You are on page 1of 2

2.

0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pengenalan : Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Maka dengan itu, cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

Definisi atau Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) : Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lainlain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU : Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.

2.1: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Bahasa Melayu Tahun 5

ARAS PENG. KANDUNGAN KEF. APL. ANA. SIN. PEN. JUMLAH PERATUS

Bahagian A
Tatabahasa Simpulan Bahasa Kesalahan Ayat Puisi

Bahagian B
Struktur

Bahagian C
Esei Jumlah Peratus 100%

You might also like