You are on page 1of 2

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita dapat berkumpul dan berhimpun di pagi yang mulia ini sempena majlis meraikan persaraan _________________selaku ________________________________

Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan dalam perkhidmatan pendidikan. Tempoh 31 tahun bukan jangka masa yang pendek. Sudah pasti dalam masa tersebut begitu banyak jasa dan bakti telah dicurahkan dalam dunia pendidikan. Bagi pihak kami di PIBG ., tempoh 2 tahun lebih bersamasama dengan Cikgu . banyak memberikan pengalaman dan pengajaran yang berguna. Bermula dengan jawatan Hal Ehwal Murid yang bayak berhubung dengan pihak kami dalam soal kebajikan murid, bantuan persekolahan dan sebagainya hinggalah ke jawatan Penolong Kanan Pentadbiran yang menguruskan hal-hal akademik anak-anak kami. Keduadua jawatan yang dipikul oleh Cikgu . selama berada di sini menjadikannya amat rapat dengan kami. Para hadirin sekalian, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saatsaat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana perpisahan dengan Cikgu .. yang kita sayangi. Pada saya, Cikgu .. bukan sahaja sebagai pentadbir, tetapi saudara kita dalam keluarga besar masyarakat KAMPUNG ini. Kini, masyarakat .. pasti akan merindui senyum, tawa, kata hikmah dan nasihat dari Cikgu. Kehilangan beliau pastinya akan dirasai

oleh semua terutama warga .. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan, Yang patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Kami di PIBG .. berharap agar cikgu yang menggantikan Cikgu .. akan dapat meneruskan kesinambungan dan kerjasama erat dengan PIBG dalam menjayakan agenda pendidikan untuk anak-anak . Para hadirin sekalian, Pada kesempatan ini, saya mewakili ibu bapa dan masyarakat Sungai Bogak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah Cikgu curahkan untuk kejayaan anakanak kami. Semoga jasa bakti yang ditabur di sini diterima sebagai amal ibadah dan mendapat ganjalan di sisi Allah SWT. Sudah jadi adat Melayu, dalam ucapan pasti diselit kata bermadah, gurindam nasihat Izinkan saya mengakhiri ucapan ini dengan pantun khusus buat Cikgu .

Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Bunga mawar dalam jambangan, Campur sedikit haru melati, Budi tuan jadi kenangan, Tersemat kukuh dalam hati. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh

You might also like