You are on page 1of 57

Minggu 5 Proses Dekolonisasi

Hasil Pembelajaran
a. Pendudukan Jepun Sebab pendudukan Jepun di Tanah Melayu Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu b. Pentadbiran Tentera British (BMA) Keadaan Tanah Melayu semasa BMA

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu


a. Pengenalan
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan pendudukMelayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II. Dalam masa 55 hari, seluruh Tanah Melayu dikuasai oleh Jepun.

b. Sebab-sebab pendudukan Jepun di Tanah Melayu

1. Pertambahan penduduk
Awal abad ke-20 pertambahan penduduk di Jepun tidak seimbang dengan keluasan tanah pertanian. Pada tahun 1932, penduduk Jepun telah meningkat sebanyak 70 juta orang. Jepun memerlukan tanah jajahan bagi menampung penduduk yang berlebihan.

2. Bentuk fizikal negara Jepun Bergunung-ganang dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pertanian. Jepun telah beralih kepada bidang perindusterian. Perindusterian memerlukan bahan mentah dan pasaran. Untuk menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan baru.

3. Kejayaan Rancangan Perindusterian Meiji Rancangan perindusterian Meiji yang dilaksanakan pada tahun 1868 telah mencapai kejayaan. Bagi memperluaskan rancangan perindusterian ini, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan bagi menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran barangannya.

4. Fahaman militerisme Akhir abad ke-19, fahaman ,militerisme merebak di kalangan pemimoin Jepun.

Sejak 1932, politik Jepun telah dikuasai oleh golongan tentera apabila mereka menguasai Diet (parlimen).
Fahaman militerisme telah perkembangan imperialisme. membawa kepada

Apabila Jeneral Tojo Hodeki menjadi Perdana Menteri Jepun (18 Oktober 1941), pembesaran tentera telah mendorong Jepun menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara termasuklah Tanah Melayu.

5. Kejayaan Awal Kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun (1894-1895) dan Perang Rusia-Jepun (1904-1905) telah mendorong Jepun untuk memperluaskan dasar imperialismenya. 6. Cita-cita Jepun Kerajaan dan penduduk Jepun ingin mendapat pengiktirafan dunia dan dianggap setanding dengan kuasa-kuasa Barat

7. Keinginan Jepun membebaskan Asia Tenggara daripada penjajahan Barat Jepun melaungkan slogan propaganda Asia Untuk pengaruh Orang Asia . Ramai pemimpin-pemimpin Asia Tenggara terpengaruh dengan propaganda Jepun dan menyokongnya. 8. Tanah Melayu kaya Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah dan getah untuk keperluan industeri di Jepun. Tanah Melayu boleh dijadikan pasaran kepada keluaran industeri Jepun.

9. Daerah Kemakmuran Bersama Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan Jepun untuk mewujudkan Daerah Kemakmuran Bersama yang berpusat di Jepun. Negeri-negeri yang akan digabungkan dalam rancangan ini termasuklah Korea, Manchuria, China, Indi-China, Siam, Burma, Tanah Melayu, Filipina, India, Indonesia, Australia dan New Zealand.

10. Balas dendam Jepun menyerang Tanah Melayu kerana membalas dendam terhadap British dan orang Cina di Tanah Melayu kerana membantu negara China menentang Jepun semasa Perang China-Jepun 1937. Orang Cina di Tanah Melayu telah mengutip derma untuk membantu negara China. Antara tahun 1937-1941, sejumlah $146 juta telah dapat dikumpul oleh orang Cina di Tanah Melayu bagi membantu negara China menentang Jepun. Ramai pemuda Cina dihantar ke negara China dalam usaha untuk menentang Jepun.

b. Mengapa Jepun mudah menguasai Tanah Melayu 1. Kesilapan strategi British British menyangka Jepun menyerang dari Singapura dan pertahanan British di Tanah Melayu tertumpu di Singapura. Tindakan Jepun menyerang T.Melayu dari Utara di mana pertahanan British sangat lemah. 2. Kelemahan tentera British Kekuatan tentera British 89,000 orang sahaja. Sebanyak 20,000 orang askar Britain, 17,000 orang askar India, 15,000 orang askar Australia dan yang lain-lain terdiri daripada askar Melayu. Mereka merupakan askar upahan yang tidak terlatih dan tidak dilengkapi angkatan perang.

Moral mereka sangat rendah berbanding tentera Jepun kerana mereka berperang bukan kerana mempertahankan tanah air sendiri. Askar-askar India pula ada yang pro-Jepun kerana terpengaruh dengan propaganda Jepun untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Pangkalan tentera laut British di Singapura tidak lengkap dan hanya dibekalkan dengan dua buah kapal perang iaitu Repulse dan Prince of Wales serta beberapa buah kapal terbang pengebom yang tidak canggih.

3. Persediaan awal Jepun sebelum perang Jepun buat persiapan rapi dan teliti. Hantar ramai agennya ke T. Melayu untuk mengumpulkan maklumat tentang pertahanan tentera British, keadaan geografi, kedudukan ekonomi dan suasana politik di T. Melayu.

Pengintip-pengintip Jepun datang ke T.Melayu dan menyamar dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti berniaga, tukang kasut, kedai gambar dan sebagainya. Mereka menunjukkan sikap yang baik dan jual barang dengan harga yang murah. Dengan cara itu orang-orang Melayu akan menyokong apabila Jepun memerintah T.Melayu.

Jepun mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin negara di Asia Tenggara. Jepun menyebarkan propaganda untuk bebaskan negara-negara Asia Tenggara daripada penjajahan kuasa Barat. Propaganda Jepun Asia Untuk Orang Asia, Jepun Cahaya Asia dan Jepun Pembebas Asia telah berjaya mempengaruhi golongan nasionalis untuk bekerjasama dengan Jepun.
Di T.Melayu, Jepun telah bekerjasama dengan pemimpinpemimpin politik Melayu berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Jepun memberi bantuan kewangan kepada Ibrahim Yaakob untuk membeli akhbar Warta Melayu yang diterbitkan di Singapura.

Jepun telah membebaskan pemimpin-pemimpin KMM yang ditangkap oleh British kerana bekerjasama dengan Jepun.

Jepun telah menandatangani persetiaan awal dengan Siam pada 11 Disember 1941. Dalam persetiaan itu, Siam membenarkan dan memberikan kemudahan kepada tentera Jepun mendarat di Pattani untuk mara ke Tanah Melayu.

4. Kelebihan tentera Jepun menjalani latihan intensif di Indochina dan Taiwan bagi menyesuaikan diri dengan keadaan geografi dan iklim T. Melayu. mempunyai pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan handal seperti Yamashita, Tojo Hideki, dan Jeneral Anaki. Pasukan tentera yang berdisiplin dan moral yang tinggi. Mereka berpegang kepada Bushido iaitu berani, taat setia kepada maharaja dan sanggup berkorban untuk negara. Mereka juga mendahulukan kepentingan negara, bangsa dan maharaja.

menggunakan taktik peperangan yang berkesan iaitu menggunakan basikal bagi membolehkan mereka bergerak dengan mudah dan pantas di dalam hutan. menggabungkan tentera udara, darat dan laut semasa melakukan serangan. Kerjasama ini memudahkan mereka menyerang sesuatu kawasan. Serangan ke atas Pearl Habour oleh tentera Jepun telah melemahkan kekuatan tentera laut British di Lautan Pasifik.

5. Tenggelamnya kapal perang British

Pertahanan laut British semakin lemah setelah Jepun berjaya menenggelamkan kapal perang British iaitu Repulse dan Prince of Wales di luar pantai Kuantan pada 10 Disember 1941.
Implikasinya, tentera British tiada pertahanan laut dan semangat tentera British juga semakin lemah.

c. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

melaksanakan sistem pemerintahan tentera di Tanah Melayu.


Corak pentadbiran terbahagi kepada dua tahap perkembangan:

a. Mac 1942-Jun 1943 - sebahagian besar pentadbiran dikendalikan oleh Watanabe Wataru. Beliau seorang yang tegas. Dalam tempoh masa itu, corak pemerintahan Jepun zalim dan kejam. b. selepas Jun 1943 lebih bertolak ansur dengan penduduk tempatan kerana tentera Jepun mengalami banyak kekalahan.

Pentadbiran tentera Jepun di T. Melayu boleh di bahagikan kepada dua bahagian: - pentadbiran NNS dijalankan oleh Gabenor. Nama Singapura ditukar kepada Syonan (Cahaya Selatan). Singapura dijadikan pusat pentadbiran Jepun. - T.Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan Malai Baru. T. Melayu dibahagikan kepada 8 wilayah dan setiap wilayah ditadbir oleh Gabenor. Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Singapura. T. Melayu dan Sumatera diletakkan di bawah satu pentadbiran. Tahun 1943, pentadbiran Sumatera diasingkan daripada T. Melayu.

Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan menjadi Borneo Utara. Pentadbiran berpusat di Kuching. Tahun 1943, pentadbiran dipindahkan pula ke Sabah setelah berlakunya pemberontakan Double Tent di Sabah. Pada Ogos 1943, Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada Siam sebagai balasan jasa Siam membenarkan Jepun menggunakan negara mereka sebagai laluan untuk menyerang T. Melayu.

Pemerintah Jepun amat mementingkan soal keselamatan. Oleh itu tiga jenis pasukan perisikan ditubuhkan: - Kempeitai : * untuk mendapatkan maklumat daripada masyarakat. * Sangat kejam * membunuh ramai orang yang disyaki anti Jepun. Kebanyakannya orang Melayu. - Tetikan : * mata-mata yang bertugas mencari musuhmusuh yang pro-British untuk menentang Jepun. *Mereka menjalankan sabotaj, propaganda dan pembunuhan. - Toko : * bertugas untuk merisik di seluruh T. Melayu.

d. Kesan-kesan Pemerintahan Jepun Politik dan nasionalisme orang Melayu

dapat pengalaman sebagai mentadbir seperti Pegawai Daerah. menyemarakkan lagi kebangkitan kesedaran politik di kalangan penduduk T. Melayu. Anti British British meninggalkan T.Melayu setelah Jepun menyerang T. Melayu. British tidak berikan perlindungan kepada rakyat T.Melayu. Orang Melayu salah sangka bahawa Jepun lebih baik daripada British. Sebaliknya kehidupan bertambah sukar dan terseksa. Timbul keinginan untuk memerintah negara sendiri.

Jepun membenarkan penubuhan parti politik untuk orang Melayu. Jepun bebaskan ahli-ahli KMM yang ditangkap oleh British. 1943 KMM diharamkan kerana ada hubungan sulit dengan MPAJA. Penubuhan PETA (Pembela Tanah Air) oleh Jepun. Ibrahim Yaakob sebagai Leftenan Kolonel. Ahli-ahli nya terdiri daripada bekas anggota KMM. Tujuannya untuk dapatkan sokongan daripada orang Melayu. Jepun menyokong penubuhan KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) kerana Jepun sedar pengaruhnya di Asia Tenggara.

Semangat nasionalisme orang Melayu semakin bertambah dan mahukan kemerdekaan melalui percantuman dengan Indonesia. Dengan penubuhan KRIS, matlamat mereka tercapai, tetapi sebaliknya gagal kerana Jepun terpaksa menyerah kalah pada September 1945.

Ekonomi pengeluaran bijih timah dan getah hampir terhenti. T.Melayu terputus hubungan dengan dunia Barat menyebabkan bijih timah dan getah tidak dapat dieksport ke luar negara. British menjalankan dasar Bumi Hangus dengan memusnahkan alat perkakas melombong seperti kapal korek dan sebagainya agar tidak terlepas ke tangan Jepun. Pengusaha-pengusaha lombong Eropah dan buruh Cina meninggalkan lombong-lombong bijih timah. Operasi tidak dapat dijalankan. Pengeluaran merosot. Tahun 1941, 79,000 tan dihasilkan tetapi 1945 hanya 3,000 tan sahaja dihasilkan. Ladang-ladang getah ditinggalkan oleh pengurus ladang bangsa Eropah. Buruh-buruh India ditinggalkan tanpa tempat perlindungan dan pekerjaan. Infrastruktur musnah akibat perang. Pengeluaran hasil getah juga merosot.

Berlaku kebuluran kerana kekurangan makanan. Jepun melancarkan kempen pertanian dengan memaksa rakyat bercucuk tanam seperti ubi kayu, keledek dan keladi. Perusahaan tempatan ditubuhkan untuk hasilkan barang keperluan yang tidak dapat diimport seperti minyak masak, gula, sabun, kertas dan tali. Perusahaan-perusahaan besar dan penting diambil oleh syarikat Jepun. Kadar inflasi meningkat akibat pengeluaran wang Jepun (wang pokok pisang) berlebihan. Kehidupan menjadi sukar kerana kekurangan makanan dan pakaian. Orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan. Petani dan nelayan menjual hasil mereka kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun dan kadangkala dirampas oleh tentera Jepun.

Sosial Ramai orang Cina berpindah dari pekan dan bandar ke kawasan pinggir hutan untuk mengelakkan kekejaman tentera Jepun. Mereka meneroka tanah baru untuk menanam tanaman makanan. Ramai yang terus menetap di situ w/pun Jepun menyerah kalah.

Permusuhan orang Melayu dan Cina semakin menebal sehingga mencetuskan pergadaduhan kaum yang serius. Orang Melayu memusuhi orang Cina kerana mereka pro British. Orang Cina pula tidak puas hati kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun dan layanan buruk Jepun terhadap orang Cina.

Orang Cina yang anti Jepun menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA dinaungi oleh PKM dan bekerjasama dengan Force 136 dengan memberikan bekalan senjata dan latihan ketenteraan. Tahap kesihatan rakyat merosot kerana wabak penyakit. Perkhidmatan perubatan lumpuh dan ubat-ubat sukar dipeolehi. Ramai yang mati akibat penyakit seperti malaria, taun, beri-beri dan kudis. Beribu-ribu orang kaum lelaki dihantar ke Siam untuk membina landasan Kereta api Maut . Ramai yang terkorban akibat kebuluran, penyakit dan diseksa oleh tentera Jepun.

Dasar niponisasi Jepun yang memaksa rakyat T.Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun melalui penggunaan bahasa Nippon Gro, adat istiadat dan lagu kamigayo. Orang Melayu tidak puas hati kerana boleh mengancam dan melenyapkan adat dan budaya Melayu. Kesan ke atas nasionalisme orang Cina - sentimen kecinaan semakin bertambah di kalangan orang-orang Cina. - Tindakan Jepun menawan China menimbulkan kemarahan dan menaikkan semangat nasionalisme orang-orang Cina.

- Ramai orang-orang Cina menyertai gerakan menentang Jepun seperti MPAJA. Kesengsaraan hidup dan kekejaman Jepun menyebabkan mereka benci kepada Jepun. - Dasar diskriminasi Jepun telah menimbulkan sentimen perkauman Melayu Cina di Tanah Melayu. - Pendudukan Jepun mewujudkan semangat nasionalisme yang mengarah ke negara China dan sentimen perkauman di kalangan orang Cina.

Kesan nasionalisme orang India - sentimen keindiaan di kalangan orang India di T.Melayu semakin kukuh. - Jepun berjaya mengalihkan perasaan nasionalisme ke atas negara India. - orang-orang India lebih menumpukan perjuangan untuk bebaskan India daripada penjajahan British. - Jepun tubuhkan INA (Indian National Army) untuk bebaskan India daripada kuasa British. - Jepun menyokong penubuhan kerajaan dalam buangan Azad Hind di Singapura dengan selogan Chala Delhi / Mara ke Delhi. Slogan ini menaikkan semangat nasionalisme orang-orang India.

Dasar British (vs) Jepun


British Mengiktiraf negeri-negeri Melayu sebagai naungan Pentadbiran berbentuk persekutuan. Pegawai British memegang jawatan penting di daerah Jepun Menganggap negeri- negeri Melayu sebagai tanah jajahan Pentadbiran berbentuk kesatuan. Etnik Melayu berpeluang memegang jawatan penting di daerah

34

Penjajahan British menyebabkan sistem tradisional di Tanah Melayu kian terhakis. - Sistem beraja - Sistem pembesar - Sistem pentadbiran
Penjajahan Jepun telah meluapkan semangat menuntut kemerdekaan - Permasalahan sosio-budaya

35

Penyerahan Kalah Jepun

15 Ogos 1945
36

Pentadbiran Tentera British (BMA)


Keadaan Tanah Melayu sebelum BMA Selepas Jepun kalah 1945, T.Melayu telah diperintah oleh PKM selama 14 hari melalui MPAJA. MPAJA berjaya menguasai bandar-bandar dan daerah-daerah penting di T.Melayu. Berjaya mengambil alih balai-balai polis dan pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan. PKM mengenakan cukai kepala, cukai harta dan cukai tanah yang tinggi kepada penduduk kampung.

melakukan keganasan yang tidak berperikemanusiaan seperti membunuh dan merampas harta benda mereka yang bersubahat dengan Jepun.

Keadaan T.Melayu semasa BMA BMA ialah sebuah pentadbiran tentera yang diperkenalkan oleh British untuk mentadbir T.Melayu selepas pengunduran tentera Jepun. BMA diketuai oleh Sir Raplh Homes.

BMA berjaya memainkan peranan sebagai sebuah pentadbiran peralihan seperti: - menamatkan penguasaan PKM di T.Melayu.

- menguatkuasakan undang-undang untuk mengembalikan keamanan.


- memujuk PKM/MPAJA/Tentera Bintang Tiga supaya menyerahkan senjata. - menamatkan pergaduhan kaum di kawasan tertentu di T.Melayu. Setelah berjaya mengembalikan keamanan di T.Melayu, BMA melaksanakan Malayan Union.

Minggu 6

Proses Dekolonisasi

Hasil Pembelajaran
Malayan Union Sebab-sebab pengenalan Malayan Union Sebab dan cara penentangan Persekutuan Tanah Melayu Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION 1. Reaksi daripada penduduk Tanah Melayu terbahagi kepada dua, iaitu yang menentang dan yang menerima. 2. Sebahagian besar orang Melayu menentang Malayan Union.

.
Harold Mac Michael

Edward Gent (Gabenor) 53

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


1. Setelah cubaan melaksanakan Pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu ditentang hebat oleh Raja-raja Melayu dan rakyat jelata maka pihak British telah bersetuju untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. 2. Ini merupakan kejayaan perjuangan orang Melayu untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

Sebab-sebab penubuhan PTM Ketegasan orang-orang Melayu menentang Malayan Union Perpaduan di kalangan orang Melayu Sokongan bekas-bekas pegawai British Sikap sederhana orang Melayu

Cir-ciri PTM Konsep Raja Berperlembagaan dibentuk Majlis Raja-raja ditubuhkan Perlindungan istimewa kepada orang Melayu Syarat kerakyatan diperketatkan Pesuruhjaya Tinggi British sebagai Ketua Persekutuan
UMS 1113 / ZABD 55

Syarat kewarganegaraan; lahir di TM dan bermastautin 8 daripada 12 tahun. Permohonan; bermastautin 15 daripada 20 tahun. Diketuai oleh Persuruhjaya tinggi British dan mempunyai sebuah majlis perundangan yang mempunyai seramai 75 ahli (50 ahli rasmi; kebanyakan Melayu/25 ahli tidak rasmi). Sultan di setiap negeri mempunyai hak ke atas negerinya melalui Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Perundangan Menteri.

56

Sekian. Terima Kasih

You might also like