You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian : Tajuk Jurnal :

: Ke - 4 : Keempat : 19 Februari 2013 : Masalah : Murid tidak bersedia untuk belajar

1. Masalah/Peristiwa

Pada minggu ini,masalah yang dikenalpasti adalah murid tidak menampakkan kesediaan untuk menerima ilmu.Kebanyakkan dari mereka mempunyai sikap sambil lewa dan tidak mengendahkan guru sewaktu guru masuk kedalam bilik darjah.Mereka masih bermain-main dan membuat bising didalam kelas.Hal ini berlaku hampir kepada semua kelas yang mempunyai waktu P&P guru dalam minggu ini.Guru mengambil masa yang agak panjang untuk menarik perhatian murid dan memulihkan keadaan dengan membangkitkan motivasi untuk belajar dengan menggunakan pelbagai cara dan secara tidak langsung menyebabkan P&P yang dirancang guru terpaksa diringkaskan mengikut kesesuaian masa.
2. Analisis

Hal ini mungkin berikutan dengan cuti sekolah sempena tahun baru Cina yang agak panjang iaitu seminggu.Oleh sebab itu murid-murid masih dalam keadaan atau mood bercuti.Mereka hanya bermain-main dan berseronok disekolah tanpa memperdulikan keadaan disekeliling,sesetengah daripada mereka mungkin penat kerana bermain diwaktu rehat dan ada juga yang kekenyangan sehinggakan wujud perasaan malas dalam diri mereka. Mengikut sunnah Rasulullah SAW kita disarankan supaya makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang,Baginda juga menyarankan kita supaya melatih diri rajin berpuasa Selain itu,saya juga beranggapan bahawa sikap yang ditunjukkan ini berpunca daripada kurang kesedaran terhadap pentingnya masa yang diperuntukkan semasa mereka berada disekolah.Guru juga tidak bersedia menghadapi keadaan

tersebut sehinggakan perlu mengambil masa yang lama untuk menarik perhatian dan membangkitkan motivasi murid untuk belajar.
3. Cadangan Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah :

1) Saya perlu bersiap sedia dengan situasi ini pada masa akan datang dengan teknik dan strategi baru untuk mewujudkan kesediaan belajar kepada murid 2) Menyiapkan bahan-bahan P&P yang menarik agar murid-murid tertarik dan bersedia untuk belajar sesuatu perkara yang baru 3) Guru perlu menguasai kemahiran permulaan pengajaran 4) Memberi nasihat atau peringatan penting sebelum cuti bermula agar murid dalam keadaan bersedia untuk datang ke sekolah selepas cuti

TINDAKAN SUSULAN

Bagi menangani masalah ini saya akan memastikan sebelum cuti persekolahan bermula,saya terlebih dahulu akan memeperingati murid-murid saya supaya bersiap sedia pada hari pertama sekolah dibuka.saya juga akan akan bersiap sedia terlebih awal untuk untuk menghadapi keadaan seperti ini pada masa akan datang dengan menguasai kemahiran permulaan pengajaran yang mana dapat menarik dan membangkitkan motivasi untuk belajar(Ahmad Mohd Salleh 2011: 188) Secara tidak langsung saya dapat mewujudkan kesediaan murid untuk belajar dan mencapai objektif yang telah dirancang selain menggelakkan kehilangan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran saya.saya juga akan selalu menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik agar murid-murid dalam keadaan bersedia untuk belajar.

4. Tempoh masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Perancangan yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing :

Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : ..

Tandatangan : .

Nama : Tarikh :

Nama : Tarikh :

You might also like