menukar pakaian ketika ekspedisi beberapa hari di laut pastinya mencetuskan keadaankurang selesa.Pak Nuri percaya, ramai pemancing sekarang tidak mahu cara lama itu diamal ataudijadikan petua. Tetapi apa pula pendapat seorang tekong lama yang sebelumnya veterannelayan dari Umbai, Melaka yang kini sudah berusia 90 tahun. Beliau masih kelihatanberdaya lagi jika diajak turun memancing di Pulau Besar. Beliau mahu dikenal sebagai TokDeris Serkam ketika ditemui di warung ikan bakar Serkam Laut.Beliau tidak menolak amalan nelayan dulu yang tidak mandi ketika memancing. Katanya, ituadalah petua yang sering diamalkan kerana sampan dulu kecil dan sempit yang tidakmembenarkan kita berdiri atau bergerak bebas apa lagi untuk mandi. Malah jangka masaturun ke laut pun tidak melebihi 24 jam. Justeru, mereka tetap menganggap peluang untukmandi ketika turun di laut tidak berlaku.“Sekarang dah banyak berubah. Bot dah besar macam kapal. Lebih dari sepuluh orangboleh turun memancing dalam satu masa. Ada dapur masak. Ada tandas, tentu saja bolehmandi,” kata Tok Deris Serkam sambil ketawa dengan mempamerkan dua batang gigi yangmasih bertahan tetapi mata dan pendengaran masih baik.Mengaitkan mengenai bau dengan ikan di laut yang dianggap ada sentuhan halus yang kitasendiri tidak tahu, Tok Deris agak sukar untuk menidakkan hubungan bau itu kerana mereka(nelayan) dulu memang tidak mandi tapi tangkapan ikan memang lumayan, ikan memangbanyak.“Ini terpulang kepada keyakinan dan kepercayaan seseorang. Rezeki bukan di tangan kita.Allah yang menentukan dan tentunya tidak berkait dengan bau badan yang tidak mandi ataudengan mandi berpuluh kali,” kata orang tua itu lagi.Namun pandangan Pak Nuri adalah lebih baik pemancing di laut yang melakukan ekspedisimemancing tiga hari dua malam harus berada dalam keadaan selesa dengan pakaian bersihsupaya kita dapat bertahan lama untuk melakukan aktiviti memancing.Justeru berpandukan faktor ini, kepercayaan bau badan daripada pemancing yang tidakmandi boleh dikaitkan dengan sentuhan halus dengan ikan dalam laut itu ternyata tidakboleh diterima pakai bagi generasi sekarang yang turun memancing dalam bot besar danlengkap pelbagai kemudahan. Namun petua lain yang masih relevan perlu diamalkan demikeselamatan diri dan kumpulan kerana petua adalah yang terbaik jika diamalkan.
Bangun awal pagi dapat rezeki berganda
Petua yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu mengaitkan keyakinan walaupun kadang-kadang dirasakan tidak selari antara petua dan keyakinan Pada hakikatnya petua dapatbertahan lama daripada keyakinan yang sering berubah.Pak Nuri pernah merisik satu rahsia daripada beberapa orang nelayan veteran yang rata-rata sudah berusia tujuh puluhan yang terus mengamalkan bangun awal pagi sambilmelakukan senaman ringan di halaman rumah sebelum menunaikan solat subuh.Selepas itu berjalan di kebun dengan melalui dicelah-celah daun pokok yang masihberembun bagi mendapatkan kesihatan badan. Melakukan tidur semula selepas solat subuhadalah satu amalan yang kurang baik sama ada dari segi kesihatan mahu pun rezeki.
Leave a Comment