You are on page 1of 24

EDU 3109 Tonggak Pendidikan UNESCO

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) bukan sesuatu yangbaru.

Sejak 16 Jun 1958, Malaysia secara rasmi menyertai PBB. Malaysia sekaligus menyertai 192 buah negara lain. Penyertaan adalah untuk memastikan kepentingannya dalam memajukan sektor teras UNESCO iaitu pendidikan, sains, kebudayaan dan komunikasi terus terpelihara.

UNESCO adalah satu-satu badan di bawah PBB yang diberikan mandat untuk memajukan program capacity building dalam pendidikan tinggi. Penyertaan Malaysia dalam bidang pendidikan melalui aktiviti di pelbagai forum UNESCO sememangnya kritikal, terutamanya dengan kedudukan negara ini sebagai ahli jawatankuasa kerja dalam International Bureau of Education (IBE) dan International Council of Education (ICE).

Dalam Program Pendidikan Untuk Semua (EFA), Malaysia begitu aktif. Penglibatan pengajian tinggi dalam UNESCO tidak terbatas kepada keilmuan sahaja tetapi melalui pelaksanaan beberapa program. Antaranya ialah Research Fellowship Programme. Fellowship di peringkat postgraduate ini adalah untuk aktiviti penyelidikan dalam mana-mana bidang yang dikenal pasti iaitu:

i) Persekitaran (khususnya dalam bidang water sciences) dialog antara budaya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan penyelesaian konflik secara aman. ii) Participation Programme. Pada setiap 2 tahun, Malaysia telah menghantar 12 projek untuk diluluskan dan dilaksanakan. Sebanyak 70% cadangan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan. Setiap projek akan menerima sumbangan antara USD $ 15,000 hingga USD$ 35,000.

Dalam proses pemindahan ilmu pengetahuan dan teknologi, UNESCO melalui University TWIN Chairs Programme telah memberikan fokus pembangunan pengajian, pengajaran dan penyelidikan yang berkualiti di bidang-bidang kritikal dalam konteks UNESCO. Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara model dalam kalangan negara-negara sedang membangun dan negara Islam membantu untuk mendemokrasikan pendidikan tingginya.

Tanggal 8 September merupakan Hari Literasi Antarabangsa yang dianjurkan oleh UNESCO. Ia merupakan peristiwa penting yang disambut setiap tahun untuk memberi harapan baru kepada berjuta kanak-kanak yang tidak mampu membaca dan menulis. Sambutan Hari Literasi Antarabangsa merupakan masa untuk mengingatkan masyarakat antarabangsa tentang peri pentingnya literasi kepada seseorang individu, keluarga, komuniti dan masyarakat keseluruhannya.

Ketua Pengarah UNESCO, Koichiro Matsura berkata bahawa literasi akan membantu masyarakat membina kemahiran serta kekuatan bagi mencapai kemajuan yang berterusan. Menurut UNESCO, terdapat kira-kira 800 juta penduduk dunia berusia 15 tahun ke atas menjadi buta huruf di mana dua pertiga daripadanya adalah wanita. Tedapat kira-kira 100 juta kanak-kanak di seluruh dunia pula tidak bersekolah.

Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2005 menunjukkan bahawa literasi lelaki lebih baik daripada perempuan iaitu 92.2 peratus berbanding dengan 88 peratus. Prof. Ungku Aziz berpendapat bahawa sambutan Hari Literasi sepatutnya menggalakkan orang supaya lebih berminat membaca dan menambahkan kecekapan.

Sistem pendidikan di negara kita sentiasa melalui proses transformasi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk menjamin kualiti pendidikan berada pada tahap yang tinggi. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh UNESCO pada 2009, Malaysia berada pada kedudukan ke11 dalam senarai 137 buah negara yang memperuntukkan perbelanjaan tinggi kepada sektor pendidikan.

Secara purata, peruntukan kepada sektor pendidikan di Malaysia bagi dekad ini adalah sekitar 25.2 peratus daripada bajet negara menjadikan sektor pendidikan antara penerima peruntukan yang terbanyak daripada kerajaan. Jumlah peruntukan yang besar ini membolehkan kerajaan membina prasarana pendidikan yang baik, menyediakan peralatan sekolah yang mencukupi, memajukan pendidikan luar bandar, P&P berteraskan Teknologi Maklumat dan menampung perbelanjaan mengurus. Penentu sebenar kejayaan sistem pendidikan ialah kewujudan sekolah-sekolah terbaik yang menawarkan pendidikan berkualiti. Penerapan inovasi dan kreativiti dalam P&P serta pemupukan budaya kepimpinnan sekolah yang berkesan perlu diterapkan.

Menurut laporan UNESCO (2005), bagi memastikan kejayaan sesebuah sekolah, sekolah berkenaan perlu diberikan kuasa autonomi bagi menguruskan perjalanan sekolah. Bagi mencapai matlamat berkenaan, terdapat sekurang-kurangnya 6 keperluan yang mesti dipenuhi.

Keperluan tersebut adalah seperti yang berikut:i) Sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya. ii) Sekolah memerlukan struktur yang terurus dan profesional. iii) Pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepimpinannya.

iv) Kerajaan pusat pelu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah. v) Sekolah perlu mengawal sumber-sumber. vi) Pengurusan sekolah mesti telus. Tindakan kerajaan untuk melaksanakan Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi sangat tepat pada masanya.

Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada:i) Murid belajar untuk tahu ii) Belajar untuk membuat iii) Belajar untuk menjadi apa iv) Belajar untuk hidup bersama Sebagai seorang pendidik, kita sepatutnya perlu mengetahui dan memahami sepenuhnya Tonggak Pendidikan UNESCO.

Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO


i) Memenuhi keperluan pembelajaran asas ii) Membentuk wawasan melalui pendidikan. iii) Akses Universal dan Mempromosikan Ekuiti iv) Fokus Terhadap pembelajaran. v) Memperluas cara dan skop pendidikan asas vi) Menambahbaik persekitaran untuk pembelajaran.

vii) Memperkukuhkan perkongsian ilmu dan kewangan. viii) Membangunkan konteks dasar yang membantu. ix) Menggerakkan sumber. x) Memperkukuh Perpaduan Antarabangsa. UNESCO mendapati negara-negara seperti Jordan, Colombia, Habsyah, Israel, Slovakia, El Salvador, Guatemala, Nicaragua dan Peru menunjukkan kes-kes keganasan murid.

Polisi Asas Kementerian Pelajaran Malaysia


i) Merperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). ii) Meningkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu. iii) Membudayakan sains, teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.

iv) Menyediakan sistem pendidikan yang cekap, berkesan dan bertaraf dunia. v) Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. vi) Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan fokus utama kepada pembangunan insan sangat bertepatan dengan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat di negara kita ini.

Pembangunan Modal Insan


Pembangunan Modal Insan juga termasuk melengkapkan diri dengan:i) Kemahiran komunikasi berkesan. ii) Kebolehan menggunakan ICT dengan baik. iii) Berfikir secara kreatif dan kritis. iv) Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. v) Nilai yang tinggi supaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Pihak UNESCO juga membincangkan keperluan perubahan dalam bidang pendidikan dalam era globalisasi. Menurut UNESCO, rombakan perlu dibuat dalam bidang sumber manusia. Banyak institusi latihan dan pendidikan bagi orang dewasa perlu diperkembangkan kerana memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada pembangunan negara (Hussein Ahmad, 2001).

Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) dan Dasar Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha membangunkan tenaga manusia yang berpengetahuan menerusi Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk: i) Memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi. ii) Membangunkan program latihan yang berinovasi.

iii) Mewujudkan program e-Latihan. iv) Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan. v) Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan kolej komuniti, dewan, sekolah dan bangunan awam bagi Program Pendidikan Berterusan.

Kesimpulan
Semua institusi pendidikan menghadapi untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek berkaitan dengan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti ko-kurikulum kerana perkara tersebut memberi impak kepada moral pelajar.

You might also like