You are on page 1of 21

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME

2.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME 2.1 Pengenalan Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna. Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan dalam usaha membentuk dunia peribadi dan pembelajaran. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar. Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Secara semula jadi setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari. Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. proses belajar dianggap berhasil jika murid memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Dalam proses belajar setap murid harus berusaha agar lambat laun mereka mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner, 1991) ialah : i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain. ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari. iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah. iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan. v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi. 2.2 Prinsip-Prinsip Pendekatan Humanisme Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistik seperti berikut: i. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. ii. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan.

iii. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. iv. Perasaan adalah sama penting dengan fakta. v. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman. Menurut Choong Lean Keow, Carl Rogers menyatakan bahawa beliau percaya bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Dengan kata lain setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan dirinya.Mereka masing-masing mempunyai keinginan yang akan mendorong mereka ke arah mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan diri. Oleh itu, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran mereka akan membolehkan individu masing-masing membentuk konsep kendiri, sama ada positif ataupun negatif adalah bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran tersebut. Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat menarik minat peribadi murid untuk mempelajarinya. Oleh itu, pembelajaran yang menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran yang berlaku adalah atas usaha murid itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna. Selain itu, beliau telah mengkategorikan pembelajaran kepada dua jenis iaitu: a) Pembelajaran kognitif yang tidak berguna ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh individu tidak digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian b) Pembelajaran eksperiential ilmu pengetahuan yang diperolehi dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Menurut Mok Soon Sang pula, Abraham Harold Maslow telah mengemukakan Hirarki Keperluan Maslow. Beliau berpendapat bahawa seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Maslow berpendapat motivasi dalaman akan mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau ransangan luar. Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hirarki, keprluan hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi. Namun begitu, jika hirarki yang lebih rendah masih belum mendapat kepuasan, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi tidak dapt dikemdangkan dengan sewajarnya. Terdapat ramai individu sehingga akhir hayat mereka pun tidak dapat berkembang sehingga hirarki tertinggi. 2.3 Pembelajaran Menurut Teori Humanisme Pendidikan humanisme sangat mementingkan adanya rasa kebebasan dan tanggung jawab. Teori ini mempunyai tujuan pendidikan iaitu memanusiakan manusia agar manusia mampu mengaktualisasi diri sebaik-baiknya. Aliran humanistik tidak mempunyai teori belajar khusus, tetapi hanya bersifat ekletik, yang bermaksud menggunakan teori

yang sesuai (kognitif) asalkan tujuan pembelajaran tercapai. Peranan pendidik dalam pendekatan humanisme adalah sebagai fasilitator ataupun pembimbing, yang berperanan: a) Menciptakan iklim belajar. b) Memenui kebutuhan belajar peserta didik. c) Membantu mengungkapkan emosi peserta didik. d) Membantu belajar peserta didik. Bentuk pembelajaran melalui pendekatan humanisme adalah bahawa murid dituntut untuk selalu memotivasi diri. Untuk mencapai ke arah itu kegiatan belajar hendaknya mendorong murid-murid untuk belajar cara-cara belajar dan menilai belajarnya sendiri. Program pembelajaran yang diterapkan dalam pendekatan humanisme umumnya menggunakan kegiatan terbuka di mana murid-murid harus mendapatkan informasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan menghasilkan kejayaan sendiri. Dalam pendidikan humanisme, murid-murid tidak memiliki tempat duduk yang tetap seperti pendidikan konvensional. Murid-murid dapat belajar secara kendiri atau belajar secara berkumpulan. 2.4 Tokoh-Tokoh Pendekatan Humanisme Terdapat beberapa tokoh terkenal yang mempelolpori teori humanisme ini.Antara tokohtokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan lain-lain. Tetapi di antara tokoh-tokoh tersebut, dua orang tokoh utama bagi pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan Abraham Maslow. Di sini akan dibincangkan dengan lebih lanjut berkaitan dua tokoh utama ini. 2.4.1 Carl Rogers Nama sebenarnya ialah Carl Ransom Rogers, telah dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois. Carl Rogers dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat disiplin, berpegang kuat pada agama dan bermoral tinggi. Carl Rogers adalah satu satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Carl R. Rogers adalah seorang ahli psikologi humanistik yang gagasan-gagasannya berpengaruh terhadap pemikiran dan amalan psikologi di semua bidang, Rogers mengutarakan pendapat tentang prinsip-prinsip belajar yang humanistik, yang meliputi hasrat untuk belajar, pembelajaran yang bermakna, belajar tanpa ancaman, belajar atas inisiatif sendiri, dan belajar untuk perubahan (Rumini,dkk. 1993). Menurut Rogers, manusia mempunyai naluri untuk belajar.Hal ini terbukti dengan tingginya rasa ingin tahu anak apabila diberi kesempatan untuk mengeksplorasi persekitarannya. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan persepsi dasar pendidikan humanistik. Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers ialah: Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yg berbeza dgn org lain. Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya.

Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi, Prinsip-prinsip pendekatan Teori Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedon to learn). Di dalam kelas berasaskan teori pembelajaran Carl Rogers, murid-murid diberi kesempatan dan kebebasan untuk memenuhi perasaan ingin tahunya, untuk memenuhi minatnya dan untuk mencari apa yang penting dan bererti tentang dunia di sekitarnya. Antara prinsip-prinsp pembelajarannya yang lain ialah : i. Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu ii. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar iii. Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan yang kurang berancam iv. Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran v. Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya. vi. Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran hidup pelajar. 2.4.2 Abraham Maslow Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun 1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik. Abraham H. Maslow merupakan tokoh yang menonjol dalam psikologi humanistik. Teorinya iaitu Teori Keperluan Maslow dapat diterima pakai dan sebahagian dari teorinya yang penting dijadikan asas persepsi bahawa dalam diri manusia terdapat dorongan positif yang berkembang dan terdapat kekuatan-kekuatan yang melawan atau menghalangi pertumbuhan (Rumini, dkk. 1993). Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus

dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Maslow memecahkan tahap keperluan manusia kepada 5 tahap iaitu keperlian fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, dan kesempuurnaan kendiri. Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

2.5 Implikasi Teori Humanistik Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi. Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menjadi role model dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin

ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar 2.6 Implikasi Teori Humanisme Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas Bagi murid bermasalah pengihatan, berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda. Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya. Untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I). Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah Manakala bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat. Kanak-kanak ini biasanya mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir

Teori Pembelajaran Humanistik


Pengenalan Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Setiap individu akan bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas membuat pilihan. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing.Selain itu,

pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan meningkatkan motivasi instrinsik dan kendiri masing-masing dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar secara holistik. Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Pelajar dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya.Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu dengan membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Para ahli humanistik melihat adanya dua bahagian pada proses belajar, iaitu proses pemerolehan informasi baru dan personalia informasi ini pada individu. Seterusnya,tiga tokoh humanis utama iaitu Carl Rogers,Abraham Maslow dan Erik Erikson akan dibincangkan dengan lebih lanjut. Carl Rogers Carl Rogers telah dilahirkan pada 8hb Januari di Oak Park, lllinois, 1902 dan telah meninggal pada tahun 1987.Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik. Pada dasarnya,Carl Rogers mementingkan manusia sebagai manusia dan bukan sebagai objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari aspek-aspek fizikal atau emosi.Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat mereka sebagai mempunyai hati yang baik dan mulia.Perlakuan mereka mendorong menuju kepada pencapaian kesempurnaan kendiri.Terdapat beberapa usul penting dalam teori humanistik.Salah satu daripadanya ialah persepsi individu mengenai diri kendiri.Mengikut Carl adalah selaras dengan konsep kendirinya.Jika seseorang individu memiliki konsep kendiri yang tinggi,dia akan merasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan segala tugas yang diagihkan kepadanya.Usul seterusnya pula membantu individu untuk mengatasi halangan-halangan.Guru-guru yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap positif akan mendorong mendidik murid-murid secara lebih mendalam.Menurutnya lagi,seseorang guru kaunselor yang baik dapat membantu menghilangkan penghalang-penghalang yang terpendam dalam diri seseorang agar potensinya boleh berkembang dengan optimanya.Usul yang ketiga adalah kecenderungan untuk Berjaya.Setiap manusia mempunyai kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan akan bersaing untuk mencapai kejayaan.Penguasaan ilmu dan pemerolehan pengalaman berlaku secara semulajadi sehingga manusia mencapai kesempurnaan kendiri.Kefahaman melalui refleksi juga merupakan antara usul penting dalam teori humanistik.Mengikut Carl Rogers,manusia sentiasa menggunakan maklumat dan pengalaman yang

ada pada diri sendiri untuk memperbaiki kelakuan diri.Refleksi dan pengimbasan semula pengalaman yang dilalui membawa kesedaran lebih kepada tingkah laku seseorang.Dengan itu,struktur kendiri manusia terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran dan penilaian tentang diri sendiri pula diperolehi daripada interksi dengan orang lain.Interaksi manusia dengan persekitaran dan pergaulan sosial memperkayakan input pengalaman seseorang. Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar ( Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid-murid belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah tersebut tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap murid dengan memastikan keperluan asas wujud dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira tentang aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut selesa atau tidak. Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku kandungan matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi ruang kepada muridmurid untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. Dalam hal ini, guru boleh memberikan peluang kepada muriduntuk memilih pembelajaran yang mereka mahukan sesuai dengan minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami sesuatu pelajaran sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara tersebut. Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak langsung minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan murid itu mudah menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Pembelajaran melalui proses kebebasan dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri sendiri. Menurut Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon Pong Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah yang tenang dan selesa, tetapi juga menyediakan keadaan bilik darjah yang selamat kepada murid-murid. Keselamatan bilik darjah tersebut termasuklah keadaan bilik darjah. Susunan meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat murid-murid untuk belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi murid-murid. Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan murid dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang. Guru juga penting untuk mengambil kira aspek keselamatan pelajar ketika mereka berada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut. Contohnya tidak ada gangguan atau halangan daripada mana-mana individu yang boleh menyebabkan murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan lain yang suka membuli atau sebagainya. Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru boleh mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Rogers menyatakan seorang guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2009). Guru boleh memanfaatkan cara ini ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid perlu tahu

apa yang mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru agar mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah tersebut. Pada hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan suasana pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga perlu membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah akan menimbulkan minat dan motivasi dalam diri murid untuk belajar. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik ketika menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan cepat dan mudah

Teori Pembelajaran Behaviorisme Tokoh-tokoh yang telah memperkenalkan teori behavorisme terdiri daripada
Psikologi(1920's - 1960's) Behaviorisme: sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku(observable behavior )

Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.
John Watson (1878 - 1958) John Watson: Tingkah laku berfikir tanpa rujukan tikus dan psikologi SR (Stimulus-Response) keatas penelitian fikiran psikologi sebagai sains, harus fokus ke atas keupayaan perhatian (observable behavior ) mental proses psikologi rangsangan pendorong ( Stimulus-Response psychology) B.F. Skinner (1904 - 1990)

B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Teori Perlaziman Operan yang diperkenalkannya merumuskan pembelajaran manusia sebagai :

sependapat dengan Watson,semua tingkah laku boleh dijelaskan dengan psikologi rangsangan pendorong. menitik beratkan peneguhan dan dendaan behaviorism berdasarkan akibat burung merpati(kajian tahun 1953) dan kotak Skinner Pembelajaran berlaku melalui perlaziman. Rangsangan bagi menggalakkan respon pelajar dengan peneguhan positif. Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini. Kejayaan dalam proses pembelajaran, Kejayaan dicapai melalui konsep diskriminasi.

Implikasi teori perlaziman operan ini adalah ianya mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasi pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar.

Ivan Petrovich Parlov(1902) mengkaji tindakbalas anjing, air liur anjing dan makanan asasnya Parlov membuat eksperimen psikologi untuk mengetahui bagaimana otak berfungsi. Parlov percaya bahawa tingkah laku manusia lebih komplek berbanding haiwan kerana manusia boleh berbahasa, dan ini dikenali sebagai 'second signal system'. Thordike Membentuk tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi) berkesan. Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak berkesan Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

Kesimpulan Fokus utama dalam teori pembelajaran behaviourisme adalah perspektif tingkah laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Menurut Skinner, pengajaran bermaksud penyusunan sesuatu yang mungkin berlaku di mana pelajar belajar; pelajar belajar tanpa pengajaran, tetapi pengajaran menyediakan sesuatu yang istimewa mungkin berlaku (merujuk kepada keadaan persekitaran yang membentuk tingkah laku individu di mana ianya mempercepatkan pembelajaran.

EDU 3103 - Teori Behaviorisme ( Ivan Pavlov )


"Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu kembali kepada nuraninya. Jika bermanfaat, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, ia menahan diri. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ) 2010

Pengenalan
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa

Konsep Khas Teori Behaviorisme ( Ivan Pavlov )


Menurut laman web sesawang scribd yang ditulis olehEddliestaniselie teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa

Prinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov


Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah: i. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas ii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas iii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman

IVAN PAVLOV TEORI PELAZIMAN KLASIK


Biodata dan foto berkenaan dengan pengasas Teori/Model Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan Pavlov merupakan salah seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada Meninggal 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan sama seperti yang dinyatakan oleh Choog Lean Keow. Beliau menambah bahawa Ivan Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden. Semasa kecil Ivan Pavlov bersekolah di sekolah Seminari Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang bernama Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi. Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879. Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atas eksperimen beliau iaitu

melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep pelaziman klasik pada masa kini. Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov. Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di bawah: Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim GTT ). Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur. Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT ) setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim RT )terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan. Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim RT ) tanpa diberikan makanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim GT ). Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan. Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika mendengar bunyi loceng. Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan. Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel) untuk menimbulkan respons (air

liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau penghapusan. Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi dan penghapusan sebagai berikut: Konsep Keterangan Ransangan tidak terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas. Contoh: makanan Gerak balas tidak terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan. Contoh: lelehan air liur Ransangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi bersama ransangan lama. Contoh: loceng Gerak balas terlazim Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan baru setelah dipadankan dengan ransangan lama. Contoh: lelehan air liur Menurut laman sesawang http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html, Psikologi Behaviorisme menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan dan objektif dimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak dapat ditandingi. Pavlov bersama anjing yang digunakan bagi menjalankan uji kaji. Gambaran susun atur kajian yang dijalankan Pavlov.

Contoh Dalam Kehidupan Nyata Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang sangat suka dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda. Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov. Menarik bukan? Analisis Teori Menggunakan Teknik SWOT Selepas mencari pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku dan juga internet, kami telah membuat beberapa analisis mengenai teori ini dengan menggunakan teknik SWOT. STRENGTH (Kekuatan Teori Behaviorisme) Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas. Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme) Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran. Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja. OPPORTUNITY( Peluang Teori Behaviorisme ) Berdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul. Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi

sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkaraperkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar. THREAT(Ancaman Teori Behaviorisme) Di dalam teori ini terdapat beberapa ancaman yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah pembelajaran individu dipengaruhi oleh sejauh mana baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu baik sistem sarafnya maka mudah untuk mereka menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dalam sistem sarafnya maka individu tersebut akan memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya. Ancaman yang seterusnya adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Selain itu, ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya disebabkan oleh ganjaran semata-mata.

Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran . Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan implikasi teori Behaviorisme terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut. Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balasdapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar. Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar Acheh. Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu. Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan sertamerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

PENDEKATAN CHAPMAN Pengenalan Pendidikan Seni Visual


Pengenalan Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan senipergerakan. Seni dalam pendidikan ini lebih menegaskan kepada aspekpemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetikadan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka,mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera mereka. Melalui cara ini,murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan senipergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untukmencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) olehHoward Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mendacapaikecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan pentingdalam kurikulum yang ada dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untukmengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu,guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepaduuntuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza,keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring denganpersekitaran yang memberikan inspirasi.Antara matlamat seni dalam pendidikan ialah untuk melahirkan individuyang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenisseni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akanmembantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistik. 1. Pengenalan Pendidikan Seni Visual Matlamat Seni Dalam Pendidikan Matlamat seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentukkeperibadian generasi rakyat Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai- nilaiestetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungankurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadaptuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan

warisanbangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan.Seni dalam pendidikan mengintegrasikan tiga komponen yang akanmelengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripadaperkara inilah, dapat memberikan perkembangan yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan berlaku. Matlamat Seni Dalam Pendidikan 2. Imaginatif MA TLA MA TKritisKreatif Celik BudayaInovatif Inventif Estetika YangTinggi Pengenalan Pendidikan Seni Visual Objektif Seni Dalam PendidikanSeni dalam pendidikan di sekolahbrendah bertujuan untuk : Menghargai keindahanh ciptaan Tuhan Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam prosespenghasilan Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahirandalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkandalam pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untukmengekspresikan hasilan kerja Membuat diskripsi, analsis, interprestasi dan penilaian terhadap karyaseni yang dibuat Mendapat nilai tambah dalam displin sains dan teknologi Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh tokoh seni Menjadikan seni dalam pendidikan sebagai tunjang dalam kerjayakeguruan Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dankaitannya dengan keselesaan hidup Membina jati diri kea rah pembentukan Negara dan bangsa Mengintergrasikan seni dalam pendidikan dengan mata muridan lainmelalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasratkurikulum kebangsaan Membina dan mengamalkan nilai nilai murni melalui pelbagaipengalaman seni. Pengenalan Pendidikan Seni Visual Matlamat Seni Dalam Pendidikan Matlamat seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentukkeperibadian generasi rakyat Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai- nilaiestetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungankurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadaptuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisanbangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,masyarakat dan

Negara selaras dengan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan.Seni dalam pendidikan mengintegrasikan tiga komponen yang akanmelengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripadaperkara inilah, dapat memberikan perkembangan yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan berlaku.

You might also like