You are on page 1of 2

SET 3

Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.
1 Anda dan rakan anda berehat di sebuah taman permainan. Anda berdua berbual-bual tentang sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan. Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu. Anda dan rakan-rakan anda ialah barisan pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan antara sekolah. Tajuk perbahasannya ialah Kemasukan pekerja asing ke negara ini lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada negara. Tulis hujah-hujah anda itu selengkapnya. Tulis karangan yang bertajuk Sehari dalam Kehidupan Pemandu Teksi.

Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Daneng murid yang agak lemah dalam pelajaran, khususnya mata pelajaran Matematik dan Sains. Dia sering mendapat markah yang rendah dalam ujian. Daneng sering disisihkan oleh rakan-rakan yang lebih bijak daripadanya. Mereka tidak suka berbincang tentang pelajaran dengannya. Malah, mereka selalu menyindirnya atas kelemahannya itu. Namun, Daneng bersabar menghadapi perlakuan kawan-kawannya. Jauh di lubuk hatinya tersemiak tekad. Dia ingin membuktikan bahawa belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. Mulai hari itu Daneng belajar bersungguh-sungguh. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas diberikan. Apa-apa saja yang tidak difahaminya ditanyakan kepada guru tanpa segan silu. Semua kerja rumah disiapkannya melalui bimbingan abang dan kakaknya. Waktu yang terluang tidak disia-siakannya. Selain membantu ibu bapanya di kebun, Daeng mengulang kaji pelajaran sendirian. Kerajinannya itu mengembirakan semua gurunya. Mereka tidak keberatan memberikan bimbingan percuma kepada Daneng. Ternyata kegigihan Daneng itu membuahkan hasil. Dia bukan saja mendapat 5A dalam UPSR, malah muncul sebagai murid yang

You might also like