You are on page 1of 55

KHIDMAT UJIAN DAN PENILAIAN

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Wan Yaacob Wan Omar
Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

1. Definisi

KHIDMAT UJIAN DAN PENILAIAN


Khidmat ujian dan penilaian di sekolah adalah berlandaskan kepada pengetahuan dan pemahaman psikologi. Khidmat ini melihat pelajar sebagai sama tetapi juga berbeza. Oleh itu prosedur kerja ujian dan penilaian pelajar ini adalah untuk melihat individualiti pelajar.

Khidmat ujian dan penilaian ini bermatlamat untuk mengumpulkan data pelajar sebagai usaha membantu mereka memahami diri dan membuat keputusan yang bermakna dalam hidup mereka, Khidmat ini juga digunakan oleh kaunselor, guru, ibubapa dan pentadbir sekolah memahami pelajar agar memudahkan proses membantu mereka. Secara umum terdapat dua jenis data yang di kumpulkan ia itu ujian dan bukan ujian (test and non-test)

Matlamat Ujian
Secara umum ujian mempunyai empat matlamat seperti berikut: 1. Membuat jangkaan (prediction) ujian diberikan untuk mengukur kebolehan, pencapaian dan lain-lain sebagai asas kukuh untuk individu membuat keputusan. Keputusan melibatkan jangkaan ia itu sejauh mana dapat dicapai oleh individu dimasa akan datang. Jangkaan yang berasaskan kepada data kuantitatif diandaikan akan menjadi lebih sah, tepat dan seimbang berbanding dengan pemikiran sahaja.

Matlamat Ujian
2. Membuat pemilihan. Ujian digunakan oleh sekolah untuk menerima atau menolak pelajar dan sesebuah sekolah. 3. Membuat klasifikasi. Klasifikasi adalah bertujuan mengatur pelajar dalam kedudukan yang sistematik. Mengikut pencapaian, mengikut aliran dll. 4. Membuat penilaian. Ujian dibuat untuk menilai, program, kaedah dll

Kegunaan Ujian Kepada Kaunselor


Kegunaan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat yang sah dan betul mengenai kebolehan (abilities), aptitut, minat dan ciri diri bagi menolong pelajar dalam memahami diri mereka. Membantu kaunselor menjangka prestasi masa depan seperti kejayaan diperingkat pengajian tinggi dan bidang yang baik untuk diceburi.

Kegunaan Ujian Kepada Kaunselor

Ujian juga membantu kaunselor membimbing pelajar membuat perancangan dan keputusan dalam pendidikan dan kerjaya masa depan. Semasa kaunselor niembantu pelajar secara individu dalam isu seperti kurikulmn, pemilihan mata pelajaran, merancang meneruskan pelajaran dan perkembangan vokasional. Kaunselor bergantung juga dengan data dan ujian yang mengambarkan aptitut pelajar, minat pelajar dan pesonaliti pelajar. Bila pelajar menghadapi masalah dengan pemilihan vokasional atau perancangan , mereka mungkin akan dapat membuat keputusan yang lebih baik apabila turut mengambil kira ujian psikologi dan maklumatnya.

Kegunaan Ujian Kepada Kaunselor

Kaunselor jugs menggunakan ujian untuk membuat diagnosis masalah pelajar. Masalah seperti kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan alam sosial mereka, masalah pertumbuhan diri dan perkembangan kendiri atau masalah yang berkaitan dengan akademik. Kebolehan membuat diagnosis yang tepat membantu dalam pengurusan diri pelajar agar memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa. Kaunselor juga menggunakan ujian untuk menilai kesan program bimbingan dan kaunseling. Untuk melihat nilai kerja mereka kaunselor juga menggunakan ujian.

Jenis -Jenis Ujian (Tests)


Ujian boleh di klasifikasikan dengan berbagai cara. Mengikut kegunaan, isi kandungan, bentuk, prosedur kerja dll. Terdapat beberapa jenis ujian untuk kegunaan kaunselor: ujian kebolehan mental (mental ability Tests) Ujian pencapaian ( achievement test) Ujian aptitut Ujian minat Ujian personaliti

Ujian Kebolehan Mental (Mental Ability Tests) Ujian ini termasuklah ujian intelligence tests, kebolehan akademik dan kebolehan scholastic.

Ujian Pencapaian (Achievement Tests) Dirangka untuk menilai hasil dan sesuatu pengajaran, kemajuan yang dialami oleh pelajar hasil dari pengajaran dan pembelajaran.

Ujian Aptitut ( Aptitude Tests) Aptitut melibatkan kombinasi intelligence dan pencapaian, personaliti dan minat dan kemahiran yang lain. Abiliti dilihat sebagai kebolehan belajar dan ujian aptiutut ini menilai pengetahuan, kemahiran dan lain ciri yang dapat menjangkau kemajuan atau kejayaan dan sesuatu pembelajaran.

Ujian minat. Minat telah dikenal pasti sebagai satu dan faktor penting dalam situasi pembelajaran. Ia sebagai faktor motivasi dalam pembelajaran.

Ujian Personaliti Ujian personaliti dirangka untuk mengukur ciri diri seperti kestabilan emosi hubungan sosial, dan aspek motivasi individu.

PENILAIAN - KAEDAH BUKAN UJIAN


(NON-TEST TECHNIQUES)

Keberkesanan guru atau kaunselor selalu diberikan pengiktirafan oleh kaki tangan lain di sekolah, kerana mereka memiliki kebolehan untuk berkomunikasi dan memahami pelajar. Malah guru atau kaunselor yang cemerlang mengenali pelajar mereka sebagai individu, mereka mempunyai pengetahuan mengenai minat, nilai , kejayaan dan pencapaian, kebolehan dan aspirasi pelajar. Mengenali murid ini adalah agak komplek dan mengambil masa, ia memerlukan teknik dan kemahiran. Analisis individu adalah tugas yang utama dalam perkhidmatan kaunseling . Ini adalah kerana dua sebab utama ia itu:

PENILAIAN - KAEDAH BUKAN UJIAN


(NON-TEST TECHNIQUES)

(1) analisis yang sistematik mengenai pelajar membolehkan kaunselor dan guru membantu pelajar dengan lebih mudah (2) analisis membantu murid memahami diri mereka dengan lebih baik, yang menjadi objektif utama dalam bimbingan. Oleh itu dalam mendapat data dan memahami pelajar kaedah yang dikenali sebagai bukan ujian, boleh juga di gunakan seperti kaedah pemerhatian, kaedah anekdot, kaedah skala rating dan lain-lain.

KAEDAH PEMERHATIAN
Pemerhatian adalah merupakan satu teknik yang paling awal dalam usaha mendapatkan data prima untuk mengkaji dan memahami murid-murid. Namun begitu pemerhatian tanpa apa-apa panduan mungkin akan mendatangkan hasil data yang terlalu banyak dan tidak berketentuan. Matlamat melaksanakan pemerhatian mestilah jelas. Apa yang diperhatikan mestilah jelas, mestilah sedar dan menilai apakah kepentingan tingkahlaku yang diperbatikan.

KAEDAH PEMERHATIAN
Pemerhatian oleh guru kelas mungkinlah secara rambang sahaja, mungkin dikatakan Fatimah nampak mengantuk hari ini, Hassan kelihatan sangat riang. Walaupun pemerhatian ini ada nilainya tetapi adalah lebih baik data dan hasil penilaian ini dibantu dengan data yang kumpul dari kaedah yang lain.

KAEDAH PEMERHATIAN
Walaupun begitu pemerhatian yang bermatlamat dan berpanjangan dapat memberikan data dan gambaran perkembangan individu yang diperhatikan dengan lebih menyeluruh. Disamping itu data dari pemerhatian dapat memperkemaskan data yang dikumpulkan dengan kaedah yang lain. Data dan pemerhatian juga tidak dapat digantikan dengan data yang kumpul dari kaedah yang lain. Pemerhatian dibuat secara berpilih, dan pemerhatian ini juga mengalakkan perkembangan individu yang memerhati. Sekiranya yang memerhati ialah seorang guru bukan sahaja dengan menjalankan pemerhatian a dapat meningkatkan kemahirannya mengajar, etapi juga meningkatkan pemahamannya terhadap murid.

KAEDAH PEMERHATIAN
Terdapat beberapa masalah dalam melaksanakan kaedah pemerhatian ini: 1. Adalah amat sukar untuk kita berlaku objektif terhadap murid yang diperhatikan sekiranya kita telah mempunyai sesuatu tanggapan atau perasaan terhadapnya. Oleh kerana perasaan yang kita alami mungkin kita akan terpesung dan keadaan sebenar apa yang diperhatikan, kita mungkin melihatnya dengan hati kita bukan dengan mata. Kita hanya mungkin memilih melihat apa yang ingin kita lihat sahaja, bukanlah rialitinya.

KAEDAH PEMERHATIAN
2. Pemerhatian yang dibuat dalam masa yang singkat atau dalam sesuatu situasi sahaja tidak dapat memberikan data yang dapat dibuat generalisasi. Kita hanya dapat membuat sesuatu kesimpulan jika mempunyai data yang cukup. jlka tidak kita hanyalah boleh membuat hipotisis dengan maklumat yang terhad. 3. Oleh kerana sampel kaedah pemerhatian ini kecil, dan bergantung kepada apa yang difikirkan oleh pemerhati sebagai signifikan sahaja, nilai data dari pemerhatian ini hanya akan meningkat sekiranya mendapatkan maklumat dari beberapa orang pemerhati.

KAEDAH PEMERHATIAN
4. Latihan yang baik perlu diberikan kepada pemerhati, untuk menggelakkan dari membuat kesimpulan yang tidak tepat, atau hanya melihat apa yang ingin dilihat sahaja. 5. Pemerhati juga mungkin sukar untuk menyatakan apa yang dilihatnya, oleh itu kadangkala pemasalahan dan memperihalkan apa yang dilihat juga terjadi.

KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian ini memerlukan pemerhati yang mahir. Kebolehan seseorang menggunakan kaedah pemerhatian ini boleh dipertingkatkan dengan mengikuti kursus dalam kaedah memerhati dan membuat rekod apa yang diperhatinya. untuk meningkatkan mutu pemerhatian yang dibuat beberapa prinsip membuat pemerhatian adalah perlu di ikut seperti:

1. Pemerhatian haruslah mempunyai pengetahuan dan biasa dengan ciri tingkahlaku murid-murid. Tingkahlaku adalah berkait dengan fasa sesuatu pertumbuhan diri individu kerana murid akan berkelakuan tertentu ditahap yang tertentu. 2. Pemerhatian harus menyeluruh. Ini termasuklah setting atau alam sekitar dimana tingkahlaku itu dilaksanakan, kerana alam mempunyai pengaruh kepada tingkahlaku.

3. pilihlah seorang murid sahaja untuk sekali pemerhatian. Jika memilih untuk memerhati beberapa orang disatu masa mungkin pemerhatian akan menjadi sukar dan tidak mendalam. 4. pemerhtaian harus dibuat dalam situasi yang biasa untuk sesuatu populasi, jika memerhati seorang murid boleh diperhati dalam kelas, dipadang, dikantin, tingkahlaku yang ditunjukkan dalam aktiviti normal seharian adalah lebih tekal dari melihatnya dalam sesuatu situasi tertentu. Contohnya adalah lebih baik memerhati munid dalam kelas dari memerhatinya ketika berada dibilik pengetua sekolah.

5. Buatlah pemerhatian beberapa hari kerana terdapat juga murid yang mempunyai hari yang tidak baik, seperti hari Isnin iaitu hari pertama kesekolah dalam minggu tersebut, mungkin bebeza dengan hari yang lain. 6. Perhatikan murid semasa mereka bertindak seperti ingin menyelesaikan masalah, yang menghendaki mereka menggunakan kebolehan diri yang ada, perhatikan semua murid, bukan mereka yang dirasakan perlu perhatian sahaja. 7. Perhatikan tingkah laku penyesuaian yang berbeda seperti penyesuaian diri dalam alam pendidikan, penyesuai dalam aktiviti sosial, status emosi, kesihatan fizikal, dan minat lain yang bukan akademik.

Pemerhatian Mengikut Masa (Time Sampling)

Kaedah ini membolehkan pemerhatian untuk sesuatu tingkahlaku itu dilakukan mengikut jam yang tertentu. Contohnya Rosnah sering bergaduh di dalam kelas, Fauzi suka mengambil barang rakan, Dodi suka memukul kawan. Untuk membuat pemerhatian, tingkahlaku yang dipilih diperhatikan mengikut masa yang ditetapkan. Pemerhatian ini bolehlah dibuat carta seperti berikut:

Pemerhatian Mengikut Masa (Time Sampling)

Carta time sampling Unit tingkahlaku diperhati I = bercakap dengan murid lain S = bercakap sendirian 0= tidak bercakap Waktu memerhati satu minit 30 saat contoh pukul 9 ke 9 30 pagi

Pemerhatian Mengikut Masa (Time Sampling) Murid Isnin Selasa ---------------------------------------------------------Jam 9 10 11 12 1 jam 9 10 11 12 1 ---------------------------------------------------------Rosnah I I Fauzi 0 S Hassan S S _______________________________________ Carta diatas memudahkan pemerhati melihat tingkah laku yang ingin diperhati dengan jelas dan mendapat gambaran yang lebih baik dan meluas.

REKOD ANEKDOT

Rekod anekdot ini adalah laporan bertulis tingkahlaku murid. Pengumpulan data beberapa individu dari berbagai punca dalam satu jangka masa.

REKOD ANEKDOT
Rekod enakdot ini sangat berguna kepada kaunselor dan guru. Kaedah pemerihalan dilakukan untuk menyediakan laporan ini dapat memberi pemahaman yang baik mengenai murid. Rekod ini memberikan celik akal, dan memperlihatkan pola tingkahlaku yang dapat memperkayakan kajian mengenai murid tersebut, dengan memberikan sebab berlakunya tingkahlaku tersebut. Rekod anekdot ini membantu guru untuk memberikan perhatian kepada murid tertentu. Ini juga dapat menggalakkan hubungan antara guru-murid, terutama guru yang baru dengan murid tertentu. Data anekdot ini Juga memberikan data perbandingan jarak masa , dulu dan masa kini, dan juga membantu menunjukkan jika ciri ciri murid tekal atau berubah. Data yang berbentuk begini adalah sangat baik untuk melengkapkan data yang dikumpulkan dari skor ujian.

REKOD ANEKDOT

Rekod anekdot yang mempunyai nilai yang tinggi haruslah berbentuk data kumalatif, objektif dan jelas, atau mungkin juga mengandungi interpritasi dan cadangan. tulisan mengenai interpritasi dan cadangan haruslah diasingkan dari data yang diperhatikan.

Contoh laporan anekdot ----------------------------------------------------------Nama murid: Sharif Ali Umur: 10 tahun Tarikh perhatian: 17 Januari 2000 Kelas 4 Melor Tempat : Bilik darjah

Kejadian : Sharif membawa sebilah pisau kedalam kelas, ia telah menghunuskan pisau kepada rakan rakannya. Ia berkata. pisau ini untuk membunuh bapa aku. Biar dia mati senang emak aku Pandangan: Sharif mungkin sangat marah dengan bapanya, dan terlalu kasihan dengan ibu. mungkin hubungan ibubapa Sharif tidak baik ini sangat merunsingkan Sharif Pemerhati Puan Norliza bt. Ali (guru kelas 4 Melor)

Data anekdot ini jika dapat dikumpulkan untuk berbagai jenis murid akan memberikan gambaran yang baik dan membantu pemahaman yang mendalam mengenai murid-murid yang berada di sekolah, bukan sahaja murid yag bermasalah tetapi juga murid yang kadangkala normal dan ditimpa kerunsingan dalam kehidupan mereka. Data anekdot yang baik menyatakan tindakan yang tertentu, perbualan, dan urutan peristiwa yang berlaku. Oleh kerana rekod anekdot ini dibuat oleh beberapa personel di sekolah, laporan ini haruslah di rumuskan terutama bagi pemerhatian yang dibuat dari masa ke-semasa.

Contoh rumusan data anekdot


_____________________________________ Nama murid___________________________ umur_______________kelas_____________ Tarikh mula laporan_____________________ tarikh akhir laporan_____________________ Tarikh______________pemerhati anekdot _____________________________________

Panduan menulis anekdot


1. Anekdot mesti berasaskan kepada tingkahlaku yang signifikan. 2. Kejadian mestilah diperhati sendiri oleh penulis. 3. Kejadian mestilah jelas, tepat , pendek dan semerta apabila terjadinya tingkahlaku tersebut 4. Jika terdapat perbualan mestilah di kodkan. 5. Jangan masukkan sentimen dalam anekdot jika tidak perlu. 6. Pemerhatian tidak boleh dipengaruhi oleh perasaannya. 7. Interperitasi dan cadangan harus dapat selepas data pemerhatian di tulis dan harus dinyatakan ianya adalah interperitasi pemerhati dan cadangannya.

Panduan menulis anekdot


8. 9. Rekodkan hanya satu kejadian dalam satu anekdot. Tingkahlaku yang signifikan yang positif juga harus di laporkan bukan hanya yang negatif sahaja. Sekiranya murid melakukan tingkahlaku yang diperhati semasa bermain ianya juga harus dicatitkan. Anekdot haruslah merupakan pemerihalan tindakan murid. Rekod anekdot seharusnya diberikan kepada kaunselor untuk tindakan dan simpanan.

10.

11.
12.

SKALA RATING Skala rating dan senarai semak di gunakan bagi membuat rumusan kepada pemerhatian terhadap tingkahlaku murid dan kebolehan yang ada pada mereka. Bentuk ini boleh digunakan untuk tujuan pemerhatian perseorangan atau kelompok. Selalunya skala ini dicipta disekolah atau kelas untuk membolehkan ia memenuhi kehendak kelompok atau persaorangan atau kumpulan yang mempunyai keperluan yang khusus atau tertentu. Pengertian skala rating ini ialah menunjukan kedudukan sesuatu tingkahlaku atau kebolehan di atas satu skala yang boleh diukur. Begitu juga Dengan senarai semak yang dapat menunjukan kehadiran sesuatu trait pada diri individu atau kelompok.

SKALA RATING

Antara kelebihan yang terdapat dalam skala ini ialah ia dapat digunakan kepada murid prasekolah dan yang belum boleh membaca serta yang tidak berkebolehan lagi untuk menilai reaksi diri mereka sendiri.

SKALA RATING Apabila seseorang pemerhati telah memerhatikan murid-murid di dalam satu jangka waktu, mereka akan membentuk satu impresi mengenai tingkahlaku murid tersebut, walaupun mereka tidak mencatitnya, pandangan ini dapat membantu membena skala rating yang boleh digunakan untuk tujuan memahaini murid-murid. Skala rating adalah baik sekali digunakan untuk memerhatikan tingkah laku yang mudah dilihat. Oleh itu ia memudahkan proses pentafsiran berlaku. Contoh : adakah Sharif tidak boleh duduk diam dalam kelas? Tingkahlaku ini boleh diperhatikan dengan menggunakan skala rating.

SKALA RATING

Skala rating ini dapat dibuat dalam bentuk grafik seperti dibawah: Dalam skala rating yang berbentuk grafik di bawah telah mengunakan kenyataan yang berbentuk pemerihalan keadaan Adakah Sharif mengganggu apabila guru mengajar?

SKALA RATING

______________________________________________________________ Tidak Menganggu sekali sekala mengganggu

Sederhana mengganggu sangat berbanding lebih dari rakan mengganggu dengan rakan yang lain lain di kelas ______________________________________________________________

SKALA RATING Kadangkala angka juga boleh digunakan untuk menggambarkan sesuatu trait atau tingkahlaku yang diperhatikan, seperti yang ditunjukan di bawah ini: Contoh skala rating menggunakan angka Terdapat senarai trait yang dimiliki oleh murid dibawah ini : dua gambaran yang bertentangan mengenai trait tersebut diberikan, Sekiranya murid tersebut cemerlang bulatkan nombor 5 , jika sangat lemah bulatkan nombor 1. Nombor 3 adalah mengambarkan keadaan sederhana. Dalam erti kata lain nombor yng anda tandakan mengambarkan tahap yang dimiliki oleh murid yang anda perhatikan.

SKALA RATING
Penumpuan murid

Lemah .. baik
Tahap kerajinan Malas . rajin Ketekunan Tidak . tekun

Kebersihan
Kotor . Bersih

Banyak lagi trait yang boleh dilihat dan digunakan dalam alat ini seperti:

Kecerdasan mental
Kerjasama Inisiatif Berhati-hati Kebolehan untuk belajar Tindakbalas kepada undang-undang

kebolehan mengikut arahan


kebolehan memberi tumpuan anggaran kecerdasan kepimpinan ketekunan dalam bekerja

Banyak lagi trait yang boleh dilihat dan digunakan dalam alat ini seperti:

Perihatin dengan orang lain


Sikap terhadap kerja Kepantasan bekerja

Kestabilan emosi
Tangung jawab Menghadapi kekecewaan Kebolehan untuk belajar

Reaksi terhadap pujian

Skala rating seperti diatas boleh juga digunakan untuk melihat perkembangan murid dalam jangka masa yang panjang dengan hanya memberikan format yang menunjukan perkembangan dari tahun ketahun. Skala yang sebegini sangat baik untuk menjalankan kajian longatidunal.

Contoh skala rating yang menunjukkan perkembangan

Nama murid: Tarikh lahir: Sekolah:

Arahan : setiap akhir tahun sila tandakan skala Trait yang disenaraikan di bawah ini. Dengan menanda 1 sebagai situasi rendah dan 5 situasi tinggi.

guru guru guru guru guru guru

tahun tahun tahun tahun tahun tahun

I 2 3 4 5 6

Kelas

1
Penumpuan Kerajinan Kerjasama Perhubungan Kestabilan emosi

Skala ini juga boleh digunakan untuk melihat perkembangan sesuatu kelompok murid dengan hanya membuatkan rumusan yang dinilai oleh guru dalam satu borang Contoh :

Rumusan skala kelompok


Nama guru : Tahun : Sekolah : Kelas :

Arahan : skala 1 adalah rendah, 5 adalah tinggi

Nama Murid
Hadi Tina

Penumpuan Kerajinan Kerjasama Emosi

Nani
zuki

Toni
Vela

Panduan menyediakan skala rating 1. 2. 3. Ciri yang diperhatikan mestilah jelas, supaya semua guru atau penilai akan mendapat tanggapan yang sama mengenai trait yang dinilai. Tingkahlaku yang dinilai mestilah mudah diperhatikan dan objektif, agar dapat persetujuan apa yang diperhatikan. Rating ini bergantunglah kepada kebolehpercayaan dan kesahan pengetahuan yang dimiliki oleh penilai terhadap murid. Adalah tidak baik untuk guru yang tidak mengenali murid tetapi membuat penilaian kepada murid tersebut. Ketekalan dan kestabilan rating ini akan bertambah dengan mengambil kira pendapat dan beberapa penilai. Rating ini akan lebih bermakna jika seluruh skala digunakan bukan hanya berkumpul di atas atau rendah sahaja.

4. 5.

Sekiranya skala rating ini dikumpulkan, nilainya akan bertambah jika dimasukkan data yang berterusan dari tahun ke-tahun, bagi memperlihatkan perkembangan murid dari masa kemasa.

RUMUSAN
Terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dikumpulkan dalam kaedah bukan ujian ini seperti: Penggunaan kad kumalatif Autobiografi Soal selidik Kaedah sosiometrik Kajian Kes Semua kaedah ini dapat membantu dalam mengenali munid dan mendapatkan data asas yang penting dalam merencana aktiviti atau program yang diperlukan oleh pelajar.

Sekian Terima Kasih

You might also like