Professional Documents
Culture Documents
Halaman Sebelas
MUNSYI MENULIS
Oleh Mohd Isha Awang
unia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan.Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa. Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru,
DARI MUKA 3
Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP sentiasa berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/Asia Tenggara. Di peringkat serantau dan antarabangsa, bahasa Melayu sudah kian meluas diterima baik sebagai bidang kajian ilmiah mahupun sebagai bahasa praktis untuk urusan kehidupan. Selain di negara induk berbahasa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam, bahasa Melayu masih ada tempatnya di Singapura dan kian meluas dipelajari dan digunakan di Thailand (khususnya Thailand Selatan), di Kemboja, di Vietnam, dan di Filipina Selatan. Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia, iaitu di benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di
Sasaran DBP menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah hal yang mustahil"
YBhg. Datuk A Aziz Deraman
Mantan Ketua Pengarah DBP
semasa. DBP semestinya bangkit membuktikan kerelevanan dan keupayaan misi bahasa kebangsaan itu diteruskan dan ditingkatkan. Sikap dan pendirian DBP dalam kemelut yang berkaitan dengan keputusan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan sains untuk semua peringkat sekolah adalah jelas. DBP sebagaimana juga pejuang bahasa kebangsaan tidak pernah menentang usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan mana-mana jua bahasa lain dalam kalangan pelajar. Penguasaan bahasa-bahasa lain itu, di samping penguasaan bahasa kebangsaan memang dapat membantu penguasaan ilmu dan kemahiran. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembela-
PENGUMUMAN
abungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) akan menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) pada
26 dan 27 Julai ini bertempat di DBPWT. Bersempena dengan sayembara tersebut juga pihak GEMA menerbitkan sebuah antologi puisi yang berjudul Keris Bahasa yang diselenggarakan oleh Mohd Zize Setapa yang bakal dideklamasikan oleh peser-
ta sayembara tersebut. Sayembara ini dibahagi kepada tiga kategori. Kategori A, terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sementara bagi Kategori B, terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan Kategori C, khusus kepada pelajar sekolah Rendah . Hadiah yang ditawarkan
bagi Kategori A, juara bakal menerima wang tunai berjumlah RM1,000.00, piala dan sijil. Naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM700.00 dan RM400.00 berserta piala dan sijil. Hadiah bagi Kategori B, juara akan menerima wang tunai RM500.00 piala dan sijil, naib juara dan tempat ketiga wang
tunai RM300.00 dan RM200.00 serta piala dan sijil. Juara bagi Kategori C akan menerima hadiah wang tunai RM200.00, naib juara RM150.00 dan tempat ketiga RM100.00. Peserta yang layak ke peringkat akhir akan diberikan hadiah sagu hati. Untuk keterang an lanjut sila hubungi Mohd Zizee Setapa (19-9843013) atau Azri Awang Mat (012-9285565).