You are on page 1of 2

APA ITU PILIHAN RAYA?

Pilihan raya boleh ditakrifkan sebagai pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan ini dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan atau constituent body. Perbuatan memilih sesuatu atau seseorang untuk sesuatu jawatan atau kedudukan dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang, maka ia dikatakan pilihan raya (A. Rashid Rahman, 1994). Pilihan raya turut diertikan sebagai satu proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undangundang masyarakat; Dalam perkataan yang lebih mudah, pilihan raya ialah satu proses di mana ahli masyarakat memilih dan mengesahkan wakil-wakil untuk membuat dasar dan keputusan politik (Syed Ahmad Hussein , 1994). SISTEM PENGUNDIAN / SISTEM PILIHAN RAYA Undi : Undi ialah pemilihan seseorang calon (atau sekumpulan calon) atau penentuan sesuatu usul (umpamanya ketetapan cadangan) dengan penandaan pada kertas undi atau melalui sistem elektronik. Sistem Pengundian : Menentukan kadar pertukaran antara undi kerusi. Bagaimana undi itu diterjemahkan ke dalam bentuk kerusi. Ia menentukan berapa banyak dan apa jenis undi yang diperlukan untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya. Menurut Sarah Birch (2001:260), sistem pengundian adalah menetapkan prosedur untuk menggariskan kawasan pilihan raya, format kertas undi dan memperuntukkan kerusi yang dipertandingkan kepada calon. Melalui sistem ini, calon-calon yang bertanding boleh mengatur kempen dan strategi yang baik untuk menarik sokongan undi rakyat. JENIS-JENIS SISTEM PILIHAN RAYA

SISTEM MAJORITI (MAJORITY SYSTEM) Sistem ini memerlukan hanya calon yang mendapat majoriti undi (lebih daripada 50% undi) boleh diisytiharkan sebagai pemenang. Secara teorinya, sistem ini lebih baik berbanding dengan sistem pengundian majmuk kerana ia mencerminkan praktis demokrasi sebenar. Namun, berlaku juga kemungkinan bahawa dalam pilihan raya ini tidak terdapat pemenang yang jelas. Untuk mengatasi masalah ini, terdapat beberapa mekanisme yang diaplikasikan oleh sistem majoriti ini : i. Majority Run-Off sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti dalam pusingan pertama, pusingan kedua akan diadakan untuk 2 calon yang memperolehi undian tertinggi pada pusingan pertama. Contoh : UKRAINE ii. Majority-Plurality System - sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti dalam pusingan pertama, pusingan kedua akan diadakan bagi calon-calon yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Contoh : PERANCIS iii. Alternative Vote System satu sistem yang memberi peluang kepada pengundi untuk memilih calon-calon mengikut keutamaan mereka pilihan 1, pilihan 2, pilihan 3. Calon yang menjadi pilihan utama akan diisytihar sebagai pemenang jika mendapat lebih daripada 50% majoriti. Calon yang kurang mendapat majoriti akan dihapuskan. Proses ini akan berlangsung sehingga ada calon yang akan mendapat majoriti undi. Contoh : AUSTRALIA. SISTEM PERWAKILAN BERKADAR (PROPOTIONAL REPRESENTATION SYSTEM) Perwakilan Berkadar merupakan suatu sistem pengundian atau pilihan raya di mana keputusan akhir pilihan raya adalah berdasarkan kepada agihan undi yang diperolehi oleh setiap parti. Misalnya, jika parti A menang 30% undi keseluruhan pilihan raya, 30% kerusi di parlimen akan diberi kepada parti tersebut. Ini bermakna setiap undian adalah bernilai. Sistem pengundian yang paling adil tetapi dari segi praktiknya ia agak kompleks. Terdapat dua bentuk pengundian yang berasaskan sistem ini : i. Sistem Senarai Parti Sistem ini merupakan sistem yang paling popular berbanding dengan kaedah lain dalam sistem perwakilan berkadar. Semua parti akan menyenaraikan nama calon-calon yang mewakili parti masing-masing. Semua nama ini akan dicetak ke atas kertas undi. Sewaktu pilihan raya, para pengundi akan memilih parti dan bukannya calon individu. Sistem ini mudah difahami kerana perwakilan di Parlimen mencerminkan agihan undi yang diraih oleh setiap parti dalam pilihan raya. Contoh : BELANDA, BRAZIL dan DENMARK. ii. Undi Pemindahan Tunggal Di dalam sistem ini, pengundi akan menyenaraikan caloncalon mengikut keutamaannya. "1" mewakili keutamaannya yang pertama, "2" kedua, dan seterusnya. Semua keutamaan pertama akan dikira dahulu. Sesiapa yang mencapai kuota yang ditetapkan akan dipilih sebagai wakil. Kuota ini adalah berdasarkan jumlah kerusi di Parlimen dan jumlah buangan undi. Bergantung kepada sistem yang digunakan, kawasan yang diwakili tiga ahli parlimen, akan mempunyai kuota antara 25% dan 33% jumlah keseluruhan undi. Sekiranya tiada calon mencapai kuota dalam pengiraan pertama, calon yang menerima undian keutamaan pertama yang paling rendah akan disingkirkan. Kertas undiannya akan diambil di mana keutamaan keduanya pula akan dikira. Sesiapa yang mencapai kuota akan dianggap sebagai pemenang. Jika masih terdapat kerusi yang belum dipenuhi calon keutamaan terakhir akan disingkirkan dan kertas undiannya akan diberi kepada keutamaan sebelumnya. Proses ini akan berterusan sehingga semua kerusi di Parlimen diisikan. Contoh : IRELAND

SISTEM MAJORITI (MAJORITY SYSTEM) SISTEM PERWAKILAN BERKADAR (PROPOTIONAL REPRESENTATIO N SYSTEM)

SISTEM MAJMUK (PLURALITY SYSTEM)

SISTEM PENGUNDIAN

SISTEM CAMPURAN (MIXED SYSTEM)

SISTEM PENGUNDIAN MAJMUK (PLURALITY SYSTEM) Juga dipanggil sebagai sistem pilihan raya First-past-thepost (FPTP) atau winner-take-all. Untuk menang dalam pilihan raya, calon memerlukan lebih undi berbanding dengan calon lain. Sistem ini memberikan kerusi kepada calon yang menerima undi terbanyak dalam pilihan raya. Calon tidak perlu mendapatkan majoriti 50% undi untuk menang, sebaliknya jika beliau memperolehi lebih undi dari calon lain, beliau boleh diisytiharkan sebagai pemenang. Ciri-ciri : i. Berdasarkan kepada prinsip bahawa calon yang mendapat banyak undi layak dipilih sebagai pemenang. ii. Memerlukan undi mudah dan telus dalam proses mengira undi. Bentuk : i. First-Past-the -Post Voting : Majoriti mudah dan tidak memerlukan 50% majoriti. (Contoh : Kanada, India dan Amerika) ii. Block Vote : Digunakan dalam multi-member constituencies. Pengundi mempunyai banyak undi kerana terdapat ramai calon-calon yang akan dipilih. Sekiranya seseorang calon itu telah dipilih kerana memperolehi jumlah undi tertinggi, semua kertas undi dikembalikan untuk kiraan bagi melantik ahli seterusnya. (Contoh : Laos dan Filipina).

SISTEM CAMPURAN (MIXED SYSTEM) Campuran sistem-sistem pengundian Terdapat negara yang mengadaptasi pelbagai sistem pengundian dalam pilihan raya mereka. Contoh : JEPUN dan GERMAN menggabungkan sistem majmuk dan perwakilan berkadar dalam pilihan raya mereka. SISTEM MANAKAH YANG TERBAIK? Sistem Majoriti Bias Kebiasaannya hanya partiparti besar sahaja yang akan memenangi pilihan raya. Sistem Perwakilan Berkadar Membenarkan parti-parti kecil melibatkan diri secara adil dalam proses pembuatan keputusan kerana parti dipilih berdasarkan prestasi mereka dalam pilihan raya. Cenderung membentuk kerajaan yang lemah kerana tiada majoriti dalam kerajaan. Sistem Pengundian Majmuk Sistem ini cenderung untuk membentuk sistem dua parti. Bagi membentuk kerajaan yang stabil dan kuat, berupaya untuk membuat keputusan menerusi badan perundangan, sistem ini adalah yang terbaik.

PERSEMPADANAN ATAU GERRYMANDERING Setiap negeri dibahagikan kepada 4 struktur kawasan/bahagian pilihan raya iaitu : Parlimen (P); diikuti pecahan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN); kemudian dipecahkan Daerah Mengundi (DM); dan unit kawasan pilihan raya yang terkecil ialah Lokaliti/Tempat Kediaman (L). Keempat-empat peringkat bahagian/kawasan persempadanan tersebut ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui kajian semula persempadanan setiap 8 tahun. Kawasan/bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN diwujudkan untuk memilih wakil rakyat di peringkat masing-masing; manakala Daerah Mengundi (DM) diwujudkan untuk memudahkan urusan pembahagian pemilih/pengundi untuk penetapan Pusat Pembuangan Undi; dan Lokaliti/Tempat Kediaman pula dibentuk untuk mengenalpasti/membezakan kedudukan tempat kediaman pemilih/pengundi antara satu kawasan dengan kawasan lain. Lokaliti juga merupakan unit terkecil dalam daerah mengundi. Pemecahan sesuatu lokaliti dalam urusan belah bahagi hendaklah dilakukan dengan tujuan untuk mengelakkan kesulitan pada pemilih/pengundi, bagi menentukan di dalam daerah mengundi manakah mereka berada.

SISTEM PILIHAN RAYA DI MALAYSIA Mengadaptasi model pengundian majmuk (iaitu sistem first-past-the post) yang dilaksanakan di British dengan beberapa penambahbaikan agar sesuai dengan realiti politik di Malaysia. Pengundi akan mengundi berdasarkan kawasan penempatan mereka dan bukannya mengikut komuniti kaum bagi menggalakkan kerjasama antara etnik. Pilihan raya berkala (5 tahun) diadakan bagi memilih wakil dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat dan 567 kerusi DUN. Manakala bagi Dewan Negara, 43 ahlinya dilantik oleh kerajaan dalam pelbagai bidang dan 26 orang lagi dilantik oleh kerajaan negeri. Menurut sistem pilihan raya Malaysia, tiap-tiap satu kawasan pilihan raya akan diwakili oleh seorang wakil rakyat sahaja (Perkara 116(2) Perlembagaan Persekutuan). Oleh itu, bilangan kawasan pilihan raya adalah sama dengan bilangan anggota Dewan Rakyat begitu juga dengan bilangan Dewan Undangan Negeri. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR) Berdasarkan kepada Perkara 114 dalam Perlembagaan SPR adalah sebuah badan bebas yang mendapat kepercayaan rakyat untuk menjalankan proses pilihan raya di negara ini. Bagaimanapun ketelusan badan ini sering dipertikaikan kerana pelantikan Pengerusi SPR dilakukan oleh YDPA atas nasihat daripada PM Cenderung untuk menjadi bias kepada parti pemerintah. Fungsi Utama SPR : i. Menjalankan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan DUN. ii. Menjalankan urusan pendaftaran dan semakan pemilih. iii. Membuat kajian persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan yang terdahulu.

You might also like