You are on page 1of 37

Namun Ku Punya Hati

Senyumku tak seghairah Gerak gaya tidak selincah Mataku tak seayu Kicau burung pun tak semerdu Namun ku punya hati Juga gayaku perasaan Hidupku yang begini Kadar waktu diizin Tuhan 1.Tidak ku minta Lahir ke dunia Tidak kuduga Cacat begini Bukan kuminta Kasih dan sayang Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman Kumenumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua...
( ulang dari 1 )

Definisi Dan Konsep P.Khas

Chua(1992) P.Khas merujuk kepada program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

Slavin(1997) Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecatatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas

Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanakkanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa.

Menurut Mansor (2005): Pendidikan khas merujuk kepada suatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Gearhart dan Weishman(1980) P.Khas sebagai subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa.

Rumusan Definisi
Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan/ kuang upaya itu.

Kanak-kanak Berkeperluan Khas


Kanak-kanak berkeperluan khas adalah dikenali sebagai kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri kelemahan berikut: Tahap inteleknya rendah Tidak mempuyai kebolehan untuk belajar dalam masa yang singkat Daya ingatan yang lemah Daya tumpuan yang singkat Lemah dalam 3M Perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri, rendah diri, malu dan takut Emosi mudah terganggu Masalah tingkah laku.

Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Mc Donnell et.al (1995) Kanak-kanak berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa diklasifikasikan kepada pelajar yang terencat akal, gangguan t/laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecatatan deria serta kecacatan fizikal

Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Mahmood Nazar (2000) Kanak-kanak yamg berhadapan dengan batasan keupayaan bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya. Lerner (1998 ) Dua kategori : - Risiko untuk gagal dalam pelajaran - Kecatatan mengikut akta /undang-undang

Rumusan:Kanak Berkeperluan Khas

Kurang upaya pendengaran ( hearing impairment) Kurang upaya penglihatan ( visual impairment ) Kerencatan akal ( mental retardation ) Masalah t/laku ( behavioural disorders) Masalah pembelajaran ( learning disabilities) Masalah pertuturan ( language impairment) Masalah pintar cerdas( gifted ) Kurang upaya fizikal ( physical disabilities ) Masalah kesihatan ( health impairment )

Kategori Individu keperluan khas


Masalah Fizikal Masalah Mental Masalah Emosi

Masalah Pembelajaran (learning disabilities)

Kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Perkembangan dari segi fizikal , emosi, sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza dengan kanak-kanak normal. Kategori kanak-kanak ini akan di bincang nanti.

Kepentingan P.Khas

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas Menyediakan bahan-bahan pengajaran pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupannserta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Pelaksanaan P.Khas Di Malaysia

Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

Cacat fizikal yang teruk Rencatan akal sederhana dan teruk Pelbagai kecacatan dan Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah:

Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperaktif Disorder Terencat akal minimum Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

Kurikulum

Kurikulum pendidikan khas sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya

Pendidikan Khas Di Malaysia

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997) murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai:
kecacatan penglihatan kecacatan pendengaran masalah pembelajaran

Model-Model Pendidikan Khas


1. Model Sosial (Social model) 2. Model Perubatan (Medical Model)

Mengutamakan ke arah masyarakat penyayang iaitu mengenalpasti masalah dalam komuniti. Prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat diutama dengan penglibatan ibubapa, sekolah dan masyarakat kepada program pendidikan khas. Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun untuk mencapai suatu matlamat.

Kumpulan Pelbagai Disiplin

Dalam proses kolaborasi ini kumpulan pelbagai disiplin memainkan peranan penting. Menurut Golin dan Ducanis ( 1981), kumpulan pelbagai displin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas. Mereka berfungsi untuk mengenal pasti masalah pelajar, merancangkan program pendidikan dan menilai perkembangan pelajar untuk memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas. Kumpulan ini adalah memastikan kanak-kanak mendapatkan penempatan yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Fungsi Keseluruhan Kumpulan Pelbagai Displin

a. Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik kanak-kanak khas dari segi masalah kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi atau tingkah laku dan sebagainya. b. Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan mengenalpasti keberkesanan strategi untuk memulihkan masalah kanak-kanak. Ahli kumpulan akan menilai kesesuaian program pendidikan yang sedia ada. c. Mencari alternatif dengan memikirkan pelbagai pendekatan untuk pemulihan. Contohnya apakah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak hiperaktif ? Maka ahli kumpulan yang terlibat akan memberikan pelbagai cadangan untuk mengajar kategori kanak-kanak ini.

d. Mengenalpasti keperluan khas pelajar dan merekodkan keperluan dan segala maklumat kanakkanak. e. Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang paling sesuai akan dipilih untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak khas. Sebagai contoh kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan dicadangkan rancangan pengajaran individu dalam program pendidikan. f. Setiap kumpulan pelbagai displin bertanggungjawab untuk menjalankan dan memantapkan rancangan pendidikan.

Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin


1. Ibu Bapa:

Ibubapa harus sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti atau respon yang tidak normal anak-anak. Mereka patut mengesan kekurangan anak mereka di peringkat awal. Mereka tidak harus membiarkan sahaja jika mereka dapat mengesan sebarang masalah atau perubahan pada anak mereka. Mereka harus berbincang dengan professional pakar berkaitan masalah atau kecacatan anak mereka supaya tindakan selanjutnya untuk membantu anak-anak mereka dapat diambil dengan segera. Mungkin peluang untuk memulihkan kecacatan tinggi jika dapat mengesan kecacatan pada peringkat awal.

Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin


2. Pakar Perubatan:

Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut.

Pediatrik

Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal.

Neurologi

Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat Ritalin untuk mengawal keaktifannya

Oftomologi

Pakar ini akan menaksiran penglihatan pelajar. Sekiranya mereka mempunyai masala penglihatan maka akan memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak biasa.

Audiologi

Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran mereka.

Terapi Pertuturan

Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak kanak. Terapi pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur.

Terapi fizikal

Ahli kumpulan ini bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak, melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri.

Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin


3. Pihak Sekolah:

Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri. Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas, menyediakan infrastruktur yang serba lengkap adalah salah satu tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan lancar.

Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin


4. Jabatan Kebajikan Masyarakat:

Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi usaha-usaha membantu serta memberi perkhidmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta syarat-syarat yang ditetapkan. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya mereka dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Jabatan ini mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk memudahkan pengenalan supaya mereka mendapat perkhidmatan yang cepat dan akses kepada kemudahan awam.

Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin


3. Pihak Sekolah:

Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri. Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas, menyediakan infrastruktur yang serba lengkap adalah salah satu tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan lancar.

Soalan Tutorial

Dengan merujuk kepada Model Sosial dan Model Perubatan, sejauhmanakah konsep pendidikan khas mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara ?

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like