• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
Pemancing latah, sawan perlu jujur 
Oleh Nuri AngkasaADA beberapa perkara penting yang hendak dikongsi bersama dengan rakanpancing melalui Petua Pak Nuri kali ini iaitu mengenai keselamatan diri ketikaekspedisi memancing di laut ataupun di mana saja.Rakan pancing dalam kumpulan besar atau kecil adalah saudara paling rapat antarasatu sama lain walaupun itu mungkin kali pertama menyertai kumpulan berkenaan.Ketika di laut, kita perlu bekerjasama (team work) dalam apa juga keadaan.Mengasingkan diri adalah satu sifat yang merugikan diri sendiri. Malah keadaanlebih merbahaya jika kita ditimpa kemalangan yang memerlukan bantuan kawan.Dalam bot tidak ada ibu bapa, saudara mara, doktor atau pakar bedah untukmemberikan bantuan selain rakan pancing berada dalam kumpulan itu yangakhirnya akan memberi bantuan apabila diperlukan.Bekerjasama dan sifat suka menolong adalah budaya kita orang Melayu. Dengancara atau sikap ini juga kita dapat membantu atau membuat persediaan lebih awal jika pemancing perlu diberi pertolongan. Kepada ahli kumpulan yang ada penyakitlatah yang tidak boleh tersentuh atau terperanjat atau ada yang mempunyai penyakitsawan; sentiasa terdedah kepada pelbagai bahaya ketika berada di laut.Setiap ahli dalam kumpulan perlu mendapat maklumat mengenai perkara initerutama bagi rakan pancing yang baru menyertai mereka. Pak Nuri difahamkan,sering berlaku kemalangan seperti pemancing terjun ke laut apabila si latah diusikatau terperanjat. Orang yang melatah juga akan bertindak sama ada kasar,membahayakan pemancing atau diri sendiri. Justeru, ingatlah bahawa di atas botbukan tempat untuk bergurau senda dengan si latah.Begitu juga dengan penghidap sawan laut yang sudah tidak dapat dikawal. Justeru,menjadi tanggungjawab ahli dalam kumpulan untuk membantu dan sentiasa pekadengan keadaan ini.Jika seseorang pemancing menghidap mana-mana penyakit itu maka berterusterang kepada rakan pancing dalam kumpulan adalah satu cara paling baik. Janganmalu untuk menyatakan keadaan sebenar sebab keadaan lebih buruk boleh berlaku jika kita berdepan dengan situasi yang datang secara mendadak dan dalamkeadaan tidak bersedia.Adalah menjadi harapan Pak Nuri supaya pemancing terbabit berterus terangterutama kepada pemancing yang baru menyertai kumpulan atau trip memancingsupaya langkah awal dapat disediakan atau semua pemancing sudah dimaklumkandan akan bertindak pantas jika berlaku keadaan yang tidak diingini.Segan atau malu yang memerangkap diri sendiri terus berdepan dengan keadaan
 
lebih buruk dan menyusahkan rakan kumpulan adalah satu perbuatan yangmerugikan dan tidak wajar untuk menjadi seorang pemancing laut.
Air tembakau, sirih, senduduk penawar luka
Oleh Nuri AngkasaRATA-RATA nelayan dulu mengamalkan petua dalam sebarang aktiviti di laut. Initermasuk untuk membaca keadaan cuaca sebelum turun ribut atau gelombangbesar atau tanda-tanda lain yang boleh mendatangkan bahaya pada keselamatan.Namun, petanda atau gerak rasa kini sudah jarang diamalkan oleh generasi hari initerutama pada nelayan muda atau tekong muda yang sudah bersedia denganperalatan moden lagi canggih untuk mengesan lokasi dan menjangkakan cuacayang bakal berlaku. Namun bahaya laut tidak ada undang-undang malah kesanperalatan moden juga tidak dapat menanganinya.Ribut akan datang pada bila-bila masa saja walau dalam keadaan cuaca tenang.Justeru, pelaut sama ada di kalangan nelayan atau pemancing perlu sentiasaberhati-hati serta waspada pada setiap masa ketika berada di laut.Petua Pak Nuri kali ini akan terus mengingatkan kepada semua kaki pancing supayatidak menganggap laut sebagai tempat hiburan atau boleh dilakukan apa sajaseperti di darat. Laut adalah tempat terlarang tetapi dapat mengajar kita jadi seorangmanusia paling sabar dan bertanggungjawab.Petua kali ini boleh dijadikan amalan jika berlaku sesuatu yang terdesak sepertipemancing mengalami luka ketika berada nun jauh di tengah laut. Rawatanperubatan pula tidak boleh dilakukan.Maka anda boleh menggunakan tembakau rokok yang tentu ada di kalanganpemancing. Langkah pertama, keluarkan tembakau rokok itu dan rendamkan dalamair bersih (sedikit saja air digunakan). Kemudian perahkan tembakau itu hinggamenjadi pekat. Sapukan air tembakau itu pada bahagian yang luka. Anda akanmerasa pedih tetapi ia dapat memulihkan luka berkenaan, Insya-Allah.Namun dalam apa jua keadaan, anda harus banyak berehat supaya keutuhan tubuhberada pada tahap maksimum. Juga, anda perlu memberi tumpuan pada aktivitimemancing buat sementara waktu. Tekanan perasaan ketika menahan sakit akanmenjadi ketegangan yang tidak dapat dikawal, bakal mengundang anda lebihtertekan justeru kedua-dua ini tidak anda satukan demi kebaikan anda juga.Satu lagi petua ialah mamah daun sirih yang dengan kapur, pinang dan gambir. Laluairnya disapukan pada tempat luka atau bisul juga baik dilakukan sebelumseseorang mendapat rawatan di hospital atau klinik. Tetapi persoalannya pernahkahanda mencuba makan sirih?Kepada pemancing di darat, andai anda tidak mempunyai tembakau atau daun sirih,
 
cuba gunakan daun senduduk. Ambil beberapa helai daun pucuk senduduk. Bacaselawat dan kunyah. Kemudian lumurkannya pada bahagian luka berkenaan. Insya-Allah darah akan berhenti.
Kopi O kosong, halia tahan mabuk
Oleh Nuri AngkasaMASIH lagi kita bincangkan cerita mabuk laut. Banyak lagi yang bertanya tentangyang berterusan, walaupun sudah makan pil mabuk yang dibeli di farmasi danbeberapa petua tradisional sebelum turun ke laut.Rata-rata mereka mendakwa tidak boleh terhidu bau air laut, bau lantai bot dangoyang bot walaupun sedikit. Ini sukar Pak Nuri hendak menjawabnya, kerana jikasudah begitu teruk menyeksa badan adalah baik batalkan saja niat untuk turun kelaut kerana tentunya anda bakal berdepan dengan ribut dan gelombang besar.Sekiranya anda masih berminat untuk menjadi seorang pengail sambil menanamazam bahawa anda juga boleh memancing seperti orang lain.Jika begitu kuat azam dan semangat anda untuk terus meneroka laut, langkahterbaik yang harus anda lakukan ialah amalkan petua seperti yang telah Pak Nurimuatkan dalam halaman ini beberapa bulan yang lalu dan elakkan dari terusbergantung kepada ubat mabuk, kerana ubat mabuk yang dibeli di farmasi ataukedai ubat lain membuatkan anda akan tidur yang tentunya tidur sehingga tidaksedarkan diri.Jika ini terjadi tentunya cita-cita dan hasrat anda untuk memancing akan lenyapbersama dengan tidur anda. Bagi mereka yang sudah berkali-kali turun memancingke laut tapi masih mabuk dan muntah walaupun keadaan laut terlalu baik, air lauttenang bagaikan di tasik, tidak bergelombang, jika ada pun cuma anak gelombangsaja yang bermain, justeru nasihat Pak Nuri anda kena banyak minum air mineralberselang dengan makan makanan masam dan biarkan dalam mulut anda barang dikunyah.Petua yang Pak Nuri dapati daripada sahabat pemancing juga menceritakan air haliapekat juga boleh menahan mabuk terutama kerana terlalu lama di lambunggelombang. Ada juga sesetengah pemancing minum kopi O kosong pekat sebelumnaik bot.Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang, sambil itu jika melakukanpotongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau anda hendaklah cepat membasuhtangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan padahidung anda dan satu perkara lagi yang perlu anda jauhi ialah jika membetulkan taliapollo atau perambut yang kusut jangan sekali-kali anda tunduk terlalu lama, adalahlebih baik anda simpan atau menukarkan pada yang baru.Lakukan petua ini dan cuba elak tidak terlalu bergantung pada pil mabuk, keranaanda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalaman.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...