You are on page 1of 10

PENGENALAN

Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran.

Kurikulum Pendidikan Jasmani Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Objektif kurikulum ini ialah : i. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. ii. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. iii. iv. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. v. vi. Membentuk sahsiah dan disiplin diri. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Aspek penting pengajaran Pendidikan Jasmani ialah : i. ii. iii. Penglibatan murid secara aktif dan selamat. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pemelajaran telah berlaku.

Tiga tunjang utama kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah : 1. Kecergasan 2. Kemahiran 3. Kesukanan

Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani Dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani, guru merancang apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar. Kaedah yang berkesan dapat membantu pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif, mendalami serta meluaskan kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta dapat mempraktikkan dalam kehidupan sebenar.

Terdapat beberapa Pendekatan yang digunakan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Secara umum terdapat tiga Pendekatan yang disarankan iaitu : 1. Pendekatan Tradisi 2. Pendekatan Penyelesaian Masalah 3. Pendekatan Gabungan

Pendekatan Tradisi Dalam Pendekatan Tradisi, persediaan yang diperlukan ialah : Guru menentukan dahulu kemahiran. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir membuat tunjuk cara). Murid akan melakukan kemahiran . (Secara kelas, kumpulan atau individu). Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.

Untuk melaksanakan pengajaran, kaedah yang disarankan ialah Kaedah Kuliah dan Kaedah Kuliah Demontrasi. a) Kaedah Kuliah Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain. b) Kaedah Kuliah-Demontrasi Pendekatan ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstrasi boleh digunakan oleh guru, pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demontrasi lisan dan penglihatan, dengan itu menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

Pendekatan Selesai Masalah Dalam Pendekatan Selesai Masalah, persediaan yang diperlukan ialah; Guru menentukan dahulu kemahiran Guru memberi penerangan dan tunjuk cara kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir membuat tunjuk cara). Murid akan melakukan kemahiran . (Secara kelas, kumpulan atau individu). Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.

Untuk melaksanakan pengajaran, kaedah pengajaran yang disarankan ialah Kaedah Penemuan dan Kaedah Perbincangan. a) Kaedah Penemuan Menurut Donald C. Orlich ( 1980 ), kaedah ini merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk member peluang kepada pelajar supaya mereka menjadi lebih produktif dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai terutamanya kepada pelajarpelajar di peringkat menengah. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar diberikan satu atau beberapa masalah. Kemudian mereka diberi peluang dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah tersebut. b) Kaedah Dapatan Ciri-ciri kaedah ini tidaklah berbeza sangat dengan ciri-ciri kaedah

menyelesaikan masalah. Kaedah ini mencabar pelajar supaya mencari jawapan berdasarkan maklumat yang diberi oleh guru. Guru memberikan maklumat yang kurang lengkap menganai sesuatu masalah dan pelajar diminta melengkapkan atau mencari jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh guru. Peranan guru dalam kaedah ini ialah untuk member panduan dan bantuan kepada pelajar ketika mereka mencuba mendapatkan jawapan. Guru perlu berbincang dan mendorong pelajar supaya berusaha mendapatkan penyelesaian. Kaedah dapatan ini sangat sesuai bagi mengajar mata pelajaran yang memerlukan pelajar membuat penyelesaian contohnya mata pelajaran Sejarah. cabaran yang diberi kepada pelajar menjadikan kaedah ini lebih menarik dan berkesan. c) Kaedah Perbincangan Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajarnya di dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topic yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti perbincangan diadakan di dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan secara kelas kumpulan-kumpulan kecil, perbahasan, forum dan

sebagainya.kaedah ini menggalakkan pelajar memberi pendapat dengan cara sistematik. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain.

Selain itu juga, pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan menghormati pendapat rakan-rakan yang lain walaupun tidak sealiran dengan pendapat sendiri.Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau penglibatan pelajar.Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaiti perbincangan formal dan perbincangan tidak formal.

Pendekatan Gabungan Pendekatan Gabungan adalah penyatukan kebaikan dari kedua-dua kaedah Tradisi dan Kaedah Selesai Masalah. Penggunaan kaedah ini dapat : Memberi kelonggaran kepada guru memilih kaedah yang sesuai dengan situasi tertentu. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan bakat dan kebolehan sendiri. Menggalakkan murid berfikir dan menggunakan proses pemikiran secara lojik dalam menyelesaikan masalah. Sekiranya murid bingung untuk menyelesaikan masalah, kaedah terus atau tradisi diteruskan

Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani Teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani haruslah selaras dengan pendekatan dan kaedah yang digunakan.Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Teknik yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Teknik pengajaran dapat dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu : 1) Pengajaran Langsung 2) Pengajaran Tidak Langsung 3) Pengajaran Gabungan

Pengajaran Langsung Teknik ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Teknik ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul. Teknik-teknik pengajaran yang digunakan ialah : Teknik Tunjuk Cara Ciri-ciri teknik ini ialah : Pembelajaran melalui pemerhatian dan pendengaran. Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakan yang dilihat walaupun berlaku kesilapan.

Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik yang mungkin untuk dicontohi oleh pelajar.

Gantikan dengan pelajar yang berkebolehan sebagai ganti. Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laian sebagai membantu

penerangan. Teknik Arahan Dalam gaya ini, guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh

Gallahue(1995). Ciri-ciri teknik ini ialah : Kemahiran yang boleh dipelbagai. Guru menimbulkan suasana yang sesuai dan murid tidak ragu untuk mencuba. Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami. Bagi memgalakkan murid mencuba secara sendiri dan lebih kreatif. Bandingkan dengan pergerakan kemahiran tertentu (permainan atau acara tertentu).

Kelebihan penggunaan teknik ini ialah : i. ii. iii. iv. Teknik yang berkesan. Berfokus kepada yang ingin dipelajari. Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur.

Kelemahan teknik ini ialah : i. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuaian umur kumpulan). ii. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

Pengajaran Tidak Langsung Teknik ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan. Teknik pengajaran yang digunakan ialah : a) Teknik Bimbingan Individu Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah llimitasi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh Ciri-ciri teknik ini ialah : Memerhati setiap murid untuk mengetahui masalah pembelajaran. Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu murid mencapai guru.

matlamatnya

dan matlamat guru.

Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk penyelidikan dan selesaikan masalah yang timbul dalam program yang dirancang. Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari yang mudah kepada susah dan kompleks.

Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar yang mampu menguasai kemahiran dalam masa singkat dan memerlukan masa yang lebih lama.

Kelebihan kelebihan Membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Memupuk pembangunan arah kendiri

b) Teknik Mengesan Ada pelajar yang mengalami masalah dalam mencapai kemahiran. Disebabkan oleh tekanan emosi, masalah koordinasi, bentuk badan dan fizikal. Guru hendaklah tahu mengesan masalah tersebut. Kemahiran ini dapat dikuasai jika guru : Boleh melakukan kemahiran dengan betul. Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan.

PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciriciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian. PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti

pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah

pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai

pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu. Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti

pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teoriteori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

You might also like