You are on page 1of 6

TEORI HANYUTAN BENUA Alfred Wegener

Dikemukakan oleh Alfred Wegener, 1910. Menurut Wegener, 200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pangea. Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa. Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas. Hipothesis Wegener amat berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi yang boleh menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas. Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan terapung di atas lapisan astenosfera.

TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN TEORI HANYUTAN BENUA

Bukti keselanjaran benua


Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benuabenua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan. Pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan. Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara.

Bukti geologi

Geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak di sekitar Lautan Atlantik adalah sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini menguatkan bukti kemungkinan benua-benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang sama sebelumnya

Bukti bahan fosil

Fosil dinosaour dari Zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan dan China. Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan usia.

Bukti paleomagnet

Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia dan ke kawasan artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra-kambrian hingga ke zaman Pertengahan Tersier.

Bukti oseanik

Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.

HANYUTAN BENUA A. TEORI HANYUTAN BENUA Dikemukakan oleh Alfred Wegener, 1910. Menurut Wegener, 200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pangea. Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa. 180 juta tahun dahulu - Pangea telah berpecah kepada Laurasia di utara dan Gonwanaland di selatan serta menghasilkan Laut Tethys. Laurasia mengandungi benua-benua seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia sementara Gonwanaland meliputi benua Amerika Selatan, Afrika, Semenanjung Arab, India dan Australia. Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas. Hipothesis Wegener amat berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi yang boleh menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas. Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan terapung di atas lapisan astenosfera.

B. TEORI PELUASAN DASAR LAUT Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak bumi (dasar laut), mengisi ruang rekahan yang dihasilkan oleh sempadan pencapahan di dasar laut. Magma ini akan membeku dan seterusnya membentuk permatang dasar lautan. Proses yang berterusan, rekahan menjadi semakin besar, magma berterusan keluar dan membeku. Kesannya dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk. Dasar laut dikatakan telah mengalami proses rebakan. Teori ini dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar lautan. Batuan yang terletak berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih muda berbanding dengan batuan yang terletak lebih jauh daripada permatang lautan.

C. TEORI TEKTONIK PLAT Mengikut Teori Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat. Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-Australia dan Plat Antartika. Manakala plat benua yang kecil seperti Plat lain.Nazca, Plat Cacos, Plat Filipina, Plat Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain. Plat Lautan adalah seperti Plat Pasifik dan Plat Antartika. Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma panas di lapisan astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan dan plat bergerak pada arah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Plat-plat ini boleh bergerak dengan 3 cara iaitu secara pertembungan, pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan.

a). Pertembungan plat Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain. Pertembungan ini melibatkan plat benua dengan plat benua; plat lautan dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan. Apabila dua plat lautan yang bertembung, plat yang tumpat akan terjunam ke bawah. Di zon ini terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan Plat Psifik dengan Plat Filipina. Plat yang terbenam ke bawah ini akan membentuk magma setelah mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang tinggi di lapisan mantel. Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan keak bumi di dasar lautan membentuk barisan-barisan gunung berapi di dasar laut. Melalui proses ataman bumi, gunung berapi ini akan muncul di permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun. Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua, plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah. Di zon benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma. Jurang lautan terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua. Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses mampatan ini akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut. Jika terdapat rekahan di gunung lipat, magma akan keluar sebagai fenomena gunung berapi. Pertembungan antara Plat Nazca dengan Plat Amerika Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan Banjaran Andes sebagai gunung lipat. Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir kedua-dua benua tersebut akan termampat dan terlipat lalu membentuk banjaran gunung lipat. Tidak ada plat yang terjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama. Pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah menghasilkan Sistem Pergunungan Himalaya b). Pencapahan plat Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini telah menyebabkan wujud satu garisan kelemahan pada kerak bumi, magma yang panas akan mengalir keluar. Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma akan mengalir keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang baru dan dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di tengah lautan Atlantik. c). Perselisihan plat Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran. Ia juga dikenali sebagai sempadan neutral. Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan gempa bumi.

D TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA a. Bukti keselanjaran benua Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan. Pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan. Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara.

b. Bukti geoglogi Geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak di sekitar Lautan Atlantik adalah sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini menguatkan bukti kemungkinan benua-benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang sama sebelumnya

c. Bukti bahan fosil Fosil dinosaour dari Zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan dan China. Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan usia.

d. Bukti paleomagnet Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia dan ke kawasan artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra-kambrian hingga ke zaman Pertengahan Tersier.

e. Bukti oseanik Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.

BAB5 : BATUAN DAN GEOLOGI untuk bab 5 ini ,saya menekankan pemahaman mengenai BATUAN IGNEUS, BATUAN ENAPAN dan BATUAN METAMORFORSIS. terutama sekali kita mesti tahu CIRI CIRI BATUAN 1. CIRI CIRI TEKSTUR BATUAN : saiz dan bentuk hablur mineral seperti KERAS,LEMBUT,KASAR,LICIN 2. CIRI CIRI STRUKTUR BATUAN: kepada dua jenis. STRUKTUR BERHABLUR- susunan yang padat./ >STRUKTUR SERPIH - susunan yang tidak padat 3. WARNA BATUAN- batuan yang gelap menerima haba pendam yang tinggi manakala batuan yang cerah menerima haba pendam yang rendah. 4. KEPOROSAN BATUAN- merupakan ciri dalaman batuan. KEUPAYAAN AIR MEMASUKI LIANG LIANG PORI BATUAN (cepat atau lambat) BATUAN IGNEUS: terbahagi kepadah 2 batuan igneus iaitu

IGNEUS REJAHAN: hasil daripada pembekuan dan penyejukan magma di dalam rekahan kerak bumi. (granit) IGNEUS TEROBOSAN: hasil daripada pembekuan dan penyejukan magma yang dimuntahkan oleh letusan gunung berapi di permukaan muka bumi.(basalt)

BATUAN MENDAP: terbentuk secara lapis-lapisan terbahagi kepada


BATUAN KLASIK (SYAL) BATUAN KIMIA (GARAM) BATUAN ORGANIK (KAPUR)

BATUAN METAMORFOSIS -jelmaan atau bertukar menjadi batuan lain hasil daripada batuan igneus dan batuan mendak akibat daripada tekanan dan suhu yang tinggi. CONTOH

BATU MARMAR KAURZIT

PROSES BATUAN IGNEUS- terbentuk akibat penyejukan dan pembekuan magma.


igneus rejahan- terjadi apabila magma membeku di lapisan kerak bumi igneus terobos- terjadi apabila magma membeku di permukaan bumi selepas letusan gunung berapi.

PROSES BATUAN MENDAK TERBAHAGI KEPADA DUA


PROSES PEMADATAN -apabila bahan bahan enapan terkumpul secara lapisan demi lapisan PROSES PENYIMENAN-proses perlekatan mineral mineral disebabkan wujud bahan perikat.

PROSES BATUAN METAMOFIK terbentuk akibat perubahan tekanan dan suhu yang tinggi yang dialami oleh batuan igneus dan batuan mendak > lalu membentuk bentuk yang baharu dari segi

warna batuan komposisi batuan bentuk batuan

KEPENTINGAN BATUAN KEPADA MANUASIA*penting BATUAN IGNEUS (granit,basalt dan riolit)


granit ialah untuk pembinaan jalan raya dan bahan binaan dalam sektor pembangunan. basalt membentuk tanih yang subur dan sesuai untuk pertanian seperti di Pulau Jawa,Indonesia. riolit membentuk laterit yang subur untuk tanaman getah dan kepala sawit.

BATUAN MENDAK( batu kapur,kaolin,arang batu, garam, fostat)


batu kapur untuk membuat simen dan konkrit / mengurangkan keasidan tanih untuk pertanian. kaolin untuk pembuatan tembikar, pasu bunga dan batu bata untuk sektor pembinaan. arang batu sebagai bahan api. garam untuk masakan fostat digunakan untuk baja.

BATUAN METAFORMOSIS(marmar dan permata)


untuk perhiasan wanita (permata) untuk lantai dan dinding (batu marmar)

You might also like