You are on page 1of 31

ULANGKAJI EDU 3108

20 markah

Jawab semua soalan. 1. Selain daripada keperluan menguasai pengetahuan, sesuatu profesion perlu mempunyai kod etika. Apakah tujuan sesuatu profesion perlu mempunyai kod etika? (A) Untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli (B) Nilai tara profesion diukur dengan kod etika (C) Supaya ada asas untuk dapat emolumen (D) Masyarakat memandang tinggi kerjaya yang ada kod etika 2. Mengikut Mohamad Sani (1998), guru yang profesional mempunyai atribut berikut (A) (B) (C) (D) Berilmu, Bersahsiah dan berketrampilan berimej, berwawasan dan bebas pendirian diri bermoral, berperibadi mulia dan berkepentingan diri menampil watak terpuji, iltizam tinggi dan taat setia terhadap ketua jabatan

3. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat dan berguna, tanggunjawab guru dalam Kod Etika Keguruan Malaysia manakah mempamerkan ciri tersebut? (A) (B) (C) (D) Pelajar Ibubapa Masyarakat dan Negara. Rakan sejawat dan profesion perguruan

4. Guru Y meminta para pelajar kelasnya menjawab soalan-soalan dalam buku latihan harian sebagai pengukuhan pada pengajaran yang telah disampaikan. Bagaimanapun latihan tersebut tidak disemak oleh beliau. Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah kedudukan akauntabiliti guru terhadap pengajaran dan pembelajaran? Guru Y (A) (B) (C) (D) tidak tahu akan tanggungjawabnya cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya seorang yang malas dan tidak bertanggungjawab tidak melaksanakan tanggungjawab Etika Profesion Keguruan

5. Guru penting menghayati konsep kesantunan guru, mengikut Noriati Ab. Rashid (2004), kesantunan (A) (B) (C) Menghargai daan menghormati semua pihak walaupun di kalangan yang lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdas Mampu mengawal perlakuan dan etiket mengikut budaya masing-masing bagi membantu pergaulan dalam masyarakat. Perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan intim supaya pergaulan berada dan keadaan berharmoni Bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan berbahasa atau bukan berbahasa yang boleh menyenangkan semua pihak 2

(D)

6. Apabila guru memahami dan bahawa tugas mereka ialah mementingkan perkembangan pelajarnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, kita boleh berpendapat bahawa guru faham akan isu berkaitan dengan? (A) (B) (C) (D) Kesantunan guru Kepedulian guru Penampilan guru Pengurusan masa guru

7. Bermulanya kerjaya sebagai guru, seseorang perlu melalui beberapa peringkat perkembangan bermula dengan novis, yang manakah BUKAN satu peringkat perkembangan yang dinyatakan oleh Trotter (1986) : (A) (B) (C) (D) Cekap Mahir Pakar Cemerlang

8. Setiap guru sekolah rendah perlu memiliki pelbagai kemahiran, antara kemahiran yang perlu dimiliki ialah I. II. III. IV. (A) (B) (C) (D) Agen sosialisasi Agen perubahan Pengurus masa dan keluarga Pengamal ilmu dan kemahiran I, ll dan lll sahaja Il, lll dan IV sahaja I, ll dan IV sahaja I, lll dan lV sahaja

9. Kaji rajah di bawah (Proses Reflektif) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru muka surat 74 (Noriati, et.al : 2010), dan jawab soalan. Diskripsi Pelan Tindakan Kesimpulan A Analisis Perasaan

Proses refleksi yang bertanda A ialah (A) (B) (C) (D) Uji Kaji Sintesis Penilaian Hipotesis

10. Penyelidikan tindakan, iaitu satu bentuk penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk guru dan tentang guru. Tujuan penyelidikan tindakan dijalankan ialah

I. II. III. IV.

Guru menyiasat amalan diri dalam situasi sekolah Menambah kejelasan teori, meningkat ilmu pengetahuan Jelma daripada perasaan ingin tahu tentang permasalahan di sekolah suatu kriteria yang perlu dipenuhi untuk menyambung pelajaran dan peningkatan profesionalisme

(A) (B) (B) (D) 11.

I, ll dan lll sahaja II, lll dan IV sahaja I, ll dan IV sahaja I, lll dan IV sahaja Berorientasi pencapaian Berorientasi kreativiti dan inovasi Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi Berkeyakinan diri yang tinggi Keperluaan menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain Sanggup menanggung risiko Membina (nurturing), bertimbang rasa dan sensitif

Ciri-ciri tersebut dimiliki oleh (A) (B) (C) (D) Kepemimpinan Teragih Kepemimpinan Birokratik Kepemimpinan Berkarisma Kepemimpinan Semula Jadi

12. Robbins, S. P. (2003) dalam buku Organizational Behaviour menjelaskan konsep kepemimpinan sebagai (A) (B) (C) (D) Gabungan sifat pengarah, pendorong dan pembantu dalam sesebuah organisasi Kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli lain kumpulannya untuk mencapai sesuatu matlamat. Kebolehan untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan penuh terhadap sekumpulan manusia untuk capai matlamat Keupayaan untuk pengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai supaya akur kepada ketuanya

13. Salah satu teori kepemimpinan menyatakan pemimpin sekolah harus mempamerkan nilai etika yang boleh dicontohi pelajar, ibubapa dan komuniti kerana mereka diharap boleh melindungi hak, nilai sosial dan budaya semua pelajar. Pendapat tersebut adalah amalan dalam teori ? (A) (B) (C) (D) Situasi X dan Y Transformasi Kepemimpinan Moral

14. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam mengendalikan pelbagai urusan. Manakah urusan berikut termasuk dalam bidang kuasa Bahagian ini. I. II. III. IV. V. dasar dan perancangan sumber manusia naik pangkat dan tatatertib kaunseling dan keutuhan perlantikan tenaga pengajar IPTA pembangunan manusia dan latihan

(A) I ,II dan III sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) I, II , III , dan V sahaja (D) II, III ,IV dan V sahaja

15. Dalam struktur organisasi sekolah, seorang pengetua dibantu oleh tiga orang penolong kanan. Yang manakah BUKAN jawatan penolong kanan (A) (B) (C) (D) kokurikulum Hal ehwal murid Kurikulum dan pentadbiran Hal ehwal guru dan profesional

16. Jangkaan guru terhadap pentadbir sekolah atau pengurus merangkumi aspek-aspek berikut KECUALI (A) (B) (C) (D) Pengurusan bersikap adil dan saksama Kepimpinan yang penuh amanah dan berintegriti Memberi laporan penilaian tinggi supaya tidak jejas kenaikan pangkat Menjaga kebajikan guru dengan sikap toleransi, memahami dan penyayang

17. Tujuan utama Latihan Pembangunan Staf (LPS) yang diadakan di sekolah-sekolah adalah untuk

(A) (B) (C) (D)

meningkatkan tahap kecekapan dan kompentensi memberi motivasi supaya guru tidak cepat rasa putus asa membantu guru lulus dalam peperiksaan yang disyaratkan semasa dalam perkhidmatan menyediakan guru-guru supaya lebih bersedia untuk menjawat jawatan lebih tinggi dalam perkhidmatan

18. Manakah antara tindakan?

tajuk kajian berikut

sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian

(A) (B) (C) (D)

Persepsi guru terhadap perlaksanaan program PPSMI Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan guru Penguasaan penggunaan kata nama khas dalam kalangan pelajar Tahun 5 Kesan pemansuhan UPSR sistem peperiksaan dan penilaian di sekolah rendah

19. Pemikiran reflektif melibatkan penyelesaian sesuatu masalah secara berperingkat serta menggunakan pemikiran secara kreatif dan kritis. Pernyataan yang manakah paling tepat merujuk kepada pemikiran reflektif?

(A) (B) (C) (D)

Menggunakan teknik inkuiri Memperkenalkan masalah secara terbuka Mencadangkan pelbagai alternatif penyelesaian masalah Menggunakan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah

20. Kenyataan di bawah manakah BENAR mengenai Education Resources Information Center

(A) (B) (C) (D)

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi perlu berdaftar dengan ERIC Hanya terdapat buku rujukan kertas-kertas seminar dan persidangan Guru dan murid sahaja boleh buat rujukan di ERIC Koleksi ERIC boleh didapati dengan percuma

BAHAGIAN B 40 Markah

Jawab semua soalan 1. Kesantunan ialah perlakuan yang mampu membantu menjalin hubungan baik antara guru dan ahli masyarakat setempat. Apabila guru memahami budaya setempat, mereka akan lebih dihormati masyarakat tempat mereka bertugas dan hal ini memudahkan tugas harian mereka. Kesantunan berbahasa merupakan satu ciri penting dalam corak komunikasi guru. (a) Antara kesantunan berbahasa yang perlu dihormati setiap guru ialah :. i. _____________________________________________________ _____________________________________________________ ii. _____________________________________________________ _____________________________________________________ iii. _____________________________________________________ _____________________________________________________ iv. _____________________________________________________ _____________________________________________________ v. _____________________________________________________ _____________________________________________________

( 5 markah )

(b)

Ikhlas dan jujur adalah antara ciri kesantunan, Huraikan dua lagi ciri kesantunan yang perlu ada pada guru i. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ii. ____________________________________________________ ____________________________________________________

( 5 markah ) 7

2.

Trotter (1986) mengemukakan Teori Lima Peringkat perkembangan untuk menjadi pakar dalam bidang diceburinya.

Dengan merujuk kepada kerjaya perguruan beri penjelasan ringkas lima peringkat tersebut mengikut urutannya

i.

______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________

ii.

______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________

iii.

______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________

iv.

______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________

v.

______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ( 10 markah )

3.

Setiap guru sekolah rendah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang luas untuk mendidik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan pendidikan kini menuntut guru melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang pelbagai.Rumuskan EMPAT daripada peranan dan tanggungjawab guru sekolah.

(i) __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ (ii) __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ (iii) __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ (iv) __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

4.

Guru Cemerlang (GC) diperkenalkan bagi pemimpin guru supaya tidak meninggalkan bilik darjah dan tidak kehilangan guru pakar yang dedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka naik pangkat.

Jelaskan dua tanggungjawab guru cemerlang dalam kepemimpinan guru di sekolah i. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

ii.

____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ( 10 markah )

10

BAHAGIAN C 40 markah Jawab dua daripada tiga soalan. 1. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap profesionalisme keguruan.

Ulaskan bagaimana anda boleh bertanggungjawab ke atas akauntabiliti anda sebagai guru terhadap Etika Profesion Keguruan

(20 markah)

2.

Bagi membantu dan memastikan pentadbiran sekolah diurus dengan baik, seorang pengetua mempunyai tiga orang penolong kanan iaitu Penolong Kanan Kurikulum & Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Jelaskan fungsi dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

(20 markah)

3.

Guru patut amalkan Membaca Jambatan Ilmu supaya boleh menguasai ilmu demi untuk berusaha membina modal insan kelas pertama yang berdaya saing dalam abad ke 21 ini. Jelaskan panduan-panduan bagaimana anda boleh mengurus masa dan mengamalkan budaya membaca ?

(20 markah)

11

STRUKTUR 1. penjawat awam perlu patuh kpd arahan. a) nyatakan 3 isu berkaitan dgn etika seorg guru yg bersifat professional i. Kesantunan ii. kepedulian guru iii. penampilan iv. berniaga v. kerjaya sambilan vi. pengurus masa vii. pengurus kwangan b) 2 cara guru menunjukkn pnampilan yang baik dalam usaha mningkatkn etika profesionalisme i. Patuh kpd pekeliling ii. Mengikut prosedur kerja iii. Patuh kpd undang2 iv. Jawapan lain 2. a. Petikan dari FPK 3 peringkat pkembangan seorg guru i. Permulaan (novice) ii. Cekap (competent) iii. Berkesan (effective) iv. Mahir (expert) v. Pakar (master) 2 kmahiran mjadi guru pakar i. Mguasai dan mhayati kndungan m/pelajaran ii. Menjdi pakar rujuk PnP iii. Bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pngajaran/pmbelajran iv. Pngetahuan dan kmhiran ICT v. Jawapan lain

b.

3.

Dalam usaha mengharungi cabaran sms, guru perlu mempunyai kmahiran terkini. Kmahiran diperolehi mlalui kursus/sminar a. Jelaskn 3 tujuan KT i. Mperbaiki amalan profesionalisme ii. Mmbentuk sifat kritis iii. Mngnalpasti masalah pembelajran murid iv. Jawapan lain b. 2 cara bgaimana guru boleh mningkatkan kemahiran i. Mngamalkan budaya ilmu ii. Mngamalkan budaya penyelidik iii. Hadir kursus/seminar pndidikan Pndidik alaf baru komitmen tinggi dlm tugas 3 ciri kualiti diri yg msti dimiliki olh pentadbir skolah i. Kpimpinan ii. Sahsiah iii. Ilmu pngetahuan iv. Sosial v. Dinamik vi. Penyelidik vii. Jawapan lain

4. a.

12

b.

2 cara mngeratkan hubungan INTERPERSONAL dgn rakan skerja i. Hormat- mhormati ii. Bertolak ansur iii. Bkerjasama iv. Jawapan lain (minum kopi d kedai)

ESEI Kod etika pguruan mjd pnduan dlm mjalankn tugas. Aspek pnting adalah tggjawab thadap pelajar. a. Huraikn 5 cara bgmana guru dpt mnunaikn tggjawab thadap plajar i. Utmakan kbajikan dn kselamatan murid ii. Bsikap adil thadap stiap org murid tanpa mngira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, kturunan @ agama iii. Mrahsiakn maklumat ikhtisas @ sulit mengenai murid kecuali kpd mereka yg berhak mengetahuinya iv. Mmbimbing dn mngajar seorg murid dlm darjah sendiri @ dlm m/pljrn yg diajar di bilik darjah tnpa sebarang bayaran v. Mngelakkn diri dari menggunakan @ dipengaruhi oleh kedudukan sosio-ekonomi murid 1. b. 5 cara guru mgubah pndangan masyrakat dlm konteks akauntibiliti guru i. Mgelakkan diri dan menyebarkn sesuatu ajaran yg bertentangan dgn norma masyarakat ii. Meghormati masyrakat setempat iii. Mwujudkan kejasama dgn PIBG iv. Meninggikan khidupan moral,kebudayaan dan nilai masyarakt v. Btingkahlaku sopan dan dterima msyrakt Struktur organisasi 5 jawatan y trdapat dlm organisasi sekolah dan dan huraikan peranannya Jawatan GB PK Kurikulm PK HEM PK KO K. panitia Peranan http://skdarau.tripod.com/tugasgb.html http://skdarau.tripod.com/tugaspk1.html http://skdarau.tripod.com/tugaspk2.html http://skdarau.tripod.com/tugaspk3.html -Penyelaras Panitia Dalam Bidangnya -Mesyuarat Ketua Bidang -Perancangan Tahunan -Melaksanakan Tugas P & P -Jadual Waktu -Pemantauan &Pencerapan -Kemajuan Staf

2. a.

b.

5 ciri profesionalisme kguruan y perlu dimiliki sorg guru i. Mberikan pkhidmatan y bkualiti ii. Mmenuhi kperluan murid dlm plbagai aspek iii. Sbagai pmudahcara, mmberi bimbingan, motivasidan menggerakkn murid iv. Kmahiran mengurus bilik darjah v. Pmbentuk nilai dan secara lgsg menjadi role model. Cikgu aisah berumur 25 tahun 5 kemahiran yg perlu dimiliki utk mjadi seorg guru yg professional i. Pelan pmbelajaran peribadi ii. Budaya mbaca iii. Budaya menyelidik iv. Budaya bfikir/reflektif v. Budaya musyawarah/berbincang vi. Budaya kolaborasi/koperatif vii. Dan seterusnya

3. a.

13

b.

5 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

kriteria pmilihan baha yang hendak didedahkan kpd murid Selaras dgn FPK X bercanggah dgn nilai masyarakat Releven dgn kurikulum Selaras dgn prinsip pedagogi Mberi mkluamat terkini Cost effective Mudah diperolehi Mudah digunakan Mudahalih Dan yg seterusnya

A. ULANGKAJI EDU 3108


BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION 1) Pengenalan; - Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. - Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. 2) Ciri-ciri Profesion; - Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. - Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. - Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. - Pakar dalam bidang pekerjaan . - Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas. - Mementingkan mutu perkhidmatan. - Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas. - Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli. - Mematuhi kod etika profesion

14

3) Konsep Profesional; - Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. - Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion: a) penguasaan ilmu yang mendalam b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang c) kod etika d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. 4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan; - Perguruan diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989) - Keguruan diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989). 5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL Guru Profesional; - Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan. - Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah. - Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional. - Guru adalah pakar dalam pendidikan. - Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara. Guru Non Profesional; - Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara - Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. - Autonomi guru adalah terhad. - Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika. - Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan

6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998); - Bersikap profesional - Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori - Berilmu - Patuh dengan Kod Etika. - Bermoral - Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran - Prihatin terhadap murid dan ibubapa - Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
15

- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. - Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik darjah. - Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. - Taat dan setia terhadap perkhidmatannya. - Mempertahankan martabat profesionnya. - Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi. 7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002); - Dorongan oleh misi dan passionate - Positif dan benar - Guru sebagai pemimpin - With-it-ness - Gaya - Kepakaran dalam motivasi - Keberkesanan pengajaran - Pembelajaran kandungan - Pintar - Celik minda 8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ; Sahsiah Bertaqwa Berakhlak Berperibadi mulia Komitmen Bersopan Positif Berkepimpinan Budaya ilmu Ketrampilan Merancang & mengurus p & p Memilih strategi Kemahiran teknologi Kemahiran generik Kemahiran kaunseling Menilai p & p Ilmu Isi kandungan Pedagogi Bahan Kaedah Teknologi

16

9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut: - Kaedah mengajar - Kawalan sosial di sekolah - Kawalan disiplin murid - Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid - GERKO - Pembimbing kepada murid

10) Refleksi - Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan? - Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan.

17

BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN 1.Konsep Etika - sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi. - nilai moral yang baik / buruk - masyarakat menganalisis, menilai, sama ada mengikut peraturan yang telah ditetapkan. - guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah. 2) Kod Etika Keguruan Tanggungjawab terhadap pelajar - mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar - bersikap adil terhadap pelajar - merahsiakan maklumat ikhtisas - membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran - menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku - memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas Tanggungjawab terhadap ibu bapa - Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. - Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama. - Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit. - Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. - Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan sosial/ekonomi ibu bapa. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara - Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau negara - Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab - Menghormati masyarakat tempat berkhidmat - Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. - Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion - Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu bapa. - Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. - Berusaha menunaikan tanggungjawab. - Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan. - Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
18

perguruan. - Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. 3) Akauntabiliti Guru; Konsep - Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu - Tanggungjawab kepada profesion perguruan - Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru sebagai; kualiti guru kualiti pengajaran. Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan - Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat. - Kemahiran interpersonal. - Membentuk soalan penilaian. - Pengurusan bilik darjah - Memotivasikan pelajar - Pengurusan disiplin Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa - Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. - Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid. - Bersikap adil dengan setiap murid. - Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran. - Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid. Akauntabiliti terhadap profesion - Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. - Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid. - Membantu rakan sejawat - Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan. Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara - Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN. - Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum. - Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. - Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa - Memberi sumbangan sukarela kepada negara. 4) Integriti Guru - Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan - Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran - Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi - Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari - Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. - Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi
19

mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem. - Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar - Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang terbaik 5) Refleksi Kendiri - Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, imbas kembali salah seorang guru yang anda sanjung sebagai guru yang berintegriti. - Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan anda bahawa guru berkenaan berintegriti.

20

BAB 3 ISU ETIKA GURU Maksud etika : -cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan Maksud Etika Guru : - Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik Etika perlu dalam profesion perguruan : - Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka - Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum. - Guru dikawal oleh etika perguruan. Fokus Etika Guru : - Kesantunan guru - Kepedulian guru - Penampilan guru - Berniaga di sekolah - Pengurusan masa - Kerjaya sambilan - Kerjaya sambilan - Pengurusan kewangan 1.0 ISU KESANTUNAN GURU - Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. - Fokus kesantunan guru ialah : a) Perlakuan dalam percakapan - Kawalan suara - Memonopoli sidang perbualan - Cakap banyak - Puji diri secara langsung dan tidak b) Tatacara berkomunikasi - Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

21

2.0 ISU KEPEDULIAN GURU - Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas - Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau tugasnya. - Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. - Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock 1995) - Guru perlu : a) Sedar atas perubahan b) Minat pada perubahan c) Mengenali pembawa perubahan d) Mengurus perubahan e) Menilai kesan perubahan f) Bekerjasama dengan rakan g) Membuat penambahbaikan - Kepedulian dari segi penyempurnaan diri : urus hal kehidupan seharian : jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas - Kepedulian terhadp tugas pengajaran : ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP : bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru - Kepedulian terhadap impak pengajaran : yakin terhadap kebolehan pelajar : guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan Cadangan : - Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas daripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi.

22

BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU Teori Keprihatinan (Fuller 1969) - Peringkat Keprihatinan Diri - Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas - Peringkat Impak Prihatin Diri : - Apakah pelajar suka saya? - Bolehkah saya mengajar apabila diselia? - Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya. - Apakah BBM saya sesuai dengan murid? Peringkat Impak : - Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya? - Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya? - Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi? Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru - Peringkat novis - Peringkat novis lanjutan - Peringkat cekap - Peringkat mahir - Peringkat pakar Cabaran Guru Permulaan - Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative - Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah - Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah. - Mula mengaplikasikan kaedah mengajar - Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran - Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru - Kurang berupaya menangani tugas harian guru Guru Cekap : - Ada kecekapan pada tahap minimum - Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus. - Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP. Guru Mahir - Terbaik dalam bidang - Menjadi teladan profesionalisme - Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum Guru Pakar - Menyerlahkan diri secara profesionalisme
23

- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah. - Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya. Konsep Sekolah dan Guru Berkesan Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat membawa sistem pendidikan kearah kecemerlangan seiring dengan slogan membawa sistem pendidikan ke taraf dunia. Guru Cekap Menjadi guru cekap : - Kecekapan profesionalisme - Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip - Keutuhan peribadi - Kecekapan menggunakan teknologi maklumat Ciri-ciri guru cekap : 1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar 2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi 3) Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka. Prinsip Guru Cekap : - Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap - Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh - Berkongsi visi yang sama - Bakti disemai bukti dituai - Penambahbaikan berterusan - Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif Ciri guru berkesan : - Profesional - Mempamer kekuatan teori - Kaya ilmu - Bertindak atas landasan etika kerja - Morality yang teguh - Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran - Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa - Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah - Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa - Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan - Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya - Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian - Professional dengan PNP di sekolah - Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.

24

Guru Mahir - Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima - Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik. Guru Berintelek - Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date) Guru mahir perlulah : - Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik - Dapat memberikan motivasi yang berkesan - Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah. - Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer. Kesimpulan : Kemahiran guru yang perlu ada : - Kemahiran penyampaian - Kemahiran penilaian - Kemahiran merangsang - Kemahiran pengurusan bilik darjah Guru Pakar Definisi Guru Pakar : - Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP. Sahsiah guru pakar : - Sahsiah terpuji - Berketrampilan - Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam - Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar - role model kepada warga pendidikan Pengetahuan guru pakar : - Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran - Menjadi pakar rujuk PNP - Bijak mengurus masa, bahan dan sumber - Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

25

Hasil kerja : - Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) - Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan. Potensi : - Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara - Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara. Guru Permulaan 1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau university 2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru. 3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi. Fokus isu : - Guru baru sering menghadapi masalah : : guru besar dan guru : mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar : masalah pembelajaran dan disiplin murid Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan : - Kurang mahir urus Koku - Kurang mahir urus aktiviti sukan - Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah - Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah - Kurang teori dan amalan latihan - Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber - Kurang kemahiran sosial

26

BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH 1) Peranan Guru Pengamal Ilmu dan Kemahiran Pembimbing Pengamal Reflektif Penyelidik Agen Sosial Agen Perubahan Pengganti Ibu Bapa Pembentuk Tingkah Laku Pengurus Pembelajaran 2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran - Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi. - Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai. - Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid. - Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru. 3) Pembimbing - Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran. - Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. - Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian. - Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan. 4) Pengamal Reflektif - Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan. - Meningkatkan tahap profesional guru. - Menambahbaik aktiviti P&P. - Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif. 5) Penyelidik - Dapat meningkatkan kualiti P&P. - Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P. - Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan. - Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual.
27

6) Agen Sosial - Guru agen sosialisasi. - Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat. - Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat. 7) Agen Perubahan - Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru. - Guru berperanan mengawal kepincangan ini. - Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid. - Menerapkan nilai kepimpinan demokratik. - Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi - Menggunakan strategi pemusatan murid - Mengawal sikap penyayang - Bersikap proaktif - Bersedia menghadapi perubahan 8) Pengganti Ibu Bapa - Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya. - Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid. - Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi. 9) Pembentuk Tingkah Laku - Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid. - Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran). 10) Pengurus Pembelajaran - Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial. - Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar. - Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar. - Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi. - Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar. - Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid. - Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini. - Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

28

BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN VISI DAN MISI KPM 1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG - Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut. - Misi KPM: Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti - Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun Negara 2) carta organisasi (http://www.moe.gov.my/?id=143) - KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) - Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu PK 1-bertanggungjawab terhadap kurikulum dan pentadbiran - PK2 bertanggungjawab dlm HEM - PK3 menguruskan hal-hal kokurikulum 4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru; - Menyebarkan ilmu - Pengamal dan pelaksana ilmu - Pengamal TMK - Role model - Penerap nilai - Educare/educere - Pakar rujuk - Pemimpin - Mentor - Penyelidik - Agen sosialisasi - Agen perubahan - Pembina Negara Bangsa 5) Jangkaan Guru; - Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan

29

4 bentuk jangkaan: - jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran - Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh - Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti e.g merancang strategi bg membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah - Jangkaan terhadap diri sendiri e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan

BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU:PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

1) Pembelajaran Sepanjang Hayat - Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. - Senaraikan perubahan-perubahan yang dimaksudkan di atas. 2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat - Bengkel - Seminar - kursus-kursus pendek - budaya membaca - penyelidikan - lawatan ke sekolah - penandaarasan - projek-projek komuniti - aktif dlm persatuan akademik 3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional. 4) Pembelajaran Peribadi - Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. 5) Senaraikan kaedah atau bentuk pembelajaran peribadi / kendiri yang anda tahu Sebagai contoh - Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru
30

boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line. - Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi, 6) Budaya Membaca; - Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan. - Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain. 7) Mengapa dan bagaimana? Budaya Menyelidik Kajian Tindakan - Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia. - Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan. - Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru perhatikan. - Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan kendiri. 8) Amalan Reflektif; Antaranya amalan refleksi melalui : - Penulisan reflektif/jurnal - Portfolio pengajaran - Penyelidikann tindakan, - Perkembangan professional on-line - Aktiviti Pusat Kegiatan Guru - As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be teaching because education is a constant process of change. Every single time you teach something to someone, it is ingested, something is done with it,and new human being emerges (Leo Buscaglia).

31

9) Kolaborasi dan Musyawarah - Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. - Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil 10) Mengapa guru perlu berkolaborasi? Elemen-elemen kolaborasi: - Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru. - Bekerja bersama-sama secara sukarela. - Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha berterusan tanpa menyekat individu. - Penghargaan terhadap mereka yang terlibat 11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam Perkhidmatan KDP) Fokus kepada: - Peningkatan ilmu - Kemahiran guru dalam pengurusan - Pembestarian sekolah - Teknologi maklumat dan komunikasi - Pengurusan kokurikulum - Transformasi kurikulum - Pentaksiran dan penilaian - Pedagogi terkini 12) Pembelajaran Autentik - Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. 13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber - Program Adobe - Program ERIC - E-Pembelajaran - E-Perpustakaan - E-Buku - E-Jurnal Soalan Refleksi - Sebagai guru permulaan, buktikan bahawa anda telah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini dalam profession keguruan.

32

You might also like