Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
4.Mior.usm.Mei.2011

4.Mior.usm.Mei.2011

Ratings: (0)|Views: 2|Likes:
Published by Lieza Majid

More info:

Published by: Lieza Majid on Oct 29, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/29/2013

pdf

text

original

 
SOSIOHUMANIKA,
4(1) 2011
33
MIOR KHAIRUL AZRIN BIN MIOR JAMALUDDIN
Sistem Pendidikan di Malaysia:Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaanke Arah Perpaduan Nasional
ABSTRAK 
Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara kearah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di manasetiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yangdilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapisebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakatdibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yangkukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitusekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Olehitu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikandikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsasentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.
Kata-kata kunci: 
Sistem pendidikan, perpaduan bangsa, masyarakat majmuk, kualitikehidupan, dan keperluan masyarakat Malaysia.
PENGENALAN
Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yangpenting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkanmasyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukansahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata,bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaandengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murnidalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysiaadalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama,dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaansistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaianmasyarakat Malaysia.
Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin
ialah Pensyarah di Pusat Pengajian SainsKemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia), Pulau Penang, Malaysia. Bagi urusan sebarangakademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat emel: mikazreen_dya@yahoo.com
 
MIOR KHAIRUL AZRIN BIN MIOR JAMALUDDIN
34Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lain-lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukanpihak pemerintah sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedahdapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilaimurni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkanpewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, danmempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan dikalangan masyarakat.Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang meliputikeseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhentiapabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupanhingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsadan negara.Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dankumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan,pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994:8). Apabila keadaan initercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju.Contohnya pada zaman pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundurdan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberikan peluang yang samauntuk mendapat pendidikan. Ini juga menjadi penyebab utama perpaduan yangerat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyaikaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang tidakmeliputi semua golongan masyarakat.Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yangberakhlak mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagaisuatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalamproses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikutkehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang, 2000:xvi). Masyarakatdan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuanmembentuk insan.Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan danmemperdebatkan berkenaan dengan pelaksanaan dan keberkesanan sistempersekolahan negara dalam konteks perpaduan nasional melalui analisisterhadap strategi yang telah dirangka oleh kerajaan Malaysia sejak sebelummerdeka hingga kini. Artikel ini akan menerangkan bagaimana pelaksanaandan keberkesananya terhadap hubungan masyarakat, masalah-masalah yangtimbul, dan penyelesaian masa depan.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA:SEJARAH AWAL DAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH
Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, sistem pendidikanorang Melayu adalah berlandaskan kepada pelajaran agama Islam, iaitu kitab
 
SOSIOHUMANIKA,
4(1) 2011
35suci Al-Quran. Mereka ketika itu menjadikan surau dan masjid sebagai tempatuntuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Pelajaran yangdiperolehi ketika itu melalui dengan menghafal ayat-ayat Al-Quran, menghafaldoa, dan mempelajari mengenai ajaran Islam dengan merujuk kepada imamdan para guru agama. Pada ketika itu, sistem pemerintahan yang dijalankanadalah pemerintahan beraja. Jadi, tidak timbul masalah berkenaan denganperebutan kuasa untuk memerintah. Pendidikan yang penting pada ketika ituialah pendidikan Islam di mana yang mula berkembang dengan kewujudansekolah-sekolah pondok dan madrasah sebagai tempat mendapat pendidikanIslam. Menurut Wilkinson, murid di pondok mula belajar perkataan-perkataanArab dan selepas sudah menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengancara menghafal huruf abjad Arab supaya menjadi sebagai panduan membacadoa dan teks Arab (dalam Mok Soon Sang, 2000:1-2).Sewaktu zaman penjajahan British, mereka telah melaksanakan sistempendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolahaliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Haldemikian memberi cabaran dan halangan terhadap bangsa Melayu ketika itukerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasaInggeris dengan baik. Hal ini pula ditambah dengan dasar yang dibuat olehpihak British untuk menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajardi sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika orang-orang Melayu belajardengan pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris tergugat (Sufean Hussin,2002:129). Hanya pelajar-pelajar Melayu yang terdiri dari kelas atasan sahajayang diberi peluang untuk belajar di sekolah Inggeris.Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan – terutama sistem persekolahan– tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduandan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan kerana British hanyamementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja (IbrahimSaad, 1986). Semasa penjajahan British, pihak Inggeris juga telah mewujudkansekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakularTamil (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999:3-7).Kewujudan sekolah vernakular telah menyebabkan masyarakat Melayu,Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan; dan menyebabkanhubungan mereka semakin renggang. Sekolah vernakular Melayu, Cina, danIndia mempunyai kepentingan tersendiri, terutama untuk kaum tertentu,iaitu sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untukkepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India.Tetapi British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layananyang setaraf kepada semua bangsa. Contohnya, sekolah vernakular Melayu danTamil hanya terhad untuk sekolah rendah sahaja, manakala sekolah vernakularCina mendapat keistimewaan melalui sekolah rendah (6 tahun),
 junior middle
 (3 tahun), dan
senior middle
(3 tahun). Lulusan untuk sekolah Melayu hanyasetakat memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling rendah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->