You are on page 1of 15

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN 4 KSSR


STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

DRAF VERSION 3.0 MAC 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

MATLAMAT KURIKULUM
Matlamat Standard Kurikulum TMK Sekolah Rendah adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat. Di Tahap II pula Standard Kurikulum ini adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik. Mata pelajaran TMK pada Tahap II mempunyai lima modul iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan diterjemahkan kepada domain pengetahuan, kemahiran dan nilai.

OBJEKTIF KURIKULUM
Standard Kurikulum Sekolah Rendah bagi mata pelajaran TMK Tahap II membolehkan murid: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Memahami tentang perisian dan peranti komputer. Memahami ukuran data dan keselamatan komputer. Menggunakan pengetahuan multimedia dan aplikasi khusus untuk membangunkan persembahan multimedia tak linear. Memahami rangkaian komputer dan fungsi internet. Memahami data, maklumat dan membangunkan pangkalan data. Mengenali pengaturcaraan dan memahami algoritma untuk membangun aturcara. Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

TAFSIRAN
o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik memberi gambaran holistik tentang individu. bagi

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o o

Instrumen o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU DAN FAHAM TAHU

3 2 1

BAND
1 Mengetahui tentang penggunaan TMK

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui dan memahami tentang penggunaan TMK

Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK

Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK dengan sistematik

Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK secara sistematik dan berinisiatif

Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK secara kreatif dan inovatif serta menjadi contoh

MODUL 1: DUNIA KOMPUTER


BAND 1 Tahu PERNYATAAN STANDARD B1 Mengetahui tentang penggunaan TMK DESKRIPTOR B1D1 Mengenali komputer, perisian dan perantinya. EVIDENS B1D1E1 Menyenaraikan 5 jenis komputer di pasaran.

B1D1E2 Menyatakan 3 jenis perisian komputer. B1D1E3 Mengenal pasti Port I/O, Pemacu Cakera Liut, Pemacu Cakera Padat dan soket bekalan kuasa pada unit sistem. B1D1E4 Menyenaraikan 3 contoh : (i) peranti input (ii) peranti output dan (iii) storan.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

2 Tahu dan Faham

B2 Mengetahui dan memahami tentang penggunaan TMK

B2D1 Memahami tentang perisian dan peranti komputer.

B2D1E1 Menerangkan fungsi 3 jenis perisian komputer berserta contoh. B2D1E2 Menjelaskan maksud: (i)peranti input (ii)peranti output dan (iii)storan.

B2D2 Memahami tentang ukuran data.

B2D2E1 Menyusun saiz unit piawai mengikut tertib (menaik/menurun) bagi: (i) ukuran data bit (ii) bait (iii)kilobait (iv)megabait dan (v) gigabait.

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD B3 Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK

DESKRIPTOR B3D1 Mengaplikasikan maksud Input, Proses, Output danstoran.

EVIDENS B3D1E1 Menghubungkaitkan Input, Proses, Output dan storan pada komputer dengan menggunakan analogi mudah.

B3D2 Menggunakan unit piawai untuk menukar ukuran data.

B3D2E1 Menukarkan ukuran data dalam unit piawai (Kilobait ke Bait, Megabait ke Kilobait, Gigabait ke Megabait) B3D3E1 Mengaplikasikan perisian anti virus untuk mengimbas komputer. B3D3E2 Membina dan menggunakan kata laluan untuk keselamatan data dalam pemprosesan perkataan, perisian persembahan atau aplikasi hamparan elektronik. B3D3E3 Mengaplikasikan defragmentasi terhadap storan luaran.

B3D3 Melaksanakan penjagaan keselamatan data dan komputer.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

B4 Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK dengan sistematik

B4D1 Menggunakan aplikasi Notepad untuk membandingkan saiz fail.

B4D1E1 Membandingkan saiz fail satu perkataan dan satu ayat dengan menggunakan aplikasi notepad secara sistematik.

10

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

B5 Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK secara sistematik dan berinisiatif

B5D1 Menggunakan perisian hamparan elektronik untuk senaraikan perkakasan dan perisian.

B5D1E1 Membuat justifikasi pemilihan perkakasan dan perisian (set komputer) berdasarkan risalah senarai harga dengan menggunakan aplikasi hamparan elektronik.

11

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

B6 Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK secara kreatif dan inovatif serta menjadi contoh

B6D1 Menggunakan risalah untuk menyenaraikan perkakasan dan perisian komputer.

B6D1E1 Menghasilkan satu risalah senarai harga secara kreatif dan inovatif untuk mempromosikan set komputer.

12

MODUL 2: EKSPLORASI MULTIMEDIA


BAND 1 Tahu PERNYATAAN STANDARD B1 Mengetahui tentang penggunaan TMK DESKRIPTOR B1D1 Mengetahui elemen multimedia. EVIDENS B1D1E1 Menamakan 5 elemen multimedia.

BAND 2 Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARD B2 Mengetahui dan memahami tentang penggunaan TMK

DESKRIPTOR B2D1 Mengenal pasti persembahan linear dan tak linear.

EVIDENS B2D1E1 Membezakan persembahan linear dan tak linear.

13

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD B3 Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK

DESKRIPTOR B3D1 Menggunakan papan cerita bagi menyediakan persembahan multimedia interaktif tak linear. B3D2 Mempakejkan persembahan multimedia.

EVIDENS B3D1E1 Melakar papan cerita persembahan multimedia interaktif tak linear.

B3D2E1 Mengaplikasikan pakej untuk CD persembahan multimedia.

BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

PERNYATAAN STANDARD B4 Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK dengan sistematik

DESKRIPTOR B4D1 Memahami perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia.

EVIDENS B4D1E1 Membanding beza saiz format fail bagi setiap elemen multimedia seperti teks, grafik (jpeg, bmp, tiff), audio (midi, wav, mp3) dan video (avi, mpeg).

14

BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

PERNYATAAN STANDARD B5 Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK secara sistematik dan berinisiatif

DESKRIPTOR B5D1 Menggunakan aplikasi penyunting grafik, audio dan video untuk menghasilkan imej, sound dan video dalam format yang bersesuaian.

EVIDENS B5D1E1 Mengaplikasikan penyunting grafik, audio dan video untuk menyunting imej, audio dan video yang sedia ada bagi menghasilkan imej, audio dan video dalam format (*.jpeg, *.wav, *.wma, *.midi atau *.mp3, *.avi, dan *.wmv atau *.mpeg).

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

B6 Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK secara kreatif dan inovatif serta menjadi contoh.

B6D1 Membangunkan persembahan multimedia yang mengandungi tiga elemen multimedia.

B6D1E1 Menghasilkan persembahan multimedia interaktif tak linear yang mengandungi sekurang- kurangnya tiga elemen multimedia dengan idea yang kreatif dan inovatif serta boleh dijadikan contoh.

15

You might also like