• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
Cara pulih mangsa mabuk laut
Oleh Nuri AngkasaMASALAH mabuk laut masih terus diperkatakan. Ini kerana kelemahan yang sukar dikawal dan dirungkai sebabnya itu menjadi satu masalah besar kepada pemancing. Dimana saja kita pergi, orang akan bertanya bagaimana untuk mengatasi masalahberkenaan terutama yang dialami pemancing baru.Kali ini Pak Nuri ingin menurunkan beberapa lagi petua untuk diamalkan yang kadang-kadang kita pandang remeh tetapi memberi kesan yang baik untuk mengatasi peningatau muntah ketika di laut atau sekembalinya kita ke darat.Pernah berlaku kepada beberapa rakan pancing yang baru berkenalan dengan lautmengalami mabuk teruk hingga terpaksa dipapah naik ke darat. Ada juga antara mereka juga rebah dan merangkak.Jika ini berlaku, langkah pertama yang perlu diambil ialah mangsa perlu direhatkanuntuk beberapa ketika dalam bot sebelum di naik ke darat. Bantu mangsa berdiridengan cara memimpin (bantuan kawan). Jangan sekali-kali biarkan mereka turun daribot atau memanjat tangga jeti sendiri. Ini untuk mengelakkan mangsa jatuh dankepalanya terhentak pada benda keras atau terhumban ke laut di pangkalan.Rehatkan mangsa di tempat redup dan kawasan lapang di darat. Lakukan rawatanringan seperti memicit tengkuk dengan menyapu minyak angin serta memberi minum air masak. Jika boleh, sediakan makanan masam bagi membasahkan tekak yang sudahkering itu.Setelah rasa lega cuba bangunkan mangsa. Jika didapati keadaan berdirinya masihbelum dapat dikawal dengan baik, rehatkan mangsa buat kali kedua. Lakukan inibeberapa kali. Insya-Allah mangsa akan dapat mengawal diri walaupun masih terasabumi yang dipijak bergoyang ketika berjalan dalam rumah atau berada dalam tandas.Nasihat Pak Nuri, anda (mangsa yang mabuk di darat) akan mengalami rasa tidakmenentu ini untuk beberapa ketika. Namun, jangan bimbang. Anda perlu banyak berehatdan tidak keluar berjalan dalam keadaan langkah yang belum terkawal. Berehat dalamkeadaan duduk atau separuh duduk dan tidak digalakkan berbaring kerana ini bolehmenyebabkan pening anda bertambah teruk.Langkah akhir anda jangan serik turun ke laut. Amalkan untuk jadikan petua bagi segalapengalaman pahit dan manis ketika berada di laut mahupun di darat. Kekalkan nilaipepatah bahawa 'alah bisa tegah biasa'.
Perut ikan perlu segera dibuang
Oleh Nuri AngkasaKALANGAN ahli keluarga kaki pancing tentunya mengharapkan rezeki lumayan yangbakal dibawa oleh pemancing dari laut. Mereka pasti membayangkan ikan segar dan
 
masih terasa manis untuk dijadikan lauk. Justeru, cara terbaik bagi pemancing ialahmenyediakan tong air batu yang sempurna supaya rezeki tangkapan sentiasa segar ketika berada di laut dan selama tempoh perjalanan balik ke rumah.Perkara ini tentu tidak menjadi masalah besar kerana tong ikan yang dibawa oleh setiappemancing dapat menjamin kesegaran ikan melebihi tiga hari. Namun apa yang perludiingatkan ialah ikan yang dibawa pulang tidak dapat bertahan lama dalam ais yangmudah bertukar menjadi air yang tidak dapat menjamin kesegaran ikan jika beradaterlalu lama di laut.Oleh sebab itu, sebaik saja anda tiba di rumah ikan terpaksa disiang dengan bersih,manakala ikan yang bersaiz besar anda boleh lakukan dua cara untuk menyiangnya.Pertama, anda perlu buang perut dan basuh dengan bersih. Perut adalah tempat palingsensitif bagi ikan yang dibawa dari laut atau sungai. Ia tidak dapat bertahan lamawalaupun disimpan lama dalam peti ais.Tempoh melebihi 48 jam akan menyebabkan perut ikan busuk dan proses itu meresappada bahagian isi dan pastinya ikan berkenaan tidak segar lagi.Langkah terbaik, anda mesti mengosongkan tong ais sebaik tiba di rumah. Kemudianikan mesti segera disiang dan basuh dengan bersih lalu dibungkus dengan surat khabar dan simpan dalam peti ais bahagian pembeku.Jangan amalkan menyimpan semula ikan yang sudah disiang dalam tong ais yang berisiair ais yang mencair walau pun tahap sejuknya dapat menyegarkan ikan.Jika terpaksa membuat pilihan kedua atas sebab peti sejuk sudah penuh dengan ikan,anda perlu membeli ais ketul yang baru dan masukkan ais berkenaan dalam tong yangsudah dibersihkan. Kemudian masukkan ikan yang sudah disiang dalam tongberkenaan. Tutup dengan guni bersih di atas timbunan ikan sebelum menutup rapattong berkenaan dan jangan dibuka lagi selepas itu, kecuali ada sebab tertentu.Ini adalah petua terbaik bagi mengekalkan tahap kesegaran ikan supaya dapat bertahanlama melalui ketul ais yang padat dan bukan direndam dalam air yang sudah sejuk.
Hujan lebat pembunuh angin, hujan
Oleh Nuri AngkasaBIASANYA, nelayan yang bergantung hidup di laut sepenuh masa sering mengamalkanbeberapa petua terutama sebelum melangkah turun dari rumah, atau sekurang-kurangnya melangkah masuk dalam sampan atau bot. Ada juga yang melakukan petuamemanggil ikan dengan jampi serapah menggunakan ayat Al-Quran. Justeru Petua PakNuri kali ini lebih kepada kepala angin yang lebih awal tiba sebelum berlaku ribut.Menurut pengalaman nelayan terutama golongan veteran yang sering berdepan dengankeganasan laut terpaksa mempelajari beberapa petunjuk mengenai ribut, gelombangbesar, hujan, guruh dan kilat yang datang secara tiba-tiba pastinya ada cerita sendiritersendiri untuk dijadikan pedoman bagi generasi muda hari ini.
 
Ada sesetengah tekong muda tidak mengambil berat mengenai amaran atau mengambilkira keadaan semasa yang berlaku. Namun ada di antara kaki pancing yangberpengalaman kadang-kadang memberikan kerjasama kepada tekong sebagai langkahkeselamatan.Daripada pengalaman beberapa veteran nelayan yang dapat dipetik bahawa peringatanyang perlu diambil kira seperti guruh kuat dentumnya beserta kilat membatang danangin mula sejuk bertiup di cuping telinga, anda segera mencari tempat perlindunganwalaupun ketika itu ikan galak memburu umpan.Ketika dalam keadaan ribut dan gelombang besar melanda, hujan tiba datang denganlebatnya dan ini satu tanda baik buat kaki pancing kerana hujan dapat membunuh angindan gelombang.Anda kena bersabar kerana sebaik saja ribut berhenti dan gelombang besar kianmenurun tentunya spesies ikan di dasar galak dan lapar, kesempatan ini jangan andaabaikan.Apa pun sesetengah tekong tidak mudah untuk meninggalkan kawasan perlindungankerana tidak mahu terperangkap ribut kedua yang masih degil namun harapan andauntuk melakukan aktiviti memancing terbuka luas sebaik saja ribut reda.Cuma anda dan tekong mesti bekerja sama dan tidak mudah melatah kerana lautwalaupun sudah berwajah baik tapi jaminan seratus peratus baiknya itu belum boleh dipercayai.Perkara penting untuk diambil kira semasa berada di laut ialah amaran awal kedatanganribut serta tanda angin kencang akan berhenti perlu dijadikan petua yang terus kekaldalam ingatan kaki pancing.
Tali penting ketika memancing
KALI ini Pak Nuri masih ingin membicarakan langkah berjaga-jaga semasa di laut.Sebelum ini beberapa kali Pak Nuri menasihatkan pemancing supaya beringat-ingatbahawa laut tidak boleh dibuat janji justeru kita perlu bersedia dengan langkahkeselamatan perlu.Pak Nuri ingin memberitahu kembali mengenai peranan tali temali yang perlu dibawadalam sampan semasa turun ke laut. Peranan ini didedahkan oleh Pak Dali pelautveteran yang kini sudah berusia 90 tahun dan tidak lagi berjinak dengan laut, tapi dirumahnya masih terdapat beberapa utas tali sauh yang sudah uzur namun tersimpandengan rapi.Merenung tali yang bergantung di dinding rumahnya di Semerah Johor, ketikamenziarahi beliau beberapa bulan lalu Pak Dali menerangkan tali berkenaanmenyelamatkan nyawa seorang pemancing yang terhumban ke laut.“Keadaan menjadi kelam kabut dalam sampan tapi dengan pantas Tok lemparkan talikepada mangsa yang sudah hampir tenggelam,” kata orang tua itu dan akhirnya berjayamenyelamatkan mangsa yang sudah tidak berdaya itu.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...