You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI / 2013 HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

NOMBOR MATRIKULASI NOMBOR K/P NOMBOR H/P E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN

: 820830135443001 : 820830135443 : 0198282644 : dmendjacq@yahoo.com.my : SIBU

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Kepentingan kemahiran saintifik 2.1 Kemahiran Proses Sains 2.2 Kemahiran Manipulatif 2.3 Hubungan dalam Kemahiran saintifik 3.0 Aktiviti amali sains 3.1 Amali 1 3.2 Amali 2 4.0 Penambahbaikan aktiviti amali 1 dan 2 5.0 Kesimpulan 6.0 Rujukan

MUKASURAT 3 4 5~6 7 7 8 8~10 10 11~12 13 14

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

1.0 Pengenalan Kemahiran saintifik adalah matapelajaran sains semata-mata. Mungkin, banyak yang beranggapan bahawa, hanya matapelajaran sains, biologi, kimia dan fizik sahaja yang akan menggunakan kemahiran saintifik. Sedar tidak sedar, penggunaan kemahiran saintifik kita gunakan pada kehidupan kita seharian. Bagaimanakah kemahiran saintifik digunakan dalam kehidupan seharian? Apabila kita membuat perancangan untuk melancong pada hujung tahun, pertama sekali apa yang kita buat adalah meramalkan cuaca pada waktu itu, samada sesuai atau tidak dijadikan sebagai tempat melancong. Secara tidak langsung, kita telah menggunakan kemahiran proses sains iaitu meramal keadaan cuaca berdasarkan maklumat lepas atau hasil daripada komunikasi tentang ramalan cuaca oleh Jabatan kaji cuaca Bagi tugasan kali ini, kemahiran saintifik merupakan menu perbincangan utama. Pemilihan dua aktiviti daripada buku amali sains tahun empat digunakan dalam melengkapkan tugasan pada kali ini. Daripada aktiviti tersebut, kita perlulah mengenalpasti kemahiran saintifik yang terlibat dalam aktiviti yang dipilih itu. Seterusnya, cadangan-cadangan yang baik untuk menambahbaikan aktiviti-aktiviti tersebut agar lebih banyak kemahiran saintifik digunakan dalam menjalani aktiviti tersebut.

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

2.0 Kepentingan kemahiran saintifik Sains merupakan matapelajaran yang dikatakan sukar bagi sebilangan muridmurid kerana mereka cuba untuk menghafal isi pelajaran sains. Hakikat sebenarnya, untuk menguasai kemahiran sains, seseorang tidaklah perlu cemerlang dalam pelajaran, tetapi cukup sekadar seseorang itu memahami konsep dalam sains. Mempelajari sains bukan semata-mata tahu fakta tetapi melaluinya kita dapat menjelaskan secara bersistematik apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian. Melalui sains juga, manusia dapat memahami dunia dan alam kehidupan sekeliling berdasarkan tingkahlaku dan nilai saintifik. Kemahiran proses sains kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara bersistematik. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, apa sahaja aktiviti yang kita ingin jalankan seharian sedikit sebanyak melibatkan kemahiran saintifik. Bagi contoh, dalam menyusun barang-barang dalam peti sejuk, kita akan membahagikan jenis bahan makanan berdasarkan tempat penyimpanan. Kita tidak akan mencampur adukan bahan mentah tersebut dalam satu tempat kerana kesesuaian suhu bagi bahan mentah tersebut. Contohnya, daging perlu disimpan dibahagian sejuk beku dan untuk sayuran pula dibahagian sejuk sederhana. Kemahiran pengendalian bahan akan membiasakan kita dengan kepentingan berhati-hati dalam mengendalikan peralatan sains demi mengelakkan kerosakan ataupun kecederaan. Dalam konteks ini, kepentingan kemahiran saintifik ialah bagi mengelakkan diri daripada membazir ataupun kecederaan.

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

2.1 Kemahiran Proses Sains Kemahiran proses sains pula merangkumi kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran proses sains asas terdiri daripada kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal dan kemahiran berkomunikasi. Manakala kemahiran proses sains bersepadu pula terdiri daripada kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. Untuk menguasai kemahiran proses sains ini, kita perlulah menguasainya secara berperingkat dari yang pertama hingga seterusnya. Maksud disini ialah, kemahiran proses sains perlulah dikuasai daripada proses asas dan seterusnya proses bersepadu agar penggunaan yang lebih berkesan dan telus. Jadual dibawah menjelaskan secara lebih terperinci mengenai kemahiran proses sains. Kemahiran Proses Sains ASAS Memerhati Penerangan Membuat penyiasatan saintifik menggunakan lima deria iaitu lihat, hidu, dengar, rasa dan sentuh. Ia digunakan untuk mengetahui dan mengumpul maklumat tentang objek atau kejadian Mengelas Melalui pemerhatian, mengumpulkan atau mengasingkan objek atau fenomena dalam kumpulan-kumpulan yang ditentukan. pengelasan tersebut berdasarkan kriteria seperti ciri-ciri atau sifat sesuatu objek atau fenomena. Mengukur dan menggunakan nombor Membuat pemerhatian atau penyiasatan yang kuantitatif menggunakan nombor atau pengiraan piawai atau bukan piawai. Pengukuran yang piawai akan menjadikan ukuran penyiasatan tersebut lebih tepat dan jitu. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah samada benar atau tidak yang akan menerangkan peristiwa atau pemerhatian.

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

Meramal

Menjangkakan peristiwa yang akan berlaku berdasarkan permerhatian, data yang boleh dipercayai dan pengalaman lalu.

Berkomunikasi

Penggunaan perkataan penulisan atau lisan, gambarajah, jadual, model untuk menerima, menyusun atau mempersembahkan maklumat atau penemuan. Ia juga dikenali sebagai medium perkongsian maklumat.

BERSEPADU Menggunakan hubungan ruang dan waktu Mentafsir data

Penerangan Memperihalkan perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter dimaksudkan seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim sesuatu objek atau peristiwa. Penerangan yang rasional mengenai objek, peristiwa atau pola daripada data yang telah dikumpulkan.

Mendefinisi secara Tafsiran yang dibina bagi menjelaskan konsep perjalanan operasi aktiviti sains berdasarkan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mengawal pemboleh ubah Mengenalpasti pembolehubah seperti pembolehubah dimanipulasikan, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah yang dimalarkan. Pemerhatian mengenai hubungan antara pembolehubah yang berkenaan. Membuat hipotesis Menghasilkan penyataan umum tentang hubungan diantara pembolehubah yang dikenalpasti dan difikirkan benar bagi menerangkan perkara atau peristiwa. Kenyataan tersebut hendaklah boleh diuji kebenarannya dan dibuktikan kesahihannya. Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis, mengumpul data, mentafsif data untuk mendapatkan rumusan atau kesimpulan hasil daripada aktiviti tersebut.

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

2.2 Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membantu kita mendapatkan jawapan, penemuan dan keputusan yang bersistematik. Berdasarkan huraian sukatan pelajaran sains, kemahiran manipulatif membolehkan murid untuk; a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. c) Membersihkan peralatan sains dengan betul. d) Mengendalikan spesimen dengan cermat. e) Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Seperti juga kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif merupakan tonggak yang menggerakkan apa sahaja penyiasatan yang dilakukan. Bertapa pentingnya menguasai kemahiran manipulatif ini bagi memperoleh keputusan yang lebih terperinci dan mengurangkan risiko untuk mendapatkan keputusan yang kurang jitu. 2.3 Hubungan dalam Kemahiran saintifik Bagi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif saling berkaitan ekoran kedua-duanya dibawah naungan kemahiran saintifik. Dengan pengetahuan yang mendalam mengenai proses-proses saintifik, ia tidak akan bermakna jika tidak menguasai kemahiran manipulatif dengan baik. Jelasnya, bagaimana seseorang dapat mengesahkan penemuanya sekiranya pengendaliannya amatlah teruk dalam mendapatkan keputusannya. Keputusan yang diperolehi menjadi tidak bersih kerana gagal menguasai kemahiran manipulatif dan menjadikan penemuan itu tercemar oleh faktor-faktor luaran. kemahiran saintifik lebih menyerlah fungsinya apabila kita melakukan penyiasatan tersebut. Jika penyiasatan berdasarkan pencarian maklumat sahaja ia tidak mencukupi bagi menguasai kemahiran saintifik. Oleh yang demikian, dalam sains, untuk memahami sesuatu objek atau fenomena, perlulah kita melakukan penyiasatan dengan cara sains. Dimana penyiasatan yang melibatkan kemahiran saintifik.

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

3.0 Aktiviti amali sains Buku amali sains telah dibekalkan oleh pihak kementerian bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Ini menunjukkan pihak kementerian juga menyedari bahawa menguasai bidang sains adalah melalui melakukan aktiviti sains tersebut. Bagi tugasan ini, buku amali sains tahun empat telah dipilih bagi melengkapkan kehendak soalan tugasan ini. Dua aktiviti yang telah dipilih bagi mengenalpasti kemahiran saintifik yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Rujuk buku amali tahun empat mukasurat 17 hingga19 bagi perjalanan amali yang lebih terperinci Dalam tajuk seterusnya, penerangan mengenai aktiviti amali akan dijelaskan dengan terperinci. 3.1 Amali 1 a) Tajuk: Tumbuhan Bergerak balas b) Masalah: Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap cahaya, air dan graviti c) Bahan: Kacang hijau, Kapas, Bekas plastik, kotak d) Langkah-langkah: 1) Rendamkan kacang hijau sehingga pucuk mula tumbuh 2) Labelkan tiga bekas plastik X,Y dan Z 3) Letakkan tiga anak benih kacang hijau yang hampir sama saiz pada kapas di dalam setiap bekas plastik. 4) Letakkan Z di dalam kotak yang mempunyai 1 lubang pada sisi kotak itu. 5) Siramkan X dan Z setiap hari. 6) Siramkan Y setiap hari berjauhan dari anak benih. 7) Perhatikan pucuk dan akar anak benih kacang hijau itu selepas tiga hari. 8) Lukis pemerhatian anda dalam jadual yang diberi. e) Pemerhatian Bekas Plastik X Y Z Hari Pertama Akar Pucuk Hari Ketiga Akar Pucuk

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

Soalan 1) Arah manakah pertumbuhan akar Y? 2) Mengapakah arah pertumbuhan pucuk Z berbeza daripada X? f) Kesimpulan: Akar tumbuhan bergerak balas terhadap _______________ dan ____________ Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap _______________.

Analisis Kemahiran saintifik yang terlibat dalam aktiviti amali 1 adalah seperti berikut: Kemahiran saintifik Pemerhatian Membuat inferens Penerangan Kemahiran Proses Sains Pemerhatian keatas anak benih selepas tiga hari Menghasilkan lukisan hasil daripada pemerhatian Soalan- arah manakah pertumbuhan akar Y Menyatakan perbezaan pertumbuhan pucuk Z dan X (soalan 2) berdasarkan maklumat yang telah diperolehi. Berkomunikasi Mempersembahkan pemerhatian dalam bentuk jadual dan gambar rajah. Kemahiran manipulatif Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Menghasilkan lakaran berdasarkan pemerhatian

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

Pengunaan bahan-bahan dan peralatan sains dalam aktiviti amali

Mengendalikan spesimen dengan cermat.

Mengendalikan spesimen iaitu anak benih kacang hijau dengan baik.

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

Kemahiran berfikir Membuat kesimpulan Menyatakan kesimpulan mengenai penyiasatan yang telah dijalankan.

3.2 Amali 2 a) Tajuk: Tumbuhan Bergerak Balas b) Masalah: Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap tarikan graviti? c) Bahan: Anak benih kacang hijau, sekeping sofbod, tiga batang pin d) Langkah-langkah: 1) Pilih tiga anak benih kacang hijau dengan akar yang melebihi 1cm. 2) Gunakan pin untuk melekatkan anak benih itu pada sekeping sofbod. 3) Letakan sofbod dalam keadaan tegak. 4) Perhatikan anak benih itu selepas dua dan empat hari. 5) Apakah kesimpulan anda daripada aktiviti ini?

Analisis Kemahiran saintifik yang terlibat dalam aktiviti amali 2 adalah seperti berikut: Kemahiran saintifik Penerangan Kemahiran Proses Sains Pemerhatian Memerhatikan anak benih selepas dua dan empat hari. Kemahiran Manipulatif Mengendalikan spesimen dengan cermat. Mengendalikan spesimen iaitu anak benih kacang hijau dengan baik.

Kemahiran Berfikir Membuat kesimpulan Menyatakan kesimpulan mengenai penyiasatan yang telah dijalankan.

10

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

4.0 Penambahbaikan aktiviti amali 1 dan 2 Dalam aktiviti amali yang telah dipilih sebelum ini, kebanyakan penerapan kemahiran saintifik yang dapat dikenal pasti adalah daripada senarai kemahiran proses sains asas. Dalam tajuk kali ini, beberapa cadangan terhadap kedua-dua amali tersebut bagi menambah baik aktiviti tersebut agas lebih menguji keupayaan dan tahap pengetahuan saintifik murid-murid. Untuk menambahbaikan aktiviti amali ini, cadangan-cadangan yang dibuat merupakan cadangan bagi memperbanyakkan kemahiran proses sains bersepadu dapat dilibatkan dalam kedua-dua aktiviti amali ini. Cadangan - cadangan untuk menambahbaikan aktiviti amali adalah seperti: a) Memberikan satu contoh keputusan hasil penyiasatan keatas sejenis tumbuhan. Cth:

Akar benih Akar

Soalan: 1) Jelaskan kenapa akar tumbuh kearah X? (mentafsir data- menjelaskan secara rasional mengenai arah pertumbuhan tumbuhan tersebut) 2) Apakah jenis ransangan yang hendak di uji dalam penyiasatan ini?

b) Susunan prosedur penyiasatan yang dijalankan. Cth: o Perhatikan anak benih selepas tiga hari. (3) o Letakkan tiga biji benih dalam bekas berisi kapas basah, (1)

11

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

o Asingkan anak benih mengikut bekas yang disediakan. (2) ( aktiviti ini telah membolehkan murid-murid mendefinisikan secara operasiprosedur penyiasatan yang dilakukan terhadap anak benih tumbuhan)

12

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

5.0 Kesimpulan Daripada tugasan ini, dapat dirumuskan bahawa kemahiran saintifik yang merangkumi sains proses sains dan kemahiran manipulatif perlu di tekankan dalam pengajaran Sains di sekolah bermula dari sekolah rendah lagi. Ini membolehkan para murid dapat menguasai beberapa kemahiran proses asas yang akan digunakan secara maksimum pada pelajaran menengah. Kemahiran saintifik penting bagi membolehkan murid memahami konsep sains dengan lebih baik berbanding memahami melalui dapatan maklumat atau teori sahaja. Setelah murid-murid melaksanakan sesuatu eksperimen, lebih mudah bagi mereka untuk mengingati konsep tersebut.

13

820830135443001

HBSC2203 Tools For Learning Science

6.0 Rujukan Azizah N.T & Normah A.A. (2012). Tools for learning science. Meteor doc: selangor No name. (n.d).What are Science Process Skills? wiseGeek.[online] diperolehi pada 20 Februari 2013, dari, http://www.wisegeek.com/what-are-science-processskills.htm Padilla, M.J. (1990). The science process skills.[online] diperolehi pada 20 februari 2013, dari www.narst.org/publications/reearch/skill.cfm. Raja Sarimah et al.(2011). Sains Tahun 4 Buku Amali. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.

14

You might also like