You are on page 1of 8

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 10

LINGUISTIK KONTEKSTUAL 10.1 Sosiolinguistik 10.2 Antropologi Linguistik 10.3 Linguistik Antropologikal

Sinopsis Menurut J.Lyons, 1968, linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005 Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Maka, linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.

Hasil Pembelajaran: (i) (ii) Selepas perbincangan, pelajar dapat menyatakan konsep linguistik kontekstual. Pelajar juga mampu membandingkan ketiga-tiga subbidang dalam ilmu linguistik kontekstual dengan memberikan contoh-contoh yang betul.

Linguistik kontekstual terbahagi kepada tiga subbidang sebagaimana Rajah 1, iaitu: 1. Sosiolinguistik 2. Antropologi Linguistik 3. Linguistik Antropologikal

10.1 Sosiolinguistik 1. Bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat 2. Berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. 3. Merupakan kajian yang sangat luas, seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan dari perpaduan sosial dan jarak sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan bahasa dan lain-lain.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

4. Pada prinsipnya ia mengkaji mengenai aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat. 5. Bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dan masyarakat. 6. Fungsi linguistik memperkatakan perkara-perkara seperti perbandingan bahasa resmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi. 7. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh taraf pemakainya.

Antropologi Sosiolinguistik

KONTEKSTUAL

Linguistik

Antropologi
Rajah 1: Subbidang Linguistik Kontekstual

10.2 Antropologi Linguistik 1. Mengkaji tentang hubungan antara bahasa dan budaya, untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

2. Adakala disebut sebagai etnolinguistik iaitu bidang yang memberi tumpuan kepada perhubungan antara bahas dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahas dengan kumpulan-kumpulan. 3. Kaedah participant observation digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya. 4. Participant observation merujuk kepada seseorang yang di hantar kepada sesuatu etnik, menetap dan bergaul hingga kadang- kadang membawa kepada perkahwinan dalam jangka masa yang lama.

10.3 Linguistik Antropologikal 1. Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Perkaitan ini juga merujuk pemahaman fenomena komunikasi masyarakat primitif. 2. Bidang linguistik antropologikal dibuktikan dengan perkembangan ilmu filologi dan nahuan terutama bagi bahasa Indo-Eropah pada abad ke-19. 3. Bidang ini juga cuba menghuraikan struktur bahasa tertua di Amerika, Asia Tenggara dan Pasifik dengan menggunakan kaedah analisis linguistik yang lebih berkesan terutama strukturalisme. 4. Kini, bidang ini semakin kurang popular kerana perubahan sistem sosial masyarakat daripada primitif kepada moden yang menghasilkan bidang sosiolinguistik pula. 5. Bidang sosiolinguistik lebih sesuai bagi mengkaji penggunaan bahasa dalam perkembangan masyarakat yang moden.

Aktiviti: Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik kontekstual bagi perkembangan ilmu linguistik moden.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 11

Linguistik Gunaan 11.1 Sintesis Ujaran 11.2 Linguistik Tiruan

Sinopsis Tajuk 11 akan memaparkan bidang linguistik gunaan yang mengutamakan pengaplikasian ilmu linguistik dalam bidang pendidikan, iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Hasil Pembelajaran: (i) Pelajar dapat membandingkan aspek sintesis ujaran dengan aspek linguistik tiruan dalam bahasa Melayu.

11. Linguistik Gunaan Linguistik gunaan juga dinamakan linguistik terapan. Linguistik gunaan muncul apabila bidang liguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Huraian bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat, dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Keadaan ini telah menghasilkan kaedahkaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan pembelajarannya. Antara kaedah yang dihasilkan ialah Kaedah Terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks. Terdapat aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan tetapi untuk tujuan modul ini kita hanya menyentuh penggunaan linguistik dalam pengajaran bahasa sahaja yang meliputi sintesis ujaran dan linguistik tiruan.

11.1 Sintesis Ujaran Sintesis ujaran meliputi pembuatan selari serupa menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi ujaran, sebagai ujaran yang berdasarkan semantik, misalnya kata kerja, kata adjektif dan sebagainya.Ujaran merupakan sintesis dari proses perubahan konsep menjadi kod,

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

sedangkan pemahaman pesananan tersbut hasil analisis kod. Huruf-huruf adalah simbol daripada suara ujaran. Sintesis yang dilakukan menghasilkan pelbagai jenis ujaran yang tidak terbatas jumlahnya. Penghasilan ujaran itu dapat dimanfaatkan bagi tujuan khusus dan tidak khusus. Dengan ujaran inilah manusia mengungkapkan hal yang nyata atau tidak. Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat semasa pertuturan sintesis ujaran akan dilakukan, namun hasilnya tidak tepat seratus peratus.

11.2 Linguistik Tiruan Linguistik tiruan ialah satu komponen daripada linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan diguna pakai oleh ahli linguistik Linguistik ini saling berhubungan antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur tentang bahasa yang telah dipelajarinya. Linguistik ini juga merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Oleh hal yang demikian linguistik tiruan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik. Linguistik tiruan mengambil dapatan dari bahasa-bahasa tertentu dan menghuraikan gambaran-gambaran umum tentang bahasa tersebut dan menggunakannya untuk bidangbidang bahasa. yang lain, merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran

Aktiviti Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik gunaan bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 12

Linguistik Diakronik 12.1 Perubahan Bahasa 12.2 Saussure 12.3 Noam Chomsky

Sinopsis Bidang linguistik yang akan dihuraikan dalam tajuk ini ialah linguistik diakronik. Bidang ini merangkumi konsep perubahan bahasa dan diskusi tentang tokoh seperti Saussure serta Noam Chomsky.

Hasil Pembelajaran: (i) Pelajar dapat membincangkan konsep linguistik diakronik secara mendalam berdasarkan penulisan tokoh-tokoh bahasa de Saussure dan Chomsky.

Kerangka Tajuk: Linguistik Diakronik 12.1 Perubahan Bahasa 12.2 Ferdinand de Saussure 12.2 Noam Chomsky

12.1 Perubahan Bahasa Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan bahan-bahan sejarah merupakan bidang

linguistik diakronis yang mengkaji perubahan bahasa yang dilalui oleh masa. Perubahan bahasa dan perkembangan bahasa yang dilalui bahasa dalam masa yang lampau adalah sebahagian daripada linguistik diakronis.

12.2 Ferdinand de Saussure Beliau ialah orang yang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai bapa ilmu linguistik moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Beliau seorang ahli linguis yang terkemuka yang telah meletakkan dasar-dasar yang kuat pada ilmu linguistik
6

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

moden dan merupakan ahli bahasa yang pertama yang menekankan bahawa bahasa bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang pukang susunannya tetapi adalah seabaliknya unitunit itu tersususn menurut stuktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri. De Saussure menerangkan laku ucapan (speech-act) adalah sebagai satu rantai hubungan antara setidak-tidaknya dua orang penutur.Laku ucapan ini terdiri daripada bahagian luar (fizikal) yang dibatasi oleh mulut dan telinga dan bahagian dalam iaitu bahagian jiwa yang terdapat dalam otak yang juga dinamai pusat perhubungan. Jika A bertutur maka B akan mendengar dan jika B bertutur A mendengar. De saussure telah memisahkan bahasa (langue) daripada ucapan manusia (langage). Menurut beliau, ucapan manusia adalah gabungan daripada langue dan parole (bertutur). Bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya ini (erti dan bayangan bunyi) adalah bersifat psikologi. Beliau menekankan gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa.

12.3 Noam Chomsky Chompsky menegaskan bahawa kematangan saraf, kematangan berfikir dan bertindak adalah penting dalam proses mempelajari bahasa. Menurut beliau , setiap manusia yang dilahirkan ke dunia sudah dibekalkan dengan satu kapasiti untuk membolehkan dia berbahasa apabila sampai masanya. Potensi berbahasa ini sebenarnya adalah sifat akal atau mental characteristics bukan biological characteristics. Menurut beliau lagi, peringkat permulaan

belajar tidak semata-mata bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja tetapi juga melibatkan proses kognitif. Chomsky juga menegaskan bahawa bahasa adalah kreatif. Penghasilan sesuatu bahasa itu tidak terbatas kepada objek-objek dan peristiwa-peristiwa atau pengalamanpengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Beliau juga menerangkan bahawa bahasa yang dipelajari itu adalah melalui pembentukan satu set rumus-rumus yang digunakan untuk menerbitkan kalimat-kalimat baharu itu. Menurut Chomsky lagi, setiap penutur dan pendengar mempunyai kemampuan dan prestasi. Kemampuan dapat diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu menghasilkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain kemampuan itu adalah pengetahuan penutur mengenai bahasanya.Chomsky menegaskan lagi bahawa tatabahasa

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

generatif dalam otak penutur diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri, kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Kemampuan seumpama inilah yang menghasilkan prestasi, dan prestasi ini pula menghasilkan elemenelemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar- dari telinga ke otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.

Aktiviti: Terdapat banyak tokoh terkenal dalam bidang linguistik semenjak zaman awal perkembangan linguistik dari zaman Yunani hinggalah ke zaman moden.Bincangkan tiga tokoh linguistik pada abad ke-19 serta sumbangannya kepada perkembangan linguistik moden.

Rujukan: Abdullah Hassan, Prof., 2006, Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Selangor, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim dan Norlidza shamsuddin (2008). Bahasa Malaysia kertas 1 & 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like