You are on page 1of 10

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FPK menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan juga kepada negara. Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI.

TEKS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Faktor agama Agama islam agama rasmi dan agama lain bebas dianuti mengikut undang- undang Negara Agama islam merupakan faktor-faktor

yang

penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan FPK.

Faktor sosial tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu

matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam FPK.

Faktor politik

FPK digubal berlandaskan kepada ideology Negara yang


dicerminkan dalam dokumen dokumen rasmi seperti laporan pendidikan , rancangan Malaysia dan Rukun Negara .

Faktor ekonomi Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu Negara

memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan


daya pengeluarannya

Faktor individu Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses

pendidikan . potensi individu ini meliputi aspek- aspek


intelek rohani , emosi dan jasmani.

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Implikasi terhadap kurikulum Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPK . Ini meliputi : Perubahan sukutan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilainilai murni.

Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum.

Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik profesionalnya untuk

menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan cita FPK . Ini

meliputi;
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita FPK. Perubahan profesionalnya dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan , berketrampilan serta berakhlak mulia.

Implikasi terhadap institusi pendidikan Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar pelajar mengikut tujuan dan cita FPK .Ini meliputi; Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar - pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek , rohani , emosi , sosial , dan jasmani , secara menyeluruh

dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai nilai murni dalam jiwa pelajar .

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan


pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

DISEDIAKAN OLEH, KUMPULAN 1


NAMA AHLI: ESPARY A/P KRISHNAN HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN VALARMATHY A/P KUNASEKARAN UMA MAGESWARY A/P MUNIANDY

You might also like