You are on page 1of 3

REFLEKSI FASA 3

Beberapa masalah telah dikenal pasti berlaku semasa dalam proses untuk menghasilkan penapis air ini. Antaranya ialah terdapat pasir-pasir halus yang turut keluar bersama air yang ditapis dan menjadikan air tersebut bertambah keruh. Malahan, ia juga telah menyebabkan salur keluar air tersumbat dan menghalang air daripada keluar. Selain itu, habuk-habuk arang yang datang daripada serpihanserpihan arang yang besar telah menghalang air daripada keluar dengan lancar dan menyebabkan salur keluar air tersumbat. Masalah seterusnya ialah untuk mendapatkan pH air yang neutral. Air hujan yang ditapis masih mempunyai nilai pH yang berasid iaitu 5 dan ini menyebabkan air hujan yang ditapis tersebut tidak sesuai untuk dijadikan air minuman. Oleh yang demikian, kami telah mengambil beberapa langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah yang telah berlaku. Bagi masalah salur keluar air yang tersumbat disebabkan pasir halus dan habuk arang, kami mengeluarkan kembali kesemua bahan yang ada di dalam penapis air bagi memudahkan pembersihan. Sehelai kain telah dipotong dan dijahit menjadi uncang-uncang untuk diletakkan pasir kedalamnya. Melalui cara ini, pasir-pasir tadi tidak akan lagi keluar dan menghalang laluan keluar air. Pada masa yang sama ia juga tidak lagi mengeruhkan air semasa air ditapis. Arang-arang yang bersaiz besar sahaja yang diletakkan ke dalam penapis bagi mengurangkan kehadiran habuk-habuk arang. Selain itu, arang juga diletakkan pada lapisan yang kedua iaitu di atas lapisan batu bagi mengelakkan tekanan berat yang boleh menyebabkan arang pecah dan mengeluarkan serpihan. Untuk melancarkan pengaliran keluar air pula, kami telah menambahkan batu kerikil pada bahagian bawah lapisan untuk melancarkan laluan air pada salur keluar dan mengelakkan batu-batu kecil menghalang dan menutup laluan air untuk keluar . Masalah pH air yang masih berasid pula, kami telah menemui satu kaedah iaitu dengan merendam dan mendidihkan dahulu arang-arang kayu sebelum dimasukkan ke dalam penapis air. Arang-arang direndam selama lima minit kemudian dididihkan selama 5 hingga 10 minit. Setelah arang-arang direbus, air rebusan arang telah diuji dan pH yang telah ditunjukkan oleh kertas pH adalah 7.

Kami juga telah mencampurkan arang yang telah didihkan dengan air paip yang mempunyai nilai pH 5 dan setelah diuji airnya, nilai pH air tersebut menjadi 7. Namun begitu, tempoh untuk air bertukar menjadi neutral adalah agak lama dan memakan masa selama 20 hingga 30 minit. Hal ini berlaku mungkin kerana ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti jenis serta kuantiti arang yang digunakan. Hasil kajian mengenai arang, telah dinyatakan arang buluh mempunyai banyak kelebihan dan kegunaan. Ia merupakan arang yang terbaik dan yang paling efektif bagi menapis air khususnya. Arang buluh adalah agen antibakteria dan antikulat semulajadi. Selain itu, arang buluh akan melepaskan mineral semula jadi ke dalam air. Arang kayu pula boleh menyerap bau serta warna yang akan membuatkan air menjadi jernih. Walaubagaimanapun, kami telah menggunakan arang kayu yang mana lebih mudah untuk didapati berbanding arang buluh. Setelah dapat menyelesaikan masalah-masalah yang telah timbul, akhirnya kami berjaya menghasilkan penapis air yang boleh menapis air hujan dan boleh dijadikan sebagai air minuman. Hasil percubaan kami, kami berjaya menukarkan nilai pH air hujan yang asalanya 4 menjadi 8 setelah ditapis menggunakan penapis air semula jadi yang mengandungi arang. Air yang telah terhasil adalah bersifat alkali dan selamat untuk digunakan juga untuk diminum. Cadangan penambahbaikan bagi penapis air ini ialah dengan mencampurkan daun pudina. Daun pudina adalah sejenis herba yang berbau segar. Ia juga dipercayai dapat membantu dalam pelbagai jenis penyakit selain baunya yang menyegarkan. Oleh sebab itu, daun pudina digunakan secara meluas dalam makanan dan minuman kesihatan secara amnya. Oleh itu, dengan mencampurkan daun pudina ke dalam penapis air ini akan dapat menjadikan ia minuman yang menyegarkan badan.

Rujukan
luar-dalam.html 2. http://animhosnan.blogspot.com/2012/10/khasiat-pudina.html

1. http://kongsibersamanora.blogspot.com/2013/03/kebaikan-daun-pudina-merawat-kesihatan-

3.http://rebungmadumohd.blogspot.com/2011/09/faedah-perubatan-dari-arang-buluh.html Shima ni je yg pipah guna..sbb xrujuk sgt.. tulis je td.huhu

You might also like