You are on page 1of 5

MODAL INSAN

Manakala Modal Insan yang diadaptasi dari bahasa Inggeris Human Capital membawa erti
yang pelbagai.Modal boleh ditakrifkan sebagai asset,simpanan atau bekalan.Sementara insan
dari perkataan arab nasi’a (lupa) dan ianya merujuk kepada manusia,kerana sifat manusia itu
mudah lupa.

Insan disifatkan oleh Allah SWT,sebagai makhluk yang paling baik penciptaannya ( Ahsani
taqwim ).Boleh berubah dari buruk kepada baik,dan baik kepada buruk.Sementara
kesempurnaan itu,dilengkapi dengan jasad yang disaluti dengan hati,nafsu dan akal.Manusia
juga dapat menggunakan segala pancainderanya untuk menjalankan tanggungjawab,fungsi dan
tugas.

Konsep Tentang Manusia


Manusia yang digambarkan dengan kata al-Insan, disebut sebanyak 65 kali dalam al-
Quran.Perjalanan hidup manusia,dicoret sebagai melalui 2 tahap kehidupan.Iaitu meliputi
peringkat (al-Ghaib), dan (al-Zahir) iaitu proses yang diketahui secara ilmiah .Proses al-Ghaib
atau alam al-Roh, bermula dari penciptaan dari tanah (tin),debu dan lumpur(turab).Seterusnya
keperingkat al-zahir dalam alam rahim ibu,bermula dari segumpal darah kemudian disalut
tulang dan daging,seterusnya ditiup roh.

Manusia yang disifatkan sebagai penciptaan yang paling sempurna dan lengkap ( ahsani
taqwin ), diberi amanah mengurus dunia ini dan diangkat martabatnya menjadi khalifah,apabila
tanggungjawab itu tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain.

Lantaran manusia,diberi tanggungjawab untuk mengurus dunia ini,maka sudah tentu ianya
memerlukan ilmu dan kemahiran bagi memudahkan mereka mengurus tanggungjawab itu.Oleh
yang demikian,sudah menjadi tanggungjawab warga pengurusan institutsi latihan,bagi
mengatur strategi menyediakan latihan dan keperluan itu,dengan meningkatkan psikomotor
audian.Untuk itu,dalam pengisian latihan,pihak pengurusan latihan mestilah memastikan
matlamat untuk menyediakan modal insan yang bertakwa,unggul atau the towering personality
akan tercapai.

Pujangga pernah berkata,ilmu yang tidak diamal,diibaratkan sepohon pokok yang rendang
dan indah,tetapi tiada berbuah.Justeru dari kata pujangga itu,dapatlah digambarkan bahawa
amalan merupakan natijah akhir kepada sesuatu keberkesanan latihan yang diberikan kepada
audian.

KEPENTINGAN LATIHAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN


HADHARI
Latihan menjadi penting apabila dunia dan persekitarannya mula berubah dengan
pesat.Kepesatan ini,memerlukan barisan modal insan yang hadhari untuk menghadapi dan
menyelesaikannya.Ditambah dengan persaingan dan cabaran intelektual yang
hebat.Kompetensi yang sentiasa dihadapi manusia kini,menjadikan pencapaian melalui latihan
sebagai pemisah diantara satu sama lain.Kepentingan latihan ini juga dapat ditegaskan lagi
oleh Hadis Nabi SAW :-
Islam Menggalakkan Penimbaan Ilmu dan Latihan.Dalam Islam,menimba ilmu dan latihan
adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan.

“Menuntut ilmu wajib bagi Muslimin lelaki dan perempuan…”

“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina

Kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib ke atas orang Islam

Secara ringkasnya,kepentingan latihan itu meliputi :-

Profesionalisme Pengurusan Dalam kehidupan Harian : Memimpin diri dan manusia hari ini
menjadi semakin kompleks berikutan dengan perubahan senario politik,ekonomi,teknologi dan
sosial yang semakin sukar dijangka dan tidak menentu.Justeru itu,manusia perlu mempunyai
bukan sahaja pengalaman,tetapi juga ilmu pengetahuan dan latihan yang sentiasa diperbaharui
dan dipertingkatkan supaya dapat menggunakan secara maksimum sumber-sumber yang
ada,terutamanya sumber manusia untuk kepentingan diri dan juga masyarakat.

Cabaran Globalisasi : Dunia kini sedang mengalami perubahan pesat akibat daripada
globalisasi serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.Setiap pencapaian atau
kemajuan memerlukan tahap latihan, pengetahuann, inovasi dan kreativiti yang lebih tinggi.Apa
yang perlu ialah persiapan untuk menerima dan melibatkan diri sepenuhnya dengan peraturan
baru ini. Manusia perlu melengkapkan diri dengan latihan dan ilmu pengetahuan yang sesuai
untuk menghadapi persaingan itu.Dengan latihan manusia boleh melibatkan diri secara aktif
dan bermakna dalam perundingan dan perbincangan mengenai isu-isu ekonomi,politik dan
sosial di peringkat antarabangsa. Antara latihan dan kemahiran yang perlu ialah fasih
berbahasa inggeris dan bahasa-bahasa utama lain,bujak berkomunikasi, mahir
berunding,cekap membuat keputusan dan sebagainya.

Menggalak K-Based : Dalam era K-Ekonomi,ilmu dan latihan adalah penjana utama
pertumbuhan ekonomi.Penggunaan ilmu yang cekap dan berkesan akan menjurus kepada
pertambahan pengeluaran dengan kualiti yang lebih baik dan kos yang lebih rendah dan
dengan itu memperolehi untung yang lebih tinggi.

Ledakan pesat ICT : Perkembangan pesat dalam bidang ICT menjadikan kos kuminkasi dan
pengangkutan lebih murah serta dapat bergerak dengan pantas. Internet, e-mail,laman web dan
alat komunikasi lain seperti telefon selular,mesin faksimili dan setelit merupakan keperluan
harian yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan warga dunia secara mudah,cekap
dan segera.Manusia perlu meningkatkan keupayaannya untuk menerima dan menyerapkan
teknologi yang sentiasa berubah ini untuk sentiasa berada di hadapan,dan menerima
kenyataan bahawa ianya tidak dapat lari daripada ledakan ICT ini. Dengan itu manusia perlu
lengkapkan diri dengan latihan,ilmu dan kemahiran.

CIRI-CIRI MODAL INSAN HADHARI


Ciri-ciri modal insan hadhari tidak mustahil untuk dilahirkan apabila individu itu mengikuti proses
latihan.Proses latihan melibatkan input,proses dan output.
Akidah Yang Sempurna ( Salim al-A’kidah ) Dalam dunia yang penuh dengan cabaran
penyelewengan keaslian ajaran Islam.Maka akidah yang sempurna,mestilah menjadi akar
tunjang dan pegangan bagi mengatasi segala permasalahan yang mendatang. Dalam ertikata
lain,kemampuan seseorang individu dalam merujuk dua sumber warisan peninggalan Allah dan
al-Rasul,menjadi asas kepada melahirkan insan yang sempurna akidahnya.

Segala kekalutan sosial yang berlaku dikalangan masyarakat kini,adalah berpunca dari
rapuhnya akidah yang dianuti.Justeru itulah,ulamak Islam mengambarkan kepentingan akidah
sebagai “ Awaludin ma’rifatullah “ (Awal agama adalah mengenal Allah ).

Kesempurnaan akidah akan meledakkan sifat taqwa dalam diri manusia.Ciri-ciri manusia yang
bertaqwa adalah bagi mereka yang sentiasa beriman dengan bukan sahaja perkara-perkara
zahir,tetapi meliputi perkara ghaib,mendirikan solat,membayar zakat,beramal dengan ayat al-
quran dan kitab-kitab sebelumnya serta beriman dengan hari akhirat.

Ibadah Yang Betul ( Sahih al-I’badah ). Ibadah dalam islam ,meliputi semua perkara dan
pekerjaan yang disandarkan niatnya kepada Allah SWT.Seperti apa yang disabdakan oleh nabi
SAW “Setiap pekerjaan bermula dengan niat…..”.

Justeru itu,modal insan hadhari yang perlu disediakan oleh pelaksana program latihan adalah
memberi kefahaman tentang konsep ibadah yang betul menurut islam,bermula dari niat yang
hanya untuk Allah SWT seterusnya diikuti dengan gerak laku mengikut syarat dan rukun.

Akhlak Yang Utuh. ( khuluk al-Matin ) Akhlak merupakan kompenan terpenting dalam struktur
agama,selepas akidah dan syariah.Serta menjadi missi penting pengutusan Rasulullah
SAW.Seperti sabdanya…”Tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurna kan akhlak yang
baik…”Justeru itu,modal insan hadhari sewajibnya mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti
menyantuni manusia,bertimbangrasa,ikhlas,jujur dan segala macam penampilan integriti yang
lain.Sementara akhlak mazmumah seperti khianat,hasad dengki,derhaka kepada ibu-bapa dan
pemerintah serta segala macam sifat negatif yang lain,perlulah dijauhkan.

Kuat Fizikal ( Qawiey al-Jisim ) Pujangga arab pernah berkata,” al-A’qlu al-Salim fi al-Jism al-
Salim….”(Akal yang sejahtera datangnya dari badan yang sihat…).Oleh yang demikian,insan
hadahari mestilah mempunyai kesihatan dan badan yang sihat,supaya dengan itu,akan
memberikan rangsangan idea yang bernas ketika berfikir dan memeberi pendapat.

Pemikiran Intelek ( Mushaqafah al-fikri ) Modal insan yang hadhari adalah mereka yang
dapat menguasai sebarang kepakaran ilmu pengetahuan.Dunia globalisasi kini,memerlukan
sumber tenaga manusia yang mahir berteraskan ilmu pengetahuan.Saranan seumpama ini
bukanlah merupakan saranan baru,sebaliknya disuarakan semenjak zaman Yunani lagi,ketika
mana Aristotale berkata :-

“Knowledge is more useful than wealth,as knowledge

Could protect man from disaster,whilst wealth need

To be protected against disaster…”Lantaran itu,kejayaan sesebuah bangsa dan negara


bergantung sejauh mana mereka dapat menguasai dan melonjak ilmu pengetahuan.Malah lebih
gemilang lagi,apabila mereka dapat menjadikan ilmu sebagai budaya kehidupan.Budaya ilmu
bermaksud,”keadaan di mana setiap lapisan anggota masyarakat melibatkan diri baik secara
langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur dalam kegiatan keilmuan bagi setiap
kesempatan”.

Bermujahadah terhadap nafsunya ( Mujahadah al-Nafs )


Nafsu merupakan kompenan dalaman manusia,yang perlu dilatih secara agrasif atau
mujahadah.Menurut ilmu tasawuf, Nafsu terbahagi kepada beberapa tingkatan.Tiga nafsu yang
terkeji seperti nafs al-Ammarah ,nafs al-Lauwammah dan nafs al-Mulhamah, perlulah
dihindari.Sementara empat lagi adalah nafsu terpuji,seperti nafs al-Mutmainnah,nafs al-
Radhiah,nafs al-Mardhiah dan nafs al-Kamilah,kesemua ini hendaklah dituruti dan dicari.

Gagal mengawal nafsu,akan mengundang musibah kepada diri manusia.Apabila mereka tidak
segan silu,melakukan dosa dan maksiat.Jadi,segala kerjalaku dosa dan maksiat adalah
berpunca dari kegagalan individu itu,mengawal nafsunya.

Berusaha dengan sendiri ( Qadirun a’la kasbi )

Modal insan yang diperlukan oleh sesebuah negara adalah bagi mereka yang dapat berusaha
dengan usaha sendiri tanpa mengharap pergantungan dari orang lain.Atau dalam aspek
pembangunan negara, bukanlah dengan hanya menhgharapkan subsidi dan bantuan dari
kerajaan dan pemerintah semata-mata.

Ambil berat dengan urusan waktunya ( Harisun a’la al-Wakt ) Pengurusan waktu yang
baik,merupakan formula kejayaan seseorang manusia.Justeru itu,banyak dalam ayat-ayat Allah
SWT dalam al-Quran menceritakan perihal penting mengenai masa.Sehinggakan diturunkan
satu surah khusus menceritakan kepentingan masa,seperti firman Allah SWT dalam surah al-
A’sr..”Demi masa!,sesungguhnya manusia dalam kerugian…”.

Masa adalah suatu amanah.Oleh kerana itu,manusia yang dapat mengurus masa mengikut
keutamaan(al-Awlawiyiat ),adalah mereka yang berjaya dalam hidup.Lantaran itu, masa perlu
diatur mengikut keutamaan, kepentingan dan kesegeraan sesuatu kerja.Pekerjaan yang tidak
penting dan tidak utama,tidak perlu disegerakan dan hendaklah ditangguhkan kemudian.

Teratur dalam urusannya ( Munazhamun fi shuu’ni ) Insan hadhari yang perlu dibentuk dalam
program latihan adalah generasi yang dapat mengatur urusan kehidupan mereka.Faktor disiplin
diri,merupakan ramuan mujarab untuk menjadikan manusia berjaya dan teratur dalam urusan
hidup.

Sebagai umat islam,kita hendaklah bersifat terbuka mengenai urusan pengurusan hidup yang
berkualiti.Begitu juga dalam pengurusan sesebuah organisasi,dengan tidak malu untuk
mencontohi pihak barat dan Jepun,demi mengujudkan pengurusan organisasi yang
efision.Standart kuality yang berasaskan standart ISO oleh barat atau kualiti 5S yang
diperkenalkan oleh Jepun,hendaklah diadaptasi oleh umat islam,selagi mana ianya tidak
bercanggah dengan syariat agama.

Bermanfaat untuk orang lain ( Nafi’ lil Ghairihi ) Kejayaan yang terakhir kepada sesebuah
program latihan,adalah bergantung sejauh mana audian yang telah mengikuti program latihan
itu, dapat memberi manfaat kepada orang lain,samada yang melibatkan keluarga,masyarakat
dan negaranya.
Sifat seperti pokok kelapa,yang boleh memberi manfaat kepada manusia dari akar sampai ke
pucuknya,hendaklah dijadikan contoh oleh manusia.Justeru itulah nabi SAW,pernah membuat
perbandingan pokok kurma dalam satu teka-teki yang menguji para sahabat,dengan sabdanya
“Pokok apakah yang dapat memberi manfaat kepada umat manusia…”

Ungkapan seumpama,”apakah sumbangan agama dan negara kepada anda!”,hendaklah


diubah kepada “apakah sumbangan anda kepada agama dan negara!”. Dan slogan keramat itu
hendaklah sentiasa diingati dan dipamirkan oleh setiap warganegara.Slogan seperti “Erti hidup
biar memberi,daripada menerima”,hendaklah dijadikan azimat sepanjang kehidupan.

KESIMPULAN DAN PENUTUP


Sesungguhnya,penyediaan modal insan yang hadhari hendaklah dirancang dengan sebaik-
baiknya.Pengembelingan tenaga,dari semua warga institutsi latihan hendaklah dilakukan
secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini,adalah tugas besar
yang mesti dilakukan secara kolektif oleh semua warga yang menjadikan latihan sebagai core-
business.

Cabaran besar yang perlu dihadapi kini dan akan datang,memerlukan barisan warga insan
yang hadhari dari sudut pemikiran,penguasaan ilmu,penampilan diri,komunikasi berkesan dan
sebagainya.Tetapi,yang perlu diingatkan adalah setiap langkah untuk menyediakan modal insan
yang hadhari mestilah bertunjangkan kepada konsep beragama.Dan agama yang diiktiraf oleh Allah
SWT,adalah agama Islam.

RUJUKAN
Tafsir Pimpinan al-Rahman,2000, Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
‘Abd al-Baqi,Muhammad Fuad,t.t,al-Mu’jam al-Mufahrash Li Alfadz al-Quran al-Karim,Beirut,Dar Ihya’ al-
Turats al-‘Arabi.
Hadis Sahih Muslim,1988,Beirut,Maktabah al-Risalah.
Kamus Dewan Bahasa & Pustaka,1989,Kuala Lumpur,DBP.
Azman Che Omar,2001,Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam,Kuala Lumpur,DBP.
Abdul Rahman Ahmad.Dr,t.t,Pengenalan Latihan Dalam Organisasi,Nota Kursus TOT,Kuala Lumpur,ILIM.
JAKIM, 2004,Konsep Islam Hadhari,Kuala Lumpur,JAKIM.
Ibn Khaldun,1967,al-Muqadimah,Mesir,Darul Syuruk.
Al-Attas,Prof.Dr,1977,Aims And Objectives Of Islamic Education,Luala Lumpur,ISTAC.
Wan M. Nor Wan Daud,Dr.,1989,Konsep Pengetahuan Dalam Islam,Indonesia,Pustaka Bandung.

You might also like