You are on page 1of 17

KAJIAN ASPEK KANDUNGAN DAN BAHASA DALAM HIKAYAT HANG TUAH 1.

0 PENDAHULUAN Hampir setiap bangsa di dunia ini melahirkan karya epic masing masing. Orang India melahirkan Ramayana dan Mahabharata, orang Greek melahirkan Iliad dan Odyssey, bangsa Inggeris melahirkan Beowulf, bangsa Sepanyol melahirkan Cid, dan bangsa Findland melahirkan kalavala. Dalam masyarakat Melayu, epic yang terkenal ialah Hikayat Hang Tuah. Dalam meletakkan kedudukan karya Hikayat hang Tuah di sisi kesusasteraan Melayu, ramai pengkaji menimbulkan berbagai-bagai kontroversi mengenai kedudukan sebenar karya ini. Seorang pengkaji, Kassim Ahmad yang pernah membuat kajian mengenai teks ini, meletakkan kedudukan Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah karya epic. Alasan yang dikemukakan oleh beliau ialah bahawa watak Hang Tuah itu bukan merupakan watak manusia biasa, melainkan sebagai lambing kepada bangsa Melayu iaitu lambing kemegahan, kegagahan, kebesaran, kesetiaan, kejayaan dan kemasyhuran kepada bangsa Melayu pada zaman keagungan kerajaan Melayu iaitu kerajaan Melayu Melaka. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunyacontoh sastera epic yang ditakrifkan sebagai sastera epic berunsur kebangsaan atau sasterakepahlawanan berunsur kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewatlewatnya pada abad ke-17, terkemudian daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Selain Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karya sastera Melayu yang terindah. 1.1 Objektif Objektif penulisan ini adalah untuk menerangkan dan memahami dengan lebih jelas mengenai aspek kandungan dan bahasa yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah.
1

1.2 Batasan Kajian Penulisan ini memfokuskan tentang aspek budaya dan kemasyarakatan serta aspek bahasa dan tulisan yang terkandung dalam Hikayat Hamg Tuah . Dalam aspek budaya dan kemasyarakatan, aspek yang dikaji ialah manakala dalam aspek bahasa pula ialah

1.3 Kaedah Kaedah yang digunakan dalam menghasilkan penulisan ini ialah melalui rujukan ke perpustakaan, perbincangan dengan tutor dan rakan sejawat serta melayari internet.

2.0 ISI-ISI 2.1 Pengenalan 2.1.1 Pengertian dan perkembangan bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu klasik dalam konteks ini dikategorikan sebagai bahasa Melayu yang pernah digunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat pada suatu ketika dahulu. Oleh kerana bahasa mempunyai cirinya yang tersendiri, ia juga turut berkembang mengikut peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Bahasa Melayu yang mempunyai sifat terbuka ini telah menerima pelbagai perubahan, terutamanya dari segi kosa kata.Dalam memperkatakan bahasa klasik ini, kita perlu mengimbas kembali teks melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batubersurat, batu nisan dan sebagainya. Hasil tulisan itu kebanyakannya tertulis sebelum kurun masihi ke-18. Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan jawi.

Asal usul bangsa dan bahasa Melayu dapat ditentukan melalui pelbagai pendapat atau penemuan. Menurut Tun Seri Lanang dalam bukunya Sejarah Melayu bahawa bangsa Melayu ini berasal daripada keturunan Raja Iskandar yang turun di Bukit Siguntang Mahamiru, Palembang, Sumatera.Dari Palembang, kerajaan ini tersebar ke Bentan, Singapura dan akhirnya ke Melaka. Manakala bahasa Melayu pula, ahli sejarah tidak dapat member keterangan muktamad mengenainya. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa bahasa Melayu dipercayai berasal dari sebuah kerajaan di Jambi yang bernama kerajaan Melayu. Pada kurun masihi ke-7, kerajaan ini telah masuk ke dalam kerajaan Srivijaya. Kekuasaannya meliputi bahagian timur Sumateradan selatan Tanah Melayu. Bahasa Melayu dikatakan turut berkembang di tempat-tempat tersebut. Pada kurun masihi ke-9, kerajaan Srivijaya telah dikalahkan oleh kerajaan Kadaha (Kedah) dan kekalahan ini menyebabkan bangsa Melayu turut malap. Namun pada kurun masihi ke14, kerajaan Srivijaya telah membuat perhubungan dengan kerajaan Jawa dan dengan yang demikianbahasa dan budaya Melayu mendapat tempay di kalangann rakyatnya dan Negaranegara jiran seperti Brunei, Sulawesi dab Borneo.

Perkembangan bahasa Melayu Klasik Perkembangan bahasa Melayu Klasik seharusnya dikaitkan dengan perkembangan karya sastera. Ini bererti perkembangan itu bermula dari zaman sastera lisan. Dalam pengucapan sastera tersebut, penuturnya tetap menggunakan bahasa sebagai pengantaranya. Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa pada masa lampau merupakan gambaran yang jelas mengenai sejarah silam bangsa itu. Kekayaan kebudayaannya, sejarahnya, keperibadian bangsanya terdapat dalam naskhah Melayu lama. Sejarah telah membuktikan kewujudan
3

Negara Melayu tua Sri Wijaya yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu cukup lama digunakan sebagai bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu. Setelah jatuhnya pusat perkembangan kesusasteraan Melayu di Melaka, Acheh telah mengambil alih pusat tersebut dan menjadikannya sebagai pusat tumpuan para alim ulama dari seluruh kepulauan Melayu. Dalam tulisan pengembara seperti Marco Polo dan ibn Batuta dapat disimpulkan bahawa akhir abad ke-13 adalah permulaan Islam mendapat tempat di Alam Melayu. Dengan ini pengaruh Hindu mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke4 abad ke-15. Nyatalah bahawa Islam tidak bertindak drastic dalam menghapuskan pengaruh Hindu di rantau ini. Islam mula bertapak di Bandar-bandar dan pelabuhan kerana di situ menjadi tumpuan orang ramai dan para pedagang. Islam berkembang di rantau ini bukan sahaja sebagainsatu agama tetapi sebagai satu peradaban yang member unsure dan pandangan baru kepada masyarakat Melayu. Pendapat yang menyatakan bahawa India sebagai perantaraan penyebaran agama Islam ke A lam Melayu tidak dapat dinafikan. Kesan dari batu bersurat seperti yang terdapat di Minye Tujuh turut memperlihatkan penggunaan bahasa campuran antara bahasa Melayu atau Sumatera, Sanskrit dan Arab. Selanjutnya dalam kisah pengislaman Merah Silu (Malek alSaleh) terdapat imbasan perantaraan orang-orang dari selatan India yang turut belayar ke Alam Melayu. Bahkan asalnya batu nisan Malek al- Saleh juga disebut dari Kembayat. Dengan yang demikian nyatalah oran-orang dari pantai Coromondel, India telah memeluk Islam daripada orang-orang di Alam Melayu. Just eru tidak hairanlah jika ada sastera Islam yang tidak diterima secara langsung dari timur tengah, tetapi dari resensi-resensi India. Contohnya Hikayat Berma Shahdan yang berasal dari timur tengah dan dating kea lam Melayu melalui resensi India. Ada pendapat lain yang menyatakan bahawa pwngaruh Islam di Alam Melayu datangnya dari Parsi-India, kerana perhubungan antara penduduk alam Melayu dengan Arab agak terkemudian. Mengikut Marrison, orang-orang Gujeratlah ayng
4

mula-mula mengenalkan Islam dan membawa pengaruh Parsi ke Alam Melayu. Di Gujerat, Islam disebarkan denagn penakhlukan secara besar-besaran oleh Muhammad Ghor. Seterusnya Marrison mengatakan bahawa pengaruh Parsi menjalar melalui dua sumber: Pertama melalui sumber Parsi-India di bawah pemerinyahan kerajaan Delhi, Gujerat dan Deccan. Kedua, melalui pengembara Parsi yang melawat Asia Tenggara dan membawa pertemuan kebudayaan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu disebut dalam beberapa buah buku yang bercorak sejarah; seperti Hikatat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Dari segi sejarah, sember dan kesan dari buku tersebut tidak begitu penting, kerana catatannya lebih banyak merupakan cerita yang didengar oleh pengarang buku berkenaan. Dengan lenyapnya pasai sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu.Melaka

memang terkenal dengan pelabuhannya dan di sini ramai para sasterawan,alim ulama dan para pedagang berkumpul.Banyak hasil terjemahan dan saduran sastera Islam yang menempuh sejarah pembaharuannya di Melaka. Perkembangan sastera Melayu yang berpengaruh Islam mencapai kemuncaknya pada zaman kegemilangan kerajaan Aceh.Seperti Melaka,Aceh juga menjadi pusat tumpuan para alim ulama yang mendapat galakan daripada sultannya.Antara tokoh ulama Aceh ketika itu termasuklah Hamzah Fansuri,Shamsudin al-Samatrani,Abdul Rauf dari Singkel dan Sheikh Nuruddin al-Raniri.Pada abad ini juga terdapat buku-buku sastera dan agama seperti;Sejarah Melayu,Bustan al-Salatin,Taj al-Salatin dan sebagainya. Buku ketatanegaraan kebanyakan adalah terjemahan dan saduran dari bahasa Arab.Sheikh Nuruddin al-Raniri telah menyadur kitab Taj al-Salatin pada tahun 1603M dan kitab Bustan al-Salatin pada tahun 1638M.Sheikh Nuruddin turut melahirkan buku-buku keagamaan seperti ilmu tasauf atau mistik,tafsir al-Quran dan nahu,Sirat al-Mustakin dan akhbar al5

Akhirat.Sheikh Nuruddin dalam bukunya ada menyebut nama beberapa orang ulama seperti Abu Khair ibn Sheikh al-Hajar yang mengarang kitab al-Saif al-Qati,Muhammad alYaman,Sheikh Muhammad Jailani,seorang ilnuan dalam bidang fekah dan mantik. Karya sastera yang dihasilkan pada masa itu sebahagiannya ditujukan kepada orang yang menguasai bahasa Arab dan sebahagiannya lagi diterjemahkan oleh sarjana tempatan yang menggunakan bahasa Melayu bercampur perkataan Arab.Contohnya kitab Sarab al-Ashiqin telah ditulis dalam bahasa Melayu untuk dipelajari oleh orang yang tidak tahu bahasa Arab.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.

Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang Menggunakan bahasa istana Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, Banyak menggunakan partikel pun dan lah Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang,

(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

alkisah, hatta, adapun.


yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

bidang

kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu

seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan 6

lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam

bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

3.1 SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH Isi cerita hikayat ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kisah awal, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan. i. Bahagian awal Bahagian ini menceritakan kisah Hang Tuah semasa kecil yang dikaitkan dengan zaman awal kerajaan Melayu Melaka. Kisah dimulai dengan memperkenalkan asal-usul raja Bentan yang dikatakan berasal daripada Palembang.Kisah Hang Tuah sewaktu kecil,mengenai keluarganya berpindah dari Sungai Duyung ke Bintan.Kisah-kisah Hang Tuah bersama lima orang sahabatnya iaitu Hang Jebat,Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu.Sejak berumur
7

10 tahun lagi Hang Tuah telah menunjukkan kelebihan dan keberanian.Hang Tuah bersamasama rakannya berjaya mengalahkan lanun,berusaha pergi berburu dan berjaya

menyelamatkan seorang pembesar negeri daripada amukan orang mengamuk dengan menggunakan sebilah kapak.Bendahara yang diselamatkan oleh Hang Tuah amat tertarik dengan sifat-sifat keberanian Hang Tuah itu,lalu memberitahu Sultan.Hang Tuah diambil bertugas di istana. Juga diceritakan bagaimana Hang Tuah turut melihat peristiwa ganjil sewaktu Raja Bentan berburu di mana anjing perburuan raja telah ditendang oleh seekor pelanduk putih.Tempat berlaku kejadian aneh itu dibuka dan dijadikan negeri sempena nama yang diberikan ialah Melaka nama pokok ketika raja melihat kejadian tersebut.Hang Tuah juga turut berada di sisi raja ketika berlakunya peristiwa itu.Raja telah menghadiahkan sedikit minuman kepada Hang Tuah dan Bendahara juga turut memberi persalinan kepada Hang Tuah. ii. Bahagian KegemilanganKegemilangan kerajaan Melayu Melaka dikaitkan dengan ketokohan dan kepahlawanan Hang Tuah. Heng Tuah memeiliki kedudukan tempat penting dan istimewa di istana Melaka. Hang Tuah sebagai pahlawan Melaka memberikan sepenuh taat setia dan patuh kepada segala perintah raja. Kegagahannya menyebabkan Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan Melaka yang terbilang. Banyak negeri di takhluki dan menjadi tanah jajahan serta tunduk di bawah kekuasaan raja Melaka. Hang Tuah juga sebagai pengiring raja yang taat dan berani. Pernah mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit. Hang Tuah berjaya mempertahankan martabat Raja Melaka, juga menambahkan kedaulatan negeri Melaka di mata negeri lain. Melaka berjaya mencapai puncak kebesaran dan kekuasaannya hasil daripada keberanian dan ketokohan Hang Tuah. Sebagai seorang pahlawan yang tiada tolok bandingnya, ramai musuh-musuh yang cuba menganiayanya telah berjaya dibunuh. Hang Tuah telah mendapat
8

gelaran Laksamana. Hang Tuah juga dilantik sebagai diplomat dan utusan Melaka ke luar negeri seperti utusana ke Siam, China, Benua Keling, Rome, Sailan dan juga ketua angkatan perang.

Sifat-sifat Hang Tuah yang sabar, bijaksana dan warak membawa kejayaan yang cemerlang kepada kerajaan Melaka dannn ini dengan sendirinya menambahkan kebesaran dan kedaulatan Raja Melaka. Sifat Hang Tuah yang tiada bandingannya ialah ketaatan kepada rajanya. Sungguhpun sultan telah berlaku tidak adil pada dirinya dengan menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa, akibat fitnah, (Hang Tuah diselamatkan oleh Bendahara) tetapi apabila ia dipanggil oleh sultan bagi menghapuskan perbuatan derhaka Hang Jebat, dia bersedia berkhidmat kepada sultan tanpa menaruh perasaan dendam. Malah dia sanggup membunuh sahabat baiknya Hang Jebat, walaupun Jebat menderhaka kerana membela keadilan. Bagi Hang Tuah, Pantang Meleyu menderhaka kepada rajanya. Hang Tuah juga bersedia menjalankan tugas membawa lari anakBendahara Pahang, Tun Teja bagi dipersembahkan kepada Sultan Melaka. Hang Tuah tudak mudah dikalahkan selagi ia memiliki keris Taming Sari. iii. Bahagian akhir (zaman kemunduran) Kegemilangan dan kekuatan Hang Tuah semakin beransur pudar setelah Hang Tuah semakin tua. Ini dikaitkan juga dengan kemunduran kerajaan Melayu Melaka. Dalam Hikayat Hang Tuah, kemunduran Melaka kali pertamanya dilambangkan dengan kisah Sultan Melaka kehilangan mahkotanya. Mahkota itu adalah tanda kebesaran kerajaan. Ketika peristiwa itu terjadi, baginda sedang bermain-main di laut Singapura, Baginda menundukkan kepalanya apabila melihat seekor ikan emas yang dikatakan berada di bawah perahunya. Ketika itulah mahkota pusaka Bukit Siguntang itu terjatuh ke dalam laut. Hang Tuah turut menyelam dan
9

berhasil mengambilnya. Tetapi ketika hamper sampai di perahu, tiba-tiba dating seekor buaya putih menyambar keris daripada pinggang Hang Tuah. Mahkotapun terlepas dari tangannya. Keris Taming Sari yang dimiliki oleh Hang Tuah telah dirampas oleh seekor buaya putih. Sejak itulah Hang Tuag hilang kekuatan dan kegagahannya. Selepas berlaku peristiwa ini, sultan amat bersedih. Beberapa lama kemudian, Feringgi datang menyerang Melaka. Sultan terpaksa berundur. Hang Tuah meninggalkan kehidupan di dunia dengan hidup bertapa di gunung.

3.2 Pengarang Hikayat hang Tuah Sehingga kini kita tidak mengetahui siapakah pengarang Hikayat Hang Tuah yang merupakan sebuah cerita dalam kesusasteraan Melayu lama yang paling panjang ini (lebih kurang 146,000 perkataan). Menurut Kassim Ahmad dalam bahagian pengenalan buku Hikayat Hang Tuah yang telah diselenggarakan dan diberikan pengenalan baru oleh beliau, Rasanya tidak ada kemungkinan pengarang hikayat ini akan diketahui. Kalaupun pada satu hari kita bernasib baik lalu bertemu dengan naskhah asalnya tetapi nama pengarangnya tidak mungkin akan tercatat di situ.Perihal karangan-karangan tidak diberi nama pengarangnya memang umum dan terkenal dalam kesusasteraan lama. Menurut Kassim Ahmad keadaan ini berbeza dengan Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis yang

bercorak sejarah dan diketahui pengarangnya. Sejarah adalah karangan berat , sementara hikayat hanya untuk menyedapkan hati pembaca atau seperti kata penyalin naskhah Leiden, supaya sukacitalah segala yang mendengar dia cerita ini. Mengikut satu sumber iaitu The Encylopaedia of Islam, ( jilid 11 ) menyatakan bahawa di dalam Islam cerita-cerita yang peranannya semata-mata untuk menghibur dipandang rendah. Peranan menghibur hanya dilakukan oleh Pak Lawak. Sesuatu karangan akan dipandang tinggi hanya kalau ada maksud
10

untuk member pengajaran kepada pembaca. Oleh itu pengarang yang menulis untuk menyedapkan hati pembaca, seperti pengarang hikayat, enggan mengakui ciptaan-ciptaan mereka. 4. Analisis kandungan karya Analisis kandungan karya di sini adalah merujuk kepada aspek budaya dan kemasyarakatan yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah.

5. Aspek Bahasa dan Tulisan dalam Hikayat Hang Tuah 5.1 sistem ejaan Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini ialah sistem ejaan jawi. 5.2 aspek bahasa Bahasa dalam Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah hasil sastera lama memang terpelihara. Kata M.G. Emeis, dalam Bunga Rampai Sastera Kuno, Hikayat ini diceritakan dalam bahasa Melayu yang hidup, yang bersemangat, yang jauh lebih baik dari roman sejati. Dalam usaha untuk menjadikan hikayat ini magnum opus (karya agung) dalam kesusateraan Melayu yang diminati oleh pembaca Melayu zaman berzaman, penulis telah memasukkan unsur-unsur sensasi yang berdaya menarik minat pembaca. Khayalak pembaca/pendengar amat berminat dengan kisah-kisah yang berupa sejarah, cerita mitos, lagenda, cerita rakyat dan cerita penglipur lara. Kisah-kisah ini disampaikan secara menarik melalui dialog, hiperbola, unsure anachronism, wasia, waad atau sumpah setia dalam bentuk surat kiriman, perlakuan watak seperti monolog, interior monolog dalam gambaran suspen, imbas-depan dan mimpi. Semua unsure-unsur ini digarap dalam gaya bahasa yang indah menerusi elemen11

elemen bahasa seperti simile, metafora, personafikasi dan pengulangan cerita pada fenomena yang sama. Di dalam karya-karya Melayu silam, unsure hiperbola amat diminati keranan ia bertujuan membesar-besarkan sesuatu yang kecil. Sebab itu pengarang sengaja menjadikan air secawan dilautkan, tanah sekepal digunungkan. Misalnya, Hang Jebat menikam hulubalang istana seramai 700 orang. Semasa Hang Tuah di Majapahit, dia dan sahabatnya terpaksa berlawan dengan perajurit dari pralente Jawa yang ramai jumlahnya. Jumlah yang disebutkan pengarang itu tidak logic kerana terlalu ramai dibandingkan dengan ramai penduduk sesebuah negeri. Dalam perlukisan watak-wataknya, pengarang memasukkan unsure-unsur perwatakan dengan amat berkesan seperti unsure interior-monolog, contohnya, Maka Seri Betara pun fikir dalam hatinya, terlalu sekali ingatnya orang enam ini.Demikianlah hendaknya orang yang disuruh oleh tuannya seperti pecah sebuah pecah semuanya. Unsur ini berbeza daripada unsure monolog kerana ia fikiran di dalam hati yang tidak diucapkan. Unsur-unsur tersebut telah digarap melalui watak oleh pengarang dengan licin dan meyakinkan. Pengarang Hikayat Hang Tuah ialah seorang yang bijak menggunakan bahasa. Segala aspek daripada elemen-elemen bahasa telah digunakan dengan sempurna dalam karyanya ini. Dia menggunakan unsure simile seperti terlalu amarah seperti ular berbelit-belit. Suaranya terlalu manis seperti buluh perindu. Unsur simile bukan sahaja indah tetapi tepat perbandingannya. telursepeti,

12

Pengarang juga menggunakan metafora seperti burung terbang lakunya. Memakai dastar bunga dikarang gajah gemulong. Unsur ini memperindah gaya karangan yang sememangnya terlalu indah itu. Selain itu pengarang juga menggunakan unsure personafikasi yang dapat menghidupkan atau member sifat-sifat manusia pada objek-objek bukan manusia seperti buah-buah berkata: Ambillah aku, aku baik, manis daripadanya. Peristiwa ini berlaku ketika Hang Tuah dan rakan-rakannya pergi ke Gunung Wirana Pura hendak berguru dengan Sang Persanta Nala. Selain itu, terdapat dalam hikayat ini ayat-ayat dan ungkapan bahasa Melayu silam yang sungguh indah yang sudah pupus penggunaannya kini seperti keluar masuk tidaklah berpintu lagi, ertinya bebas keluar masuk. Unsur perlambangan. Ketika pengarang menceritakan kelemahan dan kejatuhan Hang Tuah dan negeri Melaka,cerita itu disampaikan secara analogy dalam bentuk symbol dan lambing-lambang supaya penurunan martabat Hang Tuah dan Melaka itu tidak dirasai oleh pembaca/pendengar. Pengarang menceritakan peristiwa mahkota raja Melaka terjatuh dalam Selat Singapura, hang Tuah berjaya mengambilnya tetapi sebelm tiba di perahu, seekor buaya putih dating menyambar Hang Tuah menyebabkan mahkota yang dipegangnya itu dan kerisnya ( Taming Sari) terjatuh semula ke dasar laut. Hang Tuah tidak berdaya lagi menyelam untuk mengambil mahkota dan keris itu keranan berasa lemas. Sejak kerisnya hilang, Hang Tuah sering demam dan raja Melaka sering sakit. Sebenarnya, peristiwa tersebut hanya sebuah simbolik yang menceritakan Hang Tuah sudah tua dan tidak berdaya lagi (keris hilang) pada masa negeri Melaka dan Kesultanan Melaka
13

(mahkota raja) jatuh ke tangan Feringgi (buaya putih) kerana raja tunduk melihat ikan emas (terpengaruh dengan kekayaannya). Buaya juga adalah binatang air yang melambangkan Portugis yang dating dari laut. Buaya putih juga turut melambangkan kuasa Barat (Feringgi) yang menyambar kekuasaan Melayu secara mencuri iaitu ketika raja dan orang besar-besar sedang bertemasya. Mahkota raja yang jatuh ke laut melambangkan kedaulatan bangsa Melayu. Kalaulah kedua-dua benda iaitu keris dan mahkota melambangkan pertembungan dengan Barat, hal ini akan memperkuatkan lagi pendapat kita mengenai aliran sindiran ini. Dalam keadaan lambing dan sindiran, Hikayat Hang Tuah dapat hidup sebagai sebuah hasil sastera yang dapat dimegahkan oleh bangsa Melayu. Hingga hari ini belum ada sebuah hasil sastera Melayu yang sebegitu dalam seni dan keindahan sasteranya. Teknik penceritaan secara analogy seperti ini menjadi cirri penting dalam karya-karya Melayu Klasik bagi merealisasikan berlakunya sesuatu peristiwa yang menyedihkan atau keruntuhan sesuatu kerajaan dengan cara terhormat dan bermaruah.

14

6. PENUTUP Kesimpulannya, Hikayat Hang Tuah telah memberikan sumbangan yang besar terrrhadap perkembangan bahasa dan peradaban bangsa melayu. Profesor Mohd Taib Osman mengklasifikasikan Hikayat Hang Tuah sebagai epic Melayu yang asli yang terbesar kerana hikayat ini menggambarkan tentang perjuangan dan tindak tanduk seorang hero kebangsaan dalam sejarah perkembangan bangsa Melayu. Pengarang telah mengangkat watak Hang Tuah untuk menjadi lambing kemegahan Negara Melaka dan menjadi sumber inspirasi dan kebanggaan bangsa Melayu. Menurut Kassim Ahmad, hikayat ini telah menerangkan tentang sikap hidup bangsa Melayu sebelum kedatangan pengaruh peradaban Barat. Pertama kalinya pembaca Eropah mendapat tahu tentang Hikayat Hang Tuah daripada mubaligh Belanda Francois Valentijn Oud en Nieuw Oost-Indie yang terbit pada tahun 1726. Dalam buku itu, pengarang menyifatkan hikayat tersebut sebagai intan yang jarang terdapat dan sebuah karya Melayu yang paling indah. Hikayat hang Tuah merupakan sebuah epos wira dalam bentuk bertulis yang diserap semangat kebangsaan sedalam-dalamnya. Hooykaas telah menyifatkan Hikayat Hang Tuah sebagai Malay Legendary Novel yang mempunyai unsu=unsur sejarah. Hikayat Hang Tuah menyalurkan mesej menenamkan rasa taat setia rakyat terhadap raja dan Negara, dan menggalakkan rakyat berasa bangga terhadap negaranya. Dia sentiasa berusaha menjaga maruah bangsa, meninggikan martabat raja dan Negara dan mempertahankan kedaulatan raja dan negaranya. Hang Tuah seorang pahlawan yang gagah perkasa, dan kepahlawanan Hang Tuah menjadi inspirasi dan semangat perjuangan kepada bangsa Melayu. Hikayat Hang Tuah menjadi sebuah teks pahlawan bangsa yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu. Kata-kata Hang Tuah, Takkan Melayu hilang di dunia masih menjadi slogan yang keramat dalam meniupkan semangat perjuangan orang Melayu. Pantang Melayu menderhaka kepada tuannya menjadi pegangan bangsa Melayu untuk terus menumpahkan kesetiaan pada raja dan Negara.
15

Watak-watak dalam Hikayat Hang Tuah bertindak dilatari seluruh dunia Melayu yang dipandang mereka sebagai Tanah Melayu yang tunggal serta negeri-negeri asing,, iaitu Majapahit, Wijayanagar, China, Turki dan Siam. Karangan itu sarat dengan butir-butir yang mencerminkan keperibadian hidup sehari-hari di kota dan istana dengan tepat: upacara perkahwinan dan pertabalan sultan; majlis jamuan diraja dan cara menyambut duta asing; pelbagai hiburan seperti sepak raga, laga ayam, permainan catur; kepercayaan dan tahyul yang tersebar di kalangan rakyat jelata. Pendek kata, segenap gambaran hidup Melayu pada abad pertengahan yang unik, berwarna-warni dan penuh dengan pergolakan. Sifat ketaatan Hang Tuah yang luar biasa disamping memiliki sifat-sifat yang mulia dan berhemah tinggi telah menjadikan tokoh Hang Tuah bukan sahaja sebagai lambang kepahlawanan dan keperwiraan bangsa Melayu, tetapi juga sebagai lambing kebesaran Raja Melaka, kerajaan Melaka dan seterusnya menjadi kebanggaan bangsa Melayu. Kejayaan pengarang Hang Tuah ialah dalam menggambarkan Hang Tuah sebagai perwira Melayu. Sifat ini digunakan pada masa bangsa Melayu lemah moralnya, untuk memulih kembali moral itu atau sekurang-kurangnya menanam kepercayaan dan pegangan bahawa pada suatu masa dahulu bangsa Melayu bangsa yang gagah, setia dan mempunyai kesanggupan untuk mendaulatkan bangsanya.

BIBLIOGRAFI 1. A. Bakar Hamid. (1983). Diskusi Sastera. Jilid 1: Sastera Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. A. Bakar Hamid. (1983). Peristiwa-Peristiwa Dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor: MASA Enterprise.
16

4. Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusateraan Melayu lama. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. 5. Kassim Ahmad. (1995). Hikayat Hang Tuah (Diselenggarakan dan Diberikan Pengenalan Baru oleh Kassim Ahmad). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Mohd Taib Osman & Abu Hassan Syam. (1984). Warisan Prosa Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Mustafa Mohd Isa (1999). Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 8. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hasyim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2006). Tatabahasa Dewan. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia. (1996). Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 10. V.I Braginsky. (1994). Perbantahan Budi dan Nafsu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Zainon S Ahmad. (1988). Sastera Melayu Lama Untuk STPM. Kuala Lumpur: Percetakan Dan Perniagaan Berlian Sdn. Bhd. 12. Zainon Sheikh Ahmad. (1997). Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional STPM. Kuala Lumpur: Penerbit Elman.

17

You might also like