You are on page 1of 18
 
PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASIANTARA PERSEORANGAN
Kandungan
 Topik 1Mengapa Manusia Perlu Berkomunikasi? Topik 2Definisi Komunikasi dan Komunikasi Antara Perseorangan Topik 3Perkembangan Model Komunikasi Antara Perseorangan Topik 4Prinsip-prinsip Asas Komunikasi Antara Perseorangan Topik 5Konsep Yang Salah Mengenai Komunikasi Topik 6Komunikasi dalam Hubungan Antara Perseorangan Topik 7Meningkatkan Kemahiran Komunikai Antara Perseorangan
_______________________________________________________________________ 
Objektif 
Pelajar-pelajar seharus mencapai objektif-objektif berikut selepas mempelajari unit ini:
Menerangkan kepentingan komunikasi antara perseorangan dalam kehidupan.
Membezakan definisi-definisi komunikasi, komunikasi kemanusiaan, dankomunikasi antara perseorangan.
Menghuraikan komponen-komponen penting dalam proses komunikasi.
Menerangkan perbezaan di antara komunikasi dalam perspektif linear, interaksidan transaksi.
Membincangkan prinsip-prinsip komunikasi antara perseorangan.
Menerangkan ciri-ciri komunikator yang berkesan.
Pengenalan
Cuba bayangkan situasi ini. Anda pergi berburu dihutan dengan rakan-rakan. Kemudiananda tersesat dan tinggal seorang di dalam hutan untuk beberapa tahun kerana tidakdapat mencari jalan keluar. Sebagai pemburu, memang anda tidak mempunyai masalahuntuk
survival
anda. Tetapi bagaimana agaknya kehidupan anda bersendirian beberapatahun di dalam hutan tanpa seorang insan untuk berkomunikasi? Dan bila anda telahmenemui jalan keluar dari hutan itu dan menemui semula keluarga anda, bagaimanapula agaknya perlakuan komunikasi dan perasaan anda ketika itu?Cuba bayangkan yang ini pula. Anda tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapapun padapada minggu ini. Agaknya, berapa lama anda boleh berbuat demikian? Satu jam, satuhari atau satu minggu? Apakah agaknya perasaan anda semasa tidak dapatberkomunikasi dengan sesiapa dalam jangkamasa tersebut?Dua pertiga daripada kehidupan manusia sebenarnya diisi dengan aktiviti komunikasi.Kehidupan tanpa komunikasi ialah suatu “kematian”. Ia adalah salah satu elemen utamadalam kehidupan manusia. Sejak dilahirkan kita telah pun berkomunikasi. Seorang bayimenangis untuk mengkomunikasikan perasaan lapar atau kesakitan yang sedangdialaminya dan ia ketawa untuk menyatakan kegembiraannya secara bukan verbal.Apabila kita dewasa, kita melengkapkan interaksi kita dengan orang lain dengankomunikasi verbal.Manusia sememangnya tidak boleh tidak berkomunikasi. Kita perlu berkomunikasi untukberkongsi perasaan, membantu dan mendapatkan bantuan, mengajar dan belajar sertamenjalin dan mengekalkan hubungan. Pendek kata, kita perlu berkomunikasi untukmengekalkan status kehidupan kita sebagai seorang manusia.
1
 
Nabi Muhamad S.A.W juga pernah menekankan betapa pentingnya kita berkomunikasi.Baginda bersabda dalam hadith yang memberi bermaksud bahawa hukumnya adalahharam bagi seseorang muslim yang berniat tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapapada hari tersebut.
Topik 1: Mengapa Manusia Perlu Berkomunikasi
Ada banyak sebab mengapa manusia perlu berkomunikasi. Keperluan-keperluan ini bolehdikategorikan sebagai:
Keperluan kesihatan fizikal dan mental
Keperluan identiti
Keperluan sosial
Keperluan untuk mencapai matlamat
Keperluan Kesihatan Fizikal dan Mental
Kajian telah membuktikan bahawa orang yang tidak dapat berkomunikasi dengan oranglain akan didatangi berbagai masalah kesihatan fizikal dan mental. Kajian-kajian yangdijalankan telah menunjukkan bahawa komunikasi merupakan suatu keperluan asasdalam kehidupan manusia. Berikut adalah masalah-masalah yang boleh dialami olehseseorang jika mereka memilih untuk mengelak daripada berkomunikasi dengan oranglain (Adler, Rosenfeld & Towne, 1999):
Orang yang kurang berkomunikasi menghadapi risiko koronari atau serangansakit jantung yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang seringberkomunikasi.
Orang yang terpinggir daripada orang ramai empat kali lebih mudahdihinggap selsema berbanding dengan orang yang aktif dalam masyarakat.
Orang yang tidak suka berkomunikasi adalah dua atau tiga kali lebih pendekusianya berbanding dengan orang yang terlibat dalam hubungan sosial sepertiperkahwinan, persahabatan, keagamaan dan sebagainya.
Lelaki dan perempuan yang bercerai mudah diserang penyakit jantung, barah,dan tekanan darah tinggi, tibi, dan juga membunuh diri berbanding denganmereka yang hidup kekal sebagai suami isteri.
Orang yang kehilangan seseorang yang rapat hubungan dengannya keranakematian juga menghadapi risiko kematian awal jika dia memilih untuk tidakberkomunikasi dengan orang lain.
Dari segi mental, seseorang boleh mengalami halusinasi (khayalan sedangberinteraksi dengan seseorang) jika dia terpencil seorang diri atau dinafikankeperluannya untuk berkomunikasi. Misalnya, tentera udara Amerika yangdikurung di dalam penjara semasa perang Vietnam telah mengalami berbagaimasalah mental semasa dipenjarakan dan juga setelah dibebaskan. 
Keperluan Identiti
Kita perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mengetahui siapa diri kita sebenarnya.Kita tidak mungkin tahu sama ada kita seorang yang pandai atau bodoh, cantik atauhodoh, mahir atau tidak dalam suatu bidang kecuali ada orang lain yang menilai danmenyatakannya pada diri kita.
2
Aktiviti
Buat pertembungan mata dengan sesiapa sahaja yang duduk di sebelah andatanpa berkata apa-apa selama 10 saat. Kemudian tanyalah kepadanya mengenaipersepsinya terhadap diri anda mengenai perlakuan tersebut. Adakah perlakuan
 
Lazimnya, kita mahu menjalin hubungan dengan orang yang mengesahkan identiti kita.Kita lebih suka dengan orang yang menyokong diri kita daripada orang yang merendah-rendahkan kita. Dengan itu, komunikasi memainkan peranan penting dalam menentukankonsep kendiri seseorang.
Keperluan Sosial
Adalah mustahil seseorang itu boleh hidup tanpa melibatkan dirinya dengan aktivitisosial. Kita mewujudkan hubungan dengan orang lain untuk memenuhi keperluan sosialmelalui komunikasi. Seseorang memerlukan kasih sayang, keseronokan, perasaandipunyai, riadah, kawalan dan sebagainya melalui interaksinya dengan orang lain.Sebagaimana yang dinyatakan dalam Hiraki Keperluan Maslow.
Keperluan Untuk Mencapai Matlamat
Untuk mencapai suatu matlamat, kita perlu berkomunikasi dengan orang lain. Kemahiranberkomunikasi membolehkan kita memujuk atau mempengaruhi orang lain untukmencapai apa yang kita inginkan. Komunikasi antara perseorangan adalah kaedahkomunikasi yang lebih berkesan untuk mempengaruhi dan mengubah perlakuan orangdaripada komunikasi massa. Komunikasi massa hanya mampu untuk menyalurkanmaklumat tetapi tidak berkeupayaan untuk mempengaruhi seseorang untuk mengubahkepercayaan atau perlakuannya.Oleh itu, komunikasi antara perseorangan boleh membantu kita dalam banyak perkaradalam kehidupan seharian. Misalnya, seorang pelajar yang baru bergraduat memerlukankebolehannya untuk berkomunikasi dengan berkesan semasa temuduga mendapatkanpekerjaan. Mengikut kajian yang telah banyak dijalankan terbukti bahawa kemahiranberkomunikasi adalah faktor penting untuk seseorang mendapatkan pekerjaan,peningkatan gaji dan juga kenaikan pangkat.
Topik 2: Definisi Komunikasi dan Komunikasi AntaraPerseorangan
Sebenarnya komunikasi antara perseorangan telah didefinisikan oleh ramai pengkajidengan berbagai definisi. Bagi memahaminya, terlebih dahulu kita perlu mengetahuiperingkat-peringkat komunikasi kemanusiaan.Komunikasi kemanusiaan mempunyai beberapa peringkat seperti dalam Jadual1.1 yang berikut: Jadual 1.1Peringkat dan Sifat Komunikasi
 PeringkatKomunikasi Sifat-sifat Komunikasi
 Komunikasiintrapersonal(komunikasidalaman)
Melibatkan seorang komunikator yang berkomunikasidengan dirinya sendiri iaitu monolog (bicara hati).
Membantu dalam penganalisaan, penilaian tentang dirisendiri dan juga dalam membuat keputusan. Komunikasi antaraperseorangan(
interpersonal
)
Komunikasi yang melibatkan dua orang komunikator yangberinteraksi secara dua hala, serentak dan mereka salingmempengaruhi.
Penting dalam menjalin dan mengekalkan hubungan,memujuk dan mempengaruhi orang lain. Komunikasikumpulan kecil
Komunikasi dua hala yang melibatkan kumpulan terdiridaripada tiga hingga 12 orang ahli.
Penting untuk berkongsi maklumat, mendapatkan idea,
3

Reward Your Curiosity

Everything you want to read.
Anytime. Anywhere. Any device.
No Commitment. Cancel anytime.
576648e32a3d8b82ca71961b7a986505