Lompat ke: pandu arah,gelintar Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendungKemunculan Internet sebagaialat komunikasiterkini menjanjikan satu wadah penyebaranmaklumat yang memantapkanilmudan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-jutalaman webtelah dihidupkan. Bermacam-macammaklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propagandadan tidak kurang juga pornografidisebarkan melaluiInternet.Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkanrasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengahnegarayang selama ini mahu mengongkongkebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.
[sunting] Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasisempadan geografi
Keupayaan Internet sebagaialat komunikasijauh mengatasi alat-alat komunikasi yang adasekarang.Percetakan,telefondantelevisyentelah berzaman memainkan alat yang penting dalammediauntuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahanmedia ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif sepertiInternet. Inimembolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakannegaramempunyai peruntukanundang-undangyang mengawal percetakandan kandungan televisyen.Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukanundang-undangyang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar danPenerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988,Akta Hasutan 1948,Akta Rahsia Rasmi 1972membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku,makalahdansurat khabar memerlukan kos, tenaga manusia,infrastruktur jalan dan kemudahankenderaan.Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.Perbezaan antaraInternetdan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalahsatu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksidengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah dinegaramembangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembanganInternet,timbullahtanda tanya sama adaInternetharus dikawal selia atau tidak. Namun pihak kerajaanMalaysiamengambil langkah yang positif untuk tidak menapis duniasiber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysiadengan syarikat-syarikatKoridor Raya Multimedia.Seksyen 3(3) Akta Komunikasi danMultimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah aktatersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikankesan yang negatif kepada perkembanganteknologi komunikasiyang canggih ini.Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara sepertiCubadanChina, mengamalkan penapisan maklumat secara total atausepara. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancamanideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.Banyak juga negara yang bersikap sederhana danmenapishanya maklumat yang mungkinmerosakkan fikiran orang awam.Kebebasan bersuarayang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jikaadapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakanInternet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak kerajaanmasihada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuanrakyat dan menyebarkan berita yang benar dimedia cetak atauTV.Dengan cara ini orang ramaiakan dapat mempertimbangkan kebenaran. Tapi bagaimana dengan jenayah siber yang lain.Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepadamasyarakatdan tamadun ?
Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah.Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya.Operasi input, pemprosesan data,operasi outputdankomunikasi datatelah digunakan denganteliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar 1.Penipuan2.Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.3.Kecurian maklumat.
4.Capaian secara tidak sah keatas sistem5.Menyalin perisian secara tidah sah.6.Pengintipan7.Judi siber
Penyebaran virusdan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selarasdengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah1.Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan?Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegangsenjata, penculik tentu sekali meminta wangtebusantetapi bagaimanamengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber denganancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dariFBI.Umumnya penjenayah siber adalahgolongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar ,mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayahterhadap intitusi mereka sendiri atauintitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja.Bank sertainstitusi kewanganoleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universitimenjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganasdan komputer militari mungkin disabotaj.Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenaliundang-undangyang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. DiAmerikayang canggih teknologinyapun gagalmengesan perancangtrajedi 11 September . SemasaPeristiwa 11 September 2001, 19 orang perampaskapal terbangmemasuki Amerika Syarikat dengan menggunakanvisayang sah. Selainsecara peribadi, mereka berhubung melaluiInternetatau membuat panggilan telefon denganmenggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York danWashington.
E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarangsesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam