mencapai objektif perundingan masing-masing.Perunding yang tidak mahirberkomunikasi akan menghadapi maslah semasa berunding. Misalnya, dalamperundingan distributif perunding yang tidak mahir berkomunikasi akan hanyamemberikan peluang kepada pihak lawan untuk mempengaruhinya. Sementara dalamperundingan integratif pula, kelemahan berkomunikasi oleh perunding mungkin akanmenyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan untuk menukarkan perundingantersebut kepada perundingan distributif.Komunikasi dalam perundingan dipamerkan melalui dua cara iaitu secara verbaldan bukan verbal. Terdapat beberapa aspek utama komunikasi verbal dan bukan verbalyang penting di dalam perundingan. Komunikasi verbal bermaksud komunikasi yangbersifat linguistik atau bahasa. Komunikasi verbal dalam perundingan boleh berbentukkomunikasi bertulis atau komunikasi dalam percakapan. Terdapat beberapa aspekpenting komunikasi dalam perundingan seperti berikut:
Peraturan boleh mengawal interaksi perundingan
Sebarang peraturan bertulis (hitam-putih) yang tersedia dalam perundingan bolehmengawal interaksi komunikasi perundingan. Lazimnya, komunikasi verbal dalamperundingan berlaku secara formal dan juga tidak formal. Dalam perundingan tidakformal, banyak peraturan perundingan dibentuk melalui interaksi di antaraperunding-perunding. Misalnya sebelum perundingan sebenar dijalankan perunding-perunding mungkin akan bertemu secara tidak formal dalam permainan golf atausebarang aktiviti sosial dan interaksi di antara mereka boleh membentuk berbagaiperaturan yang harus dipatuhi dalam perundingan sebenar.Dalam perundingan yang formal pula, peraturan dan prosedur perundingan yangdipersetujui akan menstrukturkan kaedah dan juga iklim komunikasi. Dalam “budaya”sesetengah perundingan, peraturan boleh menjadi suatu ritual. Ini secara tidaklangsung mencorakkan gaya komunikasi semasa perundingan.
Fungsi-Fungsi Komunikasi dalam perundingan
Komunikasi adalah instrumen utama dalam mengkoordinasikan hasilperundingan. Melalui proses komunikasi perunding-perunding dapat bertukar-tukarmaklumat secara sengaja (strategik) atau tidak disengajakan. Seorang perundingyang mahir dalam bidang komunikasi akan dapat mengecam sikap perunding lawanmelalui gaya komunikasi yang dipamerkannya. Dengan itu, komunikasi membantuperunding-perunding dalam menentukan strategi, matlamat dan taktik tindakanmereka selanjutnya. Misalnya, gaya komunikasi dominan yang dipamerkan olehperunding mencerminkan sifat perundingan yang sangat kompetitif dan tiada tolakansur.Komunikasi boleh mengubah persepsi dan jangkaan perunding-perundingmengenai situasi, hubungan, proses dan hasil perundingan. Misalnya, gayakomunikasi seorang jurujual yang mesra akan mempengaruhi persepsi si pelangganmengenai barangan sama ada untuk membelinya atau tidak.
Fokus komunikasi dalam perundingan
Komunikasi dalam perundingan lazimnya terfokus kepada isu-isu yang substantif iaitu perkara-perkara pokok yang hendak dirundingkan oleh mereka. Dengan itukomunikasi mempunyai fungsi penting dalam proses tawar menawar, pembentanganproposal, tuntutan-tuntutan, kehendak dan keinginan seperti yang telah kitabincangkan dalam Unit 1.Perundingan juga melibatkan isu-isu prosedural dan isu hubungan di antaraperunding-perunding secara peribadi. Di samping itu isu-isu
intangible
seperti hormatmenghormati, beretika dalam perundingan dan lain-lain isu yang tersirat. Ini2