You are on page 1of 4

Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lot 158, Jalan Tengah,

Kampung Kenanga,

28000 Raub,

Pahang Darul Makmur.

4 Disember 2005. Ke hadapan sahabatku, Amir semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja. Amir, Bagaimana dengan rancangan saudara hendak mengisi masa lapang sempena cuti persekolahan yang panjang ini ? Sudah tentu saudara mempunyai pelbagai rancangan yang menarik. Saya pula tidak ke mana-mana. Pada masa ini, saya sedang menanam sayur-sayuran seperti kangkung, bendi, sawi, cili, dan terung di kawasan lapang di belakang rumah saya. Saya menyiram sayur-sayuran itu dua kali sehari. Selain itu, saya juga meletak baja supaya sayur-sayuran itu hidup subur. Sekarang, sayur-sayuran itu sudah boleh dituai. Selain untuk kegunaan sendiri, saya juga akan menjual sayur-sayuran itu di pasar tani untuk membantu ayah dan ibu memandangkan harga getah yang tidak menentu di pasaran. Saya rasa setakat ini dahulu untuk kali ini. Semoga kita akan berutus surat lagi pada masa akan datang. Sampaikan salam saya untuk keluarga saudara di sana.

Sahabatmu, Zamri

31.

Apakah hubungan antara Zamri dan Amir ? A B C D Adik-beradik Sahabat pena Kenalan baru Sepupu

32.

Mengapakah Zamri menulis surat ini ? A Untuk membalas surat sahabatnya. B Untuk menanyakan khabar sahabatnya. C Untuk menceritakan aktiviti yang dilakukannya pada masa cuti. D Untuk menanyakan rancangan menarik sahabatnya pada masa cuti. Pada pendapat anda, apakah pekerjaan ayah Zamri ? A B C D Pekebun sayur Penoreh getah Nelayan Peniaga

33.

34.

Bagaimanakah Zamri dapat meringankan beban ayah dan ibunya ? A B C D Dengan menanam sayur-sayuran. Dengan menaikkan harga getah di pasaran. Dengan menjual hasil tanamannya di pasar raya. Dengan berniaga sayur-sayuran secara besar-besaran.

35.

Manakah antara penyataan yang berikut benar ? A B C D Amir merupakan anak orang kaya. Zamri dan keluarganya tinggal di kampung. Bapa Amir juga bekerja sebagai penoreh getah. Bapa Zamri bekerja di ladang getah bapa Amir.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
Khairudin : Assalamualaikum, Pak Mat. Saya datang ni sebab hendak menemu ramah Pak mat tentang cara-cara membuat labu sayong untuk disiarkan di dalam majalah sekolah saya. Pak Mat : Waalaikumusalam. Boleh apa salahnya. Duduklah, Khairudin.

Khairudin: Terima kasih, Pat Mat. Bolehkah Pak Mat nyatakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat labu sayong ini ? Pak Mat : Labu sayong ini diperbuat daripada tanah liat busut sahaja.

Khairudin

: Oh, begitu! Bagaimana cara membuat labu sayong ini ?

Pak Mat : Tanah liat itu dijemur sehingga kering. Kemudian, ditumbuk sehingga halus dan diayak. Selepas itu, campurkan sedikit air dan diuli menjadi lingkaran. Lingkaran-lingkaran ini kemudiannya disambung sedikit demi sedikit sehingga terbentuk permukaan dan badan labu. Setelah dibentuk dan diukir, labu dibakar selama dua jam bagi menentukan ketahanannya. Khairudin : Mengapakah labu itu menjadi hitam, Pak Mat ?

Pak Mat : Labu itu hitam kerana dimasukkan ke dalam sekam. Kemudian, sapu damar pada bahagian bawah supaya tidak telap air. Apabila sejuk, labu itu boleh dibersihkan. Khairudin: Agak rumit juga proses membuat labu ini. Terima kasih Pak Mat sebab sudi ditemu ramah. Pak Mat : Sama-sama.

36.

Labu sayong dihitamkan dengan A B C D menyapu damar pada bahagian bawah memasukkan labu ke dalam sekam membakarnya selama dua jam membiarkannya ke dalam api yang panas

37.

Apakah kegunaan labu sayong itu ? A B C D Menyimpan air minuman Menyimpan tanah liat Menyimpan sekam Menyimpan damar

38.

Pada pendapat kamu, di manakah perbualan itu berlangsung ? A B C D Di rumah Khairudin Di ruang tamu rumah Pak Mat Di bengkel kraf tangan Pak Mat Di stor barang di sekolah Khairudin

39.

Perkataan telap sama erti dengan A B C D kuat jarang ringan mempan

40.

Labu itu dibakar selama dua jam adalah untuk A mencantikkan labu itu B menghancurkan tanah liat C menentukan ketahanan labu

D mengeraskan lingkaran tanah liat

You might also like