Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
45Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 3,532|Likes:
Published by Mozais Mozalina

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Mozais Mozalina on Jul 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

12/02/2014

pdf

 
Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar
Mohd Zaaba Haji Ismail (zabb02@yahoo.com
 
)Institut Perguruan Sultan Abdul HalimJalan Kuala Ketil08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 04-4218621/2Faks: 04-4218582
Zurida Haji Ismail (zue_ismail@yahoo.com)Pusat Pengajian Ilmu PendidikanUniversiti Sains Malaysia11800 Pulau Pinang
Kata kunci: isu-isu alam sekitar, guru pelatih, pendidikan lestariPengurusan pengajaran: Kurikulum dan pedagogi
Abstrak 
Pembangunan lestari kini merupakan tema yang sangat diutamakan dan menjadisebahagian daripada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP 2001-2010).Pendidikan dilihat sebagai suatu elemen penting dalam membantu negara bagimencapai hasrat dalam pembangunan lestari. UNESCO: Agenda 21 (1992), Bab36 turut menjelaskan peranan pendidik dan pendidikan dalam membantu perkembangan pembangunan lestari dan usaha meningkatkan keupayaan manusiadalam menangani isu-isu persekitaran dan pembangunan. Pemanasan global dan perubahan iklim adalah antara isu alam sekitar yang seharusnya ditangani gurumelalui pendidikan. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan daripadasuatu tinjauan yang bertujuan untuk meninjau pengetahuan tentang isu-isu alamsekitar termasuk pemanasan global dan perubahan iklim. Tinjauan melibatkan bakal-bakal guru sains/kimia yang sedang mengikuti kursus pendidikan guru pra- perkhidmatan. Dua isu ini memang hangat diperkatakan namun menurut
 Royal Chemical Society
tidak diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulummaupun buku teks. Keperihatinan guru dan bakal guru adalah penting bagimemastikan PIPP yang dirancang terlaksana dengan jayanya.
Pengenalan
Sejak akhir-akhir ini masalah-masalah alam sekitar telah menjadi semakin rumit dankompleks. Masalah-masalah seperti penipisan lapisan ozon, pemusnahan hutan,kepupusan biodiversiti, peluasan kawasan gurun, pemanasan global dan perubahan iklimdunia menunjukkan wujudnya interaksi yang kompleks antara manusia dan persekitarannya. Saintis dan pencinta alam pada dasarnya telah bersetuju bahawa asas
 
kepada kebanyakan isu dan masalah ini adalah sikap tidak bertanggungjawab manusiasendiri terhadap alam sekitar (Ramsey, 1993).Krisis-krisis ekologi yang berterusan dan semakin meruncing dewasa ini mendorong banyak pihak terutamanya dalam kalangan ahli-ahli sains alam sekitar dan pencinta- pencinta alam mendesak agar dilakukan sesuatu bagi mengubah nilai, konsep dan sikapterhadap alam sekitar di kalangan warga masyarakat (Naess, 1990). Pendidikan dilihatsebagai salah satu cara untuk mendorong perubahan sikap ini. Justeru, adalah penting pendidikan diorientasi semula ke arah pembangunan lestari untuk menjadikan penghuninya lebih memahami tempat di mana mereka tinggal, memberikeyakinan untuk mereka meneruskan kehidupan, mengetahui peranan yang perludimainkan dalam menghadapi masalah yang kompleks dan rencam yangmengancam kehidupan pada masa kini dan akan datang....(McKeown, 2002: halaman 1).Pembangunan alam sekitar yang lestari merupakan sebahagian daripada elemen dalammatlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2001-2010. Pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan alam sekitar boleh dianggap sebagai satu setgagasan pengetahuan yang melibatkan perubahan tingkah laku dan amalan konstruktif dalam satu persekitaran.Pelaksanaan pendidikan lestari di institusi pendidikan, kurikulum dan pedagogi melaluiPendidikan Alam Sekitar merupakan suatu usaha yang mencabar. Ia memerlukankesepaduan dalam penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk mengubah kehidupan manusia ke arah kehidupan yang lebih baik dansempurna. Justeru, guru-guru bukan sahaja perlu menguasai isi kandungan mata pelajaran khusus yang diajar, tetapi juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahirantentang alam sekitar serta konsep-konsep asas yang mendasari sesuatu isu alam sekitar. Namun, kajian-kajian sebelum ini mendapati tahap pengetahuan, kesedaran dan sikapterhadap alam sekitar dalam kalangan guru-guru pelatih maktab, guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah masih di aras rendah ke sederhana (Quah, 1980; Chin, 1994; dan Ng, 1996). Chin (1994) mendapati tahap pengetahuan guru-guru pelatih maktab perguruan adalah sederhana sahaja. Guru-guru yang kurang pengetahuan tentang alamsekitar mungkin tidak berkeyakinan mengintegrasikannya dalam mata pelajaran lain yang
 
diajar. Alasan ini sering diberi oleh guru-guru untuk tidak mengintegrasikan konsep-konsep Pendidikan Alam Sekitar dalam mata pelajaran yang diajar (Patil, 2005). Malah pembelajaran alam sekitar dari aspek sainsnya adalah agak sukar dipelajari tanpa penguasaan pengetahuan asas yang baik dalaml semua bidang yang terlibat (AhmadBadri, 1987).Guru-guru pelatih bakal menjadi guru di sekolah suatu hari nanti. Pengetahuan dan sikapdi peringkat maktab sedikit sebanyak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan programPendidikan Alam Sekitar ini di peringkat sekolah. Seperti yang dicadangkan olehHungerford dan Volk (1990), guru-guru pelatih yang mempunyai pengetahuan,kemahiran dan sikap yang baik tentang alam sekitar boleh menjayakan programPendidikan Alam Sekitar. Sebagai bakal-bakal guru yang akan mendidik generasi akandatang pengetahuan dan sikap yang baik terhadap alam sekitar di kalangan pelajar-pelajar ini adalah kritikal. Shulman (1986) turut menyokong pernyataan ini denganmencadangkan bahawa pengetahuan isi kandungan guru dalam sesuatu bidangmerupakan kriteria yang amat penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran mata pelajaran tersebut.Guru-guru pelatih ini akan menjadi contoh serta bertanggungjawab menerapkan pengetahuan dan sikap yang positif kepada pelajar-pelajar mereka nanti. Generasi mudayang masih di bangku sekolah ini pula adalah pelapis kepada pemimpin serta penggubaldasar dan polisi negara. Mereka juga adalah bakal , saintis, pengguna, pengundi, dan pembayar cukai. Di tangan merekalah nanti masa hadapan alam sekitar dunia ini akandicorakkan. Jadi, amatlah penting ditinjau sama ada guru-guru pelatih ini, yang bakalmenjadi guru suatu hari nanti mempunyai pengetahuan dan sikap yang sesuai dengankeperluan dan objektif Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia. Ini akan membantu perancangan dan langkah selanjutnya untuk memantapkan lagi Pendidikan Alam Sekitar di negara ini selaras dengan kehendak konsep “pendidikan untuk pembangunan yanglestari” yang dicadangkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dalam Sidang Kemuncak Duniauntuk Pembangunan Lestari 2002.

Activity (45)

You've already reviewed this. Edit your review.
tohszehui85 liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Noraniza Latif liked this
Phoebe Siow liked this
Bintu Solehah liked this
Riniey Supeni liked this
Justin Love liked this
deanzbandung8941 liked this
Lau Nguk Kee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->