You are on page 1of 5

1 Perbincangan: 1. Dalam eksperimen ini, kepingan kuprum dijadikan sebagai elektrod anod dan elektrod katod.

Manakala larutan kuprum (ll) sulfat digunakan sebagai elektrolit. Sehubungan ini, ion-ionyang terdapat dalam larutan kuprum (ll) sulfat termasuklah ion Cu2+, ion SO42-, ion H+ danion OH-. 2. Berdasarkan eksperimen, elektrod anod menjadi semakin nipis dan jisim kepingan kuprumtelah berkurang sebanyak 0.07g. Manakala bagi elektrod katod pula menjadi semakin tebaldan jisim kepingan kuprum telah bertambah sebanyak 0.11g. Hal ini menunjukkan bahawaproses pengoksidaan telah berlaku di anod dan proses penurunan telah berlaku di katod.Maka, tindak balas yang berlaku di eksperimen ini adalah tindak balas redok. 3. Di elektrod anod, proses pengoksidaan telah berlaku di mana elektrod kuprummembebaskan 2 elektron untuk membentuk ion Cu2+. Kata lain, elektrod kuprum akanterhakis dengan menghasilkan ion-ion Cu2+. Maka, elektron-elektron dan ion-ion CU2+ yangdibebaskan oleh logam kuprum akan dialirkan ke elektrolit. Sementara itu, ion-ion SO42- danOH- tidak dipilih untuk didiscas kerana elektrod anod adalah logam kuprum. Setengahpersamaan di anod adalah:

4. Di elektrod katod pula, ion-ion Cu2+ dan H= ditarik untuk didiscaskan. Namun berdasarkansiri elektrokimia, ion Cu2+ yang berada di bawah ion H+, ion Cu2+ mempunyaikecenderungan yang lebih tinggi dipilih untuk didiscaskan semasa elektrolisis. Dengan ini,proses penurunan telah berlaku di mana ion-ion Cu2+ akan dipilih untuk didiscas denganmenerima 2 elektron untuk membentuk logam kuprum di elektrod katod. Setengahpersamaan di katod adalah:

. 5. Berdasarkan pemerhatian, di permukaan kedua-dua eletrod terbentuk bintik-bintik berwarnabiru kehijauan. Bintik-bintik ini adalah mendakan kuprum yang dihasilkan dalam tindak balasredoks. 6. Berdasarkan pemerhatian, terdapat bintik-bintik kecil yang berwarna perang terapung dipermukaan elektrolit iaitu larutan kuprum (ll) sulfat selepas 30 minit tindak balas. Ini adalahdisebabkan terdapat mendakan kuprum yang dihasilkan dalam tindak balas tetapi tidakdilekatkan di permukaan elektrod. Selain itu, elektrolit yang berwarna biru tidak berubahwarna sepanjang eksperimen. Hal ini disebabkan ion-ion Cu2+ yang terhasil di anod akanmelarut ke eletrolit untuk menggantikan kehilangan ion-ion Cu2+ yang telah diturunkan oleh

Eksperimen: Mengkaji kesan jenis elektrod ke atas elektrolisis larutan akueus

1. Elektrolisis larutan natrium klorida pekat dengan katod merkuri. (a) Sebuah tiub-U diisi dengan merkuri supaya merkuri berada di antara bahagian dasarnya. (b) Salah satu lengan tiub-U diisi dengan elektrolit larutan natrium klorida 2 mol dm-3 . (c) Lengan yang kedua diisi dengan air suling. (d) Elektrod karbon dipasang kepada bateri supaya menjadi anod. (e) Seutas wayar disambung daripada bateri kepada lapisan merkuri supaya merkuri menjadi katod. (f) Suis dihidupkan. (g) Keputusan: Di anod: Gas bewarna kuning-kuningan terbebas. Gas ini melunturkan kertas litmus lembap. Klorin terhasil. 2Cl- " Cl2 + 2e-

Di katod: Logam natrium terhasil dan membentuk amalgam dengan merkuri. Na+ + e- " Na Na + Hg " NaHg (h) Natrium terenap melalui nyahcas ion Na+ kerana elektrod merkuri digunakan. (i) Rajah menunjukkan proses elektrolisis berlaku.

2. Elektrolisis larutan akueus kuprum(II) sulfat dengan elektrod-elektrod

(a) Larutan kuprum(II) sulfat dimasukkan ke dalam sebuah litar. (b) Elektrod-elektrod kuprum dicelupkan ke dalam larutan akueus kuprum(II) sulfat. Litar dilengkapkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah. (c) Suis dihidupkan dan arus elektrik dibiarkan mengalir selama 20 minit. (d) Pemerhatian di anod dan katod dicatatkan. Di anod: Kepingan anod kuprum terkakis. Jisimnya berkurangan berbanding dengan jisim asal. Atom kuprum menjadi ion Cu2+. Cu " Cu2+ + 2eDi katod: logam kuprum terenap di katod. Ion-ion Cu2+ dan H+ tertarik kepada anod. Ion Cu2+ dinyahcaskan secara pilihan. Cu2+ + 2e- " Cu (e) Oleh itu, jenis elektrod mempengaruhi hasil yang terbentuk di elektrod.

Balik (PAGE 4)

You might also like