You are on page 1of 9

LAPORAN SUKANEKA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SENGKANG 2013.

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK : TINAGARAN A/L MAGISPARAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2010 : SJK(T) LADANG SENGKANG : SUKANEKA

TEMPOH PELAKSANAAN : 1 HARI OBJEKTIF :

1. Mencungkil bakat yang ada pada diri murid 2. Melahirkan ahli sukan yang berbakat 3. Memupuk nilai berdikari di kalangan murid 4. Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. 5. Melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

STRATEGI PELAKSANAAN Pada 3 Julai 2013 bersama hari Rabu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sengkang telah mengadakan pertandingan Sukaneka bagi semua murid tahap satu dan dua. Saya Tinagaran a/l Magisparan guru pelatih IPG Raja Melewar telah menjalankan Program Intership di sekolah tersebut untuk sebulan. Oleh itu, saya dan rakan sepasangan saya Punnitharaj telah melaksanakan aktiviti sukaneka ini sebagai salah satu projek di sekolah tersebut. Saya telah menggelarkan diri saya sebagai pengerusi bagi program ini.Manakala rakan saya pula telah menjadi naib pengerusi. Guru Penasihat untuk kami adalah Pn.V.Shanti. Beliau telah memberi bimbingan dan dorongan yang baik kepada saya untuk menjayakan projek sukaneka ini.

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada muridmurid bagi mewujudkan persaingan yang sihat. Di samping itu, ia juga dapat membentuk sahsiah diri yang baik dan berdisiplin dalam kalangan murid-murid. Sebelum melaksanakan projek ini saya telah membuat beberapa persiapan awal supaya memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan juga berjaya terhadap objektif yang telah ditetapkan. Seterusnya, kami juga telah menerima peruntukan kewangan daripada pihak PIBG. Mereka telah memberi sokongan yang hebat kepada kami. Selaku pengerusi bagi projek ini saya telah bertungkus-lumus untuk membuat segala persiapan yang harus dilakukan sebelum hari sukaneka tersebut. Pertama sekali, saya telah merancang aktiviti-aktiviti atau permainan yang sesuai diadakan bagi murid-murid sekolah tersebut. Saya telah mengangihkan aktiviti permainan ini kepada dua iaitu acara sukaneka secara individu manakala yang kedua adalah aktiviti secara berkumpulan. Antara jenis permainan yang telah diadakan secara individu adalah ikat belon pada kaki (tahun 1), makan epal (tahun 2), rebut kerusi (tahun 3), permainan makan roti dan oren bagi tahun 4 dan 5 serta dengan acara makan biskut bagi murid tahun 6. Pemenang bagi acara-acara ini akan dipilih mengikut setiap tahun 1-6. Bagi setiap aktiviti tersebut hanya seorang murid sahaja yang akan menjadi pemenang mengikut tahunnya. Sebagai contohnya, bagi kelas murid tahun 1 hanya seorang murid sahaja yang akan menjadi pemenang secara keseluruhan untuk tahun 1. Selepas merancang aktiviti individu, saya dan rakan saya telah merancang acara yang ditanding secara berkumpulan. Kami telah membahagikan murid kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan merah, biru dan kuning. Berpandukan senarai nama murid bagi semua tahun kami telah membahagikan murid mengikut kumpulan. Kami telah menggabungkan murid tahun 1 dan 2, tahun 3 dan 4 seterusnya tahun 5 dan 6. Kami juga telah mengadakan acara yang berbeza bagi setiap tahap murid tersebut. Bagi murid-murid tahun 1 & 2 aktiviti yang akan dipertandingkan adalah acara terompah gajah dan lompar guni. Bagi murid tahun 3 & 4 pula aktiviti jalan tempurung dan kepit bola dan akhirnya bagi kumpulan murid tahun 5 & 6 pula aktiviti jalan batu bata serta dengan tarik tali. Bilangan murid yang terlibat daripada tahun 1 & 2 adalah sebanyak 18 orang, tahap 3 & 4 pula sebanyak 24 orang murid dan bagi tahun 5 & 6 ialah sejumlah 27 orang.

Seterusnya, kami juga telah melantik beberapa ahli jawatankuasa kerja seperti pengadil, AJK sukaneka, permainan, senamrobik, persiapan tempat, kebersihan, cenderamata dan juga AJK peralatan. Mereka telah bekerjasama antara satu sama lain dan menjalankan tugas mereka masing masing. Kami juga telah mengedarkan buku program kepada pihak-pihak tertentu. Pada hari ketibaan sukaneka, saya telah sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Program telah bermula pada pukul 7.45 pagi dengan pendaftaran. Pada pukul 7.45 pagi Guru Besar SJK(T) Ladang Sengkang Pn.Santhi telah memberi ucapan ringkas dan telah merasmikan sukaneka dengan penuh meriah. Aktiviti senamrobik telah dikendalikan oleh Pn.Krisnaveni dan murid-murid juga telah melibatkan diri dengan penuh aktif dan semangat. Saya telah memastikan segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan sistematik. Pada pukul 8.30 pagi semua acara individu dan berkumpulan telah bermula. Semua murid telah melibatkan diri mereka dengan penuh semangat dan berusaha gigih untuk berjaya dalam setiap permainan. Permainan-permainan tersebut dapat mencungkil bakat yang ada pada diri murid. Di samping itu, ia juga telah memupuk nilai berdikari dalam kalangan murid serta dengan semangat berkerjasama antara satu sama lain. Dalam aktiviti kumpulan murid-murid telah membantu antara satu sama lain seperti bah kata pepatah aur dengan tebing. Mereka telah menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk menerokai teknik-teknik yang sesuai untuk memenangi setiap pertandingan. Seterusnya, pada pukul 10.00pagi semua murid telah berehat dan permainan diteruskan pada pukul 10.30 pagi. Akhirnya, pada pukul 12 tengahari upacara penyampaian hadiah diadakan bagi pemenangpemenang pertandingan. Para murid berasa sangat gembira dan juga penat. KEKUATAN Kekuatan pelaksanaan projek sukaneka ini adalah ia telah menjadi salah

satu pengalaman yang baik kepada para murid. Hal ini kerana segala aktiviti yang telah dirancang dilakukan secara berkumpulan. Justeru, murid-murid dapat berinteraksi sesama rakan mereka dan bersatupadu sewaktu bermain. Ia telah memupuk nilai-nilai murni serta merapatkan hubungan silaturahim antara mereka. Selain itu, bagi saya pula selaku pengerusi projek ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan tentang penganjuran program sukaneka di sekolah. Pengalaman ini

dapat membantu saya sewaktu berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah lain pada masa akan datang. KELEMAHAN Saya juga telah menghadapi beberapa rintangan semasa menjalankan projek ini. Pertama sekali, kesuntukan masa untuk membuat persiapan yang rapi. Seterusnya, segelintir pelajar tidak terlibat secara aktif dalam sesuatu permainan. PENAMBAHBAIKAN Bagi program yang seterusnya saya bercadang untuk mendapat sumbangan kewangan daripada ibu bapa dan dapat dilaksanakan bagi tempoh yang panjang. Seterusnya, saya menggalakkan ibu bapa dan pihak sekolah haruslah memberi sokongan yang kuat untuk menjalankan sesuatu program. KESIMPULAN Akhirnya, saya berasa sangat kagum dan tenang kerana berjaya

melaksanakan sebuah projek sekolah dengan berjaya. Walaupun saya berasa sangat penat ia telah memberi kenangan dan pengalaman yang manis kepada saya. Pada saat ini, saya bersyukur kepada tuhan kerana telah membantu saya dalam segala rintangan yang telah dihadapi.

LAPORAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SENGKANG 2013. NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK : TINAGARAN A/L MAGISPARAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2010 : SJK(T) LADANG SENGKANG : PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

TEMPOH PELAKSANAAN : 2 HARI OBJEKTIF :

1. Mencungkil bakat yang ada pada diri murid 2. Melahirkan ahli sukan yang berbakat 3. Memupuk nilai berdikari di kalangan murid 4. Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. 5. Melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

STRATEGI PELAKSANAAN Pada hari 19 Julai hingga 20 Julai 2013 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sengkang telah mengadakan perkhemahan tahunan badan beruniform bagi murid tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6. Saya Tinagaran a/l Magisparan guru pelatih IPG Raja Melewar telah menjalankan Program Intership di sekolah tersebut untuk sebulan. Oleh itu, saya dan rakan sepasangan saya Punnitharaj telah melaksanakan perkhemahan ini sebagai salah satu projek di sekolah tersebut. Saya telah menggelarkan diri saya sebagai Naib Pengerusi bagi program ini.Manakala rakan saya pula telah menjadi pengerusi. Guru Penasihat untuk kami adalah Pn.V.Shanti. Beliau telah memberi bimbingan dan dorongan yang baik kepada saya untuk menjayakan projek ini.

Tujuan utama aktiviti perkhemahan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid bagi mewujudkan persaingan yang sihat. Di samping itu, ia juga dapat membentuk sahsiah diri yang baik dan berdisiplin dalam kalangan muridmurid. Di samping itu, perkhemahan ini juga mampu mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan sosial (JERIS) murid-murid. Sebelum melaksanakan projek ini saya telah membuat beberapa persiapan awal supaya memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan juga berjaya terhadap objektif yang telah ditetapkan. Seterusnya, kami juga telah menerima peruntukan Ko-kurikulum. Mereka telah memberi sokongan yang hebat kepada kami. Perkhemahan ini telah ditubuhkan di padang sekolah SJK(T) Ladang Sengkang. Saya dan rakan saya telah membuat pelbagai persiapan untuk memastikan aktiviti-aktiviti berlangsung lancar. Sebelum hari perkhemahan kami telah menghantar surat kepada para ibu bapa untuk menghantar anak ,mereka. Selain itu, kami telah menyediakan hadiah dan sijil untuk murid-murid yang terlibat dalam perkhemahan. Kami telah mengangihkan tugas kepada guru-guru di sekolah tersebut. Semua guru telah terlibat dengan penuh semangat. Seterusnya, kami juga telah mempraktiskan para murid yang terlibat dalam perkhemahan tersebut untuk malam kebudayaan sebelum hari itu. Kami telah membahagikan murid kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan akan

mempersembahkan satu persembahan yang berlainan. Antaranya adalah drama, tarian, aktiviti menyanyi lagu dan lagi satu persembahan adalah terbuka iaitu mengandungi ketiga-tiga unsur tersebut. Pada pukul 12 tengahari hari Jumaat pendaftaran murid untuk perkhemahan dimulakan. Seterusnya, kami telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan merasa makanan tengahari. Pertama sekali, kami telah menjalankan aktiviti memasang khemah dan juga membuat gajet. Setiap aktiviti yang dijalankan akan dipertandingkan oleh muridmurid megikut kumpulan masing-masing. Bagi aktiviti memasang khemah beberapa ciri-ciri diambilkira untuk diberi markah seperti kekukuhan khemah, keceriaan dan kebersihan khemah dan lain-lai lagi. Oleh sebab itu, murid-murid telah bersusah payah untuk menyesuaikan diri mereka di tempat yang strategik. Mereka telah berganding bahu untuk menceriakan khemah masing-masing.

Pada pukul 1.00petang murid-murid telah diberi taklimat ringkas dan diteruskan dengan latihan dalam kumpulan iaitu ice breaking. Aktiviti ini diadakan di dewan sekolah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengurangkan jurang antara peserta-peserta dari kelas yang berlainan dan membina satu ikatan persahabatan antara mereka.Antara aktiviti yang dijalankan semasa Ice Breaking ialah mencipta lagu, logo. etika kumpulan. Pada masa yang sama juga, saya telah mengajar mereka beberapa tepukan yang menjadikan kami ceria dan seronok untuk terus mengikuti program perkhemahan ini secara aktif. Antara tepukan yang diajar adalah tepukan badan peruniform dan tepukan semarak. Seterusnya, murid-murid telah menyediakan minuman petang pada pukul 4.30 petang. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir untuk menyediakan makanan dan minuman. Melalui ini murid-murid dapat mempelajari nilai berdikari dan tolongmenolong antara satu sama lain. Di samping itu, murid-murid juga dapat mengetahui pelbagai info baru berkaitan aktiviti memasak. LDK yang kedua pula aktiviti sukaneka. Murid-murid telah terlibat dalam permainan kecil. Pada pukul 6.30 petang murid-murid telah menguruskan diri masing-masing bagi sesi LDK yang berterusan. LDK yang seterusnya adalah sesi ceramah dan motivasi. Murid-murid telah diberi pendedahan tentang badan beruniform dan penglibatan murid mestilah aktif. Selepas sesi ceramah tersebut, murid-murid sudah teruja kerana ia merupakan sesi makan malam dan aktiviti membuat BBQ. Guruguru Melayu telah pun membuka puasa bersama dengan kami. Saya dan guru-guru lain telah membakar ayam dan menghidang kepada murid-murid. Para murid juga membantu kami. Selain daripada itu, pada pukul 10.30malam aktiviti malam kebudayaan dijalankan. Setiap kumpulan murid telah mempersembahkan persembahan masingmasing yang telah membuat persiapan sebelum hari perkhemahan. Ibu bapa juga telah dijemput untuk menyaksikan persembahan murid-murid. Saya berasa gembira kerana murid-murid telah memberi persembahan yang sangat menarik. Pada pukul 11malam semua murid telah bertidur. Tujuan utama kami minta murid tidur awal ialah kerana terdapat lagi satu sesi latihan dalam kumpulan iaitu aktiviti cengkerik dan pungguk. Pada waktu larut malam, murid-murid telah dibangunkan satu demi satu dan membawa mereka ke tempat sunyi dan gelap tanpa bantuan guru. Aktiviti

ini bertujuan untuk meyakinkan diri mereka dan memupuk nilai. Keberanian. Segelintir murid berasa sangat takut dan berjerit-jerit. Semua guru telah mengawasi pergerakan murid secara bersembunyi. Manakala aktiviti yang bernama pungguk pula mata murid akan diikat dan diminta bergerak tanpa bantuan guru dan rakanrakannya. Aktiviti ini memang menarik dan memberi kesan yang positif kepada para murid. Pada hari Sabtu pagi murid-murid telah menguruskan diri dan terlibat dalam aktivitiviti sengkang cergas pada pukul 6.30 pagi. Pada pukul 8.00pagi mereka telah bersarapan pagi dan terlibat dalam sesi latihan dalam kumpulan yang terakhir iaitu misteri harta karun. Akhirnya, perkhemahan ini telah ditamatkan dengan penyampaian hadiah. Semua murid telah menerima sijil dan hadiah daripada Guru Besar. KEKUATAN Kekuatan program perkhemahan ini adalah dapat membina keyakinan dan keberanian dalam diri murid-murid. Murid-murid telah mendapat pendedahan yang bermanfaat tentang badan beruniform. Di samping itu, murid-murid juga boleh berdikari dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini membantu mereka semasa melanjutkan pelajaran mereka di Universiti. Mereka boleh memasak sendiri dan juga dapat berhidup tanpa bergantung kepada orang lain. KELEMAHAN Salah satu kelemahannya adalah kesuntukan masa. Perkhemahan ini hanya dapat dijalankan 1malam sahaja. Jika kami mendapat masa yang lebih banyak aktiviti-aktiviti dapat dilaksanakan. Seterusnya, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka untuk perkhemahan ini. Seterusnya, perkhemahan juga telah memerlukan kos yang tinggi.

PENAMBAHBAIKAN Bagi program yang seterusnya saya bercadang untuk mendapat sumbangan kewangan daripada ibu bapa dan dapat dilaksanakan bagi tempoh yang panjang. Seterusnya, saya menggalakkan ibu bapa dan pihak sekolah haruslah memberi sokongan yang kuat untuk menjalankan sesuatu program. KESIMPULAN Projek perkhemahan ini telah memberi banyak manfaat kepada para murid. Pada pendapat saya, setiap tahun pihak sekolah hendaklah menjalankan programprogram seperti ini untuk membina seseorang murid dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek (JERIS).

You might also like