You are on page 1of 9

INOVASI

1. Tali abjad/nombor
Saya menggunakan tali sebagai medium penulisan abjad. Murid perlu menyambung garisan putus abjad/nombor ( mengikut kesukaran murid) terlebih dahulu mengikut penulisan abjad yang betul. Kemudian, murid perlu melekatkan tali di atas abjad/nombor tersebut mengikut penulisan yang betul. Contoh :

a
Hasil :

Murid perlu menyambung garisan putus abjad a sehingga sempurna terlebih dahulu mengikut penulisan yang betul. Contohnya, murid perlu menyambung garisan
dahulu diikuti dengan garisan

terlebih

2. Gabus berwarna abjad


Saya menggunakan gabus berwarna sebagai medium penulisan abjad. Murid perlu menyambung garisan putus abjad ( mengikut kesukaran murid) terlebih dahulu mengikut penulisan abjad yang betul. Kemudian, murid perlu melekatkan gabus berwarna di atas abjad tersebut mengikut penulisan yang betul. Contoh :

a
Hasil :

Murid perlu menyambung garisan putus abjad a sehingga sempurna terlebih dahulu mengikut penulisan yang betul. Contohnya, murid perlu menyambung garisan
dahulu diikuti dengan garisan

terlebih

3. Kacang soya abjad


Saya menggunakan kacang soya sebagai medium penulisan abjad. Murid perlu menyambung garisan putus abjad ( mengikut kesukaran murid) terlebih dahulu mengikut penulisan abjad yang betul. Kemudian, murid perlu melekatkan kacang soya di atas abjad tersebut mengikut penulisan yang betul. Contoh :

a
Hasil :

Murid perlu menyambung garisan putus abjad a sehingga sempurna terlebih dahulu mengikut penulisan yang betul. Contohnya, murid perlu menyambung garisan
dahulu diikuti dengan garisan

terlebih

4. Glitter dalam operasi penambahan/penolakan


Saya menggunakan Glitter sebagai bahan bantu murid untuk membuat penolakan dalam lingkungan 18. Murid-murid pemulihan sukakan Glitter yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Oleh itu saya menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan glitter untuk perwakilan objek dengan nombor. Murid perlu melekatkan jumlah Glitter mengikut kehendak soalan. Contoh :

5. Cawan gambar abjad vokal


Saya menggunakan cawan, gambar ayam awan api anak aki, tanah liat, lidi untuk mempelajari bunyi abjad vokal a. Bagi abjad e, saya menggunakan gambar epal emak emas ekor. Bagi abjad i, saya menggunakan gambar itik ikan Bagi abjad o saya menggunakan gambar otak obor Bagi abjad u saya menggunakan gambar udang, ular Pada mulanya, saya melekatkan gambar-gambar tersebut pada lidi. Kemudian, pada cawan saya telah melekatkan huruf vokal a. e, i, o, u. Murid-murid perlu meletakkan lidi gambar tersebut dalam cawan mengikut abjad vokal yang betul dan sesuai. Dalam permainan ini, murid-murid digalakkan menggunakan psikomotor mereka iaitu melompat ketika menghampiri cawan vokal untuk diletakkan gambar yang murid-murid pegang.

Hasil :

6. Dawai abjad berwarna


Saya menggunakan dawai abjad berwarna sebagai medium penulisan abjad. Murid perlu menyambung garisan putus abjad ( mengikut kesukaran murid) terlebih dahulu mengikut penulisan abjad yang betul. Kemudian, murid perlu melekatkan dawai berwarna di atas abjad tersebut mengikut penulisan yang betul.

Contoh :

a
Hasil :

Murid perlu menyambung garisan putus abjad a sehingga sempurna terlebih dahulu mengikut penulisan yang betul. Contohnya, murid perlu menyambung garisan
dahulu diikuti dengan garisan

terlebih

7. Lompat cergas nombor


Saya telah menggunakan petak nombor yang besar untuk murid-murid melompat ketika menyanyikan lagu nombor satu hingga 9. Pada mulanya, murid-murid perlu menyanyi lagu yang dimainkan terlebih dahulu sehingga mahir. Setelah mahir, murid-murid perlu melompat pada petak nombor mengikut irama lagu yang dimainkan. Psikomotor murid-murid dapat dilatih ketika aktiviti ini dijalankan. Hasil :

8. Harta karun Tepung


Saya telah menggunakan audio rakaman suara dan tepung sebagai inovasi matematik pada kali ini. Aktiviti ini juga saya boleh aplikasikan dalam bahasa Melayu seperti mencari abjad atau membina suku kata. Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu mendengar rakaman suara guru. Murid-murid perlu mengecam nombor yang disebut oleh guru dalam rakaman tersebut. Kemudian, murid perlu menyebut kembali nombor yang disebutkan dalam rakaman dan dikehendaki mencari nombor tersebut dalam tepung yang dipenuhi nombor-nombor yang lain. Setelah itu, murid-murid perlu mengambil bola mengikut nombor yang dicari dan membaling masuk bola tersebut dalam bekas telur. Aktiviti ini juga dapat melatih pengecaman pendengaran murid selain psikomotor tangan murid.

Hasil :

You might also like