENGAN BIMBINGAN GURU

Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus untuk membandingkan dan membezakan objek berdasarkan sifat lutsinar, lutcahaya dan legap dari 'Dunia Melalui Deria Kita' dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2. Pengoperasian ini menggunakan kaedah perbincangan dan penyiasatan secara berkumpulan semasa langkah set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran dan pengukuhan. KBSB yang telah dikuasai dan perlu digunakan ialah membandingkan dan membezakan, mencirikan dan mengelaskan. Pada akhir pelajaran, pelajar boleh mengaplikasikan KBSB yang telah diberi itu dalam situasi yang baru. Lokasi : Makmal Sains

Bahan Bantu : Lampu suluh, kain batik, kain kasa, kertas A4 Mengajar plastik transparensi, beg plastik berwarna, kerajang aluminium, dan kertas surih. Sampul surat (bersaiz 20cm x 40cm) yang mengandungi objek lain seperti plastik hitam, kain sutera, kepingan kaca jernih, kepingan perspeks dan kertas surat khabar.

(Guru membimbing pelajar membuat refleksi tentang proses berfikir mengelaskan yang telah dipelajari)
Cikgu Siti : Hari ini kita hendak belajar tajuk baru menggunakan kemahiran mengelas. Tetapi, sebelum cikgu memulakan pelajaran hari ini marilah kita melihat kembali apakah yang dimaksudkan dengan mengelaskan. Mengelaskan maksudnya, kita kumpulkan objek mengikut sifat yang sama. Bagus, Jimen. Siapa boleh beritahu bagaimana kita boleh membuat pengelasan. Mula-mula cikgu, kita mestilah mengetahui sifat-sifat objek tersebut. Bagus. Apa pula langkah seterusnya, Madon? Kita membandingkan dan membezakan objek-objek itu dengan mengenal pasti sifat sepunya objek tersebut.

Jimen Cikgu Siti

: :

Ettin Cikgu Siti Madon

: : :

77

Cikgu Siti Nolly Cikgu Siti

: : :

Lepas itu, apa pula kita buat? Lepas itu Cikgu, kita pun kumpulkan objek itu kepada kumpulankumpulan kecil berdasarkan sifat sepunya masing-masing. Bagus, nampaknya kamu telah pun faham bagaimana hendak membuat pengelasan. Sekarang kita akan belajar tajuk baru menggunakan kemahiran mengelaskan ini. Pelajar, perhatikan objek yang cikgu telah letakkan di atas meja setiap kumpulan. Senaraikan objek tersebut.

Cikgu Siti

(Pelajar menyenaraikan objek yang ada di atas meja : kertas tisu, transparensi, kertas surih, kerajang aluminium, kain batik, beg plastik berwarna, kertas A4 dan kain kasa)
Cikgu Siti : Boleh satu kumpulan beritahu kelas, apakah objek-objek di atas meja kamu? Mokhtar, cuba tulis senarai tadi di papan hitam.

(Mokhtar menulis senarai objek yang diletak di atas meja di papan hitam)
Cikgu Siti : Bagus, sekarang cuba pula kumpulkan objek-objek tersebut mengikut sifat yang kamu pilih.

(Kumpulan melakukan aktiviti selama lima minit)


Cikgu Siti Ali : : Ali, berapa kumpulan objek yang kamu dapat? Kami dapat empat kumpulan objek cikgu, iaitu objek yang diperbuat daripada kertas, objek yang diperbuat daripada plastik, objek yang diperbuat daripada kain dan objek yang diperbuat daripada logam. Bagaimana dengan kumpulan lain..... Kumpulan Mary? Kami dapat dua kumpulan objek cikgu, iaitu objek yang mudah dikoyakkan dan objek yang tidak mudah dikoyakkan. Bagus. Sekarang cuba fikirkan bagaimana kita boleh mengelaskan objek-objek tersebut dengan menggunakan cahaya lampu suluh.

Cikgu Siti Mary

: :

Cikgu Siti

(Pelajar berbincang)
Muthu Cikgu Siti : : Cikgu, kumpulan kami ada idea. Apa dia, Muthu?

78

Muthu Cikgu Siti

: :

Kita boleh kelaskan objek-objek itu mengikut kebolehan cahaya melaluinya. Bagus. Sekarang setiap kumpulan sila jalankan aktiviti untuk mengelaskan objek mengikut kebolehan cahaya melaluinya.

(Pelajar menjalankan aktiviti untuk mengelaskan objek yang ada di atas meja mereka) (Setelah semua kumpulan selesai, guru menjalankan perbincangan)
Cikgu Siti : Pelajar, mari kita bincangkan keputusan yang telah diperolehi oleh setiap kumpulan. Kita mulakan dengan kumpulan Ali. Kumpulan kami dapat dua kelas objek sahaja cikgu. Pertama kumpulan objek yang membenarkan cahaya melaluinya dan kedua, kumpulan objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya. Ali, bolehkah kamu beritahu kelas bagaimana kumpulan kamu mengelaskan objek tersebut?

Ali

Cikgu Siti

Ali

Cikgu, kumpulan kami mencirikan objek-objek tersebut berasaskan kepada kebolehan cahaya menerusinya. Kami dapati ada objek yang membenarkan cahaya melaluinya dan ada pula objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya. Kemudian objek yang sama sifatnya kami kumpulkan dalam satu kumpulan. Jadi kami membandingkan dan membezakan antara objek berdasarkan sifat tersebut dan memperolehi dua kumpulan objek. Bagus. Sekarang kumpulan kamu pula, Zainab. Kami dapat tiga kumpulan objek, Cikgu. Pertama kumpulan objek yang membenarkan banyak cahaya menembusinya. Kedua kumpulan objek yang membenarkan sedikit sahaja cahaya menembusinya dan ketiga, kumpulan objek yang langsung tidak membenarkan cahaya menembusinya. Bagaimana kumpulan kamu boleh mendapat tiga kumpulan objek Zainab, sedangkan kumpulan Ali dapat dua kumpulan sahaja?

Cikgu Siti Zainab

: :

Cikgu Siti

(Guru meminta pelajar membuat refleksi)


Zainab : Cikgu, mula-mula kami berjaya mencirikan objek-objek tersebut berdasarkan kebolehannya membenarkan cahaya melaluinya sama seperti kumpulan Ali. Tetapi dalam kumpulan yang membenarkan cahaya melaluinya kami mendapati masih ada

79

perbezaan iaitu objek yang membenarkan sedikit cahaya melaluinya dan objek yang membenarkan banyak cahaya melaluinya. Sebab itu kami mendapat tiga kumpulan. Cikgu Siti : Bagus. Sekarang cikgu minta kumpulan Zainab membuat demonstrasi kepada rakan-rakan kamu bagaimana kamu memperolehi ketiga-tiga kumpulan objek itu.

(Kumpulan Zainab menjalankan demostrasi sambil diperhatikan oleh kumpulan lain)


Cikgu Siti : Pelajar, kamu telah melihat tiga kumpulan mengikut kebolehan cahaya melaluinya. Objek yang membenarkan cahaya melaluinya dengan banyak diperbuat daripada bahan yang bersifat lutsinar. Objek yang membenarkan sedikit cahaya melaluinya diperbuat daripada bahan yang bersifat lutcahaya dan objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya diperbuat daripada bahan yang bersifat legap.

(Guru menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat untuk mengelas bagi menjelaskan huraian tadi)
Cikgu Siti : Sekarang, Cikgu akan berikan kepada setiap kumpulan sehelai kertas mahjong dan lukiskan penyusun grafik Carta Maklumat untuk membuat pengelasan. Cuba kamu kelaskan objek yang ada di dalam sampul surat mengikut kelas objek seperti dibincangkan di atas dan rekodkan dalam penyusun grafik yang diberi.

(
Cikgu Siti : Sekarang, Cikgu hendak semua kumpulan memaparkan penyusun grafik yang telah dilengkapkan di dalam kertas mahjong pada

80

papan hitam supaya kita dapat bandingkan jawapan antara kumpulan. PERINGKAT 5 : MENGGUNAKAN KBSB BERSAMA KEMAHIRAN YANG LAIN UNTUK MENCAPAI TUGASAN BERFIKIR

Contoh pengoperasian ini berdasarkan tajuk Koordinasi dan Keseimbangan Dalam Badan Kita, mata pelajaran Sains Tingkatan Empat. Pengoperasian ini menggunakan kaedah main peranan semasa langkah penyelesaian masalah. KBSB yang telah dipelajari dan perlu digunakan ialah mencirikan, membandingkan dan membezakan, menganalisis, menjanakan idea, mengitlak, meramal dan membuat kesimpulan. Kemahiran lain yang perlu diguna adalah kemahiran proses sains seperti memerhati, meramal, mentaksir maklumat, mendefinisikan secara operasi dan berkomunikasi. Kemahiran manipulatif seperti mengguna dan mengendalikan alat serta menyimpan alat dengan betul dan selamat juga digunakan. Lokasi Tugasan : : Bilik Darjah/Makmal Mengumpul maklumat dan mengadakan forum bertajuk "Hidup Bahagia Tanpa AIDS"

Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Mawar telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang akan mengumpul maklumat untuk dibentangkan ketika forum tersebut seperti berikut: Kumpulan Pengerusi Kumpulan Doktor Kumpulan Ustaz Kumpulan Pegawai Polis : : : : Ramlah sebagai ketua Gimbang sebagai ketua Wan Ahmad sebagai ketua Tan Bee Aun sebagai ketua

Setiap ahli di dalam semua kumpulan dikehendaki membuat keputusan tentang cara untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan peranan masing-masing. Mereka juga dikehendaki meramalkan soalan dan jawapan yang bersesuaian yang mungkin ditimbulkan ketika forum berlangsung. Pelajar disarankan untuk mengadakan temu bual dengan doktor, ustaz dan polis. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada hasil temu bual hendaklah ditafsirkan, kemudian dikumpulkan untuk dikelaskan dan disusun mengikut keutamaan. Seterusnya maklumat-maklumat ini perlu dianalisis bagi membuat urutan yang bersesuaian. Pengumpulan maklumat memerlukan kemahiran memerhati yang baik kerana daripada pemerhatian itu pelajar boleh meramal pelbagai hubung kait antara pelbagai

81

pemboleh ubah yang dikenal pasti. Mereka sepatutnya berkemahiran untuk mentafsir data yang diperolehi dalam pelbagai bentuk melalui sesi temubual yang mereka jalankan. Pelajar perlu juga mendefinisikan secara operasi untuk membuat rumusan daripada maklumat berbentuk konsep. Pelajar harus memikirkan kaedah mempersembahkan pendapat ketika forum berlangsung dengan cara yang terbaik dan berkesan. Di sini mereka semestinya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Guru perlu menyediakan alat seperti projektor overhed , projektor slaid dan skrin untuk digunakan oleh ahli panel ketika forum dilangsungkan. Setiap kumpulan hendaklah menyediakan petugas di kalangan ahlinya untuk mengguna dan mengendalikan alatalat di atas dengan betul. Mereka juga hendaklah menyimpan alat-alat tersebut dengan betul dan selamat di tempat asalnya selepas majlis forum dijalankan. Mereka diberi masa selama seminggu untuk menyediakan maklumat- maklumat di atas. Pada hari majlis forum itu hendak dijalankan Cikgu Azizah dengan dibantu oleh pelajarpelajar dalam kelas itu telah menyusun kedudukan kerusi meja bagi pengerusi, ahli panel dan pelajar lain. Selepas itu Cikgu Azizah pun memulakan majlis forum tersebut. Cikgu Azizah : Selamat pagi pelajar sekalian, hari ini kita akan mengadakan satu majlis forum yang bertajuk 'Hidup Bahagia Tanpa AIDS' oleh ahli panel yang mewakili kumpulan yang telah saya tentukan pada minggu lepas. Sekarang saya menjemput Ramlah selaku pengerusi untuk menjalankan majlis forum pada hari ini. Dipersilakan Ramlah. Yang Berusaha Cikgu Azizah guru sains tingkatan 4 Mawar, Yang Dihormati ahli-ahli panel dan seterusnya rakan-rakan sekalian. Syukur Alhamdulillah pada hari ini kita berpeluang mengikuti satu forum yang bertajuk 'Hidup Bahagia Tanpa AIDS'. Untuk menyempurnakan majlis forum ini terlebih dahulu saya memperkenalkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Wan Ahmad dari Pejabat Agama Islam Daerah Ulu Langat, Dr.Gimbang, Pegawai Perubatan Hospital Daerah Ulu Langat dan ASP Tan Bee Aun, Penolong Penguasa Polis Ulu Langat. Saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi membincangkan tajuk forum kita pada hari ini. Hidup Bahagia Tanpa AIDS itulah tajuk yang akan dibincangkan. Seperti yang kita tahu AIDS adalah sejenis penyakit berbahaya. Apakah sebenarnya penyakit AIDS? dan untuk menjawab soalan ini, kita menjemput Dr.Gimbang untuk mencirikan kriteria penyakit AIDS dan membandingkan membezakan dengan penyakit lain.

Ramlah

82

Dr. Gimbang

Terima kasih pengerusi majlis. AIDS sebenarnya ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh . Tanda-tanda seseorang itu menghidapi AIDS ialah ... Lihat slaid yang ditayangkan. Ini adalah tanda-tanda seorang pesakit yang menghidapi AIDS. Jika kita lihat penyakit lain pula seperti leukimia, demam denggi dan sifilis didapati tanda-tanda pesakit ialah .. Slaid 3 menunjukkan . Slaid 4 menunjukkan . Dan slaid 5 menunjukkan .. Daripada tanda-tanda penyakit yang dinyatakan tadi, terdapat tanda yang sama iaitu ..dan perbezaannya ialah

Ramlah

Terima kasih Dr.Gimbang atas penerangan bagi ciri penyakit AIDS dan seterusnya membandingkan dan membezakan dengan penyakit lain. Dari sudut sosial pula, kita beralih kepada ASP Tan Bee Aun. Bolehkah ASP Tan menjelaskan hubung kait di antara penagihan dadah dengan penyakit AIDS dan seterusnya membuat ramalan bagi bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS di daerah ini buat masa yang akan datang. Dipersilakan. Terima kasih pengerusi majlis. Sebenarnya penagihan dadah dan penyakit AIDS ini ada hubung kaitnya. Dengan ini tentulah terdapat seorang itu adalah penagih dadah dan ia juga seorang pengidap AIDS. AIDS juga boleh berjangkit dengan cara Dengan bertambahnya penagih dadah yang menggunakan suntikan maka tentulah akan bertambah bilangan pesakit AIDS. Slaid yang ditayangkan adalah data bagi bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS bagi Daerah Ulu Langat. Slaid seterusnya adalah data bagi bilangan penagih dadah yang juga pesakit AIDS. Pihak kami meramalkan pada tahun 2000 bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS ialah...

Tan Bee Aun :

Ramlah

Terima kasih ASP Tan. Nampaknya bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS di daerah ini adalah besar. Bagitu juga hubungkaitnya antara penagih dadah dengan pesakit AIDS ini begitu nyata sekali. Ramalan yang dibuat juga amat membimbangkan kita semua. Kita beralih kepada Ustaz Wan Ahmad, bagaimanakah Ustaz dapat

83

menjelaskan hubung kait di antara amalan akhlak mulia dengan kemungkinan menghidapi penyakit AIDS, seterusnya bagaimanakah gaya hidup mengikut cara hidup Islam yang bahagia dan bebas daripada virus AIDS. Dipersilakan Ustaz Wan Ahmad. Wan Ahmad : Assalamualaikum. Pengerusi majlis, ahli-ahli panel dan pelajar sekalian. Agama Islam banyak menekankan tentang amalan akhlak mulia dalam kehidupan kita agar sejahtera di dunia dan di akhirat. Kita tahu ramai penagih dadah dan pesakit AIDS adalah remaja yang baru sahaja tamat persekolahannya di mana mereka sentiasa berkawan dengan rakan sebaya yang terlibat dengan dadah. Gejala inilah yang akan . Remaja perlulah berhati-hati memilih rakan Akhlak mulia boleh dihubungkaitkan dengan pesakit AIDS berdasarkan . Oleh itu, gaya hidup sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang akan.. Sebagai sebuah keluarga Islam yang bahagia adalah.. Ramlah : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ustaz yang telah menjelaskan hubung kait di antara amalan akhlak mulia dengan penyakit AIDS dan membuat pengitlakan gaya hidup yang berasaskan cara hidup Islam. Seterusnya juga Ustaz telah memberikan panduan bagaimana kita boleh menjauhkan diri daripada dijangkiti virus AIDS. Kita beralih semula kepada Dr.Gimbang. Doktor, bagaimanakah caranya penyakit AIDS ini boleh berjangkit dan apakah langkah yang perlu dilakukan supaya kita tidak dijangkiti AIDS mengikut sudut perubatan? Dr.Gimbang : Virus AIDS sebenarnya boleh berjangkit. Langkah yang perlu diambil oleh orang ramai Dengan ini kita dapat melihat hubung kait antara cara jangkitan dan langkah mencegah .. Terima kasih Doktor atas penjelasan bagaimana penyakit AIDS ini boleh berjangkit dan langkah mencegah daripada dijangkiti AIDS. Seterusnya Doktor juga telah membuat hubung kait antara cara jangkitan dan langkah mencegah penyakit ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ketiga-tiga ahli panel kerana berjaya menjelaskan apa yang dikatakan AIDS yang begitu

Ramlah

84

menakutkan kita semua pada hari ini. Segala maklumat dan cadangan yang diberikan amat berfaedah kepada kita semua untuk lebih memahami tentang penyakit ini dan hubungkaitnya dengan penyakit lain seterusnya mengikuti langkah-langkah bagi mencegah dijangkiti AIDS. Berpandu kepada pendapat dan maklumat yang diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel dalam bidang masing-masing dapatlah kita membuat kesimpulan tentang penyakit AIDS, cara AIDS berjangkit, hubung kait penyakit AIDS dengan penagihan dadah dan penyakit lain, gaya hidup yang sihat dengan menjauhi AIDS dan cara menjauhi diri dari dijangkiti AIDS. Saya akhiri majlis ini dengan ucapan terima kasih.

(Selepas majlis forum, Cikgu Azizah menjalankan sesi refleksi bersama pelajar-pelajar)
Cikgu Azizah : Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dengan jayanya. Sekarang kita akan membincangkan semula tentang isi forum tadi. Apa yang hendak dibincangkan Cikgu? Bagaimana kamu akan membanding dan membezakan antara penyakit AIDS dengan penyakit-penyakit lain seperti sifilis dan denggi? Mula-mula kita perhatikan tanda-tanda awal penyakit tersebut, Cikgu. Tanda-tanda sahaja tidak cukup Cikgu. Kita perlu juga kenal pasti tanda-tanda yang sama dan berbeza di antara AIDS dengan penyakit lain. Bagus, nampaknya kamu telah dapat membandingkan dan membezakan. Bagaimanakah ASP Tan Bee Aun boleh meramalkan bahawa bilangan pesakit AIDS boleh meningkat lagi? Cikgu, biar saya cuba jawab. Ramalan itu boleh dibuat daripada analisis data yang dikumpul daripada rekod polis. Ada lagi cikgu. Ketika membuat ramalan, kita perlu menentukan pola atau corak pada maklumat yang dikumpul. Betul pendapat kamu. Bagaimana pula analisis itu dibuat? Cuba terangkan. Carolina!

Ahmad

Cikgu Azizah :

Jamal

Bashah

Cikgu Azizah :

Vellu Zainab

: :

Zainal

Cikgu Azizah :

85

Carolina

Kita boleh menganalisis dengan cara mengolah data yang dikumpul dan menghuraikannya kepada ciri yang lebih terperinci seperti yang dibuat oleh ASP Tan Bee Aun. Bagus Carolina. Nampaknya kamu betul-betul menghayati forum tadi. Tadi saya dengar Ustaz Wan Ahmad menyatakan kita perlu pandai memilih rakan-rakan sebaya dalam pergaulan harian. Bagaimana kita hendak memilih rakan sebaya yang sesuai cikgu? Senang saja Asmah, tadi ustaz Wan ada menyebut semasa kita memilih rakan sebaya kita perlu mengenali latar belakang hidupnya dan dengan siapa pula dia berkawan. Lihat juga akhlak mulia yang ada padanya dan tingkah lakunya yang kurang baik. Kalau begitu cikgu, kita perlu menilai sama ada seseorang itu berakhlak atau tidak. Baiklah pelajar, tadi kita telah dengar pendapat dari ahli panel dan pendapat rakan kita tentang Hidup Bahagia Tanpa AIDS. Ahli panel juga telah memaparkan pelbagai maklumat sebagai panduan yang berguna kepada kita. Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa kita perlu menjalani kehidupan yang harmoni, berakhlak mulia dan menjauhkan diri kita daripada aktiviti yang boleh merosakkan diri seperti penagihan dadah dan pergaulan bebas supaya diri kita tidak dijangkiti AIDS.

Cikgu Azizah :

Asmah

Cikgu Azizah :

Carolina

Cikgu Azizah :

86

MATA PELAJARAN BAHASA


A. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir Menilai. Situasi: Seorang murid tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. Apakah pendapat anda mengenai aksinya?

Langkah 1: Meneliti dan memahami kenyataan tersebut.


a) b) Meminta murid membaca dan memahami soalan yang dikemukakan. Menyoal tentang erti perkataan tidak beratur. Jika terdapat murid menghadapi masalah dalam memahaminya, sila terangkan kepada mereka.

Langkah 2 : Menilai atau mengkaji data atau kenyataan yang diberi.


a) Soal murid anda :

Adakah perbuatan tersebut baik atau tidak? Mengapa?


b) Tanya mereka tentang tempat-tempat lain murid harus beratur.

Langkah 3 : Buat satu keputusan atau memberi pendapat:


a) Bantu para murid anda untuk membuat satu keputusan atau memberi pendapat dengan menggunakan struktur ayat seperti contoh yang berikut: Kami tidak boleh memotong barisan semasa kami ........................................ atau Kami mesti beratur semasa kami ......................... Aktiviti 1. Tanda ( / ) pada aktiviti yang anda suka lakukan. Beri sebab-sebab. a) b) c) d) Membuat latihan Bahasa Melayu. Membaca majalah. Memancing. Bersiar-siar. ( ( ( ( ) ) ) )

87

2.

Tanda ( / ) pada aktiviti yang boleh membantu murid untuk maju dalam Bahasa Melayu. Beri sebab-sebab. a) Selalu menonton televisyen. ( ) b) Selalu membaca buku Bahasa Melayu. ( ) c) Selalu membuat kerja rumah Bahasa Melayu . ( ) d) Selalu bermain bola sepak. ( ) Tulis sama ada setiap aktiviti yang disenaraikan di bawah ini baik atau buruk dan beri sebab-sebab. a) b) c) d) Seorang murid telah membuang sampah ke dalam longkang. Seorang murid telah membantu seorang wanita tua untuk menyeberangi jalan raya. Para murid saling melawat pada hari-hari perayaan. Seorang murid menghabiskan masanya dengan merayau-rayau di bandar. ( ( ( ( ) ) ) )

3.

4.

Apakah kebaikan dan keburukan menonton televisyen untuk jangka masa yang panjang? Satu kumpulan murid sentiasa keluar pada waktu malam. Apa pendapat anda?

5.

B. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir Membuat Keputusan Tajuk : .................................................................................................................... 1. Menjana pelbagai pilihan / alternatif.

1. ....................................................

6. ............................................................

2. ..................................................... 7. ............................................................. 3. ................................................... 8. .............................................................

4. ..................................................... 9. ............................................................. 5. .................................................... 10. .............................................................

88

2.

Mengkaji risiko bagi setiap pilihan. Risiko

No. Pilihan

3.

Tentukan kriteria tentang pilihan yang dibuat. ( 3 - 4 kriteria ) Kriteria : ......................................................................................................................

4.

Membuat keputusan tentang pilihan yang terbaik berasaskan kriteria. Pilihan pertama : ....................................................................... Pilihan kedua Pilihan ketiga : ....................................................................... : .......................................................................

Ali tinggal berseorangan di rumah. Ibu bapanya telah pergi melawat neneknya di Ipoh. Seorang yang tidak dikenali memberitahu Ali bahawa bapanya telah memesan bunga. Dia menyuruh Ali membuka pintu supaya dia dapat meletakkan bunga tersebut di dalam rumah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ali?

Langkah 1 : Meneliti dan memahami kenyataan.


a) b) Minta murid untuk membaca dan memahami petikan dan soalan yang dikemukakan. Beritahu mereka bahawa dalam mengambil keputusan mereka perlu tahu langkahlangkah yang perlu diambil dan mengikutinya. Jelaskan langkah-langkah dengan tepat. Gunakan borang yang disediakan untuk mengembangkan kebolehan mereka.

c) d)

89

Langkah 2 : Menjana pelbagai pilihan.


a) b) c) d) Minta murid beritahu tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh Ali. Jawapan ini mesti dikemukakan oleh para murid dan bukannya guru. Jawapan boleh merangkumi membuka pintu, menelefon nenek atau lain. Jawapan perlu ditulis pada borang yang dipamerkan di papan hitam.

Langkah 3 : Meneliti risiko bagi setiap pilihan.


a) b) Bagi setiap pilihan minta murid menulis risikonya. Jawapan perlu ditulis dalam borang yang dipamerkan di papan hitam.

Langkah 4 : Menentukan kriteria untuk memilih setiap pilihan.


a) b) c) d) Jelaskan kepada murid tentang maksud kriteria dan beri beberapa contoh. Kriteria ini mungkin merupakan keselamatan untuk meyakinkan orang atau untuk menjadi kawan. Minta murid mencadangkan 3 atau 4 kriteria dan menyusun mengikut keutamaan. Setiap murid mungkin akan mempunyai kriteria dan penyusunan yang berbeza. Dalam keadaan ini yang perlu ditekankan adalah keselamatan.

Langkah 5 : Membuat keputusan tentang pemilihan yang terbaik berasaskan kriteria.


a) Berasaskan kriteria yang mementingkan keselamatan, minta murid memilih pilihan pertama, kedua atau ketiga. Pada akhir pelajaran beritahu murid supaya mengambil langkah-langkah seperti tersebut apabila membuat sesuatu keputusan dan tidak membuat keputusan tanpa berfikir.

b)

90

MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN


Tahun Masa Topik 9 : : : 6 Anggerik 1 jam SUMBER NEGARA

Subtopik 9.4

Tanggungjawab Bersama dalam Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Kitar dan guna semula. Kitar dan guna semula bahan-bahan buangan seperti kertas, tin,kaca, besi dan plastik. Pada akhir pelajaran murid boleh menyatakan kepentingan mengitar semula bahan buangan. Menyedari bahan buangan masih berguna kepada kehidupan kita. Menjanakan Idea Penyusun grafik Peta Minda, pasu bunga yang diperbuat daripada botol yang telah dibuang, kertas dikitar semula dan tabung duit yang diperbuat daripada tin minuman.

Huraian

Objektif khusus Unsur Patriotisme

: :

Kemahiran Berfikir : Bahan bantu Mengajar :

Langkah pengajaran: Set Induksi 1. Guru menyoal murid secara lisan iaitu Apakah akan terjadi jika semua pemandu

lori yang mengangkut sampah mogok? . Jangkaan jawapan murid-murid antaranya


ialah sampah bertambah banyak pencemaran udara, pembakaran sampah dan

banyak lalat .
2. Guru menunjukkan kepada murid-murid pasu bunga yang diperbuat daripada botol yang telah dibuang, kertas yang dikitar semula dan tabung duit yang diperbuat daripada tin minuman sambil menyoal murid-murid iaitu Cuba lihat barang-barang

ini, daripada apakah ia dibuat ?

91

Jangkaan jawapan murid-murid ialah barang-barang tersebut diperbuat daripada

bahan-bahan buangan.
3. Guru menerangkan tentang proses untuk menghasilkan barang yang boleh berfungsi semula atau berfungsi sebagai barang yang lain dengan menggunakan bahan-bahan buangan disebut sebagai proses pengitaran semula. Langkah 1

1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang untuk sesi perbincangan. Setiap kumpulan diminta melantik seorang pencatat dan ketua.

2. Guru menetapkan tajuk perbincangan iaitu: Kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui proses pengitaran semula . Langkah 2

1. Guru meminta setiap ahli dalam kumpulan mengemukakan idea masing-masing dan meminta pencatat mencatatkan semua idea yang dikemukakan oleh ahli kumpulan walaupun idea dirasakan kurang tepat.

2. Guru meminta murid merenung kembali idea-idea yang dikemukakan dan menambah lagi idea yang boleh difikirkan.

3. Guru meminta murid-murid melihat semula idea-idea yang telah dicatatkan dan juga menilai idea-idea tersebut untuk disaring, digugur, dipinda atau diubah suai mengikut keperluan.

92

Kemungkinan idea-idea yang dikemukakan oleh murid ialah seperti berikut: -

Penggunaan semula kertas-kertas lama Menjaga kebersihan persekitaran rumah Pemeliharaan hutan Mengurangkan pencemaran Menjimatkan kos Peluang pekerjaan Pemprosesan semula sebagai bahan makanan ternakan

Langkah 3 1. Guru meminta setiap kumpulan menggunakan penyusun grafik peta minda untuk menghubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan kepada kategorikategori tertentu. Misalnya hasil daripada sumbang saran tadi murid-murid mengelompokkan semua idea dalam bentuk peta minda seperti rajah 11.1. 2. Setelah selesai perbincangan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, guru meminta setiap ketua kumpulan membentangkan hasil sumbang saran dalam bentuk peta minda . Langkah 4

1.

Guru meminta murid-murid kembali ke tempat duduk masing-masing dan muridmurid dikehendaki menulis sebuah karangan bertajuk Kebaikan proses pengitaran semula.

93

Rajah 11.1 Peta minda kebaikan pengitaran semula Penutup Guru menutup sesi pengajaran dengan membuat kesimpulan bahawa pengitaran semula bahan-bahan buangan adalah langkah yang bijak bagi memastikan bumi tidak terus tercemar. Usaha-usaha pengitaran semula dapat menjamin agar sumber-sumber asli dari perut bumi tidak kehabisan dalam jangka masa panjang.

94

MATA PELAJARAN SEJARAH


Tingkatan Topik Kemahiran Berfikir Pengetahuan sedia ada : : : 3 Perubahan Sistem Pendidikan di Tanah Melayu. Membandingkan dan Membezakan

a) b)

Pengetahuan tentang pendidikan semasa zaman British. Pengetahuan tentang Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu. Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Murid akan mengenal pasti persamaan dan laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. perbezaan

Objektif pelajaran

a) b) c)

Murid dapat menjelaskan tujuan kedua-dua laporan diadakan. Murid akan mengingati semula pelajaran perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. tentang

Objektif Kemahiran Berfikir

a) b)

Murid boleh membuat perbandingan yang berkesan melalui proses berfikir yang kemas dan tersusun. Murid memikirkan langkah-langkah yang berkesan dan menyedari bahawa langkah-langkah tersebut memberi manfaat kepada mereka. Murid boleh membuat interpretasi yang tepat pemikiran yang baik dan tersusun. berasaskan

c)

d)

Murid dapat menceritakan tentang langkah-langkah berfikir yang telah diambil.

Langkah-Langkah Pengajaran Pengenalan: 1. Beri penerangan tentang objektif pelajaran iaitu kaitannya dengan kehidupan seharian 2. Beri satu situasi yang murid perlu buat perbandingan contohnya,

95

i. ii. 3.

kerja sendiri atau makan gaji belajar dalam negeri atau luar negeri.

Murid diminta mengingati semula pelajaran mengenai i. Laporan Razak ii. Laporan Rahman Talib

4.

Murid memberi hujah-hujah bagi kedua-dua laporan dan isi penting ditulis atas papan hitam.

5.

Berikan soalan/penyoalan di bawah kepada murid dan beri penerangan kepada mereka bahawa ia adalah bertujuan untuk membantu proses mereka berfikir.

Soalan/Penyoalan
1. 2. 3. 4. 5. Apakah persamaan antara dua laporan itu ? Apakah perbezaan antara dua laporan itu ? Nyatakan persamaan dan perbezaan yang signifikan. Apakah aspek yang dapat diperlihatkan pada persamaan dan perbezaan yang signifikan itu ? Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada persamaan dan perbezaan yang signifikan itu ?

6.

Berikan penyusun grafik seperti berikut untuk digunakan oleh murid. Murid berbincang secara kumpulan untuk mendapatkan maklumatnya.

7.

Berikan masa untuk murid berbincang hujah-hujah yang diperlukan.

8.

Secara kaedah kelas guru meminta murid-murid membentang dapatan mereka.

9.

Beri masa untuk murid berbincang hujah-hujah yang diperlukan ( 10 atau 15 minit )

96

Penyusun Grafik
Membuat Perbandingan Antara Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib

PERSAMAAN
Untuk mewujudkan perpaduan antara semua kaum di Tanah Melayu. Berhasrat semua sekolah di negara ini akan mempunyai imej Tanah Melayu. Untuk memantapkan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Untuk memenuhi kemahuan dan hasrat seluruh rakyat negara ini. Kedua-dua pengerusi jawatankuasa adalah Menteri Pelajaran pada masa itu.

PERBEZAAN
1956 Dua belas tahun Sekolah Umum dan Sekolah Jenis Umum Rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru Melayu dan orang-orang Cina Tahun/ Masa Umur Persekolahan Jenis Sekolah Penerimaan Masyarakat 1960 Lima belas tahun Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Diterima oleh kebanyakan rakyat Tanah Melayu

Pola Persamaan dan Perbezaan yang disignifikan: Kedua-dua laporan bertujuan untuk memupuk perpaduan manakala tempoh/umur persekolahan, jenis sekolah dan penerimaan masyarakat merupakan perbezaan utama. Rumusan dan Interpretasi: Untuk perpaduan, dasar pendidikan yang sesuai dan diterima oleh rakyat perlu diadakan. Rakyat Tanah Melayu bertuah kerana semua kaum diberi layanan yang adil dalam soal pendidikan. 97

Pelajaran l l

1.

Ulang secara ringkas hujah-hujah persamaan dan perbezaan yang telah dinyatakan dalam pelajaran I.

2.

Secara kelas dapatkan juga perkara-perkara signifikan antara persamaan dan perbezaan itu.

3. 4.

Secara kelas juga dapatkan rumusan-rumusan yang telah dibuat oleh murid-murid. Sesi berikut adalah sesi metakognisi yang memerlukan murid menjawab soalansoalan seperti : a) Cuba kamu fikirkan tentang langkah-langkah yang kamu telah ambil untuk mendapatkan persamaan dan perbezaan. b) Cuba kamu fikirkan adakah langkah-langkah itu kemas dan membantu kamu.

5.

Bagi bahagian akhir pelajaran ini, cuba kemahiran berfikir yang melibatkan muridmurid membuat perbandingan dalam situasi lain seperti : a) b) Bandingkan Laporan Razak dengan Laporan Rahman Talib. Bandingkan kehidupan tinggal di bandar dan di kampung.

98

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI

Mata Pelajaran Tahap Masa Bidang Tajuk Objektif

: : : : : :

Pendidikan Seni Visual 2 (4 Bestari) 2 jam ( 4 waktu X 30 minit) Membuat Corak dan Rekaan Membuat kad ucapan media batik

Pada akhir pembelajaran murid dapat 1. meningkatkan pengetahuan tentang konsep resis atau halangan yang digunakan untuk membuat corak, 2. menghasilkan rekaan corak menggunakan teknik resis dan menghasilkan produk lain dengan hasil awal, 3. 4. memadankan warna yang sesuai dalam rekaan corak, dan memberi ulasan tentang produk yang dihasilkan.

Pengetahuan Sedia Ada: 1. 2. Murid pernah melukis dan mewarna Murid pernah melihat corak dan warna pada kain batik

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: (sila rujuk kepada jadual di bawah)

99

Perkara

Butiran Kegiatan

Fokus Pembelajaran

Catatan/ Ilustrasi

Set Induksi Guru memperdengarkan lagu yang mempunyai lirik berkaitan batik kepada murid. Murid diminta memberikan makna kepada beberapa perkataan dalam lirik lagu tersebut. Murid diminta menyebut semula beberapa perkataan yang didengari mereka.

Murid menghayati dan memahamkan lagu. Mencirikan beberapa perkataan yang berkait dengan kain batik

Mengimbas kembali seni kata lagu

Berbincang mengenai

Mengumpul dan

Menyenarai isi perbincangan

objek pilihan, teknik warna mengelaskan isi dan bersoal jawab dengan perbincangan berdasarkan murid tentang pengalaman beberapa kriteria mereka mengenai batik. Perkembangan 1. Memperkenalkan konsep resis dan aplikasi dalam menggambar 2. Melukis motif mudah dengan pensel berdasarkan tema 3. Melukis corak berdasarkan motif yang telah digubah 4. Mencanting menggunakan lilin panas atas corak yang dilukis
    

Murid mengetahui konsep resis Mengaplikasikan kesan aktiviti Meningkatkan kemahiran melukis dan mewarna mempelajari kemahiran mencanting Menghalusi kerja

100

5. Mewarna hasil
cantingan dengan warna sejuk atau panas menggunakan kaedah

wet on wet 6. Seterika catan yang


dialas surat khabar bagi menanggalkan lilin 7. Menggubah hasil rekaan corak menjadi kad Ulang Tahun Kelahiran Ibu.

Kemuncak Sesi apresiasi hasil kerja: Penerangan hasil Peragaan hasil

Refleksi/metakognisi

Penutup

Membuat rumusan berkaitan kegiatan.

Pengukuhan pembelajaran

101

Cadangan Bacaan Lanjutan 1. Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon, Boston. 2. 3. 4. Beyer, B.K. (1997) Improving Student Thinking. Allyn and Bacon, Boston. Ennis, R. H. (1989) Critical Thinking and Subject Specificity: Clarification and Needed Research. Educational Researcher, 18 (3), 5-6. Joice, B., Well, M., Showers, B. (1992) Models of Teaching. Allyn and Bacon, Boston. 5. Klopfer, L.E. (1971) Evaluation of Learning in Science. In B.S. Bloom, J.T. Hasting, and G.F. Madaus (eds), Handbook on Formative and Summative

Evaluation of Student Learning, 559-642. McGraw Hill, New York.


6. Langer, E.J. (1997) The Power of Mindful Learning. Addison-Wesley Co. Inc., New York. 7. 8. Langer, E.J. (1969) Mindfulness. Wesley Co. Inc., New York. Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) Penerapan Kemahiran Berfikir dan

Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Pusat


Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Resnick, L.B., Klopfer, L.E. (1989) Towards the Thinking Curriculum: Current

Cognitive Research. Association for Supervision and Curriculum Development,


Alexandria VA. 10. 11. Resnick, L. (1987) Education and Learning to Think . National Academy Press, Washington, DC. Tanner, D., Tanner, L.N. (1975) Curriculum Development: Theory into Practice. Macmillan, New York.

102

AHLI PANEL
Penasihat Penasihat Editorial Editor Penolong Editor Penulis Sharifah Maimunah Syed. Zin (Ph.D) Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum Rohani Abdul Hamid (Ph.D) Timbalan Pengarah , Pusat Perkembangan Kurikulum Ahmad Hozi H.A.Rahman Ketua Penolong Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum Zaidi Yazid

Ahmad Hozi H.A.Rahman Dayangku Fadariah Mat Desa Rusnani Sirin Mayandi Sinappan Mat Desa Mat Rodzi Salbiah Mohd Som Zaidi Yazid Abd Wahab Ibrahim

Rekabentuk Kulit Jurutaip

Aidiah Mohd. Rashid

103

SENARAI NAMA MODUL DAN BUKU PENERANGAN AM

Modul dan buku penerangan am yang dihasilkan oleh PPK: Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan Misi, Kementerian Pendidikan Malaysia Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah Penilaian Kendalian Sekolah

You might also like