You are on page 1of 1

Ayat Majmuk Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008) dalam buku Bahasa Melayu 1 mengatakan ayat majmuk

ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan menjadi satu ayat. Percantuman ini menyebabkan ayat majmuk itu mempunyai lebih daripada dua subjek atau lebih daripada dua predikat. Ayat majmuk juga boleh terdiri daripada sederetan ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu mengikut kaedah tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat majmuk juga terdiri daripada pembahagian dua ayat yang disambungkan oleh unsur yang disebut kata hubung. Contoh Ayat Majmuk Dalam Petikan Drama. 1. Anakanda dan adinda Puteri Sejenjang hanya bergurau dan bermain dengan adinda Puteri Huminodun. 2. .....ayahanda nampak kamu berdua memukul dan menarik-narik rambut adinda kamu. 3. Puteri Santubong mula mahu melepaskan pegangan Puteri Sejenjang terhadap Putera Semandin tetapi tidak berjaya sehingga menyebabkan masing-masing mula melepaskan pegangan antara satu sama lain. 4. .... beta berasa sungguh sedih dan risau melihat kelakuan anakanda-anakanda kita yang tidak bersatu itu. 5. Saya tidak tahan melihat anakku yang meminta makanan setiap hari sedangkan di rumahku makananya hanya tinggal sedikit....... 6. Nampaknya kita mesti membuat sesuatu agar tanaman kita menjadi subur seperti sedia kala. 7. Semua pembesar bangun dan memberi tanda hormat. 8. Kanda ingin bawa dinda jauh daripada mereka berdua agar adinda tidak disakiti lagi. 9. ..... hamba harap tuanku tidak murka dan bersedih dengan apa yang ingin hamba akan perkatakan ini tuanku.

You might also like