Tali, pelampung jadi rakan bila memancing
PERNAH atau tidak pemancing memikirkan keselamatan diri atau rakan ketika beradadalam bot? Ini terutama ketika berlaku kecemasan seperti pemancing tercampak ke lautatau terjatuh dalam sungai mahu pun tasik. Perkara perlu difikirkan ialah alat bantuan untukmenyelamatkan mangsa yang terjatuh ketika keadaan laut berarus deras dan gelombangbesar.Jaket keselamatan perlu dipakai sentiasa. Tali temali berserta dengan pelampung bulatseperti tayar kereta dicat putih (supaya mudah dilihat) perlu ada di bahagian belakang dankiri kanan bot sebagai langkah berjaga-jaga. Semua peralatan ini perlu disediakan olehtekong bot atau pemancing sendiri yang membuat persediaan dengan kerjasama semuarakan pancing.Mungkin pemancing atau tekong jarang memikirkan pentingnya peralatan keselamatan ini.Mungkin kerana ia jarang-jarang digunakan atau kejadian kecemasan yang meragut nyawapemancing tidak pernah berlaku. Tetapi kita harus memikirkan keselamatan yang lebih jauhibarat ‘menyediakan payung sebelum hujan’ atau beringat sebelum terkena.Tekong Pak Wan Embung dari Terengganu, menceritakan kejadian pemancing terjatuh daribot ketika memancing di perairan Pulau Redang. Mangsa berjaya diselamatkan oleh talipelampung yang dicampak pada mangsa oleh seorang rakan pancing yang berada dibelakang bot. Peristiwa ini bukan saja menyelamatkan satu nyawa daripada terkorban di lauttetapi memberi kesedaran bahawa sesuatu boleh berlaku dalam sekelip mata dan tindakansegera perlu dilakukan melalui peralatan keselamatan yang sudah disediakan dalam bot.Justeru, atas rasa pentingnya ada peralatan tali dan pelampung dalam bot sebagai langkahberjaga-jaga untuk keselamatan maka Pak Nuri mengajak supaya semua pemancing dantekong bot menjadikan peralatan ini sebagai perkara wajib ada atau satu petua yang mestidiamalkan pada setiap kali turun memancing.Kita tidak mahu dua nyawa akan terkorban dalam satu masa apabila seorang rakan turutlemas ketika mahu menyelamatkan satu nyawa yang menjadi mangsa jatuh ke laut. Ingat,laut tidak dapat menjanjikan sesuatu yang baik pada bila-bila masa kecuali jika ada langkahterbaik dapat dilakukan.Justeru tali dan pelampung perlu dijadikan rakan paling setia buat pemancing ketika beradadi laut.
Nasi dalam upih ada khasiatnya
SEGMEN kali ini masih lagi mengamalkan petua yang diambil daripada beberapa nelayanveteran melalui pengalaman yang ada hubung kait dengan laut, tasik mahu pun sungai.Banyak petua atau amalan yang boleh diguna pakai walau pun kita sudah berada dalamzaman teknologi yang mendorong pelbagai perubahan dan penggunaan peralatan canggihseperti alat pengesan GPS dan sonar, joran pancing berjenama serta kekili mewah yangmenjadi keperluan asas bagi pemancing hari ini.Tidak ada salahnya pemancing sekarang mengimbau zaman silam ketika nelayanmenggunakan koyan (tali pancing dipegang dan tidak menggunakan joran) serta bekalan
Leave a Comment