You are on page 1of 2

REFLEKSI Sesungguhnya pengalaman perkemahan Unit Beruniform ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi diri saya.

Ini kerana perkemahan seperti ini merupakan perkemahan saya yang pertama kali. Oleh sebab itu, saya amat teruja apabila perkemahan Unit Beruniform ini dirancang. Sesungguhnya pengalaman ini tidak sia-sia dan memberi pengalaman yang bermakna bagi saya. Sepanjang saya mengikuti perkemahan ini saya telah mengikuti kursus dalam Pengakap untuk mendapatkan manik kayu. Saya telahpun melepasi tahap pengenalan dan krusus manik kayu satu. Saya amat bersyukur kerana telah melepasi tahap tersebut dengan jayanya. Kami telah memulakan krusus pada hari kedua perkemahan, kerana pada hari pertama kami sibuk membuat persediaan diri sebelum memulakan apa-apa aktiviti perkemahan. Pada hari kedua perkemahan tersebut saya telah mempelajari bagaimana kecergasan dan keselamatan yang dinyatakan dalam Unit Beruniform Pengakap. Saya telah mempelajari bagaimana untuk memahami tiupan-tiupan wistle yang terdapat dalam Pengakap. Terdapat dua jenis tiupan iaitu tiupan panjang dan tiupan pendek. Tiupan wistle ini bertujuan untuk memberikan arahan kepada ahli sekawan pengakap tanpa perlu menjerit. Saya juga mempelajari bagaimana kedudukan sekumpulan sekawan yang betul. Pada hari yang ketiga saya juga telah mempelajari sistem berpatrol yang betul pada slot yang telah ditetapkan pada hari itu. Sistem berpatrol ini bertujuan untuk membentuk disiplin dalam diri ahli Pengakap tersebut. Dengan adanya sistem berpatrol, ahli pengakap lebih menghormati ketua dan menghormati ahli Pengakap yang lain. Pada hari yang berikutnya kami telah melakukan beberapa aktiviti yang mana terdapat lima stesen yang telah disediakan. Setiap stesen ini memerlukan saya dan ahli sekawan saya untuk melakukan tugasan tersebut. Stesen yang paling menarik perhatian saya ialah stesen dimana saya dan ahli sekawan dapat mempelajari bagaimana untuk membuat wogle. Sesungguhnya pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga kepada saya. Pada hari terakhir perkemahan, saya bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain telah diiktiraf dengan sahnya sebagai Penolong Pemimpin kerana telah berjaya menghabiskan krusus selama empat hari dan tiga malam. Saya berasa

bersyukur kerana dapat menghabiskan krusus tersebut walaupun penat namun berbaloi sama sekali. Perkemahan unit beruniform ini merupakan satu persediaan kepada saya sebagai seorang bakal guru dan bakal Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak apabila keluar menjadi seorang guru kelak. Saya amat berharap agar perkemahan seperti ini akan lebih kerap diadakan bagi membentuk peribadi saya sebagai seorang guru yang berjiwa kepimpinan dan mampu untuk membimbing anak-anak generasi yang akan datang. Sekian.

FELISCA FARAH RUBERT AHLI SEKAWAN UNGU

You might also like