You are on page 1of 6

Kepada group sains, berikut ialah tentang Ilmu Sains/Ilmu Kejadian Rendah Tanah Melayu, 1959 (KLSR) Semua

manusia ingin mengetahui tentang alam di sekeliling termasuk alam semesta. Banyak persoalan tentang kejadian alam, jawapannya ada dalam mata pelajaran Sains. Sebelum ini kurikulum Sains tidak tersusun, tetapi kini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: a) Kimia b) Fizik c) Ilmu Hayat Ilmu manusia semakin bertambah dan cara manusia mendapatkan ilmu semakin baik. Pengetahuan Sains sangat luas, tetapi seorang ahli sains hanya mengkaji satu bidang sahaja seperti tumbuhan, elektrik, panas dan penyakit itu seumur hidup mereka. Ilmu Sains sekolah rendah ialah permulaan keinginan untuk mengetahui segala sesuatu yang mengandungi persoalan yang harus ditanyakan oleh kanak-kanak dan jawapan kepada persoalan itu. Keinginan ini ada dalam setiap diri kanak-kanak sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah lagi. Sebab-sebab Ilmu Sains diajar di sekolah rendah: a) Memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk mengetahui perkara-perkara yang ingin mereka ketahui b) Memberi galakan kepada kecenderungan kanak-kanak supaya sentiasa ingin mengetahui berkenaan dengan segala sesuatu c) Memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk mengetahui perkara-perkara baharu d) Memberi kesempatan kepada kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan supaya menambah pelajaran mereka di luar sekolah dan setelah berhenti dari sekolah rendah e) Mata pelajaran Ilmu Sains sekolah rendah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran kerana dapat memberikan pengetahuan kepada kanak-kanak yang ingin mengetahuinya. Dengannya, kanak-kanak akan dapat membuat kerja, memungut benda, mendapat perhatian. Semua ini ialah kecenderungan asasi kanak-kanak. f) Memberi latihan kepada kanak-kanak dalam memandang. Makna memandang di sini ialah memberikan perhatian kepada yang dipandang dan memikirkan benda yang dipandang itu. Isi kandungan Ilmu Sains/Ilmu Kejadian Rendah 1959 (KLSR) Ilmu Sains Rendah disebut juga Ilmu Kejadian kerana segala yang ada di dunia ini adalah pengetahuan. Ilmu kejadian meliputi pengetahuan tentang tumbuhan, haiwan dan serangga serta semua perkara di dunia ini termasuk air dan matahari. Ilmu Sains sangat meluas dan mendalam. Ilmu Sains mestilah mengandungi jawapan bagi persoalan berikut: a) Mengapa b) Bagaimana c) Di mana d) Bila Persoalan di atas ada kaitan dengan Ilmu Alam (Geografi) dan Tawarikh (Sejarah). Sukatan Ilmu Sains mengandungi perkara-perkara berikut:

a) Matahari, bulan dan bintang b) Cuaca, guruh dan kilat c) Binatang, serangga dan tumbuhan d) Basikal, motosikal, motokar, keretapi dan kapal terbang e) Lilin, lampu minyak, lampu pam, lampu picit dan lampu letrik f) Kerja taip, anggota tubuh g) Gendang, telegraf, telefon dan radio h) Jenis-jenis perahu i) Air, udara dan api j) Tempat didapati air anak sungai, tasek, perigi dan kolam k) Jenis-jenis pam yang biasa digunakan l) Makanan m) Kamera-kamera wayang gambar dan wayang gambar n) Sumber kuasa-wap, letrik, petrol dan lain-lain. Perkara-perkara di atas tidaklah cukup kerana banyak perkara boleh dimasukkan. Guru menggunakan sukatan pelajaran di atas dan membuat sukatan pelajaran sendiri. Tidak semestinya guru mengikut segala sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran di atas. Setiap sekolah tidak mengikut sukatan yang sama antara satu sama lain kerana tidak semua yang diajar itu sesuai di sekolah tersebut. Tujuan Ilmu Sains ialah untuk dihafal oleh kanak-kanak supaya lulus dalam peperiksaan. Selain itu kecenderungan kanak-kanak supaya berkeinginan untuk menambahkan pengetahuan Sains mereka. Jika ini tidak tercapai, guru tidak berjaya dalam memberikan pengajaran Ilmu Sains Rendah itu. Pemilihan isi pelajaran hendaklah disesuaikan dengan perkara berikut: a) Keadaan sekeliling b) Kanak-kanak c) Guru-guru a) Keadaan Sekeliling Ilmu Sains hendaklah disesuaikan dengan keadaan sekeliling iaitu jenis sekolah, kedudukan sekolah dan apa yang berlaku di sekitarnya. Jika sekolah itu berhampiran dengan kampung nelayan, apa yang diajarkan mestilah berkaitan dengan perahu dan ikan dalam sukatan pelajarannya. Contohnya : a) Bagaimana perahu boleh timbul b) Bagaimana layar menggerakkan kapal c) Bagaimana kapal boleh dikemudikan d) Berapa jenis perahu e) Bagaimana perahu dijalankan dengan kuasa jentera f) Apakah makanan ikan g) Bagaimana ikan beranak h) Bagaimana ikan bernafas di dalam air i) Bagaimana menuimpan ikan supaya tidak segera busuk Jika sesebuah sekolah itu jauh dari laut, maka sukatan pelajaran di atas tidaklah sesuai diajarkan dalam

Ilmu Sains sekolah itu. Ini kerana kanak-kanak kecil hanya tahu perkara-perkara di sekeliling sahaja, apabila dewasa baru mereka tahu lebih daripada itu. Kanak-kanak Ilmu Sains hendaklah sesuai dengan kanak-kanak, kecenderungan dan kebolehan mereka. Ini termasuklah: j) Kebijaksanaan k) Jantina l) Umur Guru-guru Ilmu Sains hendaklah sesuai dengan guru-guru. Guru mestilah cenderung dan berkebolehan mengajar mata pelajaran ini dengan sebaik-baiknya. Walaupun pengajaran Ilmu sains rendah sepatutnya diajar sebagaimana dinyatakan, ini tidak bermakna mengajar tajuk biji-bijian dalam masa seminggu, mengajar pam basikal dalam masa seminggu yang berikutnya dan mengajar tentang lampu picit di minggu berikutnua pula. Sesuatu pelajaran hendaklah diajarkan sehingga kanak-kanak mengetahui apa yang sepatutunya mereka ketahui tentang perkara tersebut. Kemudian baharulah ditukarkan pengajarannya kepada perkara yang lain. Di setiap sekolah hendaklah ada sukatan pelajaran baru pada tiap-tiap tahun. Ini mustahan supaya guru tidak mengajarkan sesuatu pelajaran itu sampai dua kali atau tertinggal mana-mana pelajaran. Sesuatu tajuk itu sebaik-baiknya diajar dalam satu penggal. Guru memilih perkara-perkara yang sesuai dalam tajuk untuk diajar kepada murid. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Sains KLSR Kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains dengan usaha sendiri. Terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk memilih kegiatan yang sesuai. Berikut adalah beberapa panduan untuk guru Ilmu Sains, iaitu: a) Dalam memberikan pelajaran guru hendaklah seboleh-bolehnya mengikut aturan berikut: i) Majukan pertanyaan yang berupa mengapa atau bagaimana; ii) Guru menimbulkan kecenderungan sambil memajukan pertanyaan iii) Guru menolong kanak-kanak mencari jawapan kepada pertanyaan b) Pertanyaan hendaklah dimulakan daripada perkara yang sudah diketahui kepada perkara yang belum diketahui oleh kanak-kanak c) Kanak-kanak sendiri membuat percubaan supaya mendapat perasaan kejayaan dalam usaha mereka itu. Guru hanya memberikan petunjuk dan pertolongan di mana mustahak. d) Guru hanya bercakap dan kemudian menyuruh kanak-kanak menghafal tidaklah mengajarkan Ilmu Sains rendah sebagaimana sepatutnya e) Guru hendaklah menggunakan berbagai kaedah dalam mengajarkan Ilmu Sains rendah. Kaedah yang baik sekali ialah dengan mendengar, memandang dan membuat. f) Dalam pelajaran Ilmu Sains, guru melatih kanak-kanak memerhati dengan teliti. Kanak-kanak selalunya memandang kepada ssuatu dengan tidak pun memerhatikannya dengan teliti. Benda kecil yang biasanya tidak diperhatikan selalunya itulah yang mustahak g) Kanak-kanak digalakkan melukis dan menulis hasil daripada percubaan mereka. Ini lebih baik daripada guru melukiskannya di papan hitam dan murid meniru tulisan guru.

h) Seboleh-bolehnya setiap kanak-kanak atau kumpulan hendaklah mempunyai contoh dan perkakas sendiri. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk memandang. Mereka mempunyai keinginan yang lebih lagi untuk memegang i) Perbezaan antara dua benda hendaklah diajarkan dengan cara yang senang sahaja. Umpamanya kanak-kanak akan mendapat tahu bahawa kayu lebih ringan daripada air, dan air leibh ringan daripada besi. Tidak mustahak kanak-kanak mengetahui berapakan berat air daripada kayu, dan berapa berat besi daripada air. Hanya setelah kanak-kanak belajar di sekolah menengah baru perbezaan berat di antara ke dua benda itu mustahak dinyatakan j) Buku Ilmu Sains tidaklah berapa mustahan dan oleh itu sepatutnya tidak digunakan sebagai buku pelajaran. Kanak-kanak hendaklah mempelajari dengan memandang, memegang dan membuat. Buku Ilmu Sains sepatutnya digunakan hanya sebagai buku rujukan sahaja untuk kanak-kanak sekolah rendah. Buku Ilmu Sains yang baik mempunyai banyak gambar daripada tulisan. Guru janganlah membacakan buku Ilmu Sains ketika mengajar. Ini menunjukkan kejahilan atau kemalasan guru. Guru menggunakan buku Ilmu Sains ketika membuat persediaan pengajaran, tetapi jangan menggunakannnya ketika memberi pelajaran. k) Jangan meninggalkan membuat percubaan yang senang. Sesuatu yang senang kepada guru bukanlah sesuatu yang senang kepada murid. Sesuatu yang senang itu jangan ditukar kepada yang lain. Contoh orang dewasa jemu memisahkan besi daripada pasir dengan menggunakan besi berani. Kanak-kanak yang baru melihat percubaan ini akan membuatnya sehingga semua pasir akan terasing dari besi itu. Sesuatu percubaan kanak-kanak hendaklah diteruskan sehingga kecenderungan mereka tentangnya hilang. Guru jangan menukar pengajaran kepada perkara lain selagi kanak-kanak masih cenderung mempelajari sesuatu perkara itu. Dia akan memandang sesuatu dari segi kanak-kanak. Bagaimana kecenderungan kanak-kanak terhadap sesuatu perkara itu, begitu pulalah hendaknya kecenderungan guru terhadapnya. l) Guru barangkali terpaksa mengumpulkan kanak-kanak darjah lima dan enam. Barangkali terpaksa kerana kekurangan contoh dan perkakas. Di sini adalah mustahak kanak-kanak bukanlah kerana diberikan pengajaran kumpulan. Mereka dikumpulkan kerana perbezaan kebolehan tetapi kekurangn contoh dan perkakas. Sebaliknya kanak-kanak yang lemah otaknya hendaklah dibahagikan kepada tiaptiap kumpulan dan pada tiap-tiap kumpulan itu pula sekurang-kurangnya hendaklah ada seorang kanakkanak yang pandai. Dengan cara yang demikian, kanak-kanak yang pandai dapat menolong kanak-kanak yang lemah itu. m) Setelah menyediakan sesuatu pelajaran Ilmu Sains, guru hendaklah menanyakan dirinya soalansoalan ini. Kalau jawapan kepada tiap-tiap soalan itu ya maka bolehlah dikatakan bahawa guru telah menyediakan pelajarannya dengan cara yang betul, iaitu: - Betulkah ini yang saya hendak kanak-kanak mengetahuinya? - Adakah pelajaran ini dimulai dengan perkara yang telah diketahui oleh kanak-kanak? - Adakah pelajaran ini akan membawa kepada perkara yang belum diketahui oleh kanak-kanak? - Adakah perkara ini kena mengena dengan penghidupan kanak-kanak? - Betulkah ini contoh dan perkakas yang mustahak saya gunakan? - Sudah sediakan contoh dan perkakas ini? - Kalau ada percubaan yang hendak dijalankan, sudahkan saya cuba membuat percubaan itu supaya apabila dijalankan kelak akan berlaku sebagaimana yang saya kehendaki? - Kalau menggunakan alat mengajar umpamanya gambar, rajah atau filem, sudahkah saya tentukan bagaimana menunjukkannya dan bila masanya ditunjukkan? - Kalau menggunakan contoh atau perkakas yang harus dakan digunakan oleh guru darjah lain, sudahkah saya tentukan bahawa contoh atau perkakasan itu dapat saya gunakan apabila sya hendak

menggunakannya? - Sudahkah saya ketahui apa yang ingin saya ajarkan supaya tidak perlu lagi melihat buku ketika memberikan pelajaran? - Satu cara yang baik untuk membawa kanak-kanak kearah mempelajari sesuatu yang baru ialah dengan mendatangkan soalan yang sesuai. Sudahkah saya fikirkan soalan ini dan sudahkah saya sediakan? - Sudahkah saya fikirkan apakah kerja yang akan dijalankan oleh kanak-kanak? - Banyakkah kerja yang akan dijalankan oleh kanak-kanak itu? - Sudahkah saya ketahui bagaimana menggunakan papan hitam?(guru janganlah lupa walaupun pada masa ini sudah banyak alat mengajar, tetapi papan hitam masih menjadi alat pengajaran yang baik kalau betul digunakan. Apakah alat mengajar yang dapat digunakan a) Buku Semakin lama semakin banyak buku yang dicetak didalam bahasa Inggeris berkenaan dengan bunga, serangga, binatang dan burung Tanah Melayu. Buku Ilmu Sains juga semakin hari semakin bertambah. Guru boleh mengambil bahan daripada buku-buku ini untuk menyediakan pelajaran. Dalam buku Ilmu Sains banyak didapati gambar. Ada pula yang menerangkan Ilmu Sains dengan cara yang menarik, contohnya terdapat soalan seperti apakah yang akan berlaku?, bagaimanakah cara membuatnya?. Walaupun buku ini sangat berguna, tetapi tidaklah sepatutnya digunakan ketika pengajaran. Kegunaannya hanyalah sebagai rujukan sahaja dan ditempatkan di perpustakaan. Guru boleh mendapat pengetahuan daripada majalah dan risalah sains seperti popular sains, science news dan popular mechanics dan lain-lain. Guru sepatutnya membaca buku berkenaan dengan Ilmu Sains. b) Rajah dinding Guna rajah dinding ialah sebagai alat pengajaran pandang pada sesuatu pelajaran yang sedang diberikan. Setelah sesuatu pelajaran itu habis, rajah dinding hendaklah diturunkan daripada tempatnya. Biasanya rajah dinding ini tidak sesuai dilekatkan di hadapan bilik darjah kerana perkara dan tulisan kecil agak susah dipandang oleh kanak-kanak yang duduk di belakang darjah. Guru yang ingin mengetahui tentang rajah dinding boleh hubungi Bahagian alat Pandang Dengar, Federal House, Kuala Lumpur. c) Gambar dan gambarajah yang digunakan dalam pelajaran Gambarajah ini dibuat sendiri. Tulisan hendaklah jelas dan dapat dilihat oleh kanak-kanak, gunakan warna terang terutamanya krayon yang dicampur dengan kapur basah. Saiz kertas mestilah sesuai. d) Filem Tidak boleh menggunakan filem untuk menggantikan pelajaran kerana ia hanya sebagai alat sahaja dalam pengajaran. Jangan rancang pelajaran untuk sesuatu filem. e) Guru jangan teragak-agak untuk menanyakan persoalan kepada guru lain yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam Ilmu Sains

Shor-shor bagaimana membangunkan dan mengekalkan kecenderungan kanak-kanak Dalam seminggu waktu sains hanya sekali atau dua kali. Ini tidak mencukupi. Usaha lain hendaklah dijalankan di luar bilik darjah. Guru hendaklah melakukan beberapa usaha iaitu: a) Akuarium-sediakan lebih dari satu akuarium dengan menggunakan bahan terbuang b) Balang anak ikan-pelbagaikan jenis ikan c) Kolah katak-kanak-kanak dapat melihat perubahan anak katak d) Binatang kasayangan-membela arnab atau argus dan dilepaskan di kawasan berumput e) Meja kejadian-kanak-kanak pamer hasil kerja dan hasil kerja ditukar setiap seminggu f) Kalendar dinding-murid membina rajah dan dipamerkan untuk menunjukkan perbezaan atau perubahan sesuatu kejadian alam g) Rajah cuaca-menunjukkan hujan, angina dan hawa h) Meja kerja-sediakan perkakas yang mustahak. Dengan bekerja kecenderungan kanak-kanak dalam Ilmu saains akan bertambah. Juga kerjasama urat saraf dengan urat daging kanak-kanak akan bertambah baik Guru Ilmu Sains Sebagaimana mata pelajaran lain kejayaan sesuatu pelajaran bukanlah kerana sekolah atu kerana kemudahan yang didapati atau kerana kanak-kanak, tetapi kerana guru. Guru yang cenderung dalam Ilmu Sains hendaklah: a) Cenderung mengetahui perkara-perkara berkenaan dengan ilmu muka bumi b) Mempunyai kemahuan untuk memerhati sesuatu dengan teliti memikirkan benda yang diperhatikannya tiu dan mencari jawapan kepada mengapa dan bagaimana tentang kejadian itu c) Sentiasa ingin menambah pengetahuan dengan membaca, berbincang dan membuat percubaan d) Mempunyai kecenderungan dalam perkara-perkara kanak-kanak mempunyai kecenderungan di dalamnya e) Hendakalah membantu kanak-kanak dalam kerja Ilmu Sains yang dijalankan di luar sekolah f) Tidak malu menyatakan saya akan mencari jawapannya jika kanak-kanak menanyakan soalan yang diluar pengetahuan guru g) Menghasilkan kerja yang baik dan mengharapkan kanak-kanak juga demikian.

You might also like