Elak terlalu kenyang, jangan terlalu lapar
Oleh Nuri AngkasaBIASANYA kaki pancing (sebahagian besar) akan mengunjungi warung atau geraiuntuk mengisi perut dengan makanan yang agak berat seperti nasi lemak, nasidagang atau apa saja makanan yang mengenyangkan untuk mengelakkan lapar ketika berada dalam bot sebelum dapat menjamah nasi yang dimasak tekong dalambot.Amalan ini perlu dielakkan supaya kita tidak begitu ghairah mengisi perut terlaluawal sebelum melakukan aktiviti memancing. Kita harus berada dalam keadaantidak terlalu kenyang dan tidak juga dalam keadaan terlalu lapar. Kesan kenyangialah kita pasti berdepan rasa mengantuk, letih malah sukar bergerak pantas. Jikalapar pula kita pasti tidak selesa malah akan sentiasa mencari makanan.Bagi nelayan atau pengail veteran, sarapan yang diambil awal pagi sebelum turunke laut adalah cukup dengan sekadar mengambil secawan kopi-o panas dengansekeping roti dibantu dengan dua biji telur ayam kampung rebus atau separuhmasak.Justeru bagi Pak Nuri petua amalan mengambil makanan sederhana sebagaisarapan adalah terbaik daripada mengisi makanan berat sebelum melakukan aktivitilasak. Kesederhanaan ini juga dapat kita rasakan sendiri baik buruknya. Cuma kitaperlu berhati-hati supaya sarapan tidak diambil terlalu lewat kerana bolehmengakibatkan perut masuk angin dan keselesaan untuk memancing akhirnyahilang.Namun dalam apa juga usaha untuk mendapatkan keselesaan memancing, kitaharus berada dalam keadaan sihat dan tidak banyak membawa masalah dalam bot.Perut juga berada pada tahap sederhana dan tidak harus menumpu sepenuh masapada makanan.Bertitik-tolak dari situ, Pak Nuri sekali lagi mengingatkan kepada semua kaki pancingsupaya bersarapan awal pagi dengan mengambil makanan ringan sebelum turunmemancing, dan amalkan ini sebagai petua. Insya-Allah, kita akan sentiasa beradadalam keadaan sihat dan selesa sepanjang berada di laut sekali gus menghindarkananda mabuk dan muntah.
Sentiasa baca surah al-Fatihah
Oleh Nuri AngkasaAMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepadahamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, ataskeyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulanpemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan
Leave a Comment