You are on page 1of 8

TUGASAN INDIVIDU (PENULISAN ESEI) Penulisan Esei : Inovasi Dan Perubahan Dalam Sistem Pendidikan Sejauh manakah anda

menyesuaikan diri untuk menyelesaikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadi seorang guru mata pelajaran sains yang berkesan di sekolah rendah. Kementerian pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti sistem pendidikan mengikut senario masa depan negara. Pendidikan yang cemerlang dan berkualiti sentiasa menjadi matlamat dan harapan negara kita. Untuk mencapai matlamat tersebut, guru memainkan peranan yang amat besar. Dalam hal ini, guru berperanan sebagai agen pengerak bagi mencapai kecemerlangan dan pendidikan. Berikutan perubahan yang dialami oleh negara dan dunia, suatu perubahan dalam proses pengajaran dan pengajaran yang kreatif dan inovatif amat diperlukan. Hal ini adalah kerana, guru-guru yang lebih berfikiran kritis dan kreatif memainkan peranan utama dalam mencapai matlamat negara. Menurut Tan Sri Muhyddin Yassin (2012) dalam Utusan, guru berinovasi merupakan guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi. Selaras dengan isu tersebut, pada tahun 2012 tena Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara telah dipilih sebagai tema Hari Guru bagi memberi galakan kepada guru-guru untuk menyuburkan inovasi. Merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah dirangka 2013-2025, pelbagai perubahan yang telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perubahan dari segi pembinaan negara bangsa, pengurusan pendidikan, transformasi dalam kurikulum, pengukuhan sekolah bestari, pembelajaran inovatif serta perkembangan persekitaran pembelajaran. Semua usaha yang diambil untuk membuat perubahan bagi melihat peningkatan dalam prestasi pendidikan negara saling berkait dengan profesion keguruan. Justeru, inovasi dan perubahan dalam bidang pendidikan berhubung dengan pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Selain itu,

perubahan pada strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran turut membawa impak yang besar kepada murid-murid dan bidang pendidikan. Jika dilihat dari aspek pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran sains, peranan dan keupayaan guru yang berpengalaman diambil kira. Teknologi dalam pendidikan sains boleh diterap pada semua tahap pembelajaran. Contoh terkini bagi penggunaan teknologi dalam bilik darjah adalah interactive whiteboard (IWB). Dari pengalaman saya, penggunaan papan interaktif membantu memudahkan perjalanan sesi pengajaran malah menarik minat murid untuk menumpukan perhatian sepanjang proses pembelajaran. Hal ini seiring dengan pendapat Catherine D. Bruce (2012), yang mengaku bahawa papan interaktif menyenangkan murid memahami konsep sains, disamping mendorong penglibatan murid yang aktif. Enurutnya lagi, pengajaran sains yang menggunakan papan interaktif membantu murid mengakses pelbagai representasi sains mengenai konsep ynag sama. Oleh itu, sebagai seorang guru sains, saya perlu melengkapkan diri kemahirankemahiran teknologi maklumat serta cara penggunaan IWB kepada murid-murid. Malah, saya juga harus sentiasa mengikuti perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dari semasa ke semasa agar dapat memberi imput yang terkini kepada murid-murid saya. Ketika menjalankan sesi pengajaran menggunakn IWB, saya akan menyediakan diri untuk berkebolehan dalam penggunaannya. Di samping itu, saya harus merangsang minat murid untuk memahami kategori dan pola konsep yang dipelajari serta membuat justifikasi mengenai hasil akhir sesuatu penemuan. Sebagai seorang yang prihatin, saya tidak akan mengabaikan pendapat atau persoalan murid. Malah, penggunaan teknologi maklumat ini boleh dibahagikan kepada 4 fungsi dinama ICT sebagai alat tutorial, ICT sebagai alat penerokaan, ICT sebagai alat aplikasi dan ICT sebagai alat komunikasi. Saya akan melengkapkan diri dengan kesemua kaedah tersebut yang merupakan kaedah terkini agar berguna dalam menyediakan pengajaran yang menarik dan merangsang minda pelajar pada masa kini. Selain I penggunaan IWB dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, zaman serba moden ini membolehkan setiap isi rumah untuk memiliki sekurang-kurangnya satu computer atau computer riba. Guru boleh mengaplikasikan penggunaan computer do=I

makmal computer ketika mengajar matapelajaran sains. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab terhadap murid, saya bertekad untuk memperkembangkan ilmu dan kemahiran teknologi maklumat dalam diri setiap murid. Jika saya diberi mandate untuk menjadi guru kelak, saya akan berusaha untuk mengajar cara penggunaan komputer dengan betul serta sentiasa memperingatkan murid-murid agar tidak menyalahgunakan teknologi maklumat untuk kegunaan yang tidah sihat. Malah, dengan menggunakan aplikasi komputer, saya boleh member tugasan kumpulan mengenai soalan sains agar membentuk jawapn pada aplikasi Microsoft Word atau Microsoft Powerpoint. Isu ini penrnah ditulis oleh Fadzly (2011) dalam Utusan. Katanya, Abd. Ghafar menyatakan bahawa guru-guru disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu. Oleh yang demikian, adalah menjadi peranan guru untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara kita dengan menerapkan unsure teknologi dalam pengajaran dan pembelajarnya. Dalam kajian ynag dijalankan oleh Cheng (2007), beliau telah menyoal responden kajiannya mengenai penggunaan sumber berasaskan laman web. Katanya, internet menampakkan kesan positif pada murid-muridnya. Tambahnya, murid-murid dapat melihat secara visual sesuatu konsep sains dan menukarkan persepsi murid mengenai kesukaran sains. Oleh itu, saya boleh mengaplikasikan penggunaan laman web ketika proses pengajaran dimana murid diberi kebebasan melayari internet bagi melihat sendiri visualisasi konsep sains dari pelbagai sudut. Selain daripada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, inovasi dan perubahan pendidikan juga berkait rapat dengan strategi pengajaran. Berbanding dengan zaman dahulu, dimana guru menjadi orang utama dalam bilik darjah dan hanya bercakap dan mengajar mengenai topik pembelajaran tanpa memberi peluang kepada murid-murid bercakap. Jika dilihat pada perubahan aspek strategi pengajaran, ramai guru yang sudah mula menjalankan pengajaran yang berpusatkan murid dan bukan lagi pengajaran yang berpusatkan guru semata-mata.

Pertama sekali, saya harus mengetahui tentang pengajaran yang berpusatkan murid serta strategi pengajaran yang melambangkan pemusatan murid. Malah, sebagai guru yang memahami murid-muridnya, adalah mustahak bagi guru memberi ruang kepada murid untuk meluahkan perasaan, membina sendiri model, menyelesaikan masalah secara perseorangan dan berkumpulan, memberi penerangan tentang model yang dibina dan sebagainya. Menurut Thekwane (2001), pelajar dilihat sebagai individu yang mempunyai keperluan dan kehendak diri, kadar pembelajaran, pengalaman dan berkebolehan. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas guru untuk mengambil kira semua aspek ini agar proses pengajaran dan pembelajaran bersifat komunikatif dan interaktif. Malah guru harus member perhatian kepada murid yang berbeza tahap kefahamannya. Saya harus menjalankan aktiviti yang merangkumi pelbagai kaedah yang sesuai bagi kumpulan yang berbeza tahap kefahamannya, malah, kerja dan aktiviti yang diberikan boleh dibahagikan kepada aktiviti individu iaitu mencuba sesuatu secara sendiri, berpasangan, berkumpulan ataupun aktiviti penilaian rakan sebaya. Sepanjang proses pengajaran yang berpusatkan murid, saya akan merancang matlamat, objektif pengajaran serta membina aktiviti yang membantu murid mencapai matlamatnya. Seterusya, saya akan merangsang dan menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dan guru jelas memahami konsep yang diajar dan dipelajari. Selain itu, saya juga akan membina situasi bilik darjah yang kondusif agar membantu melancarkan proses pengajaran sains. Sebagai pendidik, guru turut perlu menganalisis kefahaman dan situasi yang memberi keselesaan kepada murid untuk meneruskan pengajaran. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya akan melihat dan menginterpretasi cara murid membuat representasi, berfikir, bercakap, menerima, dan membangkang hujah. Selain itu, guru juga harus menjadi pendengar yang baik Saya akan melatih diri untuk sentiasa menyoal dalam diri saya sendiri mengenai murid-murid. Khususnya, tentang siapa yang bersuara dalam kelas, apa yang mereka suarakan, soalan yang penting, bagaimana idea murid berkembang, serta keberkesanan pemikiran murid yang relevan ataupun tidak.

Selain itu, inovasi dan perubahan dalam bidang pendidikan juga tidak lari daripada pengajaran yang berunsur inkuiri penemuan. Strategi pengajaran ini telah mula dipraktikkan di banyak sekolah di luar negara. Strategi inkuiri penemuan yang telah direka khas untuk membuat perubahan pada sistem pendidikan agar murid lebih menguasai isi pelajaran yang diajar oleh guru. Kalau dahulu guru hanya bercakap dan memberi penerangan serta ujian semata-mata, sekarang pelbagai sesi pengajaran seperti kerja kumpulan dan projek bagi melahirkan murid yang boleh berfikir secara terbuka dan lebih berinovasi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk merancang suatu bentuk pengajaran yang bermakna. Maka, saya berpendapat bahawa teknik pengajaran yang mempunyai unsur konstektual penting dalam membina konsep tersebut dalam minda pelajar. Ramai murid yang hanya mendengar apa yang diajar oleh guru tetapi tidak memahami perkaitan antara apa yang dipelajari dengan apakah kegunaannya dalam kehidupan seharian. Pengajaran berdasarkan konstektual dan inkuiri penemuan boleh merangsang pemikiran murid. Selain itu, murid akan memahami sesuatu apabila melakukannya secara berperingkat dan melibatkan bahan yang boleh disentuh secara fizikal. Saya menyokong pernyataan Piaget (1952) (dalam Toptas, Celik & Karaca, 2012) bahawa kanak-kanak tidak mempunyai kematangan mental untuk memahami konsep abstrak yang berbentuk perkataan ataupun simbol semata-mata. Malah, kata beliau mereka memerlukan pengalaman yang pelbagai secara konkrit dan lukisan agar pembelajaran berlaku. Strategi pengajaran inkuiri adalah pengajaran yang memerlukan guru untuk mencabar murid-murid secara positif untuk menjawab suatu persoalan yang timbul. Kata-kata ini selari dengan pendapat (Stonewater, 2005) (dalam Brune, 2010) yang menyatakan bahawa sekiranya murid diajar secara inkuiri penemuan, mereka akan melibatkan diri dalam membuat andaian masa depan ketika mempelajari sains, menganalisis andaian mereka tentang situasi tersebut, berkomunkasi dan berkerjasama dengan rakan untuk membuat perbincangan, serta melibatkan diri secara aktif dalam menghujahkan pendapat mereka. Malah, guru yang inovasi juga akan membantu dan membimbing murid untuk membuat kajian tentang isi pelajaran dan tidak terus memberi jawapan kepada semua yang ditanya oleh murid-murid di dalam kelas. Sebagai seorang guru yang mendorong pengajaran inkuiri penemuan, saya akan sentiasa

berusaha merangsang minat murid dan sifat ingin tahu untuk mengetahui sesuatu serta mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketika proses pengajaran berunsur inkuiri penemuan, saya sebagai seorang guru yang bertanggungjawab akan menyampaikan arahan dengan jelas serta menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bagi murid untuk mencari informasi tentang topik pelajaran yang sedang diteroka. Malah, saya akan memastikan murid sentiasa mengikuti perkembangan proses pengajaran dalam kelas dan tidak menyalahgunakan peluang yang diberikan tersebut. Bukan sahaja itu, saya juga akan membimbing mereka mencari maklumat secara professional dan tidak hanya mencari informasi pada Wikipedia semata-mata. Saya akan mengajar prosedur mencari maklumat dan membacanya secara aktif. Selain inkuiri penemuan yang berunsur inovasi dalam pendidikan, kerajaan juga telah memperkasa lagi kualiti pendidikan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011, dijalankan bertujuan menyempurnakan lagi taraf pendidikan di sekolah rendah. Kurikulum baru ini memperlihatkan peningkatan mutu pendidikan termasuk bagi mata pelajaran sains. Transformasi ini telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan system pelajaran negara standing dengan piawaian global (KSSR Kurangakan Tekanan 30 Januari 2011). Melalui pelaksanaan KSSR ini, murid-murid tahap satu dapat menguasai kemahiran proses sains. KSSR mengutamakan penguasaan kemahiran proses sains murid sebelum bergerak pada kemahiran yang seterusnya. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab untuk mengajar murid agar dapat menguasai kemahiran yang perlu dipelajari agar tidak ketinggalan. Sebagai seorang guru, saya berpendapat bahawa inovasi dan perubahan yang dilakukan pada kurikulum pendidikan efektif dan dapat melahirkan individu yang cemerlang dari semua aspek. Saya juga akan sentiasa melengkapkan diri dengan semua kemahiran yang diperlukan untuk mengajar KSSR kepada murid-murid kelak. Saya juga mengetahui bahawa penerapan nilai dan elemen merentas kurikulum adalah isu penting dalam pengajaran KSSR. Oleh yang demikian, elemen merentas kurikulum perlulah saya terapkan dalam diri murid seperti nilai keusahawaan, kreativiti dan teknologi maklumat dan komunikasi ketika sesi pengajaran berlangsung. Malah, saya juga perlulah

menerapkan nilai dan kemahiran tersebut dalam diri murid-murid agar mereka memahami isi pelajaran dan pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian. Disamping perubahan pada kurikulum pendidikan, seorang guru haruslah menjadi agen perubahan dan inovasi muridnya secara peribadi. Sesi pengajaran yang bermakna hanya akan lahir dengan komunikasi yang mesra diantara guru dengan murid, keadaan kelas yang kondusif, dan strategi pengajaran yang menarik minat pelajar. Malah perkara yang tidak kurang pentingnya adalah dari segi bahan bantu mengajar yang beunsur inovatif dan kreatif serta mampu membantu meningkatkan penguasaan murid dalam suatu isi pelajaran yang diajar. Bahan bantu mengajar yang beunsur inovatif adalah dari segi penggunaannya oleh murid, dan murid boleh mengakses dan menggunakannya dimana-mana. Contohnya, guru menyediakan slaid powerpoint yang boleh diakses oleh murid dari mana-mana mereka berada. Selain itu, guru juga menggunakan aplikasi blogspot untuk memuat turun nota nota yang penting untuk setiap hari. Nota-nota harian boleh dibaca oleh murid sebelum menghadirkan diri ke kelas. Teknik ini sememangnya inovatif dan guru harus kreatif dan berkemahiran ICT bagi tujuan ini. Bukan sahaja itu, guru boleh membuat slaid powerpoint interaktif yang mengandungi ujian dan kuiz. Slaid ini boleh disimpan dalam komputer pelajar dan diakses pada bila-bila masa. Malah, murid-murid boleh menjawab dan menguji keupayaan diri tentang isi pelajaran yang diajar oleh guru secara bersendirian di rumah. Mereka juga boleh membuat kuiz dan latihan bagi memperkukuhkan lagi penguasaan mereka dalam operasi atau topik pengajaran serta tidak mudah lupa. Melalui pengajaran bermotifkan teknologi maklumat dan komunikasi ini, murid akan rasa lebih lebih selesa, menarik, dan tidak mudah bosan. Bukan sahaja itu, murid juga akan dapat memahirkan diri dalam penggunaan alat teknologi maklumat. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas guru untuk sentiasa mengawasi murid-murid serta mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang tidak membosankan murid. Secara keseluruhannya, guru menjadi punca kepada sifar seseorang anak muridnya. Saya berjanji akan sentiasa melengkapkan diri dengan inovasi dan perubahan pendidikan dari semasa ke semasa agar tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan ini. Justeru, saya yakin bahawa saya telah bersedia untuk merealisasikan

hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadi guru mata pelajaran Sains yang berkesan di sekolah rendah saya kelak. Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa setiap guru perlu memahirkan diri tentang inovasi dan perubahan yang berlaku pada bidang pendidikan di negara kita dan negara luar. Seorang guru yang peka tentang isu semasa akan menjadi seorang role model kepada anak-anak muridnya. Semua manusia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam satu persekitaran yang baru. Namun, dalam usaha mereka untuk menyesuaikan diri itu, ada kemungkinan guru perlu menghadapi pelbagai halangan dan cabaran yang menimbulkan rasa stres dan tekanan mental dalam diri mereka.

You might also like