• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Ia adalah kayadengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian yang sangat diperlukan untukpertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang dan otak. Ulam-ulamanbiasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutanyang berhampiran. Apabila pembangunan rancak dilaksanakan, banyak kawasan hutan diteroka sekaligus menyebabkan ulam-ulaman turut pupus. Berikutan itu, ulam-ulaman sukar diperolehi di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk pasar tani. Namun, teknologi terkini dalam bidang pertanianmembolehkan ulam-ulaman dan tumbuhan herba ditanam secara komersial dan mula dipasarkan keseluruh negara. Sebagai contoh, ladang satelit berkelompok yang dilaksanakan oleh kerajaan negeriKedah iaitu satu kawasan pengeluaran ulam-ulaman dan rempah ratus bagi memenuhi keperluan harianpengguna-pengguna di kawasan bandar dan menjadi suatu prasarana yang baik untuk mengenali duniapertanian. Jika anda tinggal di kawasan kampung, anda bertuah kerana mempunyai tanah yang agakluas untuk dimanfaatkan dengan menanam tumbuhan jenis herba dan ulaman. Bagi mereka yang tinggaldi kawasan bandar dan menetap di kediaman yang tidak mempunyai halaman bertanah, usah berdalihuntuk mengamalkan pemakanan ulam-ulaman. Ini kerana di bandar juga terdapat banyak pasar yangmenjual ulam-ulaman. Sebagai contoh pasar Chow Kit, pasar borong Selayang dan banyak lagi. Jikatidak pun, ambil sedikit usaha untuk menanam sayur ulaman melalui penanaman
edible landscape
ataukebun kelompok di sekitar rumah menggunakan pasu atau bekas tin dan plastik terpakai denganmenggunakan tanah atau kompos.Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang telahmengkaji dan mengenalpasti 62 jenis sayur dan ulam meliputi 37 jenis ulam daun atau pucuk, 16 jenisbuah dan 9 jenis sayur kampung. Namun, menurut kajian oleh wikipedia.org, terdapat lebih 120 jenisulam-ulaman di Malaysia meliputi ulaman jenis pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. Antaraulam-ulaman yang tersenarai ialah rebung, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja,kerdas, jering, genuak, pucuk gajus, beluntas, pucuk betik, pucuk putat, daun selom, jantung pisang,pucuk ubi, nangka muda, daun kunyit/kunyit hidup, daun kesom, pegaga, daun kadok, daun salad,kacang panjang muda, pucuk mengkudu, buah mengkudu, batang lambok (sejenis keladi) dan banyaklagi. Usaha menyelidik ulaman oleh FAMA ini bertujuan memperkenalkan dan memasarkan ulamankepada masyarakat dan membantu petani di kawasan kampung meningkatkan pendapatan merekamelalui hasil jualan ulam-ulaman itu nanti. Antara sayur ulam yang kurang dikenali yang diselidik olehFAMA ialah bayam orang putih, pucuk ara, tenggek burung, kaca lima, cemperai, mata ayam, sepayang,balik angin, umbut kelapa. Manakala jenis-jenis buah ulam pula ialah buah ara nasi, gadung, periakatak, keladan, terung, peparu dan sebagainya. Menurut Kajian Industri Herba di Malaysia yang telahdilaksanakan oleh MARDITECH dan dibentangkan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur, nilai pasaran industriherba dunia dijangka akan mencecah US$5 trillion menjelang 2050. Menurut Tuan Haji Mansor Puteh,Ketua Penyelaras Teknikal bagi kajian ini, pasaran dunia herba pada 1997 yang bernilai US$60 bilion
 
akan meningkat kepada US$200 bilion pada 2008 dan seterusnya mampu mencecah US$5 trilionmenjelang 2050. KHASIAT BEBERAPA JENIS ULAM Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpadimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama sepertikalsium(Ca),fosforus (P), besi (Fe),natrium (Na)dankalium (K)di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daunkadukdidapati mempunyaikalsium (Ca), fosforus (P), danbesi (Fe)yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. (sumber : wikipedia.org)Ulam juga membekalkan serabut yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serabutmemainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalamsaluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatanMelayudan kini pakar pengkajiperubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagaicontoh,pegagakini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah danmeningkatkan kesihatankulit. Ulamjeringmengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Jeringjuga boleh menjadi penawar yang berkesanpesakitkencing manissekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana,kandungan sebatianalkaloiddi dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kadukpula mempunyai kandungankalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakitosteoporosisterutama di kalangan kaum wanita. Ulam pegaga dan akarnya dikatakan membantu pemulihan rahim. Jus pegaga juga senangdisediakan. Di samping itu juga, amalkan memakan pucuk kaduk. Rasanya agak lemak dan senangdibiakkan di dalam pasu. Di Sarawak pula, ibu-ibu yang berpantang akan memakan bunga kunyit. Olehkerana rupanya yang cantik, ia juga sesuai digubah bersama dedaun dan bunga segar bagi hiasan dimeja makan.Ingin menambah pengetahuan atau membuat kajian mendalam mengenai ulam-ulaman?Jangan risau kerana terdapat banyak maklumat dan data boleh diperolehi melalui internet, mediacetak dan media eletronik. Jika ada masa terluang di pejabat atau di rumah, jangan lupa untukmelayari laman web yang memuatkan data mengenai ulam – ulaman. Antara laman web yang bolehdilawati ialah
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...