You are on page 1of 2

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK MINIT MESYUARAT SATU MURID SATU SUKAN KE-2

Tarikh : 1 Julai 2011 Masa : 12.00 tengah hari Hadir : Nur Arif Bin Zainudin -Pengerusi Ting Ji Er - Timbalan Pengerusi Maiyhurri Setiausaha So Shan Ying Bendahari Kelly Chu Seat Lee AJK Jong Shiaw Hui - AJK Tidak Hadir : Vaisnavy (cuti bersalin) Ardie (sakit)

Tempat : Kelas A2

1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas semua kehadiran ahli. Beliau berharap ahli terus aktif dalam menyumbang idea mereka supaya aktiviti Satu Murid, Satu Sukan dapat dijalankan dengan lancar. 1.2 Beliau menegaskan pentingnya aktiviti Satu Murid Satu Sukan dalam membentuk murid yang cergas dan cerdas. Murid-murid yang murupakan tulang belakang negara kita seharusnya mempunyai tubuh yang sihat, supaya dapat memberikan sumbangan kepada negara kita. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS Minit mesyuarat yang lepas bertarikh 5 Jun 2011 disahkan sebulat suara.

3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Kos pengurusan lebih tinggi daripada kos yang diperuntukan. Bendahari memberikan cadangan supaya mendapat sumbangan daripada masyarakat supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar. Semua ahli meyesahkan tindakan tersebut. Tindakan : Bendahari 3.2 Peralatan yang tidak mencukupi dalam stor sukan telah mendatangkan banyak kesulitan kepada murid-murid yang ingin menjalankan latihan. Peralatan baru harus ditambahkan dalam stor. Peminjam-peminjam peralatan sukan harus merekodkan dalam buku stor. Peminjam yang gagal memulangkan peralatan akan dikenakan hukuman yang sepatutnya. Ahli mensyuarat setuju dengan cadangan tersebut. Tindakan : AJK Peralatan 4.0 ANGENDA BAHARU 4.1 Cenderamata akan diberikan kepada para tetamu jemputan. Sebanyak RM 90.00 akan diperuntuk untuk membeli cenderamata. AJK Peralatan bertanggungjawab untuk agenda ini. 4.2 Pihak penaja telah menyumbangkan dana sebanyak RM200 untuk menaja pelajar yang tidak berkemampuan. Tetapi aktiviti ini masih kekurangan kos pengurusan, maka bendahari berharap kita dapat mendapat sumbangan masyarakat sebanyak RM 200. 5.0 HAL-HAL LAIN

Pengerusi memaklumkan semua murid harus berada di lokasi pada masa yang ditetapkan iaitu,8.00 pagi. Semua murid yang mengambil bahagian perlu memakai baju sukan, termasuk ahli jawatankuasa. Notis harus dikeluarkan untuk memaklumkan kepada murid-murid. 6.0 PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih semua ahli yang hadir dan berharap semua akan menjalankan tuagas masing-masing dengan bersungguh-sungguh. Disediakan oleh, ______________________ (MAIYHURRI) Setiausaha Program 1 Murid 1 Sukan Tarikh : 3 Julai 2011

You might also like