6.1 KOMUNIKASI DI DALAM ORGANISASI
i dalam sesebuah organisasi, komunikasi merupakan asas yang menyatu-padukanaktiviti semua fungsi yang wujud. Dengan adanya saluran komunikasi di dalam organisasitersebut, setiap individu atau kelompok bukan sahaja dapat berinteraksi, memahami danbertukar-tukar maklumat antara satu dengan lain, tetapi juga dapat mewujudkankerjasama yang berterusan di kalangan kakitangan. Dengan yang demikian, kecekapanperjalanan sesebuah organisasi itu bergantung kepada sejauh mana baiknya salurankomunikasi itu berjalan.Saluran komunikasi merupakan laluan mesej yang mengalir dari individu ke individu lainatau dari satu kelompok ke kelompok lain atau kedua-duanya sekali. Semua organisasimengunakan kedua-dua saluran komunikasi, iaitu yang rasmi dan tidak rasmi. Saluranrasmi ialah rangkaian atau rantai komunikasi yang menentukan arah dan aliran mesejrasmi di kalangan ahli-ahli dan bahagian di dalam organisasi. Saluran komunikasi rasmiini merupakan sebahagian daripada struktur organisasi yang menyalurkan mesejmengikut peraturan, adat, kebiasaan, pengagihan autoriti, pangkat, dan jenis tugas didalam organisasi.Saluran komunikasi tidak rasmi pula merangkumi rangkaian atau rantai komunikasi yangwujud daripada perhubungan sosial dan persahabatan di persekitaran tempat kerja.Saluran tidak rasmi ini disebut grapevine, dan dianggap sebagai komunikasi tidak rasmiyang terpenting di dalam organisasi.Di dalam organisasi, menghantar mesej atau maklumat mengikut saluran tertentu masihdianggap tidak mencukupi dan tidak berkesan sekiranya mesej atau maklumat yangdihantarkan itu tidak mengandungi ciri-ciri seperti berikut:1.Mesej atau maklumat itu mestilah difahami oleh pihak penghantar dan pihakpenerima.2.Mesej dan maklumat itu mestilah dipercayai tentang kebenarannya.3.Mesej atau maklumat itu mestilah diterima oleh pihak penerima.Di dalam organisasi yang kompleks, tidak kesemua mesej yang dihantar itu mengandungiciri-ciri di atas. Satu sebabnya, seetengah saluran rasmi menghantar mesej secara sehaladan peluang untuk mendapatkan maklum balas paling minimum dan kadang kalalangsung tidak wujud. Di dalam organisasi besar pula, kebanyakan komunikasi dibuatsecara bertulis dan sekiranya peruntukan untuk mendapatkan maklum balas secarabertulis diberikan, walaupun perkara ini jarang berlaku, maklum balas itu dianggap tidakpenting dan tidak perlu dijawab dengan segera. Di dalam komunikasi, maklum balas yangsegera merupakan satu alat untuk mencapai kefahaman, penerimaan, dan kredibiliti.
6.2 SALURAN KOMUNIKASI FORMAL
Carta organisasi tidak dapat menunjukkan kesemua saluran komunikasi formal kecualisaluran yang khusus sahaja. Rajah 6.1 menunjukkan satu struktur organisasi yangmenunjukkan bahagian kerja dan hierarki autoriti. Ia juga menunjukkan saluran rasmiyang mesej rasmi mesti mengalir antara dan dalam lingkungan bahagian berasingan.Komunikasi rasmi selalunya bergerak mengikut laluan struktur organisasi tersebut (lihatrajah 6.1).
1