You are on page 1of 8

Jenis-jenis teater berdasarkan hubungan antara pertunjukan dengan penontonnya ( HAM, Roderick, 1972, Theatre Planning, The Architectural,

London )

Tipe arena
(Di mana penoton mengelilingi pertunjukan, tidak memerlukan penghayatan yang serius)

Tipe Transverse

Tipe Calliper
Stage/Extended Stage (Di mana pertunjukan mengelilingi sebahagian dari penonton)

(Merupakan perkembangan dan variasi dari tipe arena, dimana penonton duduk pada dua sisi yang berlawanan menghadap panggung)

HUBUNGAN PENONTON DENGAN PERSEMBAHAN


Tipe Procenium
perkembangan tipe arena akibat kurangnya luasan panggung. Penonton menyaksikan pertunjukan dalam satu arah di depan pentas.
(Merupakan

Tipe arena
(Merupakan variasi dari tipe arena, dimana pemain atau aktor/aktris dapat ke naik ke pentas tanpa melalui ruang penonton)

Tipe arena
(Di mana penonton menyaksikan pertunjukan dalam satu arah. Luasan pentas kecil.

JENIS PERTUNJUKAN TEATER

Konsep teater dalam pendidikan

JENIS-JENIS TEATER

DEFINISI TEATER

Perkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani ( greek tua ).

Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.

Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.

Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.

AKTIVITI TEATER

SIMULASI DAN IMPROVISASI

Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah. Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid.

BERCERITA

Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

TEATER PEMBACA

Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Pelakon tidak perlu menghafal dialog.Persembahan sepenuhnya membaca teks.Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.

TEATER BERCERITA

teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.

BONEKA

objek yang digerak, dilakon oleh pemain sama ada sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. pemain akan menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog

TETAMU DALAM AKSI

Teknik ini dilaksanakan untuk merangsang peserta mencerna idea bagi tujuan membina dialog, mengumpul dan menyampaikan semula maklumat yang didengar, membina cerita atau menghasilkan karangan berdasarkan kisah seorang tetamu yang diundang. Peserta akan digalakkan mengutarakan soalan-soalan untuk mengetahui tetang diri tetamu undangan , menganalisis perwatakan dan menulis karangan berbentuk atau puisi berdasarkan idea yang dicernakan hasil dialog dengan tetamu undangan.

You might also like