Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
1Activity

Table Of Contents

0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2014 OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA.docx

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2014 OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA.docx

Ratings: (0)|Views: 59 |Likes:
Published by egahmulia
Ucapan pembentangan Bajet 2014 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak on 25 October 2013.
Ucapan pembentangan Bajet 2014 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak on 25 October 2013.

More info:

Published by: egahmulia on Oct 25, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2013

pdf

text

original

 
VERSI BAHASA MALAYSIA DAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS
 
PERKUKUH EKONOMI, PERKASA TRANSFORMASI DANMELAKSANA JANJI
TEKS ucapan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri KewanganDatuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Rang Undang-undangPerbekalan (2014) di Dewan Rakyat, Jumaat, 25 Oktober 2013.KERAJAAN BUAT PERANCANGAN RAPI, SUSUN STRATEGIPASTIKAN NEGARA TERUS MAJU
TUAN Yang Dipertua,Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk
Suatu Aktabagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untukperkhidmatan bagi tahun 2014 dan bagi memperuntukkan wang itu untukperkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.
PENDAHULUAN
Saya mulakan lafaz ucapan Bajet 2014 dengan mengungkap kalimah suciBismillahirrahmanirrahim. Dipetik dengan penuh iktibar sepotong firman Allah SWTdari Surah Al-Qasas, ayat ke-77, mafhumnya:
Dan tuntutlah dengan hartakekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaanhari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada keperluan di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu yakni di atas pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah".
Para pujangga pula sering bermadah-madah, bahawa:
Berpadu ialah satupermulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resipi kejayaan".
 
Seawal dan seafdalnya, marilah kita merafakkan rasa syukur yang setulusnya kehadrat Allah ST, kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua, saya dan para Ahli YangBerhormat sekalian, dapat berhimpun dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, sebuahinstitusi simbol, serta menjadi satu perlambangan demokrasi yang segar, di bumiMalaysia yang berdaulat lagi merdeka.Pertama-tamanya, saya, bagi pihak kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi ucapanterima kasih serta penghargaan kepada rakyat Malaysia, yang menyokong danmendokong serta mewibawakan mandat ke atas Barisan Nasional pada PilihanRaya Umum Ke-13 lalu untuk terus menerajui kepimpinan negara.Ini membuktikan, biarpun kita berdepan dengan pelbagai rintangan, walaupundilontar dengan segala bentuk tohmahan, sekalipun diasak dengan bermacamdugaan, namun Alhamdulillah, dengan kehendak Maha Berkuasa jua, kepimpinanTransformatif Barisan Nasional, terus kental, terus bertahan, terus teguh, sebagaiparti pilihan rakyat bagi tempoh 5 tahun akan datang.Sememangnya pun, kita telah melalui satu Pilihan Raya Umum yang begitumencabar dan penuh tantangan. Sekali apa jua, kita boleh berbangga kerana,semuanya itu, dilalui dengan teratur menurut batas dan lunas demokrasi,sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sehingga diberigelar oleh kawan dan lawan sebagai ibu segala pilihan raya.Kerajaan amat sedar dan insaf di kala dunia berdepan dengan risiko ketidaktentuaniklim politik dan ekonomi global, jika kita tidak berwaspada dan berjaga-jagatempiasnya boleh terpercik kepada kita. Maka, kita amat bersyukur kerana negaraini tidak terjebak atau terseret dalam kancah konflik dalaman yang bolehmeranapkan negara bangsa.Kita juga menghitung nikmat-Nya yang tidak terhingga-hingga kerana negara initerus dipancuri rahmat apabila tiada dilanda malapetaka mahupun bencana alammelampau seperti mana yang berlaku di negara-negara lain. Moga-moga kitasenantiasa diperlindung oleh-Nya jua.
 
Jika disusuri, semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2011, sebanyak 10 RancanganMalaysia dan tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.
Perancangan rapi, strategi tuntas
Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehinggatahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar TransformasiNasional atau DTN, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksipengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.Di sini, ingin saya tegaskan sejelas-jelasnya, semuanya ini tidak akan terjelma, atauberlaku secara hentam keromo sahaja tanpa perancangan rapi dan strategi yangtuntas oleh kerajaan yang ada. Bahkan, sejak puluhan tahun Kerajaan BarisanNasional berusaha gigih, memeta, merencana dan membina negara daripadasebuah negara pertanian, menjadi negara perindustrian moden dan kemudianberkembang sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi. Kini, menuju pulagerbang sebuah negara maju berpendapatan tinggi.Pada 14 September 2013 yang lalu, di Dewan Agong Tuanku Canselor, KampusInduk Universiti Teknologi MARA, saya telah membentangkan AgendaPemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Dalam ucapan tersebut, saya telahmenzahirkan maklumat tentang demografi populasi negara berkhusus tentangMelayu dan Bumiputera.Pada hari ini pula, di peringkat nasional, kita lihat, demografi populasi yang bermuladari Arau Perlis, hingga ke Kudat dan Tawau di Sabah, membawa ke Bintulu hinggaBatang Ai di Sarawak, menunjukkan bahawa, secara asasnya, orang-orang Melayuterdiri daripada 41 suku dengan 9 induk utama, Orang Cina 10 suku, kaum India 8suku, Orang Asli 18 kategori, Bumiputera di Sabah jumlahnya lebih 60 etnik,manakala di Sarawak pula terdapat lebih 40 suku.Hakikatnya, kita semua, sama ada orang Melayu, orang Cina, orang India, Kadazan,Murut, Dusun, Iban, Bidayuh, orang Ulu, orang Asli, orang Sikh, Serani, orang Siam,

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->