• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
Jangan meludah dalam laut
DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikutidengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutamapetua yang mendatangkan kebaikan.Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidakmembawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanansyaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekongbot sendiri."Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakanoleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petuayang salah.Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiulpada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yangbertentangan dengan ajaran Islam.Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambildari kubur yang baru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkarayang salah di gunakan.Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukansedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknyamelangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan danmeludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perludihormati.Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikanmakanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di lautsesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor dilaut.
'Tidur-tidur ayam' selamat nyawa
TIDUR memainkan peranan penting kepada kesihatan seseorang sama ada semasamemandu kenderaan di daratan atau mengendalikan bot, atau kapal semasa di lautan.Jika mengantuk yang tidak terkawal boleh membawa mudarat seperti terbabit dalamkemalangan sama ada di jalan raya atau di laut.Kali ini Pak Nuri ingin berkongsi pengalaman di laut selain menjadi tempat kita mencarirezeki, laut juga tempat yang penuh dengan cabaran walaupun tidak sesibuk se perti didarat. Namun laut tetap dikategorikan sebagai tempat berbahaya yang mesti difikirkansebelum melangkah turun ke laut.Pengalaman yang hendak dikongsikan kali ini walaupun dianggap ringan tapi faedahnyabesar. Kaki pancing yang sentiasa menjalani aktiviti memancing di laut digalakkan
 
supaya belajar `tidur-tidur ayam' terutama kepada tekong. Cara berkenaan mempunyaikebaikan terutama untuk menjaga keselamatan dan bertindak pantas jika berlakusesuatu yang tidak diingini.Tidur-tidur ayam dalam bot tidak banyak menimbulkan masalah kerana tidak perludisediakan tilam atau bantal kerana kita bukan bertujuan untuk tidur nyenyak semasamenjalankan aktiviti memancing namun tidur untuk berehat supaya mendapat semulatenaga, sebelum meneruskan aktiviti memancing yang mungkin berlarutan hinggabeberapa hari.Tidur nyenyak yang panjang ketika di laut merugikan masa yang sepatutnya digunakanuntuk memancing, sebab itu tidur-tidur ayam digalakkan supaya masa memancing lebihpanjang.Satu lagi tidur-tidur ayam juga untuk menjaga keselamatan. Pernah berlaku peristiwayang hampir meragut nyawa sepuluh pemancing dalam satu bot yang dapat mengubahhaluan kapal dagang daripada melanggar bot pemancing terbabit.Pemancing yang tidur-tidur ayam dapat melakukan tindakan keselamatan denganmemberi isyarat lampu kepada kapal terbabit yang akhirnya dapat dikesan oleh kapalyang berhadapan dengan mereka. Sebab itu kebanyakan tekong dan pemancingberpengalaman tahu cara bagaimana untuk tidur-tidur ayam ketika berada di laut.
Hilang punca jalan keluar 
SESAT sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing di terutamalombong tinggal atau tasik dalam hutan, namun pengalaman seorang bekas sarjankomando tentera darat, dapat dijadikan petua untuk diamalkan bersama kaki pancing.Petuanya mudah, lakukan menakik pokok pada permulaan kita masuk ke hutan denganmeletak ranting pokok yang ditajamkan bahagian hujung menghala ke lokasi. Tandaberkenaan perlu dibuat setiap 5 atau enam meter sehingga sampai di lokasi.Semasa pulang ikut jalan yang dilalui dengan menjadikan tanda sebagai panduan. Carabegini anda pasti tidak akan sesat namun perlu berhati-hati kadang-kadang timbulkekeliruan disebabkan hilang atau salah tunjuk.Jika timbul kekeliruan anda jangan penik dan hentikan perjalanan bagi mengelakkanterus sesat. Teruskan mencari tanda jangan berpecah jika dalam kumpulan keranaberpecah itu akan mengundang masalah yang lebih buruk.Ini pernah berlaku dalam kumpulan pemancing yang hilang arah untuk pulang laluberpecah dua kumpulan untuk mencari arah pulang dengan mencari ranting pokok yangdipatahkan, bagaimanapun kedua-duanya akhirnya jauh meninggalkan jalan mula yangditanda.Akhir dua kumpulan berkenaan hilang antara satu sama lain hingga bermalam dalamhutan tebal. Mereka akhirnya di selamatkan oleh satu lagi kumpulan pemancing yang
 
mengunakan jalan yang sama tidak jauh dari tempat kedua-dua kumpulan yang sesatitu.Berpandu kepada peristiwa ini Pak Nuri syorkan supaya arah tuju mesti ditanda semasamelalui hutan tebal atau lorong dalam hutan. Jangan sekali-kali berpisah jauh daripadatanda yang sudah dibuat. Petua ini mesti di amalkan.
Air tawar halang terik matahari
SEMASA menghadapi cuaca panas yang terus berbahang semasa memancing di lautkita bakal berdepan dengan suasana tidak selesa terutama bumbung pelindung bottidak cukup besar untuk menampung keseluruhan bot.Justeru langkah terbaik pemancing perlu mengunakan topi lebar (seperti pekebun sayur wanita cina). Selain itu baju tebal berwarna putih yang dapat menyerap peluh jugasebaik-baik pakaian yang perlu digunakan.Baju yang berupaya menyerap peluh ini dapat menyegarkan kita kerana sentiasalembab berbanding dengan mereka yang tidak berbaju kerana pendedahan terbukakepada matahari menyebabkan kulit badan menjadi kering dan mudah menggelupas.Dalam apa juga keadaan suhu badan harus diletakkan dalam keadaan sederhanadengan mengambil kira keadaan sekitar yang mesti ada ruang untuk mendapatkanangin laut yang terbuka. Tuala perlu dibasahkan dengan air tawar, bukan dengan air lautyang masin. Tuala basah di bungkus di kepala supaya bahagian kepala dapat bertahandaripada panas mata hari dan segarnya dapat bertahan lebih lama.Langkah terbaik dan sangat berkesan pemancing perlu banyak minum air sejuk (air mineral) bukan yang disejukkan dalam peti sejuk nelayan atau mengambil ketul aisuntuk di minum sama. Ketul ais yang dibekalkan untuk menyegarkan ikan bahaya untukdiminum.Pemancing juga tidak digalakan terus mandi dalam keadaan badan yang masihberbahang panas. Anda perlu mengambil masa untuk beberapa minit berihat sebelummandi.Air tawar yang dibawa dari darat adalah terbaik untuk menghalang bahang panasmatahari.
Jangan memancing semasa kilat
CUACA banyak memainkan peranan penting dalam sebarang aktiviti sukan dan riadah.Begitu juga dengan aktiviti memancing, cuaca tetap menjadi sebahagian daripadafenomena yang penting terutama ketika berada di tengah laut dan jauh dari pulau dantanah besar.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...