You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan

Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri, adalah penting untuk semua rakyat Malaysia berganding bahu dan berkerjasama dalam memastikan kestabilan dan perkembangan Malaysia dalam semua aspek. Bagi mencapai matlamat ini, gagasan 1Malaysia telah dilaksanakan untuk mewujudkan perpaduan kaum dengan memupuk sikap saling menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Justeru, kerjasama dan perpaduan antara kaum merupakan aspek penting yang harus wujud dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar di peringkat universiti. Tahap kerjasama antara pelajar antara kaum dalam membuat tugasan boleh mengukur tahap kerjasama antara kaum dalam kalangan pelajar.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1 Mengenal pasti tahap penglibatan pelajar antara pelbagai kaum semasa menjalankan sesuatu tugasan. 2 Mengenal pasti sebab-sebab yang mendorong pemilihan ahli kumpulan yang merangkumi pelbagai kaum . 3 Mengenal pasti sama ada penglibatan pelbagai kaum dalam satu kumpulan dapat mengeratkan hubungan antara kaum. 4 Mengenal pasti sama ada konsep Satu Malaysia dapat menjalinkan hubungan antara kaum di Malaysia.

3.0 Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada semangat kerjasama wujud dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di USM semasa membuat sesuatu tugasan. Misalnya, pelajar-pelajar dalam pusat pengajian Sains Komputer terdapat banyak tugasan yang perlu dibuat secara berkumpulan dari Tahun 1 hingga ke Tahun 3. Daripada aspek ini, kita boleh mengkaji bagaimana pelajar- pelajar dalam pusat pengajian Sains Komputer membuat suatu tugasan secara berkumpulan, sama ada mereka rela memilih ahli kumpulan yang sama kaum ataupun kaum lain dan tahap kerjasama pelajar antara kaum dalam membuat kerja projek.

4.0 KAEDAH KAJIAN


4.1 Kaedah yang akan dijalankan : 4.1.1 Kajian lapangan: i. Soal selidik: Borang soal selidik akan disediakan untuk mendapatkan maklumat dan pandangan pelajar mengenai tugasan yang melibatkan pelbagai kaum ii. Temu ramah: Menyediakan soalan-soalan yang berkenaan dengan tajuk kajian untuk mendapatkan maklumat alternatif. 4.2 Sasaran kajian : 4.2.1 Kawasan kajian : Kawasan Kampus Induk Universiti Sains Malaysia 11800 Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang 4.2.2 Sasaran 4.3 Analisis : 4.3.1 Data soal selidik : Maklumat dan data yang dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik akan digunakan untuk membuat analisis dengan menggunakan carta pai atau graf. 4.4 Kesimpulan dan Cadangan : 4.4.1 Kesimpulan : Kami berharap agar melalui projek ini kami dapat mengeratkan hubungan antara pelajar pelbagai kaum di samping menyedarkan para pelajar tentang manfaat dan nilai yang dapat diperoleh semasa menjalankan tugasan berkumpulan. : Pelajar Sains Komputer Universiti Sains Malaysia

5.0 Hasil Kajian Selepas melaksanakan kajian ini, kami berharap supaya hasil kajian yang kami peroleh akan selaras dengan objektif kajian yang ingin kami capai : Dapat mengetahui bahawa pelajar boleh melibatkan kaum lain semasa menjalankan sesuatu tugasan Dapat mengetahui bahawa pelajar boleh menyelesaikan tugasan dengan secepat mungkin jika melibatkan kaum lain Dapat memperoleh manfaat melalui kerjasama pelbagai kaum dalam sesuatu tugasan Dapat mengemukakan sebab pelajar memilih seseorang ahli kumpulan semasa menjalankan tugasan

Kami berharap agar hasil kajian ini bukan sahaja dapat membantu kami mengetahui bahawa adakah pelajar akan memilih pelajar daripada kaum lain sebagai ahli kumpulan jika diberi peluang untuk memilih ahli kumpulan, tetapi juga dapat memastikan pelajar mendapat manfaat melalui kerjasama pelbagai kaum dalam sesuatu tugasan. Selain itu, kami juga berharap agar melalui kajian ini, kami dapat memahami bahawa adakah sebab para pelajar memilih ahli kumpulan adalah untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti dalam lingkungan masa yang diberikan dengan mengelakkan masalah komunikasi dan sama ada konsep Satu Malaysia berkesan dalam mengatasi masalah ini.

You might also like